Bab 10

Romance Series 16038

10

Seminggu yang diberikan telah berakhir.Hari ini bukan masa untuk mendengar keputusannya tetapi masa dia menerima keputusan orang tuanya.Mama dan papa nekad dengan keputusan menyatukan dia dan Linda.Argh!tumbukan padu dilepaskan mengenai meja dihadapannya.Rasa sakit di tangan tidak sama dengan sakitnya hati saat ini.Kepala bersimpang siuh dengan bebanan masalah kini ditambah lagi dengan kejadian hari ini.

Seminggu lalu,mama hanya menyatakan hari ini hanya urusan meminang,namun awal pagi ini,dia diberitahu majlis meminang telah bertukar menjadi majlis pertunangan.Adam marah.Bengang.Namun tiada siapa yang ingin mendengar keluhannya.Hendak diluahkan pada Damia,pasti hati gadis itu bakal terguris.Daniel.Ya.Sahabat sehati sejiwa sedansa hidup mati bersama itu pasti ada untuk Adam Harris sandarkan kepala saat begini.Memadai mendengar,jika ada buah fikiran yang baik.Sudah pasti Adam akan guna pakai.Dia bergegas keluar dari rumah tanpa meninggalkan sebarang pesanan.Damia yang sedang mengemas dapur terpaku kaku.Aku baru selesai masak.Tadi beria suruh masak.Tak sempat jamah makanan dah keluar.Siti Damia mengeluh sendirian.Siapalah aku ni kan?Bukannya penting pun.Orang gaji berpangkat jer.Pangkat apa?Orang gaji pangkat isteri.Ada ke gelaran macam tu.Atau aku adalah orang pertama yang diiktiraf begitu.

******

Senyuman sentiasa terukir diwajahnya.Kegembiraan jelas dipancar dari wajah yang telah dihias cantik oleh jurusolek yang berpengalaman.Matanya sentiasa menzahirkan perasaan yang kini telah bergelar tunangan orang.Ya!tunangan lelaki idaman hati,lelaki yang menjadi igauan hati sejak bertahun lamanya.Adam Harris bin Dato Ridhwan.Busana putih krim yang menyaluti tubuhnya dan sedikit hiasan di rambut menaikkan seri bakal pengantin.Simple tetapi elegan.Jari manis telah disarungkan sebentuk cincin belah rotan yang ditempah khas ukirannya.Semuanya disediakan Datin Suri.

"Manis wajah bakal pengantin,ingat awak darah manis."
"Tak puas tengok Linda,cantik sangat."
"Lepas ni dah tak boleh nakal-nakal.Nanti Adam marah."
"Eh,mana bakal suami kau?".

Satu persatu pujian diterimanya,ada juga yang bertanyakan tentang Adam.Namun Linda tetap mengukirkan senyuman manis.

"Mana boleh bakal suami datang waktu bertunang."Balas sepupu Linda.Kerdipan mata Linda seolah-olah mengiyakan jawapan sepupunya.Terima kasih Mien.Selamatkan aku dari soalan maut kawan-kawan yang dari tadi mencari kelibat tunangan kesayangannya.

Jika Adam Harris hadir saat ini,pasti ramai yang akan mengesyaki sesuatu.Pasti wajah Adam tidak sepertinya.Kelat,masam,ketat macam singa kelaparan.Hahahah.Ada aku kisah!janji sekarang umum telah tahu Linda tunang Adam Harris.Noktah!Yang lain bakal diuruskan kemudian.Rancangannya mesti berjalan seperti yang dia kehendaki.Jika ada sebarang halangan,bukanlah sesuatu yang sukar untuk dia tangani.Semakin galak senyuman Linda.

******

Daniel tidak mampu berkata apa-apa.Tergamam seketika saat Adam meluahkan segala yang berlaku hari ini.Otaknya tiba-tiba beku.Lebih dingin dari kartun frozen.Sungguh dia tidak sangka,Dato dan Datin nekad dengan keputusan ini.Melihat keadaan sahabatnya,Daniel tumpang simpati.Pandangan mata dilemparkan ke tasik dihadapan mereka.Tempat riadah mereka.Port rahsia dua sahabat ini menghabiskan masa.Kadang-kadang mencari ilham sambil memancing.Pelbagai aktiviti yang bermanfaat mereka lakukan di sini.

"Kau nak buat apa sekarang?"Soalan yang tidak patut ditanya.Adam menjengkelkan matanya.

"Kau rasa?".Adam menyoal kembali.Daniel mengelengkan kepala.Tak dapat membayangkan dirinya berada didalam situasi Adam.Sangat rumit.Bertunang dengan pilihan keluarga dan paling ngeri pilihan itu bukanlah wanita yang diidamkan.Dah macam drama dekat tv.Kepala yang tidak gatal digaru beberapa kali.

"Aku rasa nak pergi jauh Danny,aku penat."Lembut suara Adam.Ada getaran saat dia melontarkan kata-katanya.Pergi jauh tapi kemana?.Tinggalkan Damia keseorangan lagi.Semakin berat kepalanya.

"Adam,walau seberat mana sekalipun beban yang kau tanggung saat ini,kau kene yakin satu.Hari ini kau baru diuji dengan tali pertunangan sahaja.Masih panjang perjalanan kau dan Linda.Berdoalah yang terbaik untuk masa depan kau.Jika Linda itu telah ditakdirkan menjadi jodohmu,terimalah takdir ini dengan hati yang lapang.Jika dia bukan jodoh kau,cubalah satukan macam manapun tetap tidak dapat bersatu.Kau kene yakin."Penuh hati-hati Daniel meluahkan kata.Bimbang jika apa yang ingin disampaikan disalah erti oleh Adam.Yang kedengaran satu keluhan Dari sahabatnya.Simpati.Dalam keluhan yang berat,Adam akui akan kebenaran kata-kata Daniel.Aku kene yakin!.Nekad.

******

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience