18
Kilauan lampu neon disisir jalan Bukit Bintang sedikit pun tidak dipedulikan oleh mereka.Malam masih muda walaupun jam telah pun menginjak ke angka sebelas.Manusia masih leka mencari hiburan di syurga dunia.
Linda,diantara ribuan anak muda yang laparkan hiburan malam seperti ini.Kelab mana yang tidak pernah dijejakinya.Semuanya sudah dilewati seawal usia remaja lagi.Setakat minum,menari bukanlah sesuatu yang baru baginya.Cuma selepas berkahwin nanti,kegiatan ini mungkin terbatas seketika.
Zion Club diantara kelab kegemaran yang sering dikunjungi saban malam.Malam ini dia perlukan hiburan dan belaian.Suasana bingit di dalam kelab tidak sedikitpun menganggu gegendang telinganya.Alunan muzik rancak yang diputarkan oleh DJ membuatkan tubuh badannya bergoyang manja.Dari kejauhan ada mata yang sedang asyik memerhati dalam kerinduan.Langkah diatur menuju ke arah Linda.Pinggang ramping Linda dirangkul mesra dari belakang,Linda berpaling.
"Fendi,I ingatkan siapa tadi."Suaranya dikuatkan.Sudah kebiasaan àpabila berada didalam kelab sebegitu.Fendi tidak menjawab,dihadiahkan kuncupan dipipi Linda.Lantas dipimpin tangan Linda ke tempat duduk yang telah ditempah,agak terlindung untuk mereka berdua bersendirian.
"I rindukan U,Linda."Fendi mengamati wajah wanita istimewa dihadapannya.Fendi merupakan kekasih gelap Linda.Merangkap lelaki yang bisa melayan kehendaknya.Hubungan yang tidak terikat.Tetapi bagi Fendi,Linda merupakan wanita yang mampu membahagiakan dirinya.Setiap kali berada bersama Linda,dia terasa bahagia.
"Kan I dah ada depan mata U,apa lagi yang U nak rindu.Jom kita menari puas-puas."Ajak Linda sambil menarik tangan tegap Fendi.Lagu rancak bertukar menjadi romantik.Linda puas menari.Tangan Fendi masih memeluk erat pinggangnya.Semakin lama semakin dekat dengan tubuhnya.
"Fendi,I nak minum."Kata Linda.Terasa perit tekaknya.Fendi membawa dia semula ke tempat mereka.Minuman telah pun tersedia.Linda tanpa tunggu lama,terus minum air kuning.Fendi hanya memerhati.Menanti saat kemuncak pertemuan mereka malam ini.Senyuman bermakna terukir diwajah yang berkumis.Linda membalas senyuman itu dengan jelingan manja.Mata nakalnya cuba meneroka tubuh dihadapannya.
Malam yang dingin terus berlalu membiarkan manusia yang alpa terus tenggelam dalam arus noda.Bintang-bintang kecil bercahaya menerangi langit malam yang indah.
******
Datin Qaira kelihatan gelisah dari awal pagi.Baru dia sedari Linda tidak pulang sejak semalam.Kemana perginya?,Masih tidak berubah sikapnya.Sesuatu yang paling dia risaukan mengenai sikap anak gadisnya yang bakal berkahwin tidak lama lagi.Bagaimana jika Adam atau Datin Suri tahu tentang hal ini.Pasti dia dan suami mendapat malu besar.
Tangannya semakin penat mendail dari tadi.Setiap panggilan berakhir dengan suara operator wanita.Manalah Linda pergi ni?.Hati Datin Qaira tidak tenteram.Mujur tadi,suaminya tidak bertanya tentang Linda kerana sudah lewat hendak ke pejabat.
"Morning mummy."Sapa Linda tanpa ada rasa bersalah.Riak wajah bersahaja.Datin Qaira menjengkil mata memandangnya.Sempat lagi Linda menyambar kuih seri muka di dalam piring.
"Linda ke mana?.Semalaman tidak pulang."Tegur Datin Qaira.Seperti kebiasaan,Linda pakar dalam menyembunyikan sisi hitamnya.Dengan riak muka bersahaja dia membalas dengan senyuman.Menghabiskan sepotong lagi kuih seri muka.
"Ala mummy,Linda tidur rumah kawan.Lepas kahwin,manalah Linda dapat enjoy begini.Komitmen sepenuhnya khas untuk Abang Adam ok."Balas Linda manja membuatkan hati mummy cair.Bukannya susah sangat nak uruskan mummy.Bisik hatinya.Kenikmatan semalam yang hangat tidak mungkin dia lupakan.Pastinya itu bukan kali terakhir.Linda meninggalkan Datin Qaira dimeja makan.Sebenarnya dia masih perlu rehat,permainan semalam terlalu hangat hingga dia masih dikuasai rasa mengantuk.
******
"Assalamualaikum,"
"Waalaikumsalam".Jawab Adam.Panggilan dari insan yang jauh.Insan yang dihormati seperti orang tuanya.Walaupun dia sedang sibuk meneliti kertas kerja projek bersama Encik Bakri tetap panggilan itu dijawabnya.
"Baba dan mak apa khabar?"
"Alhamdulillah,kami sihat.Adam dan Mia bagaimana."
"Alhamdulillah baba,kami sihat cuma rindukan baba dan mak.Maafkan Adam,baba kerana tidak berkesempatan ziarah baba."Ujar Adam dengan penuh kasih sayang.Baba Bakar sangat istimewa buat dirinya.Hampir setengah jam perbualan mereka.Adam kembali sibuk melayan kertas kerjanya.
Hatinya kepingin untuk bersua baba.Terlalu banyak perkara yang dia ingin berkongsi.Seperti kebiasaannya,baba selalu hadir saat dirinya berada di dalam persimpangan kehidupan.Butang ditelefon ditekan.
"Suzie,masuk sekejap."Dia nekad lusa dia akan berangkat ke Melaka.Kali ini ke rumah Baba Bakar.Damia juga akan diheret bersamanya.Mesti Mak Ani suka.
Share this novel