BAB 7

Family Completed 233

*Manis*

Berulang kali ayat Amirul yang terakhir itu dicerna di dalam
benaknya. Entah kenapa,hatinya mula tak tenteram! ‘Mungkin hatinya dah
mati sebelum ajalnya...’ Ayat keramat itu betul-betul menganggu
benaknya. Bercelaru dan serabai sekali!

‘Adakah aku tergolong dalam golongan manusia yang telah mati
hatinya?’ Entah berapa kali soalan itu diajukan kepada diri sendiri.
Sayangnya, soalan itu masih kekal tanpa jawapan.

“Warna pink ke, warna merah yang cantik?” Suara itu
mengejutkan Lamunan Manis. Beberapa helai baju melayu mula disuakan ke
arah tubuhnya.

“Warna kuning!” Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab!

“Kau suka warna kuning ke?” Tanya Amirul semangat.

“Aah...” Tipu Manis sengaja. Dia paling benci warna kuning.
Sakit matanya dengan kuning sinar kerabat diraja itu. Terlalu menyerlah
untuk dirinya yang tergolong dalam kategori sederhana ini.

“Okay... Awak ambik yang ni, saya ambik yang ini!” Amirul
menghulurkan sepasang baju kurung moden bersulam berona kuning yang
sepadan dengan baju melayu yang baru dicapai. Cepat sahaja tangannya
mencapai baju. Cantik pulak tuh!

“Apa nih.. teman kau je kan? Buat apa nak suruh aku beli
pulak!” Protes Manis tak puas hati.

“Hmm.. anggap je ini sebagai hadiah sebab teman aku pergi
shopping.”

“Tak payahlah nak rasuah-rasuah.. Aku tak makan benda haram
tuh!” Baju yang dipilih oleh Amirul itu mula digantungkan ke tempat asalnya.

Perlahan Amirul mendekat ke arah Manis. Tidak mahu jika
jurujual tersebut menangkap pergaduhan mereka yang boleh menjatuhkan
maruah Manis. Manis kalau nak marah, bukan kira tempat atau orang. Tang
tu jugak dia nak sembur. “Tak boleh ke kalau kau terima je? Kalau tak
suka colour kuning tuh... Boleh pilih yang lain. Ambil satu untuk pakai
raya nanti. Kan sunat pakai pakaian baru di pagi raya..” Pujuk Amirul
lembut.

“Baju lama pun ada banyak lagi yang tak terpakai!”

“Manis... ini adalah satu arahan!” Suara Amirul sedikit
memaksa.

Manis mendengus!

“Harap maaf.. Arahan tak delivered!” Muka Manis mencuka. Tak
suka dipaksa-paksa apatah lagi orang yang memaksanya itu adalah Amirul.

Tiba-tiba lengan Amirul menempuh air minuman yang berada di
tangan Manis sehingga membuatkan minuman itu terjatuh dan terpercik pada
baju baru tersebut.

Manis tercengang! Namun apabila dia mengangkat wajah, dia
melihat Amirul sedang tersenyum simpul. Malah senyuman itu semakin
panjang merekah. ‘Mesti lelaki ni sengaja!’ Bibirnya diketip kuat.
Sakitnya hati hanya Allah yang tahu.

“Encik.. Baju ni dah kotor.. Jadi Encik kena beli baju ni.”
Seorang jurujual sudah mula menghampiri kami. Manis telan air liur.
Terus mengadap wajah Amirul. Hendak melihat respon daripada jejaka
tersebut. Hatinya bagai ditumbuk lumat oleh lesung batu apabila melihat
wajah selamba Amirul itu.

“Ish.. apalah sayang ni. Sampai tertumpah air dekat baju.
Tak apalah dik.. kami beli baju ni. Lagipun kalau basuh mesti hilang
kotoran nih...”

“Kau jangan harap aku akan pakai baju tuh!” Bentak Manis tak
puas hati. Asyik-asyik Amirul sahaja yang menang.

“Aku tak paksa kau pakai pun... Aku hanya nak belikan untuk
kau je!” Manis melopong! Tak pasal-pasal terkena.

Amirul mula meninggalkan Manis untuk menguruskan pembayaran
di kaunter. Manis sudah berkira-kira untuk pulang sendiri namun cepat
sahaja langkah Amirul untuk mengejarnya.

“Aku yang ambik jadi aku yang kena hantar balik.” Putus
Amirul muktamad.

“Aku boleh balik sendirilah Mirul. Kenapa kau suka tentukan
apa yang aku kena buat dan apa yang aku tak boleh buat? Kau siapa untuk
memandai arrangekan hidup aku! Hidup aku ada peraturan tersendiri. Kau
jangan nak tunjuk macho untuk mengarah itu ini! Apa kau ingat aku
terharu ke? Rasa haru biru adalah...!” Bebel Manis geram. Sedari tadi
Amirul suka mengarahkan itu ini. Apa ingat supervisor seven eleven ke hah?

“Macam mana aku ambil kau.. Macam tu jugak bila aku akan
hantar kau.. Boleh tak jangan nak keras kepala sangat!” Suara Amirul
kedengaran serius.

“Kepala aku.. suka hati akulah nak keras atau pun lembut!”
Jawab Manis sinis. Mereka berdua mula bertekak di bahagian ruangan legar
ini. Mujur sahaja belum berjaya menarik perhatian pengunjung yang lain.
“Untuk apa kau pamerkan sikap keras kepala kau nih? Kau ingat sikap
keras kepala tu sikap manusia yang kebal ke? Kalau kau nak tahu, kepala
tu jika dihantuk ke dinding, pasti akan pecah jugak! Jadi, kau ada
nampak tak apa-apa faedah dari sikap keras kepala kau tuh?” Soal Amirul
dengan muka merah menahan marah. Mungkin kesabarannya sudah mula
beransur pergi melayan kedegilan Manis.

Manis diam. Malas untuk terus bertekak tapi sebenarnya dia
kehilangan modal untuk membalas kata. Jadi lebih baik dia diam.
Tangannya mula menekan punat lift untuk ke bahagian basement. Sebenarnya
dia tak adalah berkeras nak balik sendiri pun! Saja nak mengada berdegil
dengan Amirul. Nak cuba baca bahasa tubuh dan ketahanan mental milik
Amirul. Ternyata, Amirul bukanlah kategori lelaki yang bersabar sangat!
Apatah lagi nak tergolong dalam kategori lelaki idaman! Memang tak lah
kan...

“Manis....”

Itulah ayat pertama yang keluar dari mulut Amirul apabila
mereka sudah masuk ke dalam perut kereta.

Manis berpaling ke sebelah apabila Amirul menyeru namanya.

“Kenapa?” Kerutan di dahi Amirul sedikit kelihatan.
Mengiringi soalanya.

“Kenapa apa?” Tanya Manis tak faham.

“Kenapa kau takut nak hidup bahagia?” Suara Amirul perlahan
sahaja. Kereta masih belum bergerak. Mungkin Amirul sedang menunggu
enjin kereta panas sedikit.

“Apa maksud kau?”

Perlahan-lahan Amirul mula mencuri nafas. “Kenapa kau nak
berkeras dan berdegil dengan semua orang? Kau bahagia ke hidup macam ni?”

“Jangan buat kesimpulan macam kau tahu semua isi cerita
Mirul!” Marah Manis keras. Tidak suka bila orang suka hati membuat
kesimpulan sendiri tentang hidupnya. Bahagia atau menderita, ada
susahkan orang lain ke? Semuanya dia tanggung sorang-sorang jugak!

“Kalau aku cakap aku tahu?”

Biji mata Manis mula terbuntang.

“Tahu dari mana? Mesti dari Syikin kan...” Manis mula
mengenggam penumbuk! Tak suka bila kisah hidupnya dijaja kepada dunia
luar! Lagipun, sejak bila Syikin bertukar menjadi seorang sahabat yang
suka memlelong kehidupan peribadinya?

“Aku cakap kalau kan.....” Suara Amirul dileretkan sedikit.

“Mirul, kenapa kau perlu sibuk-sibuk tentang hidup aku.
Biarlah kalau aku takut nak hidup bahagia pun.. Ada susahkan kau ke?”
Kali ini Manis mengendurkan sedikit suaranya. Mula faham bahawa
tengkingan tak akan boleh dihadam oleh Amirul.

“Sebab aku sayang kau Manis... Sebab tu aku nak kau bahagia.
Kenangan lama yang perit tu macam makanan yang basi. Buat apa nak simpan
dalam peti lama-lama. Buat busuk peti jeh! Macam tu jugak dengan
kenangan pahit kau tu. Tak payah simpan-simpan. Bila dah busuk nanti,
bau dia payah nak hilang!”

“Sebenarnya kau memang dah tahu kan?” Mata Manis mula
berkaca. Dia dah boleh agak yang Syikin sudah membocorkan rahsia hidupnya.

“Ya... Aku memang dah tahu.” Akui Amirul jujur.

“Aku nak balik.. Tolong hantar aku balik sekarang jugak!”

“Tapi Manis...”

“Aku cakap sekarang, maknanya sekarang Mirul.. Sekarang!”
Tengking Manis kuat. Tidak betah lagi untuk terus bersabar. Sungguh, dia
terlalu kecewa dengan Syikin. Terlalu....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience