Bab 16

Romance Series 16038

16

Matahari pagi itu semakin menampakkan diri sewaktu Adam meninggalkan rumah.Seperti kebiasaan,Damia menjalani rutin harian.Selesai mengemas,dia menyediakan menu tengahari.

Hari ini aku akan masak nasi beriani Mak Nani.Lincah Damia bergerak kesana kesini do dapur menyediakan bahan-bahan.Daging dibasuh bersih,bawang dimayang halus.Sewaktu menumis,semerbak bau memenuhi ruang di dapur.Damia melihat jam,senyuman terukir membayang bagaimana reaksi Adam nanti.

Tepat jam 12tgh,nasi beriani,dalca kambing dan jelatah timun sedia terhidang di atas meja.Sempat lagi aku mandi ni.Segera dia bersiap-siap sebelum Adam Harris tiba.Setengah jam kemudian,Damia telah terpacak menanti didepan pintu.Kedengaran tiga ketukan,Damia mengukir senyuman sambil memulas tombol pintu utama.

"Assalamualaikum".
"Waalaikumsalam,"Damia menjawab salam dengan lembut.Adam Harris melihat isterinya yang begitu setia melakukan rutin tanpa sebarang rungutan.Cantik.Damia yang mengenakan blause biru cair dipadankan skirt labuh potongan A berbunga kecil tampak bertambah manis dengan selendang sentiasa kepala.Adam membalas senyuman,tangan dihulurkan seperti kebiasaan.Bisa tergugat iman lelakinya.Terasa getaran dihati.

"Mia masak apa hari ini?Bau semerbak."Adam mula bersuara,deria baunya mulai menghidu bau yang menaikkan selera.Perutnya mulai merayu-rayu pinta diisi.

"Cuba encik teka"
"Apa encik-encik"Tegur Adam Harris.Matanya memandang tepat keanak mata isterinya.Damia nak kene denda ni.
"Abang,maafkan Mia."Ujar Damia.Kecut perut dibuatnya.Segera dia menarik kerusi untuk si suami.

Melihatkan Adam yang begitu berselera menjamu makanan tanpa sebarang rungutan menyakinkan Damia yang masakannya berjaya mengikat perut suaminya.Damia mengamati lelaki disisi kanannya.Seorang yang asing tidak pernah bersua sebelum ini,ditakdirkan menjadi pelindungnya disaat ada yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya.Lelaki asing yang sanggup menumpangkan dia di sini.Ya.Dialah Adam Harris.Dunia baru Siti Damia.

"Nasi tu tak masuk mulut kalau tidak disuap."Sergah Adam.Spontan Damia mengalihkan pandangannya.Malulah pulak.Adam sengaja mengusik isterinya.Dari tadi ekor matanya memerhatikan tidak tanduk Damia.Jari jemari menguis nasi dipinggan.Kacak sangat kot aku hari ini.Dia bermonolog sendirian.

Selesai makan,Damia mengemaskan meja dan membawa pinggan ke sinki.Adam masih dimeja makan.Sempat dibelek bursa saham ditelefon.Untung atau rugi pembelian hari ini.
Seketika kemudian,Adam mengatur langkah ke dapur.Damia masih leka membasuh pinggan.Segaja dia merapatkan dirinya hingga tersentuh lengan kanan Damia.Bauan segar rambutnya sempat dihidu walaupun rambut itu dilindungi disebalik sehelai selendang.Damia kaget.Hampir terlepas gelas ditangannya.Ada rasa marah dan malu.Adam yang sedang mencuci tangan sempat memercikkan air ke wajah isterinya.

"Kenapa ni abang.Basahlah selendang Mia."Tegur Damia.Panas hatinya terasa panas dengan gelagat selamba Adam.

"Kalau basah,buka sahajalah selendang itu.Bukannya haram pun."Balas Adam.Damia semakin gelisah.Adam mula merapatkan dirinya.Damia cuba kebelakang mencari ruang selamat.Hampa.Dia terperangkap di situ.Matanya dipejamkan.Degupan jantung semakin menganas.

"Mia isteri abang yang sah.Jadi segala ditubuh badanmu tidak berdosa untuk abang lihat dan sentuh."Adam berbisik ditelinganya.Tangan lelakinya mulai menyentuh selendang.Mengusap manja kepala Damia.Damia semakin leka dengan sentuhan misteri itu.

"Mia relakan abang buka selendang ini.Biar abang melihat keindahanmu."Damia tiada pilihan lain.Dalam terpaksa dia merelakan.Memang benar dia isteri sah kepada Adam Harris.Jadi tidak salah untuk Adam melihat rambutnya,lebih dari itupun Adam berhak keatas dirinya.

Perlahan-lahan selendang yang selama ini bertahta dikepala dibuka Adam.Bauan segar rambut Damia menusuk kehidungnya.Adam menarik nafas menikmati bauan itu.Hembusan nafas Adam menyentuh halus kulit leher Damia.Terasa bahang.Aliran arus elektrik bagaikan sedang menguasai dirinya.Adam mengamati keindahan mahkota wanita dihadapannya.Indah sungguh Ciptaan Allah.Dia semakin leka.

"Lepas ini dalam rumah Mia tidak dibenarkan pakai selendang ini.Biarkan sahaja begini.Abang suka."Kata Adam terus berlalu meninggalkan Damia.Bahaya jika dia duduk lama disitu.Separuh hati lelakinya semakin cair.

Damia menarik nafas lega setelah Adam berlalu.Debaran dihati masih lagi belum reda.

******

Share this novel

Suria Razak
2020-06-15 18:59:49 

Best sgt... Mana sambungannya


NovelPlus Premium

The best ads free experience