BAB 10

Romantic Comedy Completed 5761

“Kau nak ke mana? Tergesa-gesa macam ni sekali?” Soal Sara apabila melihat Wieyda kelam kabut mengenakan tudung. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 10.30 malam. Nak ke mana budak ni malam-malam begini? Lusa dah nak exam, takkan budak ni tak mahu study sama-sama macam biasa.?

“Err… aku nak keluar kejap. Kau study sorang-sorang dulu ye.”

“Dengan siapa ni?” Sara merebahkan badan atas katil. Wieyda menoleh seketika, sambil tersengih kecil.

“Abang Hazimi.. Dia ajak aku temankan dia makan kejap kat bawah tu..” jawapan Wieyda membuatkan Sara menjerit kuat. Wieyda membuntangkan mata, tidak suka dengan riaksi sahabatnya yang melampau itu. Sara tersengih malu sambil mendekatinya.

“Kau biar benarrrrrr…dia…ajak….kau….temankan dia ….makannnn????” Sara bertanya sepatah-sepatah. Wieyda

jadi geram kerana sedar Sara mahu mengusiknya.

“Inilah peluang..” getus Sara. Wieyda angkat bahu?

“Apa? Kau nak suruh aku paw dia apa-apa ke?” Wieyda menyoal. Sara menggeleng.

“Oh, semestinya tidak..” Sara menggeleng-geleng kepala dengan laju sambil memerhati Wieyda yang sedang menyemat butang berbunga di tudung.

“So…??”

“Inilah peluang…untuk kau terus-terang dengan dia apa yang kau rasa. Dah nak habis sem dah ni, jangan simpan lama-lama.” ujar Sara. Wieyda terdiam. Lama dia terkaku depan cermin. Inilah akibatnya kalau cuai sampaikan Sara boleh tahu perasaannya. Sampai hari ini dia masih kesal dengan kecuaiannya kerana meletakkan diarinya dalam laci tanpa berkunci!

“Aku tak fikir pasal tu pun. Semua tu…tak ada makna..” jawabnya akhirnya. Sara merenungnya.

“Ini saja masanya Wieyda. Dua minggu lagi dah nak habis belajar sem ni. Ini semester last dia kat sini. Lepas ni kau takkan jumpa dah dia kat sini. Apa salahnya kalau cakap apa yang kau rasa pada dia? Biar dia tahu. Mana tahu kalau dia pun…”

“Sara..aku pergi dulu.. bye..” Wieyda mencapai telefon atas meja tanpa mahu membalas kata-kata Sara.

“Aku akan cakap dekat dia kalau kau tak cakap kat dia malam ni..” Wieyda tersentak. Dia berpaling dan memandang Sara dengan renungan yang tajam. Sara sekadar angkat kening. Wieyda mengeluh.

“Kau ni kan… aku ni perempuan lah. Malulah nak cakap semua tu..” Wieyda bersuara juga sambil menyarung sandalnya. Sara mencebik. Dia membetulkan ekor tudung Wieyda yang sememangnya sudah kemas dan cantik terletak.

“Perempuan…so, apa bezanya? Islam tak larang pun kan. Ustaz Azhar Idrus pun ada cerita kan, kalau suka kat seseorang, kita kena cakap, dia terima atau tidak, itu belakang kira, yang pasti kita try. Aku rasa kau pun tahu satu kisah pasal ni yang berlaku pada zaman Nabi. Lagipun kau bukan ada niat nak ajak dia buat dosa kan? Aku tau la kau cintakan dia, dan simpan impian nak jadi kekasih halal dia kan? So, try la.. mana tau..hatinya sama dengan hati kau. Apa lagi kalau tengok pada layanan dia selama ni, aku rasa……” Sara berceramah panjang lebar namun tidak menghabiskan ayatnya yang terakhir. Wieyda sekadar senyum lantas berlalu. Sara mendengus. Budak ni kang..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience