Bab 1
Damia merenung ke luar jendela rumah pusaka peninggalan orang tuanya.Kain langsir berbunga kecil meliuk lintuk seperti api lilin ditiup angin.Langit mulai berubah warna tampak merah garang angkara mentari mula mengundurkan diri membiarkan sang malam menonjolkan diri.Tiupan angin senja menyentuh wajah halus mulus gadis sunti berusia dua puluh tahun itu tanpa dipinta.Damia seakan merelakan angin itu melintasinya seolah angin itu bisa membawa bersama duka yang bertahta di hatinya.Walaupun Kamal dan Taha telah dihukum atas perbuatan mereka,namun itu tidak mampu mengembalikan ibunya.Mengimbaskan kejadian yang meragut nyawa ibunya membuatkan airmatanya mengalir tanpa disedarinya.
“Mak,maafkan Mia,ampunkan Mia.Mia sayang mak,”Kata Damia perlahan.Rindu mulai mencengkam hatinya.
“Mia,sudahlah nak,tak baik begini,Mia kene redha,”Pujuk Mak Nani.Jiran yang selalu menjadi teman Damia sewaktu mak Ana ke kebun.Mak Nani yang menjaganya dari kecil.Damia menoleh memandang Mak Nani,membiarkan hanya mata yang berbicara betapa dia rindukan ibunya saat ini.Tanpa diminta Mak Nani menyapu airmatanya,memeluk erat Damia yang sudah dianggap seperti anak kandung.Dipujuk Damia meninggalkan rumah menuju ke rumahnya.Telah hampir dua bulan Mak Ana meninggal dunia,selama itulah Damia menghuni di rumahnya.Setelah memastikan rumahnya dikunci rapi,Damia dan Mak Nani melangkah pergi.
“Mana Mia?”Tanya Pak Samad kepada isterinya yang sedang menghidangkan makan malam.
“Masih di bilik,abang.”Jawab Mak Nani ringkas.Sempat mengukir senyuman buat suami tersayang.Pak Samad membalas senyuman isterinya,dia bangkit dan membantu isteri menghidangkan makan malam.Begitulah mereka hidup berdua tanpa dikurniakan zuriat.Namun sejak kehadiran Damia sedikit sebanyak mengisi kekosongan.Damia sudah dianggap seperti anak kandungnya sendiri.itulah jua janji Pak Samad kepada arwah bapa Damia.
“Abang termenung apa tu?,Nani depan mata abang pun masih termenung lagi.”Usik Mak Nani yang cuba menceriakan hati suaminya,dia tahu apa yang sedang difikirkan oleh Pak Samad.Pastinya berkenaan Damia.Simpatinya pada Damia kian menebal,bertapa hidupnya diuji.Namun Mak Nani yakin,Damia seorang gadis yang tabah.Cuma saat ini,hanya masa bisa merawat hati gadis itu.
"Isk,awak ni!.Dah pergilah panggil Mia.Abang dah lapar ni.”
“Baik abang.”Balas Mak Nani dan pergi ke kamar Damia.Ketukan perlahan di muka pintu membuatkan Damia menghentikan bacaan quran.Dia bingkas bangkit dan membuka pintu.
“Mia,mari kita makan bersama.Pak Samad dah tunggu dekat dapur tu.”Ajak Mak Nani dengan lembut.
“Baiklah Mak Nani.Mia datang sekejap lagi,nak lipat kain telekung ni dulu.Maafkan Mia,tak bantu Mak Nani.”Kata Damia dengan rasa bersalah.Terukir senyuman di wajah Mak Nani.
“Tak ada apa pun yang hendak dibuat.Panaskan lauk yang Mia masak tengahari tadi sahaja.Sudahlah tu,nanti merajuk pulak pakwe Mak Nani dekat dapur tu.”Gurau Mak Nani diikuti tawa Damia.Mereka beriringan menuju ke dapur.
******
Taha memandang Kamal yang dari tadi termenung dari kamar besi.Natijah perbuatan mereka telah menyebabkan dia dan sahabatnya menerima hukuman.Masih berbaki tiga hari sahaja lagi mereka menghuni kamar besi sepi itu.
“Macam mana ni Kamal?.Sampai bila kita nak duduk sini.”Taha bersuara.Dia akui kesilapannya namun dia sudah tidak betah duduk lebih lama di dalam kamar sepi itu.Terasa masa begitu lambat berputar.Kebebasannya diragut dengan sekelip mata hanya disebabkan membantu sahabatnya yang ingin memiliki Siti Damia.Kamal hanya memandang sepi sahabatnya,saat ini difikirannya hanya Damia.Hasratnya mesti dipenuhi.Bertahun lamanya dia pendam keinginan untuk dapatkan Damia.Hanya kerana kedudukan Damia yang tidak setaraf dengannya dijadikan alasan Pak Abu,bapa Kamal menghalang keinginan memperisterikan Damia.Pak Abu orang kaya dikampung.Memiliki beberapa rumah inapan dan chalet.Bagi Kamal pula,bukan harta yang menjadi ukuran.Ayahlah punca aku begini,detik hatinya.Terpalit dendam dihatinya.
“Aku tak kira,Mia tetap akan jadi milik aku,”Keras suara Kamal.Renungan matanya menggambarkan rasa membuak-buak untuk bersama Damia.
“Eh,sudahlah Kamal.Aku dah tak sanggup nak bantu kau lagi.Cukuplah tu!”Bentak Taha.Renungan tajam Kamal membuatkan Taha diam membisu.Dia tahu jika dia bersuara lagi,pasti sahabatnya akan bertindak ganas kepadanya.
“Aku cuma minta kau bantu aku sekali ini sahaja.Kali ini kita rancang betul-betul.Aku nekad.Mia sayang,tunggu abang ye.”Kata Kamal tanpa memberi peluang untuk Taha bersuara.
Taha mengeluh kecil,dia pasrah dengan apa yang bakal berlaku.Harapannya moga dia tidak lagi menghuni kamar besi ini lagi selepas ini.
******
“Maaf Encik Adam,saya dah cuba halang.”Jelas Suzie,setiausaha Adam Harris bin Dato Ridhwan.Dilihat majikannya sedang meneliti fail sambil memekan papan kekunci komputer.Adam Harris bin Dato Ridhwan seorang lelaki idaman Linda yang memiliki raut wajah yang bisa mencairkan gadis-gadis kota.Memiliki tubuh badan yang tegap,berjambang nipis serta memiliki sepasang mata bulat.Dek kerana matanya itulah,Adam Harris selalu menjadi buruan wanita termasuk Linda.Renungan dari matanya mampu membuatkan hati-hati yang lemah iman jatuh!jatuh cinta pandang pertama.
“Emm,tak mengapa Suzie.Awak boleh sambung kerja.”Pinta Adam sambil matanya melirik ke arah Linda.Kehadiran Linda ke pejabatnya memang tidak disukainya.Dia tidak mahu para pekerja di pejabat bertanggapan serong kepadanya selaku majikan.Adam meneruskan kerjanya.
“Sayang,kenapa tak jawab pangilan I,mesej I?.”Tanya Linda manja.Tanpa dipelawa,Linda melabuhkan punggung duduk di kerusi berdepan dengan Adam Harris.Soalannya masih belum dijawab Adam.
Adam Harris memandang dengan bersahaja ke arah Linda.Jika diikutkan hatinya,hendak dimaki perempuan ini.Linda anak Dato Murad,kawan baik papa dan juga rakan bisnes menyebabkan Adam mendiamkan diri.Dia kurang selesa dengan sikap gedik Linda.
“Saya sibuk.Awak tak nampak apa yang saya tengah buat ni?lagi satu,kan saya dah pesan.Jangan datang pejabat ,nanti apa kata staf-staf saya.”Jelas Harris tanpa memandang Linda.Pandangannya tertumpu di skrin komputer.Linda mengukir senyuman.
“Ok,I mohon ampun .”Balas Linda sambil jeraminya cuba memegang jari jemari Adam.Pantas Adam mengelak,wajahnya berkerut dengan matanya dibesarkan tanda tidak mengemari akan tindakan lincah Linda.Riak muka jua Linda berubah namun cuba disembunyikan.Dia tahu lelaki dihadapannya bukan sebarangan lelaki.Bukan mudah untuknya memiliki hati Adam.Namun dia tetap akan berusaha.Suatu masa dulu,dia pernah berputus asa.Namun kini peluang kedua tidak akan disia-siakan.Linda mengukir senyuman.Memandang Adam yang masih mengadap komputer,mata Linda terlihat cincin dijari Adam.Linda terpaku,sehingga kini kau masih memakai cincin itu.Sudah lama ianya berlalu.Namun kau tetap setia.Inilah sikap kau yang aku suka Adam Harris bin Dato Ridhwan.Engkau lain dari lain.Kau tahu hargai wanita.Linda mengelamun sendirian.Adam menepuk meja,niatnya untuk menghentikan lamunan Linda.Entah apalah yang difikirkannya.Linda terkejut namun sempat dia mengawal dirinya.
“Adam,I datang ni nak ajak U makan tengahari.”Pelawa Linda.
“Kejap Linda,saya nak siapkan kerja ni sikit.”Balas Adam tanpa melihat Linda,dia tahu jika tidak dilayan keinginan Linda saat ini.Pasti mama akan memarahinya.
“Ok sayang.ambiklah masa U.I tunggu.”Kata Linda tersenyum gembira.Kali ini ajakkannya membuahkan hasil,Adam sudi keluar bersamanya.Sementara itu,bagi Adam pula jika diikutkan hatinya sanggup dia berpuasa hari ini dari keluar makan bersama Linda.
“Ok jom Linda.”Kata Adam sambil menyusun fail-fail di atas mejanya.Linda mengekori Adam menuju keluar dari kamar pejabat Adam.Sebelum menuju ke pintu lif,Adam sempat berpesan pada Suzie.
“Saya tak masuk pejabat.apa-apa call I ok,”
Linda mencebik memandang Suzie.Terasa kemenangan berpihak kepadanya.Jika tadi Suzie sedaya upaya menghalangnya,namun kini dia bisa sahaja memeluk lengan sasa Adam Harris tanpa halangan.Suzie hanya mampu mendiamkan diri.Malas hendak dilayan perangai Linda.Ditambah dengan reaksi tidak senang majikannya disaat Linda memeluk lengannya membuatkannya ketawa didalam hati.Bimbang jika majikannya berang dengan kelakuannya.
“Baik Encik Harris,Cuma saya hendak ingatkan besok pukul 10.00 pagi,Encik ada meeting dengan Encik Borhan,wakil dari Melaka.Berkenaan projek resort di sana.”
“Baiklah,nampaknya jadi jua Encik Borhan datang.”Senyuman terukir di bibir Adam.Jika perjumpaan ini berjaya ,projek besar bakal dimiliki.Linda teliti mendengar,dalam hati dia bangga dengan usaha Adam.Bijak mencari peluang dalam perniagaan.
“Terima kasih Suzie.”Kata Adam sambil tangan kanan menolak tangan kanan Linda yang dari tadi memeluk lengan kirinya dan berlalu pergi.Linda mengekori dari belakang sambil di dalam hati merungut.Sementara itu di tingkat bawah,Meor dan Lan setia menanti.Melihat Adam menghampiri,Meor segera membuka pintu kereta Mercedes-benz R-class .Adam mempelawa Linda menaikki dahulu,dengan hatinya yang berbunga-bunga Linda menurut kemahuan Adam.Setelah Linda masuk kedalam kereta,Adam menutup pintu dan dia mengarahkan Meor memandu kerete itu mengekorinya.Linda mengetap bibir.menahan marah.Adam dan Lan menaiki kereta jaguar XF premium luxury.Tiba dihadapan cafe,Adam turun,diikuti Linda.Linda cuba menyembunyikan rasa hatinya saat ini.Dia faham sikap dingin Adam.Mereka menjamu selera tanpa banyak berbicara.Adam kerap melihat jam membuatkan Linda rimas.
“Kenapa Adam,dari tadi I tengok U asyik tengok jam jer.?”tanya Linda mohon kepastian.Seingatnya selepas makan Adam tidak perlu ke pejabat lagi.Dia sudah memasang hajat untuk meluangkan masa dengan Adam hingga ke malam hari.
“Saya nak solat zuhor,awak nak ikut?.”
“Err,I tak boleh.”Jawab Linda perlahan menahan malu.Adam tersenyum mendengar jawapan Linda.Bukan dia tak tahu bagaimana sikap Linda.Boleh dikira dengan jari berapa kali dia bersolat dalam sebulan.Setahun?.Adam mengeleng kepala.Linda memandang Adam,dilepaskan keluhan.Bimbang jika soalan yang bakal ditanya mengundang kemarahan Adam.
“Adam,I ada benda nak tanya U ?.”Soal Linda sambil meletakkan sudu dan garfu di pinggan.Makanan masih berbaki tidak dijamah.Dihirup jus minumannya bagi menghilangkan rasa didalam hatinya.
“Tanyalah Linda,”Balas Adam sambil menghirup minumannya.Linda mengeluh sebelum memulakan bicara.Matanya memandang tepat ke arah Adam Harris.
“Kenapa U masih pakai cincin ni?”Tanya Linda menunjukkan cincin di jari manis Adam.Tergamam Adam dengan pertanyaan Linda.Tidak diduganya tergamak Linda berkata demikian sedangkan dia tahu sebabnya.,Adam memandang tepat Linda.Merah padam wajah Adam Harris menahan marah,jika diikutkan hatinya saat ini sudah ditampar pipi Linda.Namun dia masih waras dalam bertindak di saat emosi begini.
“Awak tak perlu tahu.Ini hal peribadi saya,”keras nada Adam walaupun bercakap perlahan.
“Tapi Adam,semua itu telah lama berlalu.U kene teruskan hidup.Sampai bila U hendak macam ni.U kene buka pintu hati untuk terima cinta selain Ayu.”Linda cuba berkata lembut walau dihati masih ada perasan cemburu.Dia perlu berhati-hati menyusun kata-kata. Namun dari riak wajah Adam,Linda tahu Adam sedang marah.Dia tahu bukan mudah untuknya membuang apa yang telah terpahat di hati Adam Harris.
“Linda,saya tak nak cakap pasal ni.saya ada alasan saya sendiri”.Dari nada suara Adam,membuatkan Linda tahu dia sudah tersilap langkah .Adam memanggil pelayan,menjelaskan bil makanan dan bangun meninggalkan Linda.Seperti yang telah dia duga,Linda bangkit dan mengekori Adam dari belakang.
“Meor,hantar Linda balik.lepas tu korang balik kondo terus.”arah Adam kepada pengawal peribadinya.Meor dan Lan akur.Dibukakan pintu untuk Linda.Adam terus menaiki jaguarnya meninggalkan mereka.Linda mencapai telefon.Hajatnya hendak mengadu kepada mama Adam tentang apa yang berlaku,namun jari berhenti mendail kerana tahu ianya adalah berpunca darinya.Di simpan kembali telefon bimbitnya,Linda mengetap bibir menahan rasa sambil merenung ke luar .
******
Kereta yang di pandu Adam memasukki kawasan masjid yang saban hari dikunjungi.Selesai solat zuhor,Adam menuju ke tempat rutin dikunjungi sejak dua tahun yang lalu.
“Assalamualaikum sayang,abang datang ni.Maaf sayang,harini abang terlewat sikit.Linda tu datang ajak abang makan tengahari,”cerita Adam Harris yang setia duduk di pusara isterinya.Mengimbas tragedi dua tahun lalu,saat dia kehilangan Ayu Safira yang menjadi korban nahas jalan raya.Pemergian Ayu telah memberi impak yang besar dalam diri Adam Harris.Dia mengalami kemurungan hingga menjejaskan urusan kerja dan saban hari dia duduk dirumahnya.Keadaan ini menyebabkan Datin Suri runsing hingga meminta Linda membantu mengisi kekosongan di hati Adam Harris.Namun hingga kini Adam masih tidak memberi sebarang kata putus.Dato Ridhwan pula terpaksa menguruskan SINDORA CORPORATION sdn bhd sendirian.
Segalanya berubah sewaktu Adam menjejakkan kaki ke masjid berdekatan rumahnya.Malam itu selesai solat isyak,Adam duduk bertafakur.Seketika kemudian,Adam bangkit mendirikan solat sunat.Selesai solat dia bermunajat,tanpa disedari airmatanya mengalir membasahi pipinya.Adam akui takdir yang menimpanya,pemergian Ayu buat selamanya.Namun sebagai manusia biasa,hatinya seakan sukar menerima kehilangan Ayu.Masih baru usia perkahwinan mereka,pelbagai impian yang ingin dibina bersama isteri tercinta.Berat sungguh ujian ini.Adam memohon doa agar Allah berikan kekuatan buat dirinya.Lama Adam duduk di sejadahnya.Dirasakan ketenangan mulai menyelinap disegenap ruang hatinya yang sunyi selama ini.Dalam diam Adam akui kata-kata mama.
“Adam,solatlah dan pintalah pada Allah.Saat ini hanya Allah yang mampu merawat luka dihatimu.Mama dan papa sentiasa akan doakan Adam.Kerana hanya Adam sahaja permata kami.”Pujuk Datin Suri.Kata-kata mama itulah yang membuatkan dia berada di masjid saat ini.Terasa selama ini dia alpa dek kesedihannya.Hingga tanggungjawapnya sebagai muslim hampir dilupai.Airmatanya mengalir laju,betapa kasihnya Maha Pencipta kepadanya kerana masih memberi ruang padanya untuk menyedari kealpaannya.
“Assalamualaikum nak,maafkan pakcik,”tegur seorang tua.Dari tadi pakcik ini memerhatikan tingkah laku anak muda ini.Sudah dua malam dia dan beberapa rakannya berada di masjid,namun kelibat anak muda ini tidak kelihatan.Pasti ada sesuatu yang menyebabkan anak ini berada di masjid hingga jam ini,detik hatinya.Pakcik tua menghulurkan tangan,bersalam dengan Adam.
“Waalaikumsalam pakcik,tak mengapa pakcik.Maaf jika saya mengganggu pakcik.”jawab Adam.Segera dikesat airmata yang masih bersisa.Tidak disedari akan kehadiran pakcik ini.Pakcik tua duduk bersila bertentang dengan Adam Harris.Adam memandang wajah tua dihadapan.Di amati wajah tenang itu,mata yang redup seolah berbicara dengannya,senyuman manis sentiasa terukir membuatkan hatinya semakin ingin mengenali insan dihadapannya.Wajah tua itu dihiasi dengan janggut putih sehingga membuatkan Adam seakan tidak puas menatapnya.Tanpa disedarinya,tangan pakcik tua mengenggam erat jemarinya.
“Anak,dari tadi pakcik tengok anak ni seperti ada masalah,”kata pakcik tua memulakan bicara.Adam terdiam,dadanya kembali sebak.Pandangannya ditundukkan,tanpa disedari airmata mengalir.Terasa hendak diruntuhkan segala gunung beban yang mencengkam jiwanya saat ini.Namun lidahnya kelu,hanya airmata yang bisa berbicara saat itu.Pakcik tua mengusap-usap bahu Adam Harris.
“Menangislah nak,Insyaallah Allah swt akan berikan ketenangan dalam hatimu.Ingatlah nak,setiap ujian yang Allah berikan kepada HambaNYA adalah sebagai tanda kasih sayangNYA kepada kita.Tanda Allah rindukan rintihan,tangisan kita.Menangislah wahai anak muda.mengadulah hanya pada Allah swt.”Lembut bicara pakcik tua.Adam Harris akui kebenaran kata-kata pakcik tua ini.
“Pakcik,terasa sangat berat beban ini,hati ini terlalu sakit.Saya sangat sayangkan dia.”luah Adam.Entah kuasa apa pakcik ini pakai,hingga Adam mampu meluahkan segala rasa beban dihatinya walau ini pertama kali dia bersua dengan pakcik tua itu.
“Boleh anak ceritakan,siapa yang anak sayang sangat ni?,”Tanya pakcik .Adam menarik nafas dalam-dalam.Matanya memandang tepat insan di hadapannya.
“Oh yeh,terlupa pulak pakcik nak kenalkan diri,nama pakcik Bakar.Anak panggil jer baba.”Ujar baba perkenalkan dirinya.
“Saya Adam Harris,baba panggil Adam sahaja.”Itulah permulaan perkenalan Adam dan baba,sejak pertemuan itu banyak yang Adam pelajari dari baba.Suratan takdir yang ditentukan Ilahi di akui.Dia redha pemergian Ayu Safira.Walau berat mana sekalipun,dia belajar untuk redha,kerana dia yakin Allah swt akan berikan yang terbaik untuknya.Baba Bakar sering membantunya,mendalami ilmu agama.Jiwa yang suatu masa dahulu kosong,kini telah mula diisi dengan ilmu agama.Cuma satu yang masih menjadi tanda tanya.Apakah jawapan mimpi yang sering menganggu tidurnya.Kebelakangan ini,Adam sering mimpikan wajah itu,siapakah dia?Apakah maksud mimpi itu?Segalanya masih menjadi rahsia.Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya.Tangannya mengusap-usap batu nisan,masa berlalu dengan pantas tanpa disedari sudah hampir satu jam dia duduk sambil mengimbau kenangan lalu.Setelah dibersihkan anak-anak rumput dipusara isterinya,Adam bangkit dan berdiri seketika memandang pusara Ayu seakan saat ini dia sedang melihat wajah insan yang telah bertahta di hatinya.
“Sayang,abang pulang dulu .Insyaallah besok abang datang lagi.”Kata Adam sebelum melangkah pergi.Ada rasa hiba di dalam hatinya,menggunung beban rindu terhadap Ayu,dia melangkah meninggalkan pusara Ayu menuju ke kereta.
“Ya Allah,banyaknya miss call,”kata Adam setibanya di kereta telefon bimbit yang ditinggalkan di dalam kereta dicapai.Dia tersenyum melihat skrin telefon,sudah dijangka,pasti mama akan menelefonya.Cepat betul Linda mengadu.Nampaknya balik ini kene mengadap mama,detik hatinya.
******
Linda puas hati setelah mengadu akan kelakuan Adam terhadapnya di restoran tadi.Pasti Datin Suri akan menegur sikap anak tunggalnya.
“Aku pasti Adam akan hubungi aku malam ini untuk minta maaf.”Katanya sendirian,terukir senyuman bermakna di bibir.Linda yang masih bermalasan di atas katil empuk kamarnya,bangkit melangkah ke meja solek.Dia meneliti segenap raut wajahnya.Kenapalah Adam susah nak tergoda dengan kecantikkan aku ini.Kalau lelaki lain,sudah lama meleleh air liur.Gomelnya sendirian.Bunyi deringan telefon membantutkan angannya.Segera dicapai telefon kerana disangka Adam yang hubunginya.Namun mendengar suara si pemanggil,Linda hampa.
******
Kereta yang dipandu Adam Harris menuju ke rumah mama.Sangkaannya benar mama setia menanti.Datin Suri tersenyum memandang Adam.Dia mengerti bukan mudah untuk anaknya mencari penganti Ayu.Namun dia juga tidak mahu Adam terus hidup sendirian.Datin Suri ingin melihat Adam Harris bahagia,mempunyai isteri yang boleh menguruskan rumah tangga dan juga dia juga teringin digelar nenek.
“Assalamualaikum mama,jauh termenung.”Tegur Adam sambil memeluk bahu Datin Suri.
“Waalaikumsalam Adam,lambat balik hari ini?,”balas Datin Suri bersama senyuman manis .Adam membalas senyuman mama namun di dalam hati,dia tahu makna disebalik senyuman Datin Suri.Adam cuba berlagak biasa sahaja.
“Macam biasalah mama,Adam pergi kat Ayu.Mama,Adam masuk dulu,nak mandi dah belengas badan ini,”kata Adam cuba mengelak dari mamanya.Belum sempat Datin Suri bertanya,Adam sudah melangkah masuk ke dalam rumah.Datin Suri senyum melihat kelibat Adam.
“Takutlah tu.”Bisik Datin perlahan .Ketika menerima panggilan dari Linda sudah diduga pasti ada sesuatu yng berlaku.Datin Suri faham kehendak anaknya.Memang Linda bukanlah pilihan Adam,namun kesungguhan Linda untuk menawan hati Adam Harris dikagumi.Tidak kenal erti putus asa.Hampir setahun Linda cuba menawan hati Adam.Cuma Adam yang masih dingin.Sebenarnya Datin Suri dan Dato Ridhwan tidak kisah siapa pun pilihan Adam.Yang mereka utamakan kebahagiaan Adam.
Datin Suri masuk ke dalam kerana hari sudah hampir senja,seperti kebiasaan mereka sekeluarga akan bersolat berjemaah bersama.Setelah itu mereka menjamu makan malam yang telah disediakan oleh Mak Wan.Pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dengan keluarga Dato dan Datin.Malam itu Adam Harris pulang ke kondonya yang sudah hampir setahun Adam inap.Sejak mimpi yang sering menganggu malamnya,entah kenapa hingga saat ini dia masih belum temui jawapan mimpi yang berulang itu.Hingga membuatkan dia pasrah dalam penantian.
******
Setelah hampir tiga bulan setengah menghuni kamar besi,hari ini tamatlah sudah tempoh hukuman mereka.Kamal dan Taha sudah diberi kebebasan semula dengan bersyarat agar tidak mengulangi kesilapan yg lalu.
Setelah selesai menandatangi dokumen pembebasan mereka dan diberikan barang-barang mereka melangkah keluar dari neraka dunia.Menikmati keindahan dunia luar.Jika sebelum ini pandangan mereka amat terhad,namun kini mereka telah bebas.
“Taha,jom kita pekena mee goreng mamak.Lama tekak aku ni mengidap.”Kata Kamal sambil ketawa.
“Betul tu.Aku pun dah lama tak makan nasi goreng kampung.Duduk kat dalam tu apa yang sedap.”Balas Taha.Berderai ketawa kedua sahabat itu sambal melangkah menuju ke stesen bas yang berhampiran.
Selesai melepaskan keinginan mereka di gerai mamak,Kamal dan Taha pulang ke rumah mereka.Pasti ada yang sedang menanti kehadiran mereka.Masing-masing diam membisu di sepanjang perjalanan pulang.Seolah telah terbayang apa yang bakal terjadi.
Sebaik sahaja Kamal melangkah masuk ke dalam rumah.Pak Abu yang telah menantinya dari tadi bangkit merenung tajam ke arahnya.
“Baru sekarang kau nak balik.Dah dua jam aku tunggu kau balik.”Tegas nada Pak Abu bersuara.Kamal memandang wajah bapanya tanpa ada rasa bersalah.Memang dia masih marah dengan sikap bapanya.Pak Abu punca dia meringkuh dalam penjara.Kamal membiarkan pak Abu sendirian di ruang tamu,dia menuju ke kamarnya.Namun langkahnya terhenti takkala Pak Abu bersuara lagi.
“Ayah nak mulai hari ini kau bantu ayah dalam perniagaan.Bukan duk mengejar Damia tu.Dia bukan dari kalangan yang sesuai untuk kita.Faham!”tinggi nada Pak Abu.Hatinya memang sakit bila anaknya tidak menghiraukan dirinya.Kamal berpaling dan merenung tajam Ayahnya.
“Kamal tetap dengan keputusan Kamal.Walau apa pun yang terjadi.”Balas Kamal dengan perlahan tetapi tegas.Sebaik sahaja berkata demikian,Kamal berlalu ke luar rumah dan menaiki motor.Hatinya terasa amat panas dengan kata-kata Ayah.Panggilan Pak Abu tidak dihiraukan,sengaja dia memulas-mulas pemengang motor.Bunyi motornya lagi merdu didengari berbanding suara Pak Abu.Fikir Kamal yang masih dikuasai amarah.
Pak Abu mengetap bibirnya menahan marah.Tidak disangka Kamal begitu degil,sukar untuk mendengar kata.Dia menghempaskan daun pintu melepaskan marah.
Kamal bersiar-siar di kawasan kampung menghilangkan rasa rindunya pada suasana kampung tercinta.Motor dipandu ke jalan yang sering dilalui sebelum ini,terasa rindunya makin mencengkam jiwa.Rindu melihat wajah gadis idaman hati.Selama berada di dalam penahanan,dia hanya mampu membayangkan dan mimpikan Damia.Tetapi kini,peluangnya sudah terbuka luas.Kamal tersengih melihat rumah Damia.Akalnya mula merancang sesuatu.Pastinya kali ini hajat untuk memiliki Damia akan tercapai.Kamal nekad.Tunggu abang Kamal datang,sayangku Damia.Detik hati Kamal dan terus berlalu pergi.
******
“Mia masak ape tu,wangi sangat bau satu rumah,”tegur Pak Samad.
“Eh,Pak Samad ini terkejut Mia tau.Mia masak asam pedas ikan pari,”jawab Damia.
“Pak Samad pergi mandi dulu.Nanti kita makan sama-sama,”Balas Pak Samad.
“Baiklah Pak Samad,Mak Nani kat mana?,”
“Ada ni.”Sergah Mak Nani membuatkan suaminya dan Damia ketawa.Pak Samad dan Mak Nani baru pulang dari kebun pisang.Mereka sering kelihatan bersama walau kemana sahaja.Sejak kehadiran Damia dalam rumah mereka seperti memberi cahaya kegembiran.Selama ini mereka hidup berdua tanpa kehadiran cahaya mata.Siti Damia sudah dianggap seperti anak kandung.
Tengahari itu mereka menjamu selera di pangkin bawah pokok mangga.Pak Samad menanti di pangkin.Damia membawa dulang berisi makanan sementara Mak Nani membawa jug berisi minuman.
“Jom kita makan,”ajak Damia.Pak Samad dan mak Nani senyum melihat gelagat Damia menghidangkan makanan.Hampir tiga bulan berlalu Damia kini sudah mampu mengukir senyuman,walau dalam hati masih ada luka yang sukar untuk sembuh.Mereka bergurau,berbual sambil menikmati hidangan tengahari.Selesai makan,Damia dan Mak Nani mengemas makanan dan membawa masuk ke dapur.
“Mak Nani,selepas asar ni Mia nak ke kubur mak,”Damia bersuara sambil membasuh pinggan.Sudah dua hari dia tidak ziarah pusara ibunya.Terasa rindu dihatinya.Mak Nani memandang Damia,mengukir senyuman dan mengangguk kepala.
“Boleh,Mia nak Mak Nani temankan ke?”
“Takpelah,Mia pergi sendiri,nanti rindu pulak Pak Samad,”usik Damia.Pantas Mak Nani hadiahkan cubitan manja di lengan Damia.
“Aduh..sakitnya.”jerit Damia manja.Mereka ketawa bersama.
“Apalah Mia ni,suka usik mak Nani.Buat malu tau.”Balas Mak Nani gaya merajuk.
“Ala mak Nani sayang,janganlah merajuk.Betulkan Mia cakap,Pak Samad mesti cari isteri kesayangan ni kan.”Pujuk Damia sambil mencuit hidung ibu angkatnya.
“Amboi..riuh nya korang ni.Nani mana kopi saya?”Pak Samad menjenguk ke dapur.Telah menjadi kebiasaannya menghirup kopi selepas makan.Damia dan Mak Nani berpandangan antara satu sama lain.
“Hah!kan Mia dah cakap,tu Pak Samad dah cari.”Kata Damia ketawa melihat mak Nani.Pak Samad terpinga-pinga.Salah cakap ker aku,detik hati Pak Samad.
Petang yang mendamaikan,Damia mengayuh basikal menuju ke tanah perkuburan kg Sena.Setibanya disana,Damia berjalan menuju ke pusara ibunya,dia memberi salam membaca surah yasin,berdoa agar ibunya ditempatkan bersama golongan yang beriman.Damia menyirami pusara ibunya.Pohon bunga yang ditanam hidup segar,dia membersihkan rumput-rumput halus yang tumbuh di atas pusara ibunya.Lama dia duduk sesekali tangannya mengusap batu nisan.Rasa rindu pada Mak Ana mencengkam jiwanya,airmatanya mulai bertakung dalam kolam mata.Dirasakan seperti saat ini dia sedang berdepan dengan jasad ibu,senyuman yang terukir di wajah bonda tercinta seolah mengubat rasa rindu yang membelenggu jiwanya.
“Mak,Mia rindukan mak.Maafkan Mia mak.Mia akan sentiasa doakan mak.”kata Damia sambil mencium batu nisan,dibayangkan dia sedang mencium dahi ibunya.Selang beberapa ketika,Damia pulang ke rumah.Pasti Mak Nani dan Pak Samad risaukan aku,detik hatinya.Damia mempercepatkan kayuhannya.
Seperti yang diduga,Mak Nani menantinya di pangkin.Melihat Damia pulang mengayuh basikal,Mak Nani tersenyum lega hatinya.Dari tadi dia risaukan keselamatan Damia.Damia membalas senyuman Mak Nani.Dia tahu ibu angkatnya risaukan dirinya.
“Amboi manisnya senyuman Mak Nani,tergoda Mia tau,”usik Damia.
“Isk,macam-macam lah Mia ni,dah pegi mandi cepat.Sudah nak maghrib ni.”Balas Mak Nani.Makin dilayan usikan Damia makin teruk dia diusik.Damia masuk ke biliknya mengambil tuala dan menuju ke bilik air.Mak Nani panaskan lauk,goreng telur untuk lauk tambahan mereka malam ni.Pak Samad telah pergi ke surau.Seperti kebiasaan Pak Samad akan solat berjemaah di surau.
******
Ketukan pintu mengejutkan Adam Harris dari lamunan.Dia binggung kebelakangan ini, dia kerap bermimpi yang sama.Hampir setiap malam,wajah yang sama mengganggu tidurnya.Teringat bait-bait lagu allahyarham Sudirman’milik siapakan gadis itu.’Tersenyum Adam sendirian.Lamunannya terhenti dek bunyi ketukan pintu.
“Masuk Suzie,”Suzie melangkah masuk membawa secawan kopi kegemaran.Rutin Suzie setiap pagi menyediakan minuman kopi untuk majikannya.Selesai memberitahu agenda sepanjang hari ini,Suzie melangkah keluar dari pejabat Adam.Sempat Adam berpesan kepadanya.
“Ingat Suzie,jika Linda datang,cakap I tak ada,meeting kat luar.”Tegas nada Adam.Suzie mengangguk kepala tanda akur dengan arahan majikannya.Sempat dia memandang wajah tampan berjambang Adam Harris. Harap-haraplah Linda tidak datang hari ini,detik hati Suzie sambil meneruskan kerjanya.
Adam menghirup minumannya sambil membaca akhbar.Hari ini dia ada pertemuan dengan wakil dari Melaka.Besar harapannya agar pertemuan kali ini berjaya.Syarikat SINDORA CORPORATION sdn bhd bakal melebarkan sayap ke bidang perlancongan.Projek resort di Melaka bakal menaikkan nama syarikat.Selesai membaca akhbar,Adam melihat jam .
“Sempat lagi ni.”Detik hatinya.Bingkas Adam bangun menunaikan solat dhuha.Memohon rezeki dari Allah swt dan selesai berdoa,dia duduk seketika hatinya berdebar-debar mengenangkan wajah itu.
“Ya Allah,tunjukkan aku maksud rahsia MU ini,”bisik Adam.Tiba-tiba dia teringat baba ayah angkatnya.Sudah lama dia tidak bertemu,hatinya rindu mendengar kata-kata nasihat dari baba.Telefon dicapai dan nombor baba didail.Selesai bercakap dengan baba,hatinya gembira.Agenda hujung minggunya sudah tersedia.Adam bersiap sedia,wakil dari Melaka sudah menantinya di bilik mesyuarat.
******
“Alhamdulillah papa,projek Melaka menjadi milik kita,”kata Adam Harris kepada Dato Ridhwan.Papa tersenyum bangga dengan pencapaian anaknya.
“Bagus Adam.”Puji papa sambil menghirup air kopi.Malam itu anak beranak ini duduk di tepi kolam.Mama menganguk-angguk kepala sambil tersenyum.Adam telah banyak berubah.Sudah semakin matang,bijak menguruskan hal-hal syarikat.
“Mama,papa minggu ni Adam ke Melaka.Nak tinjau tapak projek kita dan Adam nak jumpa baba dan mak.Lama Adam tak jumpa mereka,”kata Adam tanpa memandang wajah orang tuanya.Matanya tertumpu kepada air kolam di hadapannya.Sebenarnya dia tidak mahu orang tuanya tahu apa yang sedang bermain di dalam fikirannya.Sementara itu mama dan papa berpandangan antara satu sama lain.Dato Ridhwan memandang wajah anak tunggalnya sambil mengukir senyuman.
“Pergilah Adam,baik pergi awal pagi takut Linda datang kacau pulak,”usikan mama merubah suasana yang tadinya sunyi dengan tawa besar Dato Rihdwan.Spontan wajah Adam berubah menahan malu dan hanya mampu senyum kambing.
Dato Ridhwan dan Datin Suri yakin pasti ada sesuatu yang sedang mengganggu perasaan anak mereka.Selalunya jika Adam begini,pasti dia akan berjumpa Bakar.Mereka akur sejak Adam berkenalan Bakar,banyak perubahan positif yang berlaku pada diri Adam Harris.
“Oklah mama,papa.Adam balik dulu yeh.Besok sarapan Adam datang ok.”Kata Adam.Dia bersalaman dengan mama dan papanya dan bergerak pulang ke kondonya.
“Abang,ada call Bakar ke?.Kenapa Adam nak jumpa Bakar?”Tanya Datin Suri kepada suaminya.
“Entahlah Sue,abang pun tak pasti.Tapi adalah tu halnya.”Jawab Dato Ridhwan.Dia bingkas bangun masuk kedalam rumah cuba mengelak dari disoal isterinya.Datin Suri mengekori dari belakang dengan rasa yang tidak puas hati.Sebolehnya dia ingin tahu jika Adam Harris ada apa-apa masalah.Bagaimana jika dia telah bersedia untuk berkahwin?Atau dia sudah ada pilihan sendiri?Bagaimana dengan Linda?.Datin Suri mengeluh kerana dia tidak bisa meneka apa yang difikirkan anak tunggalnya.Dia meniti anak tangga menuju ke kamarnya.
******
Hari yang dinantikan telah tiba,selesai bersarapan di rumah mama.Adam Harris memandu kereta jaguar XF hitam kesukaannya.Nasibnya baik kerana baba masih berada di Melaka.Sudah menjadi kebiasaan warga emas ini akan menghabiskan masanya dengan kerja-kerja dakwah.Menurut kata baba kemarin,hari ini dia akan berada di Tengkera.Malam ini ada majlis ilmu,majlis yang sering dirindui Adam Harris sejak di berkenalan dengan baba Bakar.Langkah kanan buat Adam kerana berpeluang untuk menimba ilmu Allah swt.Masih teringat akan kata-kata ayah angkatnya suatu ketika dahulu.
“Orang yang keluar rumah semata-mata untuk mencari ilmu Allah swt akan berjalan di atas sayap-sayap para malaikat.Seluruh makhluk di daratan,di lautan dan udara akan mendoakan keampunan untuk mereka.”Kata-kata ini masih tergia-gia di telinganya.Setiap kali teringat kata-kata ini,hatinya terasa tenang.Adam memandu sambil mendengar radio.Sengaja dia keluar awal,pertemuan dengan Encik Bakri telah diatur pada hari esok.Perjalanan ke Melaka dirasakan terlalu singkat,mungkin disebabkan tiada kesesakkan lalulintas.Adam meneruskan pemanduan ke Tengkera setelah melepasi tol Ayer Keroh.Dia tiba tepat jam 12.00 tengahari di perkarangan masjid yang dikhabarkan baba Bakar.Setelah mematikan enjin kereta,Adam keluar dari kereta dan mencari -cari kelibat ayah angkatnya.Dari dalam masjid,Adam nampak baba Bakar melambainya.Adam mengukir senyuman.Melihat wajah tua baba,hatinya berasa tenang.Terubat rindunya,mereka berjabat tangan dan berpelukan.Di dalam masjid terdapat beberapa jemaah lain.Mereka saling bersalaman dengan kasih sayang.Adam sukakan suasana ini.Jauh berbeza dengan kehidupannya yang lalu.Disini tiada perbezaan.Tidak kira siapa,pangkat dan banyak mana harta sekalipun.Semuanya sama disisi Allah swt.Mereka hadir semata-mata kerana menimba ilmu,berkasih sayang segalanya kerana Allah swt.Selesai solat zuhor,mereka menjamu selera bersama secara berjemaah.Makan di dalam talam.Selesai makan tengahari,Adam beramah mesra dengan ahli jemaah yang lain.
Malam itu selepas solat maghrib,ada majlis ilmu.Adam mendengar ceramah yang disampaikan oleh Tuan Haji Razak.Kata baba Bakar ,Tuan Haji orang lama dalam usaha agama di Melaka.Adam terkesan dengan kata-kata penceramah,berkenaan iman.Dia tertarik dengan cara penyampaian Tuan Haji Razak dalam mengulas soal hati serta keyakinan terhadap Allah swt membuatkan Adam khusyuk mendengar.
“Janganlah kamu menakutkan manusia dengan kefakiran kerana ini adalah kerja syaitan maka janganlah kamu menjadi dari kalangan tenteranya dalam keadaan kamu tidak sedar akan kesalahan tersebut.Demi Allah,jika ada rezeki untuk seseorang hamba dalam batu besar yang licin di dasar laut sekalipun pasti akan terbelah batu tersebut supaya dapat disampaikan rezeki tersebut kepadanya.Kemahalan tidak boleh menyekat engkau dari rezeki yang Allah swt bawakan kepada kalian.Zat yang telah membuka mulutmu tidak akan melupakanmu.Dengan iman dan taqwa akan datang kebahagiaan dalam masyarakat manusia dan akan tersebar kepada mereka nikmat dan kesenangan yang melimpah ruah.”Begitulah antara kata-kata Tuan Haji Razak yang sempat dicoret Adam dalam notanya.Selesai solat isyak,para jemaah akan makan bersama dalam talam.Berbicara tentang kisah-kisah para sahabat,pengalaman khuruj di negara luar.Segalanya berkisar tentang agama.Subhanallah,indahnya islam.Berhimpun,bersama walau seketika tanpa mengenal rapat,berkasih sayang semata-mata kerana Allah swt.Sewaktu di Kuala Lumpur jika ada kesempatan Adam akan pergi ke markaz Sri Petaling untuk merasai,mendalami ilmu Allah swt.
“Adam,dah lewat ni,nak balik hotel tak?”tanya baba Bakar .
“Emm,Adam rasa nak tidur di sinilah baba.Jangan risau,Adam ada bawa kelengkapan.”Jelas Adam sambil tersenyum.Panggilan ‘baba’telah lama digunakan,bagi Adam Harris baba Bakar sudah seperti bapanya.Atas permintaan Adam jua agar mengizinkan dia memanggil baba dan mak.Baba Bakar hanya tersenyum melihat anak angkatnya.Adam jua turut tersenyum,memang dia sudah berniat hendak bermalam bersama jemaah di masjid.Dalam masa yang sama dapatlah dia luangkan masa bersama ayah angkatnya.
“Baba,saya ada benda nak tanya?”kata Adam memulakan bicara.
“Tanyalah Adam,Insyaallah baba sedia mendengar,”jawab baba Bakar lembut.
“Mimpi itu datang lagi,kali ini hampir setiap malam.”Kata Adam sambal mengurut-urut jambangnya.Matanya memandang wajah tenang baba Bakar.Senyuman terukir di wajah warga emas ini.Membuatkan Adam berkerut dahi.Tak pasti apa yang difikirkan.Salah cakap ker aku bisik hatinya.
“Mungkin sudah sampai jodoh Adam kot,”kata baba Bakar bersahaja membuatkan Adam Harris tersentak.Pakcik Bakar mengusap lembut bahu Adam.
“Adam,mungkin telah tiba masa Adam melepaskan segala kenangan arwah Ayu,baba tahu berat untuk Adam,tapi yakinlah dengan takdir Allah swt.Hanya Allah swt sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hambaNYA.Kita sebagai hambaNYA tiada daya kekuatan untuk menghalang melainkan menerima dengan redha setiap apa yang Allah takdirkan untuk kita.Dalam hati,katalah semuanya dengan izin Allah swt.Masih ingat lagi tak lagi 6 perkara yang pakcik ajarkan dulu?.”Kata baba Bakar.
“Ingat baba”balas Adam Harris dan menyebutkan satu persatu dengan ringkas.Tenang wajah Pak Bakar mendengar sambil mengangguk kepala.
“Jadi bukalah hatimu Adam.Jika telah tiba jodoh buatmu,buatlah apa yang patut.Mohonlah petunjuk dari Allah swt.Insyaallah,kamu akan dapat jawapannya,”nasihat baba Bakar.Adam tunduk melihat cincin dijarinya.Adakah sudah tiba masa untuk dia melepaskan semuanya?.Matanya mulai berkaca,terasa berat dihati.Terpalit rasa kebimbangan,bagaimana jika penganti tidak seperti Ayu?mampukan dia menyintai wanita lain seperti dia menyintai Ayu?.Malam itu Adam tidur dengan persoalan yang dia sendiri masih menanti jawapannya.Niat dihati hendak bangun bermunajat kepada Allah swt memohon diberi kekuatan,petunjuk maksud mimpinya.Malamnya Adam mimpi lagi,seorang wanita datang kepadanya menghulurkan tangan dan Adam menyambut tangan itu.Wajah wanita itu tetap sama.Adam terjaga dek kerana mimpinya itu.Dia melihat jam,tepat jam 3 pagi.Adam bangun membersihkan diri,berwuduk dan mendirikan solat.Dia menggunakan peluang ini memohon petunjuk kepada Allah swt,semoga segalanya akan terjawab kelak.
Selesai sarapan pagi itu,Adam duduk mendengar majlis ilmu,tenang jiwanya saat ini.Dia nekad ,dia redha akan takdir yang bakal terjadi.Setiap kenangannya bersama Ayu akan sentiasa dikenang sebagai kenangan terindah.Walau terasa sedih di hati,namun dia yakin dengan perancangan Allah swt.Selesai program ,masing-masing berkemas dan pulang ke rumah,ada beberapa kumpulan jemaah yang telah bersiap sedia menyambung kerja dakwah.Terdetik dihatinya ingin berada dikalangan kumpulan seperti itu.Moga Allah swt memilih aku satu hari nanti,detik hatinya.Adam pulang bersama baba Bakar,sepanjang perjalanan mereka, baba Bakar bercerita tentang pengorbanan Nabi saw semata-mata untuk berikan agama kepada kita.Kisah pengorbanan Nabi saw dan isterinya amat menyentuh hatinya.Tanpa disedari,kereta yang dipandunya telah memasuki perkarangan rumah ayah angkatnya.Kelihatan mak Ani setia menanti di muka pintu.
Mereka bersama memasuki rumah.Mak Mariam sudah menyediakan minuman.Adam dan pak Bakar bersama menjamah hidangan yang tersedia di ruang tamu.Baba Bakar dan Mak Ani tinggal berdua,mereka mempunyai dua cahaya mata.Namun Allah lebih mengasihi permata mereka.Keduanya telah meninggal dunia diusia yang masih muda.Adam Harris sudah dianggap seperti anak mereka.jika ada kelapangan,Adam akan melawat mereka di Melaka.Tengahari itu,mereka bertiga menjamu selera bersama.Berselera Adam Harris,sudah lama dia tidak makan masakan kampung.Kebetulan mak Ani memasak menu kegemarannya iaitu asam pedas.Malam itu Adam menetap di rumah keluarga angkatnya.Besok dia harus ke tapak projek,ada beberapa urusan yang perlu dia selesaikan.
Share this novel