BAB 2

Family Completed 233

*Manis...*

Dari kejauhan, Manis sudah mula menangkap lenggok badan
Amirul yang sedang menghampiri tempatnya. Dengan senyumannya, dengan
langkahnya yang teratur dan dengan gayannya yang cukup memikat, sesiapa
pun boleh terpegun dengan penampilannya. Sedari di kampus lagi, Amirul
memang menjadi idaman setiap pelajar wanita. Tetapi entah kenapa, gadis
seperti dirinya jugak yang Amirul usik. Mungkin rabun atau boleh jadi
dah buta!

“Hai sayang...” Tanpa malu-malu, Amirul mula menegur ramah.

“Siapa sayang kau?” Suara Manis tertahan sedikit. Menyedari
akan rakan sekerja yang berada di belakangnya.

“Tak mengaku sekarang tak apa... Abang tak marah.” Usik
Amirul lagi.

“Kalau kau rasa mulut kau tu nak kena sepak, silalah cakap
lagi ayat tuh...” Manis mula memberi amaran keras! Dia tidak suka
apabila Amirul suka mempermainkan perasaannya. Orang dah tak suka tuh,
lagi nak usik-usik. Tak faham bahasa sungguh!

“Kenapa kau susah sangat nak terima aku?” Tanya Amirul
terus. Kaca mata hitam yang sedari tadi berada di atas kepala, mula
diletakkan di bahagian kocek baju kemejanya. Lengannya mula didaratkan
di atas permukaan meja milik Manis.

“Sebab kau tak memenuhi piawaian lelaki pilihan aku...”
Tangan Manis mula menarik laci meja. Beberapa dokumen mula dikeluarkan
dan diletakkan di atas meja kerjanya.

“Cuba beritahu aku Manis? Apa kriteria lelaki pilihan kau
tuh? Berilah aku peluang walaupun hanya sekadar untuk mencuba...”
Perlahan sahaja suara Amirul. Tapi terkandung berjuta

“Kriteria tu bukan untuk dicuba Mirul.... Lagipun aku memang
tak ada hati dengan kau!” Dokumen yang berada di tangannya mula
diceraikan mengikut bahagiannya. Lalu beberapa helai dokumen mula
diserahkan kepada Amirul. Dia tidak gemar untuk membicarakan isu
perasaan di tempat kerja! Macamlah terdesak sangat!

“Hati dan perasaan tu berada di dalam gengaman Allah
Manis... Bila-bila masa dia boleh mencampakkan rasa tu pada kau. Dan
masa tu, kau memang tak boleh nak buat apa-apa walaupun untuk menolak...”

Mereka mula saling bertentang mata.

“Maaf... Aku tak faham kau cakap apa.. By the way, tujuan
aku telefon kau semalam sebab nak bagi tahu yang ada kesalahan pada
resolusi yang kau beri ni. Sila betullah mengikut contoh yang aku bagi
dan pulangkan pada aku semula secepat mungkin.” Terang Manis cepat-cepat.

Terdengar keluhan halus dari Amirul. Barangkali mungkin
penat untuk membetulkan fius otak Manis yang sudah berkarat itu.

“Dari dulu lagi kau suka mengelak...”

“Dan aku akan terus mengelak Mirul....” Sambung Manis
cepat-cepat sambil tanganya laju sahaja menyemak dokumen yang berada di
tangannya.

“Sampai bila?” Tanya Amirul sedikit kasar.

“Sampai bila- bila....” Tekan Manis dengan suara yang
serius. Kehadiran Amirul kali ini cukup menyesakkan fikirannya.

*Amirul..*

Entah kenapa, sukar benar hendak membuang Manis di dalam
benaknya. Makin ingin dihalau, makin ingatan itu mengejarnya. Sesak
sungguh rasanya nak bernafas bila merindui seseorang yang memang tak
rindukan kita.

Amirul ingat lagi.. Saat kali pertama berterus terang dengan
Manis mengenai perasaannya, muka Manis serius sangat!

“Saya betul-betul sukakan awak Manis...” Ulang Amirul
kembali. Bunga ros yang sebanyak tiga kuntum itu mula diserahkan kepada
Manis. Tapi sikit pun Manis tidak menyentuh bunga pemberiannya.

“Kau ni dah gila agaknya?” Tebak Manis dengan muka terkejut.

“Kalau menyintai awak membuatkan saya gila.. Saya sanggup
menanggungnya..” Mati-mati Amirul ingat yang Manis akan cair dengan
ayatnya itu. Lagi dia hempuk dengan fail studynya itu adalah. Sakitnya
macam paku yang kena ketuk dengan tukul.

“Geli lah... Tolonglah jangan buat perangai pelik macam ni
lagi Mirul.. Aku tak suka!” Marah Manis.

“Semua benda yang aku buat pun, kau memang tak suka kan?”
Amirul mula rasa hendak marah. Tika ini, dia merasakan bahawa, semua
masalah ini berpunca dari dirinya sendiri. Jika dia tidak gatal-gatal
sukakan Manis, pasti dia tidak akan rasa sakit seperti ini. Malah
penyakit ini dah banyak kurap! Berjangkit dan menyakitkan...

“Aku memang tak suka kau! Kau tanyalah seribu kali pun,
jawapan aku tetap sama! Jadi, tolong jadi manusia yang faham bahasa
sikit!” Suara Manis memang sedikit meninggi. Mungkin cuba untuk
mengejutkan suis otak dirinya yang tersalah fius. Lantas, terus dirinya
ditinggalkan begitu sahaja.

“Sabarlah Mirul... Angin dia tak berapa baik tu.” Pujuk
Syikin yang kebetulan ada bersama mereka tadi.

“Angin dia? Habis tu angin aku tak nak fikir?” Bentak Amirul
pula.

Syikin hanya diam sahaja.

“Semua ni salah aku.. Kenapalah aku jatuh cinta pada
perempuan macam Manis tu... Bukan Manis macam madu, tapi pahitnya
seperti hempedu!” Tambah Amirul lagi.

Syikin tetap kekal diam. Tidak mengia ataupun menolak
kata-kata Amirul.

“Macam mana kau boleh bertahan dengan perempuan macam tu
eh?” Sekelip mata, hilang terus rasa cinta yang selama ini berbunga
mekar.. yang ada tika ini hanyalah rasa amarah yang menggila.

“Dia baik Mirul... Aku bukan nak back up dia.. Tapi dia
memang baik. Tapi kebaikan dia diselindungkan... Mungkin ada sebab yang
kita tak tahu.. Kau atau aku tak boleh nak pertikaikan..” Nasihat Syikin
perlahan. Dia kenal benar Manis.. Dia tahu hati budi Manis.. Dan dia
tahu benar apa penyebab yang menyebabkan Manis bersikap demikian.

“Tapi dia tak berhak nak perlakukan aku macam ni Syikin?
Siapa dia nak memperlekehkan cinta aku?” Soal Amirul keras.

“Apa bezanya dia dengan kau sekarang? Kau pun sendang
memperlekehkan perempuan yang paling kau cinta? Cinta ke macam ni kalau
dengan sekelip mata perasaan kau berubah hanya semata-mata kerana cinta
kau ditolak? Itu bukan cinta.. Tapi itu nafsu. Nafsu untuk memiliki
perkara yang kau suka!”

Kali ini Amirul mula terdiam. Mungkin mengambil kira
kata-kata Syikin yang penuh dengan maksud tersirat. Nak buat macam mana?
Darah muda ini sentiasa menggelegak tatkala hati ini disentap dengan
rasa tak puas hati.

“Mirul... Kalau kau betul sayangkan Manis.. Kau kena
bersabar untuk ketahui kenapa semua ini berlaku. Kadang-kadang, bila
perempuan kasar, dia bukan nak berkasar tapi dia nak tengok sejauh mana
kesabaran lelaki itu untuk menghadapi karenahnya.. kerana hakikatnya,
hati wanita sangat lembut... dan Manis pun tak terkecuali Mirul... Dia
perempuan yang penuh kelembutan.. Cuba kelembutannya, bukan pada seorang
lelaki yang bersepah di jalanan.. Lembut hatinya hanya milik seorang
lelaki yang bakal bergelar suaminya. Kalau kau nak dia, berusahalah
dekatkan diri kau dengan penciptaNya dahulu.. Sebab makin kau kenal Dia,
makin kau akan kenal orang yang kau cinta...”

Amirul tersenyum. Dia masih ingat lagi nasihat panjang lebar
dari Syikin itu. Kata-kata itulah perangsang untuk dia setia menyayangi
Manis. Betul kata Syikin... Mungkin dia dengan Manis tak pernah dekat,
tapi rasa ini makin bertaut apabila kita meletakkan Pencipta melebihi
dari segala sesuatu di dunia.

Walaupun Manis kekal bersikap kasar dengan dirinya, tiada
lagi rasa benci atau amarah untuk perempuan itu. Kadang-kadang wanita
ini dihantar oleh Allah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran
seorang lelaki. Jadi, bersedialah untuk ditahan uji.

Jika kita marah pada seseorang, jangan terus tak nampak
kebaikannya. Dan jika kita suka pada seseorang, jangan terus tidak
nampak kelemahannya. Alhamdulilah.. Allah tidak gelapkan hatinya dengan
cinta semata-mata. Dia nampak segala kelemahan milik Manis. Dan telah
dia sedia untuk menerima segalanya...

‘Manis.... apa masalah awak sebenarnya? Tak nak share dengan
saya ke?’ Mungkin dia perlu merancang strategi untuk memikat Manis. Tapi
persoalannya, boleh menjadi ke strateginya itu? Boleh pitam rasanya kalu
fikir kesudahan kisah cinta ini...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience