BAB 7

Romantic Comedy Completed 4423

Aku memberhentikan keretaku di tepi rumah banglo milik keluarga Damia. Kalau nak parking kat dalam, jangan haraplah. Mesti penuh. Jam menunjukkan pukul 10 pagi. Aku mematikan enjin kereta.

Aku mengeluarkan compact powder dari beg tanganku. Aku mahu tacap sedikit wajahku. Aku mengenakan secalit lip gloss pada bibirku. Tidak adalah bibirku nampak kering nanti. Yana menjelingku tajam. Huh..mula dah budak ni..

“Akak ni, tadi kat rumah kan dah make up. Buat apa nak make up lagi? Macamlah akak tu nak gi dating. Melambatkan masa betullah akak ni. Cepatlah..”

“Sabarlah. Akak make up sikit je. Bukan tebal sangat pun. Make up tadi dah pudar sikit. Dahlah, jomlah keluar.” Hish..tu pun nak kecoh ke? Kau dikira bertuah tau sebab aku ajak kau datang kat majlis ni. Beruntunglah sedikit. Aku meminta Yana untuk memegang hadiah.

Aku dan adikku mula menapak melepasi pintu pagar rumahnya. Kelihatan Damia sedang berdiri di sebelah pintu gate . Tengah tunggu akulah tu.Aku dan Yana bersalaman dengan Damia. Dia menjemputku masuk ke dalam rumahnya.

Ni bukan rumah banglo ni tapi dah macam istana. Besar sungguh rumahnya. Siap ada kolam renang di hadapan rumahnya. Untunglah. Asal cuaca panas je bolehlah berendam dalam kolam renang tu. Keluargaku pun boleh dikatakan mewah cuma rumahku tiada kolam renang.

Aku terkejut melihat figura yang berpakaian pelik sedang dikelilingi oleh budak-budak kecil. Penipu punya Damia!

“Mia…kau kata tak ada badut kat majlis ni. Sampai hati kau bohong aku.”

“Sorrylah Mell. Aku pun tak tau sebenarnya. Bukan aku yang rancang. Mama ngan papa aku yang jemput badut tu. Lagipun, kau tengok kat sana tu. Budak-budak suka dengan kehadiran badut tu. Muka-muka ceria aku tengok. “

Aku berpatah balik menuju ke pintu pagar. Aku mahu meninggalkan tempat ini. Tempat yang ada badut. Benci aku melihat badut tadi tu. Kenapa sejak akhir-akhir ni aku asyik-asyik bertemu dengan badut je? Entah-entah ada jodoh kut ngan badut? Hish.. Minta dijauhkan. Tak sudi aku!

“Mell, kau nak gi mana tuh? Kau baru datang kut.. Jomlah masuk..”

“Aku nak baliklah. Tak tahan aku tengok badut tu kat sini. Okey, aku pergi dulu. Enjoy.”

“Kenapa ngan akak ni? Dah tu, macam mana dengan Yana? Hish..” Yana berasa geram dengan perangai kakaknya. Walaupun dia sudah amat mengenali Damia, dia berasa agak segan sekiranya kakaknya tiada di majlis ini. Yalah. Kalau tak kerana kakaknya, tak mungkin dia datang.

“Nanti kalau majlisnya dah habis, Yana call akak. Nanti akak jemput Yana.”

“Dah. Cukuplah Mell. Ikut aku masuk sekarang. Tetiba je nak balik. Takkanlah kau nak tinggalkan adik kau sorang-sorang kat sini? Kesianlah sikit. Sakit ke apa minah ni? Jomlah masuk. Badut tu tak kacau kaulah. Sampai begini sekali kau fobia ngan badut? Tak fahamlah aku.” Damia cuba menarik tanganku.

“Lepaslah. Sakit tau tak? Aku nak balik sekarang.. Malas aku nak menghadap muka badut tu lagi.”

“Mell, kau dengar sini baik-baik.Kau ignore jelah badut tu. Apa susah? Bukannya dia tu pembunuh bersiri pun. Jomlah masuk. Kita gi makan kat dalam. Adik kau ni pun dah sakit hati dengan kau ni.”

Damia cuba menarik lagi lenganku. Aku pernah cuba untuk membuang perasaan benciku terhadap makhluk yang bergelar badut tetapi aku gagal. Selepas peristiwa di funfair hari itu, perasaan benciku terhadap badut semakin bertambah-tambah.

Demi menjaga hati Damia, aku terpaksa merendahkan egoku. Aku mula menapak ke dalam rumah.

Sedikit pun aku tidak melihat badut yang sedang sibuk melayan kerenah budak-budak kecil tadi. Macam biasalah pakaiannya, tetap kuno. Fesyen badut yang mengarut.

Yana meletakkan bungkusan hadiah di atas meja. Mataku tertancap pada longgokan hadiah yang agak tersusun rapi di atas meja itu. Banyaknya! Beruntung Hazwan dapat hadiah sebegitu banyak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience