BAB 9

Family Completed 233

*Manis dan Amirul...*

Hati Manis tersentuh apabila melihat ahli keluarga Amirul
yang sedang bermaaf-maaffan di ruangan tamu. Mereka bersalaman sambil
mengalirkan air mata. Manis pula rasa terpencil dan duduk di jarak yang
agak jauh dari mereka.

“Manis.. Kenapa duduk jauh sangat. Mari sini dekat umi..”
Panggil Puan Rosmah. Ibu Amirul.
Sejak dia tiba semalam, Puan Rosmah melayan dirinya dengan baik sekali.
Malah diajaknya tidur sekali di dalam bilik tidurnya. Tanpa sedar, dia
sudah pun berada di hadapan Puan Rosmah. Saat tangan Umi mengusap
kepalanya, air matanya mula melurut jatuh. Ingatannya terkenangkan
mamanya. Mama yang telah dilayan dengan kejam. Ya, semalaman dia
menganalisa perangainya sendiri. Sememangnya dia yang bersalah kerana
tidak berjaya mendidik emosi hingga terikut dengan perasaan kecewa.

“Manis banyak dosa dengan mama... dengan papa... Mesti dia
orang kecewa dapat anak macam Manis kan...” Manis sudah mula mengongoi
di dalam pelukan Puan Rosmah. Amirul yang melihat tersenyum. Rasa lega
mula bertapak dalam hati. Lega kerana akhirnya Allah bukakan pintu hati
Manis untuk berlapang dada menerima takdir.

“Manis tak salah... Kami yang salah..” Perlahan-lahan Manis
merungkaikan pelukan. Dia mula memandang ke arah mama dan papanya yang
sedang berdiri di ambang pintu.

“Mama... papa...” Sekejap sahaja dia sudah hilang di dalam
pelukan mamanya. Kemudian beralih pada papanya pula.

“Maafkan kesalahan Manis... Ampunkan semua kedegilan
Manis..” Pohon Manis teresak-esak.

“Manis anak yang baik.. mama dan papa yang banyak buat
salah. Sebab ego orang dewasa, Manis yang jadi mangsa.” Tutur Encik
Murad sambil mengusap belakang badan Manis. Sudah lama dia tidak
memanjakan Manis kerana Manis sibuk merajuk dengan dirinya. Sekarang,
mungkin masa untuk memperbetulkan semuanya.

“Manis.. Mama dan papa dan buat keputusan untuk rujuk semula.”

“Hah!”

“Iya Manis... mama sebenarnya masih sayangkan papa.. mama
harap papa pujuk mama tapi papa tak pujuk pun.. Mujur memang tak ada
orang masuk meminang mama. Kalau tak, memang papa gigit jarilah
gayanya..” Giat Puan Laila sambil ketawa.

“Eleh... abang tunggu awak yang pujuk abang.”

Manis tersengih. Rupa-rupanya mereka masih saling sayang
menyayangi. Cuma rasa ego yang menjadi penghalangnya. Ya Allah.. terima
kasih kerana menghadiahkan kebahagian ini di hari kemenangan ini...

“Eh, kita ni berdrama dekat rumah orang pulak..” Ujar Puan
Laila. Sudah termalu sendiri apabila keluarga Amirul menyaksikan drama
swasta mereka ini.

“Eh kejap.. Macam mana mama dengan papa tahu Manis ada kat
sini?” Rasa pelik mula bersarang di hati.

“Amirul yang beritahu... Semalam dia memang ada mintak
nombor. Dia jugak yang pujuk mama dan papa untuk rujuk semula. Pandai
Manis cari bakal suami...” Pujian Encik Murad itu memang mampu
membuatkan Manis tersedak.

“Apalah papa nih...” Ditumbuk perlahan bahu Encik Murad.
Sudah lama tidak bergurau senda sebegini.

“Dahlah.. jangan usik anak dara tu... Jemput makan dulu..”
Ajak Puan Rosmah semangat. Puan Laila dan Encik Murad mula beriringan ke
ruang makan manakala Manis mula melebarkan pandangan matanya. Mencari
kelibat Amirul. Matanya mula mengesan tubuh Amirul yang sedang duduk di
atas buaian. Tangannya ralit bermain dengan telefon bimbitnya.

“Ehem-ehem...” Tegur Manis sambil jari terlunjuknya mula
membetulkan anak tudunya. Kalau nak tahu, kami pakai baju raya sedondon
berwarna kuning. Entah macam mana tanganya boleh terambil baju ni waktu
nak packing barang semalam.

“Uhuk-uhuk...” Amirul mula berpura-pura batuk.

“Apa?” Manis tahu sangat...Pasti ada yang membuatkan Amirul
ingin mengenakan dirinya.

“Cantik baju.. siapa beli?” Perli Amirul sambil tersengih.
Matanya menyorot di bahagian yang terpalit kotoran kelmarin. Nampaknya
Manis sudah membasuh kotoran itu. ‘Konon tak nak pakai.. Tapi basuh
jugak! Perempuan memang suka menidakkan perasaannya..’

“Oh... Bakal suami saya yang belikan...” Tanpa rasa malu,
Manis mula mengambil tempat di sebelah Amirul.

“Oh...” Amirul menyembunyikan senyuman. Haru biru perasaanna
dikala ini! Dia sudah mula merasai penerimaan Manis

“Mirul... Jom kahwin sama!” Spontan ayat keramat itu keluar
dari mulut Manis.

“Wohohoo... belum apa-apa dah gelojoh.” Sebenarnya dia
langsung tak menyangka dan menduga dengan respon dari Manis ini. Tapi
sungguh dia bangga mendengarnya.

“Nak ke tak nak?” Tanya Manis sedikit geram. Main-main pulak!

“Naklah.... kalau boleh nak kahwin sekarang jugak...”

“Ni lagi gatal...” Komen Manis selamba. Tapi sungguh dia
bahagia.

“Okay.. Mirul simpan gatal-gatal nih... Nanti menggatal
sekali harung je terus..” Melopong Manis mendengar ayat selamba Amirul
itu. Fikiran betul-betul ke laut sungguh! Tanpa berfikir panajang, terus
dicubit bahu Amirul. Bengang!

“Oit.. ini namanya mendera bakal suami..” Seketika, mereka
saling ketawa dalam berkongsi rasa bahagia sebelum tenggelam dalam
kebisuan sendiri.

“Mirul... terima kasih.. Sebab tolong bawak aku pulang ke
panggal jalan.. Sebab tolong bersabar dengan kedegilan aku... Sebab
sanggup terima aku seadanya...” Luah Manis sebak. Kalau tak ada Amirul,
mungkin selamanya dia akan terus menerus menyalahkan takdir.
“Bila kita memutuskan untuk mencintai seseorang insan bahkan dengan
segala kekuranganya, itu bukan kesempatan tapi itu adalah pilihan… Dan
pilhan saya adalah untuk bersama dengan awak Manis.. Saya berdoa, kalau
terhenti rasa cinta saya pada awak, biarlah tika itu saya dah
menghembuskan nyawa saya…”
Oh.. Hati Manis memang cair habis apabila mendengar ungkapan kasih
daripada Amirul ini.
“Status dari hati di fac kita boleh share tapi hati saya ini saya
share dan terhad pada yang satu sahaja..” Sambung Manis sambil tersenyum
simpul. Rasa malu Manis campak jauh-jauh. Biarlah Amirul tahu
perasaannya tika ini.
Usah sesekali kita menyalahkan takdir yang telah ditetapkan kepada kita.
Renunglah apa yang kurang. Galilah rasa sabar agar tetap terus bersyukur
dengan ketentuannya. Sesungguhnya rasa syukur itu lebih tinggi maksumnya
daripada rasa sabar. Maka bersyukurlah dengan kehidupan kita seadanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience