BAB 1

Family Completed 233

Sayup-sayup kedengaran lagu raya dari corong radio. Manis
mendengus keras. Memang melampau sangatlah stesen radio nih.. Puasa pun
belum mula lagi, dah pasang lagu raya. Agak-agaklah sikit... Ingat semua
orang ke suka dengar lagu raya? Sakit hati adalah... Lantas, tangan
kanannya laju menukar siaran radio. Naik bernanah telinganya kalau terus
mendengar.

“Oit... Apasal alih.. Lagu M. Nasir tuh... Aku suka..”
Pandai-pandai sahaja Syikin menekan punat radio. Lagu Satu hari di hari
raya kembali berkumandang.

Manis mula mengerling ke arah sahabatnya itu. Macam tak
faham-faham yang dia tak suka dengar lagu raya. Tak suka apa-apa yang
berkaitan dengan raya! Bagi dirinya, Raya itu tidak membawa apa-apa erti
dalam hidupnya. Malah, hanya meninggalkan kesan yang terlalu pedih
untuk dikenang.

“Kau ni macam tak faham-faham je kan? Aku tak suka dengar
lagu raya!” Protes Manis geram. Kadang-kadang dia sedar yang Syikin
memang suka menyakitkan hatinya!

“Aku tahu... sebab tu aku pasang!” Selamba sahaja jawapan
Syikin. Tapi suara yang mendatar itu memang mampu menyiat-nyiat hati
Manis. Cepat-cepat Manis kembali ingin menukar siaran radio tetapi
tangannya ditepis oleh Syikin.

“Eh... kereta aku kan? Suka hati akulah nak pasang lagu
apa!” Bertekak sebegini memang sudah menjadi amalan mereka. Perli-perli
memang sudah sebati dalam perhubungan mereka. Tapi serius, kali ini
Manis terasa sangat dengan sahabatnya ini.

“Kenapa kau nak sakitkan hati aku Syikin?” Tanya Manis
terus. Kenapa semua orang suka menyakitkan hatinya hari ini? Tadi mamat
tak semenggah tuh.. Ini giliran Syikin pula.
Lagipun, ini ke yang dinamakan sahabat baik? Sahabat baik tak akan
menyakitkan hati sahabatnya sendiri. Ini tidak... Syikin memang suka
buat perkara yang menyakitkan hatinya.

“Aku tak sakitkan hati kau Manis.. Tapi aku rasa dah sampai
masanya kau bangun dari kesakitan semalam... Sampai bila kau nak macam
ni? Kau dah dua puluh lima tahun Manis... Bukannya Lima tahun..
Berhentilah bersikap macam budak kecik. Try jadi matang pulak!” Sambil
memandu, Syikin menjeling sedikit ke arah Manis yang sedang melontarkan
pandangan ke luar.

“Kau tuduh aku tak matanglah sekarang?” Soal Manis berang.

“Tengok tuh... perkara macam ni pun nak ambik port. Nak
touching-touching... Orang tegur tu untuk kebaikan. Cuba fikir positif
sikit. Buanglah caj-caj negatif yang hanya akan merosakkan fius otak kau
tuh.”

“Aku selesa macam nih! Kalau kau nak kawan dengan aku, kau
kena terima aku seadanya....” Disilangkan tangan ke tubuh. Perjalanan
pulang kali ini terasa lambat. Masa seolah-olah sedang mempermainkan
dirinya! Rasa sesak sahaja menumpang kereta Syikin ini. Kalau dia tahu,
dia drive kereta sendiri. Tak perlu susahkan Syikin dan yang pasti, tak
perlu susahkan telinganya untuk mendengar leteran Syikin.

“Bila orang tegur, itu tak bermakna orang tu tak terima kau
seadanya... Tapi teguran itu supaya kau memperbaiki yang kurang. Dia nak
kau jadi lebih baik dari hari semalam.... Manis, kau kena buang sikap
keras kepala kau tuh..” Sambung Syikin serius. Sesekali dia dapat
mengesan riak tak puas hati sahabat baiknya itu. Tapi sikap Manis perlu
ditegur... Sampai bila hendak berada di takut lama? Dunia pun dah
berubah... Jadi seharusnya manusia juga harus berubah ke arah yang lebih
baik.

