BAB 15

Romantic Comedy Completed 5761

Sara merenung Wieyda. Gadis itu nampak muram saja lepas balik dari kampung. Penat barangkali.

“Wieyda.. monyok je..”

“Penat ar.. Penat kenduri pun tak habis lagi dah kena naik bas berjam-jam. Nasib ah..” ujarnya sambil memicit dahi. Baru saja petang tadi dia selamat sampai di rumah sewanya.

“Ada jumpa sape-sape yang special tak?” usik Sara. Wieyda menjeling. Tiba-tiba dia terbayang wajah lelaki yang selalu nampak tenang itu. Lelaki yang nampak mesra bila berborak dengan ayah.

“Tak ada…” jawabnya lirih. Sara mencebik. Macam mana nak ada kalau hati tak pernah terbukak. Sara merenung wajah sahabatnya itu. Kesian, dan turut terluka. Dia tahu dalam hati Wieyda masih ada bekas luka lama. Dalam hati Wieyda masih ada rasa untuk lelaki yang seorang itu.

“Sara., Majlis bertunang hari tu camne..?” Sara mengangguk saja sambil memberi tanda ok. Cuti pertengahan semester tempoh hari, Sara bertunang dengan Eful. Tak apalah, abang Eful dah hampir setahun bekerja. Dah boleh support. Kalau nak kahwin terus pun tentu boleh tu.

“Ni berapa lama pula nak bertunang. Bercinta dah masuk 3 4 tahun, bertunang pun nak 3 4 tahun jugak ke?”

“Eh kau.. ada pulak.. tua la aku kalau bertunang pun 3 4 tahun. Keluarga abang Eful cakap nak buat lepas aku habis exam sem ni. Tak mau lama-lama dah. Aku pun dah penat nak tunggu..” Balas Sara. Wieyda senyum. Untungla Sara. Cinta menjadi impian. Dia? Hanya pada Allah dia berserah.

“Aku kahwin nanti kau mesti datang. No excuse, ok.” Sara memandang tajam pada Wieyda . Wieyda diam seketika. Mahu mengangguk, dia bimbang kalau nanti dia terserempak dengan Hazimi di majlis itu. Bukankah Hazimi sahabat baik abang Eful.

“Wieyda.. tiada alasan..” Sara mengacukan jari kepada Wieyda . Wieyda mengangguk. Ini masanya membuktikan pada Sara dan pada diri sendiri, dia sudah boleh melupakan semua perasaan itu. Ah,benarkah? Jangan nanti kalau terserempak kakinya kaku pula.

*******

Wieyda mengetap bibir. Apa lagi dugaan ni. Tak ada ribut tak ada angin tak ada guruh, tiba-tiba ibu telefon memberitahu ada orang merisik-risik dirinya. Lagi mengejutkan, risikan dari orang yang sama pernah datang merisik Ameena! Puan Azah. Teringat reaksi Puan Azah dua bulan lepas semasa di rumahnya ketika kenduri kahwin Ameena. Nampak benar lain macamnya wanita itu merenungnya. Patutlah..tapi untuk siapa.??

“Untuk abang sepupu Nazmi. Namanya Qairin. Ala, yang datang masa majlis kahwin adik dulu tu. Dia sorang je kan lelaki yang tak ada bawak pasangan masa tu..” suara ibu tadi masih terngiang di telinga. Ah, lelaki itukah? Yang redup pandangan matanya, yang tenang wajahnya itu? Aduh..sikitpun dia tak kenal. Mahu diberi jawapan apa nanti?

“Kau kenapa Wieyda?” Sara membawakan secawan horlicks panas untuknya. Dia menarik tangan Sara.

“Beb..ada orang merisik..” ujarnya. Sara terbeliak biji mata. Wieyda mencubitnya.

“Overla kau ni..” ucapnya.

“Siapa?” soal Sara. Bibirnya senyum.

“Sepupu adik ipar aku, Nazmi..”

“Macam mana boleh jadi..?”

“Hari tu masa majlis kahwin Ameena dia ada sama..”

“Oh..jadi cinta berputik masa tu la ye..?”

“Banyak la kau..aku tak kenal pun..”

“Dia suka kau, apa kesah kau kenal dia ke tak..” balas Sara. Dia tidak habis-habis tersengih, Wieyda mencebik manja.

“Terima sajalah Wieyda. Sudah sampai masanya kau betul-betul fikir pasal masa depan kau. Takkan tak nak kahwin? Barang yang lepas jangan dikenang..”

“Aku tak kenang barang yang lepas pun…”

“Eleh..tapi dalam hati tetap ada dia..sebab tu kau tak pernah heran pada orang yang cuba nak ketuk pintu hati kau tu dari dulu. Lepas abang Hazimi, kau dah tak heran dengan siapa-siapa kan. Dengan Fakri, kau buat tak layan. Dengan Azri, kau buat-buat tak faham walaupun dia tu bukan main lagi dok bagi hint dia suka kau..” balas Sara. Wieyda mengetap bibir.

“Itu kesah lama. Sekarang dah lain. Sape cakap hati aku masih ingatkan abang Hazimi?” Wieyda cuba menidakkan. Sara diam seketika.

“Hati aku hanya milik Allah saja sekarang. Aku serahkan pada DIA, pada siapa DIA nak amanahkan semua ni. Aku dah malas nak sedih-sedih sebabkan manusia. Lagipun aku sedar, jodoh tu dalam kuasa DIA.”

“Baguslah kalau macam tu. Aku pun dapat tengok perubahan kau. Kisah kau dengan abang Hazimi dah ubah kau jadi Wieyda yang bawa imej baru..”

“Dulu aku tak jaga sangat cara aku bergaul. Aku rapat sangat dengan dia. Aku anggap dia teman, abang, padahal dalam Islam tak pernah ada istilah abang angkat macam tu. Tula padahnya bila tak ikut agama, kan hati sendiri dah jadi mangsa, terjatuh cinta, lepas tu merana sebab cinta tak berbalas..”

“Tapi dia pun salah.. dia layan kau mesra sangat..”

“Jangan salahkan dia Sara. Semua benda dah lepas. Dia lelaki. Pemikiran lelaki bukan macam perempuan. Perempuan cepat perasan, hati lembut, sebab tu kena jaga-jaga..” Wieyda nampak tenang pula malam ini. Sara cuba mencari riak lain di wajahnya, tiada. Selain ketenangan walaupun secara tanpa sengaja nama Hazimi jadi topik utama.

“So… kau nak terima orang tu la ye..?” Sara kembali ke topik asal. Wieyda diam. Terimakah?

“Kena tanya DIA dulu..” jawabnya ringkas. Sara angguk.

“Itulah yang sebaiknya.. tapi dari sudut pandangan aku, sebagai sahabat, aku rasa baik kau pertimbangkan. Mungkin jodoh kau dah nak sampai, cuma tinggal untuk kau bukakan lorongnya saja.” Sara menepuk bahu Wieyda lembut. Wieyda senyum manis. Dia mengangguk. Hatinya kini cuba dikosongkan, dan hanya diserahkan pada Allah. Dia akan mengikut saja, apa saja nanti takdir jodohnya.

“Bila nak bertunang? Cantikla macam tu, nanti habis sem ni kita kahwin sama-sama.”

“Weh.. kau, orang tu merisik-risik je.. bukan datang nak minang pun.. dia tanya-tanya je lah..” jawab Wieyda. Sara sengih.

“Alah.. ingatkan nak ikat terus. Kiranya lambat lagi la ni? Tak pe..tak pe.. kiranya tu dia dah cop secara tak rasmi tuh. Hahahahha” Sara berlalu masuk ke bilik sebelum Wieyda sempat melempar bantal kecil kepadanya.

Wieyda mengeluh. Merisik? Kahwin? Ah.. tiba-tiba hatinya bergetar. Tapi saat itu juga bayangan Hazimi muncul. Seringkali bila dia cuba memikirkan orang lain, bila dia cuba membuka hatinya untuk orang lain, wajah itu akan muncul. Dia masih mengharapkan Hazimikah? Dia masih mahu berharap akan ada jodohnya bersama lelaki itukah? Ya Allah.. dia berlalu ke bilik air. Berwudhuk. Seperti biasa, terutama bila hatinya gelisah, dia harus bertemu Kekasihnya dulu sebelum tidur. Di situlah dia mendapat ketenangan, kadang kala menangis di depan Kekasih Agung itu kerana kelemahan diri. Kadang kala dia membenci diri sendiri yang masih mahu mengharap. Hatinya seakan masih mengharapkan Allah menjadikan Hazimi jodohnya. Ah, bodohnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience