BAB 9

Romantic Comedy Completed 5761

SARA menekan-nekan perutnya. Letusan ketawanya masih kedengaran. Wieyda geram melihat temannya yang begitu bahagia sedang mentertawakannya itu. Sudah tidak tahu mahu membuat apa bagi menghentikan tawa yang menyakitkan telinga itu. Sungguh-sungguh dia geram dengan Sara. Sampai hati Sara mentertawakannya begitu. Sudahlah dia masih malu bila teringatkan peristiwa itu, sekarang Sara masih tidak habis-habis mahu mentertawakannya.

“Sudahlah Sara.. kau ni. Sampai hati tau.. malaslah kawan kau lagi.” rungut Wieyda sambil mengambil bantal kecil yang sering dipeluknya ketika tidur. Bantal kecil itu kemudiannya digunakan untuk menutup mukanya. Hatinya mendongkol geram dengan Sara. Sara masih tergelak-gelak. Wieyda memuncungkan bibirnya. Dia kemudian memandang Sara dengan pandangan tidak puas hati. Sara yang melihat wajah Wieyda seibuin galak ketawa.

“Kaulah. Siapa suruh kau jadikan bahu dia tu sebagai bantal kau? Kan dah malu sendiri. Tapi jangan la risau, abang Hazimi kau tu tak kata apa-apa pun. Tak ada pulak aku dengar dia nak saman kau sebab dah jadikan lengan dan bahu dia tu kebas-kebas. Yang aku tahu, dia lagi suka adalah.” Sara masih mahu mengusik. Sungguh hatinya geli mengingatkan peristiwa malam tadi. Wieyda yang mendengar kata-katanya itu melontarkan bantal kecil yang dipegang.

Sara mengelak lalu bantal itu terjatuh ke lantai. Wieyda kembali mengutip bantal kesayangannya itu dan duduk semula di atas katilnya. Malas mahu melayan Sara lagi.

“Relax la Wieyda. Bukan kau buat apa-apa pun. Kau pun tak sengaja kan. Nak malu apa. Dia pun tahu kau memang mengantuk giler kan? Siap gelar kau spesis ayam lagi sebab tidur awal. Kalau kau buat muka macam ni, lagi la aku rasa nak usik kau. Ermm.” Sara membuka cerita. Jika tadi Wieyda terasa tertarik bila menyedari Sara gemar menggunakan perkataan ‘abang Hazimi kau’, sekarang dia tertarik dengan ayat-ayat terakhir Sara itu. Namun dia sendiri tidak ada jawapan tentang itu. Mungkin juga Hazimi turut sama mentertawakannya. Alahai. Malunya.

Wieyda merebahkan tubuhnya ke atas katilnya. Selimut ditarik sehingga ke paras dada, dan bantal kecilnya diletak diatas mukanya. Sara yang memerhati ketawa kecil kerana tahu Wieyda bukannya mengantuk sangat tetapi temannya itu mahu mengelak dari membicarakan kisah yang dianggap memalukan itu.

“Tidurlah Wieyda sayang. Semoga mimpikan abang Hazimi awak tu. Nanti kalau jumpa dia dalam mimpi tu, bagitahulah dia, kau tak sengaja jadikan bahu dan lengan dia tu bantal dan bantal peluk kau..” Sara mengusik lagi lantas berlalu ke bilik air untuk berwudhuk.. Dia belum bersolat Isyak. Mendengar pintu bilik air ditutup, Wieyda mengalihkan bantal dari wajahnya. Dia geram dengan Sara. Tak apa, ada ubi ada batas…

Wieyda mengiring menghadap dinding. Matanya tidak mahu pejam. Fikirannya tidak mahu diam. Asyik terfikirkan Hazimi. Peristiwa itu masih mengusik jiwanya. Malu sungguh biarpun dia telah memberitahu Hazimi bahawa dia tidak sengaja dan telah meminta maaf. Biarpun lelaki itu bagaikan tidak kisah, namun dia tetap berasa malu. Macam manalah dia boleh tertidur sebegitu lena? Mungkin kerana tubuhnya mula selesa dibaluti jaket Hazimi. Keharuman perfume yang sering dipakai oleh lelaki itu yang melekat di jaketnya ibuin menambahkan keselesaannya malam itu. Dan tanpa isyarat, matanya terpejam. Lena diulit keharuman itu.

Ahhh!!! Wieyda mendengus kasar. Kenapa malam-malam begini fikirannya tidak mahu berehat? Wajah lelaki itu juga yang dia ingat. Wieyda berpaling memandang Sara apabila menyedari suasana bilik bertukar gelap. Sara sudah menarik selimut. Wieyda kembali menghadap dinding. Sara yang menyedari keluh kesah Wieyda hanya tersenyum, tidak berniat mahu mengusik lagi. Wieyda memejamkan mata sambil bibirnya terkumat kamit membaca beberapa surah yang sering diamalkan sebelum tidur. Dia kemudiannya menarik selimut sehingga menutupi tubuhnya.

‘Wahai mata pejamlah.. Wahai hati tenanglah.. Wahai akal diamlah.. wahai Wieyda tidurlah…esok ada kelas! Hati Wieyda membisikkan kata-kata itu kepada dirinya sendiri sambil berusaha memadam wajah Hazimi yang datang menyinggah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience