Bab 15

Romance Series 16038

15

"What?".Menyirap api kemarahannya.Dari tadi dia cuba mengawal disepanjang perbincangan dengan mama dan papa.Namun bila sahaja diketahui tempoh pertunangan hanya dua bulan sahaja.Adam Harris menjadi tidak keruan.Nafasnya tersekat.Cairan panas api kemarahan meluap-luap di kolam hatinya.Persis lava gunung berapi.Panas membara,sakit dan perit.

"Kenapa mama perlu buat begini pada Adam.Papa please tolong Adam.Masa dua bulan terlalu singkat.Adam tidak bersedia."Dia cuba meraih simpati dari papa.Mama tampak seperti nekad dengan keputusannya.Adam merasakan dunianya semakin sempit.Bagaimana nasib Damia selepas ini?Dia isterinya yang sah.Adakah Linda yang bakal diiktiraf kelak?.Adam tidak cintakan Linda.Suara hatinya menjerit-jerit namun tiada yang mendengar.

"Mama buat semua ini demi kepentingan kita semua.Adam kene berkahwin dan ada zuriat.Tempoh masa yang mama berikan sudah terlalu lama.Mama harap Adam akur dan ikut sahaja.Mama yakin Linda adalah orang yang terbaik menjadi penganti Ayu".Panjang Datin Suri berhujah.Kali ini hujahnya mampu mematahkan pihak lawan.

Tidak mama.Siti Damia adalah calon yang sesuai mengantikan Ayu.Damia isteri sah Adam.Adam sudah berkahwin.Tolonglah jangan paksa Adam.Hatinya bermonolog.Ditatap wajah kedua orang tuanya.Ego lelakinya memberontak.Namun secebis iman yang masih bertahta dihati telah mendidik Adam Harris agar taat.

"Sabtu ni mama dan papa akan ke London.Mama akan beli barangan hantaran disana."Ringkas dan padat mama berkata membuatkan Adam mengerti yang simpatinya tidak diraih.Adam Harris menundukkan kepala cuba menahan airmata.Hati lelaki yang selamanya ini disangka gagah,hari ini hati ini dibunuh.Dengan siapa dia perlu meraih simpati.Adam buntu.

******

Damia bersendirian dikamarnya,Adam keluar selepas solat maghrib hingga kini masih belum pulang.Dia memandang jam.Hampir jam sebelas.Dari tadi hatinya tidak tenang.Apakah maksudnya?.

"Abang".Damia mengukir senyuman apabila menyebut perkataan itu.Terasa mukanya panas.Macam mana aku nak panggil dia 'abang'.Adoii!dia menatap wajah dicermin.

"Abang dah balik,"
"Abang,jemput makan."
"Abang,abang,abang,abang."

Damia ketawa.Dia sendiri tidak sanggup melihat wajah sendiri bila memanggil Adam dengan gelaran 'abang'.Macam mana ni?.Dari dalam biliknya,kedengaran pintu utama dibuka.Seperti kebiasaan,suara garau itu kedengaran memberi salam.Segera Damia menyarungkan selendang dan keluar dari kamar menyambut Abang Adam Harris.

Melihat kelibat Adam yang sedang baring disofa,Damia segera mengambil segelas air kosong sejuk.Setelah itu,dihulurkan gelas itu kepada Adam.

"Minum dulu,abang".Pelawa Damia.Sengaja sebutan 'abang' itu diperlahankan.Moga-moga Adam tidak dengar.

Sangkaan Damia tidak tepat,sebaik sahaja mendengar perkataan itu,wajah yang tadinya murung berubah ceria.Senyuman terukir indah di bibir Adam.

Ala,dia dah siapkan batas nak tanam tebu kat bibir lah ni.Damia monolog.Wajahnya terasa panas.Malu.

"Terima kasih Mia,bagus cepat belajar."Spontan Adam berkata membuatkan Damia bertambah malu.Wajahnya cuba diselindungkan.Hantu punya suami.

"Abang masuk tidur dulu ."Lembut Adam bersuara.Damia semakin gemirap.Pandangannya menjejaki langkah Adam hingga batang tubuh itu menghilang disebalik kamarnya.Dia menarik nafas lega.

******

Adam menghempaskan tubuhnya ke atas katil.Otak ligat memikirkan tentang Linda.Bagaimana cara dia boleh mengelak dari meneruskan pernikahan Linda.Tanpa disedari akhirnya dia terlena dengan bebanan yang tidak terdaya dipikul.
Malam yang dingin terus berlalu bersama kerdipan bintang-bintang yang memenuhi ruang angkasa.Bulan semakin mekar menyinari bumi.Ciptaan indah milik kekal pencipta hakiki.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience