Suasana di funfair agak riuh-rendah. Aku kelaskan funfair ni macam syurga permainan. Macam-macam ada. Ferris wheel, kuda pusing, rumah hantu, roller-coaster, kereta langgar. Haish. Mana satu kau nak serbu dulu ni Yana?
Kalau ikutkan hati akulah, dah lama aku tinggalkan si Yana ni seorang diri kat funfair. Ramai betul ibu bapa yang membawa anak-anak mereka pergi ke tempat seperti ni. Adoiyai, bisingnya kat sini. Bukan main kuat lagi dia orang pasang muzik. Slowlah sikit.
Nasib baiklah mak yang support duit belanja. Kalau guna duit akulah, haish, pokai! Boleh tahan banyak juga token yang kubeli. Aku nak main permainan tikam puas-puas. Kalau duk tercegat kat funfair ni buang masa je.
Takkanlah Yana sorang nak enjoy. Adik aku enjoy naik tu, naik ni, aku belasah main tikam. Mana tau dapat hadiah. Hurm. .tak nampak pula encik-encik badut. MC ke?
Tiba-tiba, Liyana menarik tanganku. Hurm.. nak ajak pergi naik rollercoaster lah tu. Pening aku naik bendalah tu. Mengalir deras darah aku.
“Yana naiklah sorang-sorang. Akak tunggu kat sini. “
“Eleh..sebenarnya akak takut kan? Pengecut! Yelah..Yana gi naik sorang-sorang. Akak tunggu tau. Jangan lari. Yana report kat mak nanti. “ Eh budak ni. Tak habis-habis guna kuasa veto dia.
“Sekeh karang budak ni. Dah. Gi naik sana. Ugut akak je tau.” Tidak lama kemudian, Yana hilang dari pandangan mataku. Seronoklah kau naik roller-coaster sana.
Aduh.. bosan pula tunggu dia ni. Pergi cari makanan sekejaplah. Aku melangkah ke sebuah gerai. Aku memesan marshmallow yang disaluti coklat dan secawan orange juice.
Pehh.. memang sedap. Aku menoleh ke kiri. Hah. Tu dia, badut yang aku paling benci dah muncul. Ramai kanak-kanak yang mengelilinginya. Jakun betul budak-budak ni. Setakat clown tu bagi belon pun nak terloncat-loncat. Eleh, ingat kreatif sangatlah buat belon bentuk pedang tu. Aku tusuk badut tu dengan pedang real baru tahu. Pirahh…
Aku memerhatikan penampilan clown itu. Pakai wig warna merah dan biru, kasut outlandish besar gedabak semacam, baju belang merah putih, seluar polka dot, make up pula tak payah cakap, macam cina nak buat opera!
Ugh.. Pelik aku tengok fesyen badut ni. Dah! Dah! Baik aku pandang apek jual ikan kat pasar! Boleh rabun mata aku tengok badut tadi. Outfit striking semacam. Aku kembali semula ke tempat roller-coaster tadi. Si Yana pula bising. Untung aku bawa kau pergi funfair tau. Membebel pula budak ni. Nak kena budak ni.
“Akak, jom masuk rumah hantu lak..” ajak adikku. Peh.. boleh kena heart attack aku! No way!
“Tak nak! Akak nak gi main tikam kat sana. Tengok tu, banyak permainan best. Baling gelung, lontar dart, akak nak bolot hadiah.”
“Akak ni .. Yana ajak gi naik roller-coaster tak nak. Gi rumah hantu pun tak nak. Tak ada life langsunglah akak ni! Menyampah.” Yana mencebik. Aku memiat telinganya.
“Aduh..sakitlah kak. Kenapa akak ni cruel sangat? Kena rasuk Hitler ke? Yana nak ngadu kat mak..” Yana menggosok-gosok telinganya yang agak merah. Sikit-sikit nak mengadu. Dasar anak manja! Terlebih kasih sayang. Yana, a girl who lavished with love. Me? Hurm.. Aku rasa macam dianaktirikan. Aku tak kisah sangat pun sebenarnya. Cuma aku tak suka dengan perangai Yana yang kuat mengadu.
“Akak, ada clownlah kat situ. Jap lagi Yana nak carik maskot pulak. Akak amikkan gambar Yana ngan dia boleh?” Aku tak fahamlah dengan adik aku ni. Taksub sangat dengan clown dan maskot. Kalau pergi funfair, asyik-asyik nak bergambar dengan dia orang tu je.
“Kenapa Yana suka sangat amik gambar ngan clown ngan maskot? Maskot boleh. Clown akak tak nak. Buang masa amik gambar ngan clown tuh. Macam tak ada benda lain jer.”
“Dah confirm akak ni kena sampuk Hitler. Stingy betul! Mintak tolong sikit pun tak boleh ke? Tak apalah.. Yana nak kamera. Biar Yana yang amik sendiri. Tak pun Yana mintak tolong orang. Pemalaslah akak ni.”
Dengan hati yang tak berapa nak rela, aku menyerahkan kamera Nikonku kepada Yana. Buat semak je gambar clown kau tu. Tak apa. Nanti kalau kau dah habis berposing maut dengan clown kau tu, aku terus delete semua gambar-gambar tu. Aku tak peduli. Kamera aku, aku punya sukalah.
Aku meninjau-ninjau booth yang menyediakan permainan tikam. Wah. Banyak sangatlah. Mana satu nak main dulu ni? Hurm.. Baling dart? Macam senang je. Hadiah yang ditawarkan softoy. Softoy boleh pilih sendiri kalau menang. Menarik. Nak pergi sanalah.
Aku membiarkan Yana yang sedang sibuk melayan ‘kawan baru’nya, si badut tiga suku yang pakai gincu hampir satu pertiga muka . Setelah aku memberi token kepada tuan punya booth, dia memberikanku tiga anak panah.
Dalam sekali cubaan saja, anak panah yang ku baling terkena pada belon. Terror jugak aku ni yek? Aku baling dua lagi anak panah. Peh.. macam tak percaya. Semuanya kena!
Terbeliak mata penjaga booth ni. Alah, mainan kacang macam ni memang senang nak lepas. Dahulu, akukan atlet memanah sekolah. Aku pernah masuk pertandingan peringkat kebangsaan tetapi kecundang.
Mungkin lenganku power dalam bab panah-panah ni kot. Walaupun aku just dapat softoy, aku tak kisah. Rasa puas apabila anak-anak panah tadi berjaya meletupkan belon.
Aku pilih softoy Angry Bird. Yang lain macam tak menariklah. Pink Panther, Spongebob, Stitch dan entah apa-apa lagilah. Tiba-tiba aku terlihat kelibat Damia, rakan sepejabatku. Namun, kelibatnya terus hilang dalam kesesakan orang.
Aku mencari Yana. Haish,, budak ni tak selesai lagi ke melayan Mr Clown dia? Yana pun sama-sama kolot. Encik Badut tu bagi belon bentuk love pun suka. Aku fikir Yana seorang je budak besar yang tengok aksi badut tu. Tidak sangka, ramailah juga remaja sebaya Yana kat situ. Hantu tepung macam tu pun nak dilayan? Aku mencebik lalu memalingkan wajahku ke arah lain.Tak sanggup aku nak menatap wajah badut tadi. Entah tepung beras atau tepung gandum yang dia tepek-tepek kat muka dia tuh. Ugh..
Share this novel