BAB 8

Family Completed 233

*Amirul*

Takbir raya yang bergema dari kaca televisyen itu membuatkan
Amirul tidak senang duduk. Terasa bersalah kerana mendatangkan kemarahan
dari Manis tempoh hari. Apatah lagi perbualan telefon dengan Syikin tadi
benar-benar meruntun perasaannya.

“Dia berkeras tak mahu balik raya Mirul.. Dia betul-betul
marah pada aku...” Cerita Syikin sebak.

“Habis tu dia duduk sorang-sorang jelah kat rumah tuh?”
Tanya Amirul risau.

“Haah..”

“Sebelum ni dia balik mana?”

“Sebelum ni dia gilir balik dekat rumah parents dia. Tapi
kali ni dia memang tak mahu balik rumah siapa-siapa pun!” Syikin yang
berada di hujung talian sudah mula teresak-esak.

‘Arghh.. tak boleh jadi nih! Kena pergi jumpa Manis jugak!’
Tanpa berlengah, terus Amirul mencapai kunci kereta. Tujuan utamanya
pastilah ke rumah Manis!

Sesampainya di rumah Manis, dia melihat dua buah kereta
turut berada di depan garaj kereta. Laju sahaja Amirul keluar dari
kereta. Bimbangkan keselamatan Manis.

“Manis, kenapa nih?” Manis sudah berada di luar rumah
bersama dengan seorang lelaki dan seorang wanita. Mungkin keduanya
adalah orang tua Manis.

“Dah... tak payah nak bertekak lagi. Manis akan beraya kat
rumah kawan Manis. Tu, dia dah datang dah pun. Mama dengan papa bolehlah
balik.” Amirul sedikit tergamam mendengar kata-kata yang keluar dari
mulut Manis.

“Manis.. kenapa nak beraya kat rumah orang? Manis kan ada
mama... boleh beraya dekat rumah mama kan.” Pujuk Puan Laila lembut.

“Tahun lepas dah beraya di rumah mama.. Tahun ni kan giliran
papa pulak!” Encik Murad sedikit tak berpuas hati.

“Sudahlah! Manis penat nak dengar mama dengan papa bergaduh.
Dari dulu lagi... Tak puas-puas hati lagi ke? Sekarang dua-dua boleh
beraya dekat kampung sendiri kan... Macam mana Manis tak paksa mama
dengan papa untuk rujuk, macam tu jugak Manis tak mahu mama dan papa
paksa Manis untuk balik beraya. Manis dah decide nak balik raya dekat
rumah Amirul...”

Kini, dua pasang mata itu mula menghala ke arah Amirul yang
tercegat di depan pagar rumah Manis. Sungguh, wajahnya jelas tercengang!

“Sekarang puaslah hati awak kan? Anak kita tak ikut saya
balik!” Kemarahan itu Encik Murad tujukan kepada bekas isterinya.

“Apa abang nih... Saya tak paksa pun Manis beraya dengan
saya. Saya Cuma ajak! Manalah tahu kalau dia mahu. Tu je.. Bukan saya
nak menghasut pun!” Jawab Puan Laila pulak.

“Manis cakap sudah, sudahlah! Tak puas-puas lagi ke
bergaduh? Dari dulu sampai sekarang... Manis dah bosan!” Suara Manis
sudah meninggi. Mengejutkan semua yang mendengar.

“Manis...” Tegur Amirul perlahan. Dia sedar yang Manis tidak
boleh mengawal emosi dan perasaaannya lagi. Kena cepat bawak Manis lari
dari sini.

“Mama dengan papa pergilah balik. Jangan risaukan Manis. Tak
matinya kalau hidup sorang-sorang pun. Mirul, kau tunggu kejap, aku
pergi ambik beg!” Tanpa menunggu lama, terus sahaja Manis masuk semula
ke dalam rumah.

Puan Laila sudah mula menangis. Manakala Encik Murad
memandang Amirul dari atas ke bawah. Umpama melihat seorang makhluk
halus yang baru mendarat di bumi.

‘Aku datang salah time ke aku memang ditakdirkan untuk
menjadi penyelamat Manis?’ Amirul mula rasa cuak. Apatah lagi renungan
tajam papa Manis begitu menggerunkan.

“Pak cik tak tahu kamu ni siapa? Apa hubungan kamu dengan
Manis... Tapi pak cik harap kamu boleh jaga Manis untuk pak cik.”
Lerr... ingatkan nak belasah dirinya. Rupanya nak bagi pesanan ringkas
jeh. Fuh, lega!

“Saya kawan Manis.. Jangan risau pak cik. Saya akan jaga
Manis. Saya akan cuba pujuk Manis supaya beraya dengan mak cik dan pak
cik.” Entah jadi atau tidak, Amirul sendiri kurang pasti. Tapi dia akan
cuba sedaya upaya untuk memujuk Manis.

“Salah saya... Semua ni salah saya. Kalaulah saya tak
berkeras, Manis mesti tak jadi macam ni. Mesti Manis tak akan benci pada
mama dan papa dia sendiri!” Ujar Puan Laila dengan deraian air mata.

“Lela, jangan salahkan diri awak.. Ini salah saya jugak!”

Amirul dapat merasakan yang Puan Laila dan Encik Murad
sebenarnya saling menyayangi antara satu sama lain. Mungkin keadaan dan
waktu memaksa mereka untuk melakukan sesuatu di luar jangkaan.

“Pak cik.. Mak cik... Saya rasa ada satu cara je untuk
selesaikan masalah nih? Mungkin cara tu boleh memujuk hati Manis dari
terus marahkan pak cik dan mak cik.” Rajin sahaja mulut Amirul
melontarkan idea. Bukan apa, dia hanya ingin cuba membantu. Siapa tahu
yang rancangan ini akan berjaya!

“Apa dia?” Tanya kedua-duanya secara serentak.

“Pak cik dan mak cik kena rujuk semula!”

*Manis*

Air mata yang singgah di pipi segera diseka pergi. Malu pula
apabila menangis di sebelah Amirul tika ini. Namun ternyata kekuatannya
tidak mampu bertahan lagi. Entah kenapa, hatinya terusik apabila
mendengar takbir raya yang bergema. Saat semua orang sibuk menyiapkan
persiapan di saat akhir, dia pula kekal menyendiri tanpa sebarang
persiapan. Sedih kan?

“Kau tak boleh hukum mama dan papa kau macam tu Manis...
Semua yang berlaku adalah ketentuan takdir. Takdir tu dah ditentukan
oleh Allah yang mana tak ada seorang pun manusia yang boleh sanggah.
Malah manusia kena terima qada dan qadar yang ditentukan buat mereka.
Jadi kenapa kau berulang kali menolak kenyataan Manis? Kau tak layak nak
hukum mama dan papa kau sendiri! Perpisahan ni pun bukan permintaan
mereka... Mana ada manusia yang minta keluarga mereka berpecah belah..
Mana ada orang mintak untuk bercerai berai. Tapi dah kalau Allah
tentukan lagu tuh, mestilah ada hikmah yang dia sorokkan..” Amirul sudah
memulakan ceramah tak berbayar. Manis memang keras kepala!

“Kau tak faham perasaan aku.. Kau tahu, aku ingat lagi..
Waktu semua orang tengah ceria menyambut hari raya, aku menangis
sepanjang hari bila mama dan papa bercerai pada hari raya. Hari yang
sepatutnya menjadi hari kemenangan bertukar menjadi hari perpisahan.
Kalau dengar memanglah tak logik. Tapi setiap tahun dia orang bergaduh
nak balik raya Mirul.. Setiap tahun! Sampai bercerai! Sebab tu aku benci
nak sambut raya Mirul.... Bagi aku, aidilfitri tu sungguh menyakitkan.”
Pertama kali Manis mula berkongsi perasaan bersama Amirul.

“Kau tak boleh menghukum keadaan Manis. Okay aku bagi kau
contoh ya! Kalau ada kemalangan, kita nak salahkan siapa? Nak salahkan
pemandu, kereta ataupun jalan raya! Semua tu boleh jadi penyebab Manis..
Mungkin waktu tu pemandu tu bawak kereta laju... Mungkin kereta ada
masalah kesihatan dalaman sehingga hilang kawalan.. Tak pun jalan raya
yang licin atau jammed yang teruk. Semua tu boleh jadi penyebab kan?
Tapi sebenarnya semua yang berlaku dah ditetapkan. Orang Islam wajib
berpegang pada rukun iman. Rukun yang terakhir ialah, percaya pada qada
dan qadar. Kalau kau tak percaya, maknanya tak lengkaplah rukun Iman kau
tuh.”

Kali ini Manis terus terdiam dan terus terdiam. Otaknya
seakan-akan boleh mencerna bait-bait nasihat Amirul itu.

“Mirul... Hantar aku balik rumah semula..” Putus Manis perlahan.

“Kenapa pulak?” Amirul yang sedang memandu menjeling sedikit
ke arah Manis.

“Mungkin mama dan papa dah balik kut.. Jadi, biarlah aku
balik rumah tu semula.”

“Habis tu nak raya sorang-sorang ke?”

Perlahan sahaja Manis menganggukkan kepalanya.

“Jangan harap!”

“Habis tu tak kanlah aku nak pergi rumah kau pulak?”
Bangkang Manis tak puas hati.

“Ialah... kan memang dari dulu aku ajak kau raya sama tapi
tadi kau pulak yang offer diri nak raya dengan aku. Jadi tak kan aku nak
lepaskan peluang.” Usik Amirul nakal.

“Jangan main-mainlah Mirul...”

“Aku serius nih.. Kalau nak main-main pun lepas kahwin
kan..” Merah muka Manis apabila menyambut usikan Amirul ini.

“Jangan nak mengadalah...”

Amirul ketawa senang hati. “Jangan risau.. Dekat rumah tu
ada umi aku.. Ada family aku jugak. Bolehlah kita sambut raya sama-sama!”

“Mirul.. Apa yang membuatkan kau nak datang rumah aku tadi?”
Sebenarnya dari tadi soalan itu berlegar di dalam benaknya. Takut
tertanya soalan yang tak relevan jeh!

“Hati aku yang ada pada kau tu yang suruh datang... Sebab tu
aku datang.”

Manis menggigit bibir. “Aku tanya betul-betul nih... Boleh
tak jawab secara serius.” Gesa Manis geram. Tapi dalam hatinya
bergolek-golek mendengar kata-kata Amirul yang mengusik jiwanya.

“Okay.. Aku pun nak tanya kau serius-serius jugak nih... Kau
sanggup tak nak raya dengan aku untuk setiap tahun sebagai isteri aku..
Jadi ibu kepada anak-anak aku. Dan menerima aku sebagai bapa anak kau
dan suami kau?”

Rahang Manis sudah terjatuh. ‘Ambik kau Manis... kau nak
serius sangat kan?’

“Aku lahir dari keluarga yang pecah belah Mirul...”

“Sebab tu aku nak cantumkan balik pecahan-pecahan dalam hati
kau tuh. Biar aku gam dan tak akan biar ia pecah lagi. Biar aku
sempurnakan segalanya yang cacat...” Entah kenapa malam-malam raya ini
Amirul bertukar menjadi romantik pulak.

“Tak apa... tak perlu jawab sekarang. Esok jawab depan umi
aku jeh.” Pemanduan Amirul sudah terhenti di sebuah banglo teres.

“Mirul... aku nak baliklah.. Nanti umi kau cakap apa pulak
aku nak beraya rumah kau.” Manis sudah mula tunjuk muka risau dan cuak.

“Lah... cakap jelah bakal menantu nak raya sama. Apa susah!”

“Mirul....” Manis menekankan sedikit nada suaranya. Tidak
suka jika Amirul terus-menerus mengusik perasaannya.

“Iya sayang...”

Arggghh... perkataan sayang itu benar-benar boleh membunuh
jiwanya tika ini jugak. Amirul sememangnya telah berjaya membuka ruang
hatinya. Manis sedar, tak akan ada orang lagi yang mampu untuk bersabar
dengan kedegilannya selain daripada Amirul.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience