19
Cuaca pagi yang indah di hari Sabtu memberikan aura positif buat diri Adam Harris.Sambil menanti Damia bersiap,dia menghirup udara segar dari balkoni kediamannya.Mama dan papa telah berangkat ke London semalam.Peluang ini dia gunakan untuk membawa Damia keluar seketika dari suasana bingit kota metropolitan.
"Abang,Mia sudah siap."Mendengar suara si isteri,Adam segera berpaling.Hatinya berdegup kencang,dia terpegun melihat Siti Damia.Getaran yang dirasai cuba dilindungkan,malu jika Damia dapat membaca hatinya saat ini.Diamati Damia sedalamnya hingga si isteri terasa janggal.Selendang biru lembut menutupi rambutnya,berbaju kurung Pahang berwarna dusty pink menyerlahkan keayuan asli Siti Damia.
Engkau tiba bagaikan pelangi
Tak bercahaya namun kau berseri
Tapi cukup menghiburkan hati ini...
Adam!kau dah kenapa ni?Semakin hari makin parah sakit angau kau ni.Seperti ada kedengaran suatu suara berbisik ditelinga Adam Harris.Segera Adam kembali ke alam nyata.
"Ok.jom kita gerak sekarang."Mereka berdua berjalan seiringan menuju ke kenderaan.Perjalanan mereka mengambil masa hampir empat jam kerana berlaku kemalangan jalan raya selepas exit Nilai.Kehadiran mereka disambut dengan wajah kegembiraan kedua orang tua angkat Adam.Mak Ani memeluk erat Damia.Ada kerinduan dalam pelukan itu.Baba Bakar juga seperti isterinya.Menghilangkan rasa rindu pada Adam.
"Adam,bawalah Mia kebilik.Kamu berehat dulu."Mak Ani bersuara.Kesian dia melihat wajah kepenatan Damia.Adam akur dan mengajak isterinya ke kamar yang sering kali didiami jika bertandang ke situ.Damia semakin berdebar.Adakah dia perlu lakukan semuanya seperti dirumah Mak Nani.Adam mendengar keluhan kecil isterinya.Dia sudah dapat jangkakan apa yang difikirkan oleh isterinya.Memang inilah diantara sebab dia bawa Damia ke sini.Jika dirumah sendiri,pastinya kamar mereka terpisah kerana dirinya juga.
"Mia,baring dulu.Abang hendak mandi dulu."Kata Adam sebaik sahaja meletakkan beg pakaian mereka disudut tepi bilik.Adam mencapai tuala dan keluar semula.Damia menarik nafas lega.Baik aku tidur dulu sebelum Abang Adam habis mandi.
Sementara itu,Adam dikamar mandi ketawa kecil membayangkan riak wajah isterinya.Tunggu Mia,kejap lagi abang akan buat hidup Mia seperti roller coaster.Setelah dia segarkan tubuh badan,Adam melangkah perlahan-lahan di kamar kelamin.Kelibat baba dan mak tidak kelihatan.Mungkin mereka berada di kebun belakang rumah mengait buah rambutan.Rezeki Adam dan Damia.Pintu kamar dibuka perlahan,bimbang menganggu tidur Damia.
Matanya tertumpu ke arah batang tubuh Damia yang membelakanginya.Lenakah tidurmu Mia?Sebentar lagi pasti kau akan mimpikan aku.Adam perlahan-lahan naik ke atas katil.Sebaik sahaja dia menegangkan badan untuk merehatkan urat-urat badan,Damia disisi mula bergerak sedikit.Tanpa sempat Adam bertindak,Damia menoleh dan tangan kiri Damia memeluk dadanya yang bidang.Adam tergamam seketika.Siapa pula yang naik roller coaster ini?.Adam monolog lagi.Dia pasrah dengan ketidaksengajaan isterinya.Matanya mulai layu,rasa penat memandu menguasai diri.Dia terbuai dengan gelodak seribu satu keinginan yang tidak kesampaian.Membiarkan kepala Damia ditangan kanannya.Sungguh dia terlalu rindukan keadaan ini.Rindukan diperlakukan sebegini.Àbang sayangkan Mia.Lenanya bermimpikan yang indah.
Damia membuka matanya perlahan-lahan,terasa pinggangnya seperti ada sesuatu.Alamak!apa yang aku dan lakukan.Damia menahan nafasnya.Bimbang hembusan nafasnya menganggu lena Adam.Tangan kanan Adam melingkari pinggangnya sementara itu dia sendiri lena berbantalkan lengan kiri suaminya.Terlalu dekat muka mereka.Macam mana aku nak buat ini?.
Adam merasai pergerakan tubuh Damia,namun dia masih belum mahu melepaskan tangan kanan yang masih memeluk erat pinggang isterinya.Dia membuka mata menatap wajah Damia.Berubah warna kulit si isteri saat mata mereka bertentang.Adam menghadiahkan senyuman buat Damia.
"Abang,tolonglah lepaskan Mia.Mia nak bangun."Ada getaran dalam nada suara Damia.Sungguh dia berasa seram sejuk berada di dalam dakapan suami.Perasaan yang belum pernah dirasai sebelum ini.Dalam takut ada terselit keinginan.Dalam malu ada rasa mahu.Apakah makna perasaan ini?.
"Jika abang tidak mahu lepaskan macam mana?"Adam menduga Damia.Kerutan dahi Damia menyerlahkan separuh dari segala rasa yang dia sedang alami.
"Janganlah begini abang.tolonglah."Damia mula merayu.Kali ini dia mengaku kalah dengan serangan Adam.Dia terjerat dalam pelukan suami.Adam tersenyum bangga dengan kemenangan yang diperoleh.Seronok naik roller coaster wahai isteriku.Kenyitan mata Adam sekali lagi menjerat Damia.Pelukan mulai renggang,tanpa menunggu lama.Pantas Damia bangkit berdiri disisi katil.Selendang disarungkan,tuala dicapai dan terus meluru keluar dari kubu Adam.Bahaya duduk lama-lama dalam tu.
******
Tengahari itu mereka menjamu selera bersama.Damia kelihatan begitu ceria bercerita dan bersembang bersama Mak Ani.Adam hanya memerhatikan bagaimana begitu mudah isterinya mencuri hati orang-orang yang penting dalam hidupnya.Mampukah Damia mencuri hati papa dan mama?Persoalan yang masih tiada jawapan.
"Tengok apa tu Adam?".Tegur Baba Bakar membuatkan Adam tersentak.Lamunannya terhenti.Tersengih dia melihat ayah angkatnya.Kantoilah pulak!.
"Eh,tak ada apalah baba."Adam cuba selindung,malulah jika baba dapat meneka dengan tepat apa yang dirasakan saat ini.Baba Bakar tersenyum sambil mengeleng kepala.Walaupun dia telah berusia,namun untuk meneka gelora dihati muda anak angkatnya bukanlah sesuatu yang susah.Mudah untuk dia membaca riak hati Adam Harris.
"Bagaimana dengan papa dan mama Adam.Mereka sihat?".
"Alhamdulillah,mereka sihat sahaja,sekarang ini mereka berada di London."Balas Adam bersahaja.Sebolehnya dia tidak mahu memikirkan tentang mama dan papa.Hatinya terasa begitu sakit.Baba Bakar merenung wajah Adam.Pasti ada sesuartu yang telah berlaku.Gerak hati tua Baba Bakar.Mereka berbual tentang perkembangan aktiviti masing-masing hingga tiba waktu solat,seperti kebiasaan Baba Bakar akan ke surau.Kali ini,Adam Harris menemani ayah angkatnya.Damia dan Mak Ani solat dirumah.
Masa berlalu begitu pantas tanpa menyedari senja mula menampakkan dirinya.Damia yang masih leka mengutip buah rambutan tidak perasan Adam dibelakangnya.Sedap sangat buah rambutan gading.Isinya manis,masih banyak lagi yang masih bergantungan diatas pokok seolah-olah memanggil namanya.
Damia tanpa sengaja terpijak dahan hingga menyebabkan dia gagal mengimbangkan dirinya.Mujur Adam Harris sempat memeluk pinggangnya sekali lagi.Damia tergamam.Adam sempat mengenyitkan matanya.Naik roller coaster lagi sayangku Damia.Bisik hati nakal Adam.Merah padam wajah isterinya menahan malu.
"Sudah-sudahlah tu Adam.Kesian Mia tu."Ajuk Mak Ani.Terhibur melihat adegan manja anak menantu.Baba Bakar hanya mampu tersenyum melihatkan mereka.
"Sudahlah,dah nak maghrib ni".Katanya.Mereka berempat berjalan beriringan menuju ke rumah.Damia mengutuk dirinya sendiri.Kenapalah aku boleh leka sangat.Seronok pulak abang Adam kenekan aku.Tunggu ye Mr Adam Harris,ini Hang Jebat sudah datang.Dia Cuba merangka agenda lain sebagai membalas serangan Adam.
******
Selesai solat isyak,Damia membantu Mak Ani didapur menyiapkan makanan malam mereka sekeluarga.Menu wajib setiap kali Adam bertandang,asam pedas ikan kembung,sayur ulam raja,timun,ikan goreng siap terhidang.Mereka berdua menanti kepulangan suami masing-masing dari surau.
"Assalamualaikum"Terdengar suara Baba Bakar memberi salam sebaik sahaja memasuki rumah.Mak Ani segera menjawab salam suaminya,senyuman diukir buat tatapan si suami.Damia hanya memerhati,kagum dengan pasangan ini sama seperti Pak Samad dan Mak Nani.Bezanya keluarga angkatnya tiada zuriat manakala keluarga angkat mentuanya ini pernah ada zuriat sendiri.Terasa rindu dengan kedua ibu ayah angkatnya.Hajat hati ingin pergi ke rumah mereka tetapi kedua pasangan itu tiada dirumah.Kata Mak Nani,mereka pergi rombongan ke Kelantan.Shopping sakanlah Mak Nani.Mereka berempat duduk menjamu selera bersama sambil berbual mesra.Damia memilih duduk disebelah Mak Ani dan berdepan dengan Adam Harris.Sesekali matanya mencuri pandang suaminya.Merancang sesuatu untuk membalas serangan.
Tiba-tiba Adam tersedak,hampir tersembur makanan di dalam mulutnya.Mujur sempat ditelan makanan itu.Matanya menangkap susuk tubuh dihadapannya.Kau memang cari nahas Damia.Siap kau!Melihat senyuman nakal Damia membuatkan hatinya lelakinya bergelora.Masakan tidak,sedang rancak dia berbual dengan Baba Bakar dan Mak Ani,terasa ada sesuatu yang menjalar dari kaki hingga ke pangkal pehanya.Sempat matanya mencuri pandang kaki Damia mula memainkan peranan mengoda jiwanya.
"Nak minum dulu abang,gelojoh sangat makan tu."Damia sempat berseloroh.Menyembunyikan perbuatannya.Hah!rasakan penangan Hang Jebat wahai Mr suami.Ini baru sikit.Lepas ini bakal menyusul beberapa serangan lagi.Mak Ani dan Baba Bakar terhibur dengan kata-kata Damia.Mereka yakin pasangan baru ini pasti sedang melalui frasa bahagia dalam perkahwinan.
******
P/s-Mohon bersabar ye para pembaca,Damia seperti telah siap sedia melancarkan peperangan emosi dengan Adam Harris.Apakah misinya selepas ini?.Adam pun tidak mahu kalah.Dia pun ada strategik peperangan.Siapakah yang menang?Nantikan update ye.Qaseh akan update nanti.Sabar ye.
Share this novel