Bab 12

Romance Series 16038

12

Datin Suri mengetap bibir menahan amarah yang sedang membuak-buak dihati.Masakan dia mampu menahan gelodak amarahnya saat ini.Jenuh jarinya mendail menanti panggilan dijawab,Namun panggilannya berakhir dengan suara operator.

Adam memang nak kene!Sampai hari ini masih tidak menjawab panggilannya.Ketegasan perlu ditingkatkan.Sudah lama berlembut dengan anak tunggal seorang ini.Sudahlah semua urusan pertunangan dia yang uruskan,sedikitpun anaknya tidak bertanya.Hati ibu tetap terguris.

"Lepas ni siaplah Adam,mama tak bagi muka."Ucap Datin Suri.Dia bangkit keluar dari kamar.Langkah diatur menuruni anak tangga.Persedian rapi perlu diteruskan menjelang hari bahagia Adam dan Linda yang hanya berbaki dua bulan.Atas permintaan Linda yang inginkan tarikh pernikahan mereka dicepatkan.Masalah utama sekarang,Adam Harris tidak dapat dihubungi.Dia tidak dimaklumkan lagi dengan perubahan tarikh.

Bagaimana jika ada bantahan dari Adam,segera diimbas malam sebelum hari pertunangan anaknya.Adam tampak terkejut dan marah dengan keputusan pertunangan itu.Namun dia akui,Adam Harris tetap akur walaupun hatinya memberontak.Anak yang baik.

******

Pertemuan dengan bakal besan dan menantu sedikit sebanyak mampu meredakan marahnya pada Adam.

"Mama,Adam tak join kita sekali?"Linda amat berharap tunangnya ada saat ini.Berkali-kali dia cuba hubungi,namun hampa.Panggilan tidak berjawab.

"Adam sibuk sangat sekarang ni,dia minta mama handle semua ini."Balas Datin Sufi cuba menyembunyikan kebenaran.Dia juga gagal hubungi anaknya.

"Emm,tak mengapalah,jom kits masuk butik ni."Ajar Datin Qaira memecahkan kegusaran dihati sahabat dan anaknya.Dia juga tertanya-tanya mengapa Adam seperti tidak berminat dengan semua ini.Apakah yang telah terjadi?.

Setelah berpuas hati dengan perbincangan tentang baju nikah,persalinan bersanding tiga wanita ini mengorak langkah ke restoran kegemaran mereka untuk mengisi perut yang dari tadi berbunyi.Dari irama kerongcong hingga ke irama rock.

Masing-masing seronok menjamu selera.Linda paling seronok membayangkan dirinya bersanding disisi lelaki idamannya.Sesekali dia menbelek cincin dijari manis.Datin Suri dan Datin Qaira melihat sambil mengusik manja.

Tanpa mereka sedar,ada mata yang memandang dengan hati yang semakin membengkak.Perbincangan dengan Encik Bakri sedikit sebanyak terganggu.Mujur Suzie hadir bersama.Segala butir perbincangan pantas dititipkan dalam notanya.

Jika dikutkan hati dan ego lelakinya,mahu sahaja dia menerjah Linda saat itu.Satu perasaan benci telah terbit dalam hatinya terhadap tunangan tanpa rela.Senyuman yang terukir dibibir Linda dirasakan seperti ejekan buat dirinya.Ego lelakinya tercalar.Tak sanggup menunggu lama,Adam bingkas bangun meninggalkkan Suzie dan Encik Bakri.
Mereka berdua kaget.

"Maaf Encik Bakri,Tuan Adam perlu hadiri mesyuarat."Suzie terpaksa bohong sunat buat sekian kali.
"Oh,maafkan saya.Tak mengapa boleh kita sambung atau aturkan pertemuan yang lain."Balas Encik Bakri.Memang silapnya tiba lewat sejam dari masa yang dijanjikan.Saat dia tiba,Tuan Adam sudah sedia menyambutnya dengan wajah yang kelat.Dia tahu,Tuan Adam Harris sangat pentingkan masa.

Suzie buntu seketika.Sukar dia hendak buat keputusan ketika ini.

"Beginilah,nanti saya hubungi Encik Bakri semula."Senyuman manis dilemparkan manalah tau bisa melembutkan hati Encik Bakri.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience