BAB 4

Romantic Comedy Completed 5761

HUJAN lebat sekali. Suasana kafe kelihatan lenggang, hanya beberapa orang saja yang ada. Itupun kerana terperangkap dek hujan yang makin lama makin melebat ini. Ketika turun ke kafe tadi, hujan yang turun sejak petangnya telah pun reda. Wieyda sengaja tidak membawa payung kerana menyangkakan hujan itu akan terus berhenti. Tidak sangka pula begini jadinya. Jam di tangan dipandang. Jam 11 malam. Dia memandang Hazimi yang masih leka memerhati senarai nama peserta dan beberapa dokumen lain. Wieyda kesejukan. Jam 9 malam tadi, dia dan Hazimi serta Malik iaitu bendahari kelab mengadakan pertemuan untuk membincangkan beberapa perkara. Namun selepas jam 10 malam, Malik meminta diri kerana mempunyai urusan yang belum selesai.

“Hmm.. dari senarai ni, rasanya kita masih boleh membuka peluang kepada pelajar bukan ahli untuk menyertai kita. Kita menghadkan kepada 42 orang peserta. Kita masih ada kekosongan sekurang-kurangnya sepuluh orang.” ujar Hazimi sambil menyimpan senarai nama di dalam fail. Wieyda memandangnya.

“So, confirm ke ni nak bukak untuk pelajar lain? Kalau dah confirm, boleh Wieyda naikkan notis lebih awal.” Hazimi mengangguk-angguk. Program awal semester lepas pun mendapat sambutan daripada pelajar yang bukan ahli kelab RITMAS. Dia yakin kali ini pasti ada pelajar yang akan turut berminat.

“Inilah peluang kita nak mempromosikan lagi kelab kita ni. Erm.. Wieyda naikkan notis, siapkan awal sikit then passkan kat abang atau Kak Nissa.” Hazimi bersuara, dalam nada arahan tentunya. Wieyda mengangguk tanda faham. Perbincangan mereka tamat sekitar jam 11:15 minit malam. Wieyda serba salah. Macam mana mahu balik ke biliknya di blok B? Hujan lebat ini mampu membuat dia kebasahan. Wieyda berdiri sambil memandang rintik-rintik hujan yang turun. Dia mengeluh kecil.

“Tak bawak payung?” Abang pun tak bawak, tapi abang ada baju ni.” Baju hujan yang agak besar ditunjukkan di depan mata Wieyda. Apa maksud Hazimi mengunjukkan baju itu kepadanya? Mahu berkongsi memakai itu untuk pulang ke kolej? Dia di blok B dan Hazimi di blok F. Tidaklah jauh jarak keduanya dengan kafe ini namun… Wieydat terkejut. Hazimi berdiri di sebelahnya.

“Nak tumpang? Abang nak balik dah ni. Tak kan nak tunggu kat sini? Jom lah.” Hazimi menarik lengan bajunya namun Wieyda tidak berganjak. Hazimi tahu apa yang ada di fikiran Wieyda lantas dia tersenyum.

“Kronik ni Wieyda. Berani nak tunggu sini sorang-sorang? Abang dah ngantuk ni.” ujarnya lagi. Wieyda memandangnya keliru. Akhirnya dengan terpaksa dia menurut juga. Hazimi memegang tangan baju hujan sebelah kanan dan dia memegang yang disebelah kiri lantas mengangkatnya tinggi sedikit bagi menutup kepala. Tangan kanannya Hazimi mengepil fail kalis air itu. Dia sedar Hazimi menariknya dekat dengannya ketika mereka berjalan meredah hujan dengan dilitupi baju hujan itu. Wieyda sempat tersenyum geli hati walaupun hatinya berdebar. Baju hujan yang patutnya dipakai oleh seorang, mereka ‘memakainya’ untuk dua orang, cukuplah sekadar melindungi mereka dari terkena hujan. Hazimi membisikkan perkataan ‘sorry’ bila terpaksa menarik tubuh Wieyda dekat dengannya. Wieyda diam. Dia tahu Hazimi bukan sengaja melakukan itu kerana semuanya adalah bertujuan melindunginya daripada kebasahan dek tempias hujan.

“Thanks abang. Patutnya abang aje yang pakai baju tu, tapi sebab share dengan Wieyda, abang pulak yang basah.” Wieyda bersuara serba salah bila melihat baju di bahagian bahu kanan Hazimi sedikit basah. Hazimi senyum sambil menggeleng. Anak matanya sempat menjeling dibahagian bahu Wieyda yang juga kelihatan basah sedikit.

“Tak apa. Memang seorang abang tugasnya melindungi adiknya, bukan? Dahlah, pergi naik.” ujar Hazimi. Ujarannya itu menyentuh tangkai hati Wieyda. Dia berlalu mendaki tangga menuju ke biliknya. Telinganya masih sempat mendengar Hazimi bersin beberapa kali. Hmmm….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience