Bab 8

Romance Series 16038

8

Panggilannya tiada sahutan membuatkan Damia semakin resah.Perlahan-lahan dia meletakkan tangan di dahi Adam Harris.Panas.Damia segera meninggalkan bilik menuju ke dapur.Diambil sebekas air,sehelai tuala pantas melangkah ke kamar.Perlahan-lahan dia meletakkan tuala basah didahi.Selang beberapa kali,ditukar air sejuk yang hampir hangat itu.Titisan air yang mengalir dari dahi Adam segera dilap sebelum sempat air menyusuri ruangan telinga.Masa terus berlalu.

Hampir satu jam berlalu,perlahan-lahan Adam membuka matanya.Dahi terasa dingin.Damia disisi setia menanti mengantikan tuala di dahinya membuatkan Adam tetanya-tanya apakah yang terjadi?Seingatnya selesai sahaja solat subuh pagi tadi,kepalanya terasa berat.Adam merehatkan diri di atas katil.

"Kenapa ni?"Tanya Adam.Suaranya serak-serak.Tekak terasa àmat perit.Damia segera menghulurkan air,Adam bangkit dan minum seteguk dua.Terasa kurang sakit perit ditekak.

"Encik demam ni,"jelas Damia ringkas.Dari riak wajah Damia jelas kelihatan dia sangat risaukan keadaan suaminya.Adam terasa nyaman diperlakukan begini.Sudah lama dia tidak dimanjakan,dibelai.

"Ayu,abang rindukan Ayu."Adam merangkul pinggang Ayu dipeluk erat.Rindu akan kehangatan tubuh wanita cinta pertamanya.

******

Damia kaget dengan reaksi spontan Adam Harris.Hinggakan dia tidak mampu untuk mengelak.Angau atau mengigau Si Adam ni.Tangan kanan lelaki itu mula memainkan peranan.Dari pinggang mula meneroka tubuh isterinya.

Aku dalam bahaya!tolong aku!.Damia kehilangan suara.Dadanya terasa sempit.Nafasnya tersekat.Dia cuba mengumpulkan tenaga yang ada untuk menyedarkan Adam dari bertindak lebih jauh.Airmata mula membanjirkan pipi mulusnya.

"Encik,tolong jangan buat begini,"Rayu Damia dalam sendu yang dalam.Adam tersentak!

"Argh!apa yang aku lakukan ni?".Bentak Adam dalam hatinya.Seingatnya Ayu yang bersamanya sebentar tadi.Macam mana minah kampung ni pulak yang aku peluk.Adam malu sendiri.

"Keluar kau dari bilik aku!"jerit Adam.Macam mana pun ego lelaki tetap dipertahankan.Damia tidak tunggu lama.Kesempatan yang ada segera digunakan.Lantaklah dia dimaki saat ni.Dia redha asalkan dia tidak diapa-apakan.Dia masih ingat kata-kata Adam dihari kedua mereka bergelar suami isteri.

******

Setelah bersarapan,Datin Suri menghubungi sahabatnya.Banyak perkara yang perlu mereka bincangkan menjelang hari bahagia kedua anak mereka.Setelah mengatur pertemuan,Datin Suri bersiap.Lagi dua jam,bakal bertemu besan.

Sementara menanti pemandu peribadi tiba,Datin Sufi membelek telefonnya.Mencari design yang sesuai untuk majlis Adam nanti.Pelbagai pilihan yang diberikan google ,ada konsep moden,klasik,gabungan moden dan klasik,ala-ala barat pun ada.Mudah betul untuk membuat pilihan jika semuanya dihujung jari.Pasti segak dan cantik bila Adam dan Linda bersanding kelak.Hati tuanya berbunga mekar.Adam perlu segera mempunyai pewaris.

******
"Suzie,Adam tak masuk lagi?"Soal Dato Ridhwan.Kegusaran terlihat diwajahnya.Ini human kebiasaan Adam Harris.Dia terlalu peka tentang soal kerja.Masuk pejabat bukanlah tabiat anak tunggalnya.Dari tadi dia cuba hubungi Adam namun hampa.Merajuk hingga bawa diri lagi anakku .

"Maaf Dato,dari tadi says cuba hubungi Tuan Adam.Tapi panggilan tidak dijawab.Pagi ini ada meeting penting yang perlu Tuan Adam hadir.".Suzie cuak kali ini.Habislah dia jika gagal menjejaki majikan sorang ni.Entah kenapa kebelakangan ini,majikan muda ini selalu sahaja berdiam diri.Selalunya dia kerap berkongsi cerita walaupun tidak secara peribadi.

"Tak mengapa,meeting itu biar saya yang handle.U try call Adam.Bagitahu dia hubungi saya segera."Arah Dato Ridhwan.Jika semalam isterinya,Datin Suri memberi kata dua buat Adam.Hari ini,dia pula bakal berbuat demikian.Memang bukan prinsipnya,campurkan masalah peribadi hingga kerja yang sedia ada terabai.

Tanpa menanti jawapan Suzie,Dato Ridhwan berlalu dengan wajah kemerahan menahan marah.Suzie kecut perut melihat Dato Ridhwan.Apakah yang bakal terjadi?Adakah dia juga terheret sama kerana gagal menjalankan tanggungjawab sebagai setiausaha dengan baik.Suzie mengeluh.

******

p/s-Buat pembaca dikasihi,Doakan jodoh Adam dan Damia ye.Adàkah DIA TAKDIRKU?
Qaseh akan cuba update sekerap yang mampu.?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience