22
Damia semakin risau menanti,kebiasaannya waktu begini Adam sudah pun berada dirumah.Jenuh jari jemari menelefon,namun hampa panggilannya tidak berjawab.Apakah yang telah terjadi.Ya Allah peliharalah suamiku dari segala mara bahaya.Kedengaran azan maghrib berkumandang di kaca televisyen.Damia bangkit dari sofa dan melangkah ke kamarnya.Walau apa pun yang menganggu fikirannya saat ini,tanggungjawab sebagai seorang muslim tidak akan dilupakan.
Setelah selesai bersolat,dia menatap skrin telefonnya mengharap ada apa-apa pesanan dari suami namun tetap hampa.Dia mengeluh.Dimanakah Adam saat ini.Apakah yang telah berlaku.Sejak seminggu yang lalu,tiada sebarang tanda yang mencurigakan melainkan sikapnya sahaja.Boleh dikatakan setiap hari ada sahaja perbuatan atau kata-kata Adam yang boleh mencairkan hati perempuannya.
Teringat semalam sewaktu mereka sedang makan malam,tidak semena-mena Adam meminta menyuapkan makanan untuknya.Sempat juga digigit jari Damia.Mujur itu gigitan manja,jika sebaliknya jawapannya perang dunia ketiga.Hang Jebat bakal bersilat.
Malam semakin berlalu,Damia masih sabar menanti.Terasa matanya semakin berat.Dia berehat di sofa.Dalam hati sentiasa berdoa.Sungguh dia takut.
Dimana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
walaupun jasadku jauh
Namun hati tetap padamu...
******
"Papa,biarkan Adam temankan mama malam ini.Papa balik berehat dulu."Pujuk Adam.Kasihan melihat papanya duduk menatap wajah mama yang masih belum sedarkan diri.Dato Ridhwan mengangguk setuju.Adam mencari-cari telefonnya.Kemana pulak telefon aku ni?Dia menepuk dahi.Baru dia teringat,telefonnya tertinggal di dalam kereta.Pasti saat ini Damia mencarinya.
"Papa,Adam pergi ambik barang sekejap dalam kereta,lepas itu papa boleh balik berehat."
"Pergilah Adam,papa temankan mama sekejap."Adam bergegas keluar dari wad yang dihuni Datin Suri.Rasa bersalah membiarkan isterinya menanti,rasa bersalah kepada kedua orang tuanya menghantui dirinya.Sungguh hari ini,Adam Harris hampir lumpuh.
Sampai sahaja di kereta,Adam segera masuk ke dalamnya mencari telefon.Ya Allah,banyaknya miss call.Detik hatinya.Maafkan abang,Mia kerana tidak adil terhadapmu.Maafkan Adam ,mama papa kerana sembunyikan perkara sebenar.Airmata lelakinya jatuh satu persatu.Seketika di dalam kereta,Adam melepaskan segala rasa.Dia menangis semahunya.Adam sangat takut kehilangan mama.Semakin dia dihimpit rasa bersalah.Andai boleh diundurkan waktu,dia sanggup berterus terang dari awal.
"Maafkan Adam mama!"Tangisannya semakin kuat.
Walau kita dihadapkan
Dengan pelbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati
Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus.
******
"Abang!".Damia terjaga dari tidur.Berpeluh dahinya.Jantungnya berdegup kencang.Dia takut dengan mimpi yang dialami.Melihatkan Adam Harris menjerit meminta tolong membuatkan hatinya hancur.
Tidak sanggup membiarkan Adam berada di dalam kesakitan.Abang,dimanakah abang sekarang ini?.Kenapa tergamak abang buat Mia begini?.Mia sangat risaukan abang.Dia memegang telefon.Jam menunjukkan angka tiga pagi.Matanya bercahaya melihat mesej daripada Abang Adam.
Ringkas mesej yang Adam kirimkan.'Maaf Mia,malam ini abang tidak balik.Ada kecemasan,mama abang masuk hospital.Maafkan abang'.Emoji yang dikirimkan cukup membayangkan perasaan Adam saat ini.Damia beristiqfar,terasa bersalah pula.Pelbagai sangkaan yang bermain dimindanya dari petang tadi.
Mama abang Adam.Hatinya terusik,sejak mereka bernikah,Damia tidak pernah ditemukan dengan mertua kandungnya.Dia sendiri tidak pernah bertanya kepada Adam kerana bimbang Adam akan marah.Maklumlah pernikahan mereka bukanlah seperti orang lain.Damia bangkit menuju ke bilik.Saat ini wajarlah dia memohon kesihatan dan kesembuhan buat mama.Mertua yang tidak dikenalinya.
Semoga suatu hari nanti,mereka bakal ditemukan dan dapat hidup bahagia bersama.Bila mengenangkan reaksi mentuanya,Damia kecut perut.Namun apakah dayanya,takdir hidupnya telah tertulis bertemu dengan Adam Harris dalam keadaan begitu.
******
Share this novel