Manis memang tak puas hati. Disebabkan lagu raya yang
berkumandang, mereka berdua bertekak sebegini rupa. Sekarang, bencinya
pada hari raya makin menjadi-jadi. Akhirnya mereka sama-sama terdiam
sebelum pemanduan Syikin sampai ke rumah sewa mereka.

Cepat-cepat sahaja Manis keluar dari kereta. Terasa kereta
Vios milik Syikin itu seperti membahang kepanasan sedangkan cuaca di
luar ini pun sudah mula redup. Angin sepoi-sepoi mula mengalunkan
seledang yang dipakai.

Syikin mengeleng sahaja. Susah betul nak lenturkan kesan
hitam daripada peristiwa silam itu. Nak guna vanish pun, belum tentu
lagi akan hilang.

“Hai Manis.... Baru balik ke?” Tegur satu suara. Ramah
seperti biasa. Menjadikan amarah Manis makin menggunung tinggi. Syikin
hanya tergelak melihatnya. ‘Habislah kau Meon... Manis dah lah tak ada
mood tuh!’

“Siapa benarkan kau panggil aku Manis? Kau tu orang luar...
Jangan nak menggatal panggil aku Manis!” Tengking Manis kuat.
Kesabarannya tidak akan pernah wujud buat mamat jiran sebelah yang suka
menganggu harinya itu.

“Aku tanya elok-elok... Kau suka jawab tengking-tengking.
Kau ingat aku pekak ke apa? Tapi tak apalah Manis.. Aku sanggup terima
apa sahaja untuk kau.” Usik Meon lagi.

“Eh, kau ni memang tak reti bahasa eh?” Ayat Manis sudah
mula kedengaran kasar. Nama sahaja Manis tapi muka masam mengalahkan cuka!

“Aku tak reti guna bahasa mulut.. Tapi kalau guna gaya
fizikal aku pandailah.”

Kali ini Manis memang tak fikir panjang. Dengan selamba dia
mengambil payung yang berada di hujung pintu dan terus dibaling ke arah
rumah sebelah. Tanpa sempat mengelak, payung itu benar-benar mendarat di
atas kepala Meon.

“Sakitlah wehh....” Adu Meon berserta jeritan kecil.

“Itulah gaya fizikal aku... Sekali lagi kau ganggu hidup aku
dan panggil aku Manis, aku sepak mulut kau!” Tanpa teragak, Manis mula
memberikan amaran. Kali ini muka Manis puas. Cepat sahaja dia berlalu
masuk ke dalam rumah.

Syikin menggelengkan kepalanya. Manis.. Manis.. marahkan
orang lain, orang lain yang jadi mangsanya. Tapi tak boleh nak salahkan
Manis sangat.. Dia membesar dalam kasih sayang yang tidak sempurna. Jadi
mungkin sebab itu dia gagal untuk mengimbangi rasa emosinya.

“Sakit Meon?” Tanya Syikin prihatin.

“Sakitlah... Kena betul-betul atas kepala aku nih.. Silap
hari bulan boleh masuk wad tau. Hmm... last-last, kau jugak yang baik
Syikin...” Meon sudah mula menyengih...

“Eh, kawan kau tu memang adik beradik singa ke? Asyik nak
mengaum jeh....” Sambung Meon lagi. Tangannya masih menggosok kepalanya
yang keperitan! Nasib tak baik betul hari ni.

“Mak dia singa, ayah dia harimau... Mungkin sebab tu kot dia
kuat mengaum..” Syikin sengaja melawak. Kisah hidup Manis, tak perlu
diceritakan kepada dunia luar. Biarlah dia simpan rahsia Manis.

“Patutlah dia macam garuda.....”

“Pulak... Macam-macamlah kau Meon... Eh, aku nak masuk dulu.
Nak maghrib dah ni.. Kau pun, bawak-bawaklah pergi surau.” Sekadar
berbasa-basi, Syikin mula masuk ke dalam rumah sewa itu.
***
*Amirul...*

Badannya dilambungkan ke atas tilam. Terasa lega apabila
dapat merehatkan tulang belakangnya yang sudah mula keletihan.
Fikirannya mula merawang mengingatkan kisah siang tadi. Kisah dimana dia
kembali dipertemukan dengan seorang wanita yang pernah mendapat tempat
di hatinya. Malah sehingga kini, cintanya masih milik gadis itu. Gadis
yang bernama Manis....

Amirul dapat lihat betapa melopongnya wajah Manis tika ini.
Setelah hampir dua tahun terpisah, Manis masih cantik seperti dahulu.
Cuba wajahnya sahaja yang cemberut memanjang. Tidak langsung semanis
namanya. Tapi apa yang nak pelik? Manis memang begini...

“Awak kerja kat sini?” Tanya Amirul teruja.

“Kalau mata kau nampak macam tuh, maknanya betullah...”
Masih tidak berubah. Masih sinis dan pesimis! Nada suara pun masih
kasar. Namun penerimaan Manis yang kasar itu mula ditolak ke tepi. Apa
yang penting, dia sudah berjumpa dengan Manis. Lepas ini dia akan tackle
Manis habis-habisan.

Apalah nasib... ter..jatuh hati pada seorang yang hati
kering dan jiwa batu macam Manis..

“Macam ni ke awak layan client Manis? Saya report dekat
manager awak nanti...” Usik Amirul sengaja. Jelas kelihatan riak tidak
berpuas hati pada air muka Manis.
Amirul bersyukur kerana hatinya terdetik ingin turun padang untuk
menguruskan pembelian kereta syarikat. Kerana sebelum ini, semua urusan
diserahkan kepada rakan kongsi atau pekerjanya sendiri. Mungkin ada
hikmah untuk semua ini. Tak sangka yang Manis bekerja di Bank ini.

“Jangan nak ugut-ugut sangatlah.. Kau ingat aku hadap sangat
ke dengan ugutan kau tuh? Eh, kau sebenarnya nak apa?”

“Lah.. awakkan officer bank.. Mestilah nak jumpa berkaitan
dengan pembelian kereta syarikat.” Ayat Amirul halus sahaja. Tak perlu
nak terasa dengan layanan Manis. Dia memang begini. Dan tak perlu nak
ikut rentak Manis. Sebab kekasaran tak akan mampu melembutkan kekasaran.
Dia perlu bersabar untuk menjinakkan anak singa ini.

“Sediakan form 24, 44, 49, M&A dan resolusi untuk pembelian
kereta! Selagi document tu tak lengkap, pihak bank tak boleh nak
proceed!” Terang Manis acuh tak acuh.

Amirul menggelengkan kepala. Kalau semua client Manis layan
macam ni, alamatnya tak sampai setahun, Bank ni pun boleh bangkrup!
“Semua document tu saya dah bawa Cik Manis....” Sengaja Amirul
meletakkan gelaran cik di depan panggal nama milik Manis. Hendak
mengenal pasti sama ada Manis sudah berpunya atau belum. Kalau tanya
soalan direct, memang mahu tempah sepakan percuma. Manis bukan boleh
kira sangat...

“Jangan panggil aku Cik Manis...” Kelihatan Manis sedang
mengetap sedikit giginya. Mungkin menahan amarah.

“Habis tu? Puan Manis maybe..?” Duga Amirul perlahan. Rasa
kecewa tiba-tiba menjalar. ‘Siapa yang berjaya melembut dan memikat hati
Manis? Aku baru nak test power... Ish...’

“Panggil Cik Anis sahaja... Nama Manis hanya untuk orang
terdekat sahaja! Dari dulu aku larang kau panggil nama tu kan?”

Amirul tersenyum penuh kelegaan. Lega apabila mendengar
gelaran cik itu. Masih belum berpunya rupanya. ‘Mungkin kita ada jodoh
nih...’ Statement untuk sedapkan hati sendiri.

“Oit.. panajang lamunan? Aku panggil berulang kali pun kau
tak dengar-dengar...” Entah sejak bila Mahmud sudah berada di pintu
biliknya.

“Hah... kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?” Terus dianggkat
tubuhnya. Teruja untuk bercerita dengan sahabat baiknya itu.

“Siapa?”

“Manis....”

“Manisah ke?” Tanya Mahmud sambil mengerutkan keningnya.
Saja hendak double confirm! Biasanya, memang ada seorang gadis sahaja
yang bernama Manis.

“Ialah... Manis aku tulah...”

“Habislah kau... Kau dah jumpa dah perempuan yang bermasalah
tuh?”

“Ishh... apa pulak cakap macam tuh?” Tanya Amirul pelik.
Tapi dia tahu, sedari dahulu lagi Mahmud memang prejudis dengan Manis.
Ialah, gadis itu garang memanjang.. Sebut sahaja nama Manis, semua
lelaki pun nak angkat kaki. Hanya dia sahaja yang setia menyintai Manis.

“Ialah... Orang buta, pekak dan cacat je yang akan sukakan
Manis tuh.. Perempuan macam tu yang kau nak jadikan isteri? Apa ke teruk
sangat taste kau ni Mirul... Kau tu muka ala-ala Remy Ishak, ada peluang
nak dapat awek cun macam Tiz Zakiah kot.. Dia tu pulak garang macam
singa betina... Kau sanggup ke duduk dalam kandang singa untuk seumur
hidup kau? Kalau aku, aku rela tak kahwin seumur hidup daripada
beristerikan perempuan macam Manis... Nama je Manis tapi muka masam Ya
Rabbi... Senyuman masin tak terperi!” Kutuk Mahmud tak teragak.

“Agak-agaklah bro... Kau tengah kutuk awek aku tuh!” Amirul
berpura-pura marah. Sedangkan dia tak ambik port pun kata-kata Mahmud
yang terkandung berjuta kebenarannya. Singa pun boleh jinak macam burung
merpati kalau kena dengan ajarannya! Dia tahu, dia pasti boleh
menjinakkan Manis..

“Belum apa-apa dah mengaku awek? Gilalah kau ni Mirul...”

Mahmud menggelengkan kepalanya. Entah dari planet manalah
Amirul ini lahir.

“Eh jap... Aku masih tak faham! Apa yang membuatkan kau
gilakan Manis tu ya? Okay... kalau kau nak bagi alasan cantik untuk
support alasan kau, rasanya ramai lagi awek lagi cantik dari Manis.. Dia
tu kan.. Ish, memang tak ada ciri-ciri yang boleh dijadikan isterilah
babe...” Sesi mengutuk Manis masih belum tamat rupanya.

“Hmm.. kalau Manis itu kelihatan istimewa di mata kau, jadi
apa lebihnya dia kat mata aku.. That’s the point! Aku nak seorang
perempuan yang hanya istimewa di pandangan aku, dan dia tidak kelihatan
istimewa di mata orang lain! Jadi dia akan tahu bahawa hanya aku seorang
sahaja yang akan sayang dia!”

“Apa ke pelik sangat prinsip hidup kau ni Mirul?” Makin
dilayan, makin pening Mahmud dibuatnya.

“Sekurang-kurangnya, prinsip aku tak lah sampai buat
perempuan tu macam baju! Kejap yang warna merah.. kejap warna biru!
Kejap Syasya... Kejap Jenab!” Kali ini giliran Amirul pula yang memerli
rakannya. Tahu sangat dengan perangai buaya Mahmud itu.

“Perli aku nampak....”

“Oh terasa ke? Rupa-rupanya kaulah yang tergolong dalam
golongan tu ya?” Gurauan Amirul itu Mahmud sambut dengan ketawa. Sedikit
pun tidak terasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience