BAB 4 - KENANGAN YANG KEMBALI
Hujan renyai di luar jendela. Malam itu, Tengku Aqasha duduk di hadapan meja solek, memandang wajah sendiri dalam cermin.
Wanita itu memiliki kecantikan yang menawan—hidung mancung, bibir merah semula jadi, dan sepasang mata bundar yang sering dipuji kerana kilauannya yang tajam. Namun, di sebalik semua itu, ada sesuatu yang hilang dalam dirinya. Pandangan matanya kosong, seolah-olah ada satu bahagian dalam hidupnya yang dia sendiri tak mampu tembus.
Dia menyisir rambut panjangnya perlahan, cuba mengingati sesuatu… seseorang.
Nadhir Othman.
Lelaki itu bukan asing, dia pasti. Tapi kenapa namanya terasa seperti kabus dalam ingatan?
Nadhir Othman – Lelaki yang Pernah Dilupakan
Di satu sudut bandar yang lain, Nadhir memandu perlahan di jalan basah, mindanya ligat dengan satu nama.
Tengku Aqasha.
Wanita itu pernah menjadi dunianya. Tetapi, Aqasha menghilang tanpa jejak, tanpa alasan, tanpa selamat tinggal.
Dan sekarang, dia kembali.
Nadhir Othman adalah lelaki yang berkarisma—tinggi, tegap, dengan raut wajah maskulin yang sering membuat orang menoleh dua kali. Matanya tajam, membawa kisah yang hanya dia seorang tahu. Dia bukan lelaki yang mudah mengalah, tapi dengan Aqasha, dia sudah berhadapan dengan satu kenyataan yang pahit yang...
Dia telah dilupakan.
Atau… Aqasha cuba melupakan dia?
Aqasha meletakkan sikat di meja solek. Tangannya menggigil sedikit.
Sarah kata, ada seseorang yang selalu ada untuknya waktu dia jatuh. Seorang lelaki. Tapi siapa?
Lama dia termenung, sebelum dia mencapai telefon.
Tengku Aqasha: “Nadhir.”
Nadir Othman: “Aqasha?”
Tengku Aqasha: “Saya nak tahu… Siapa sebenarnya awak dalam hidup saya dulu?”
Nadhir Othman: “Saya orang yang awak cuba lupakan.”
Jari Aqasha kaku di atas skrin. Dada terasa sesak.
Tengku Aqasha: “Kenapa saya nak lupakan awak?”
Nadhir Othman: “Sebab awak takut untuk ingat,takut berdepan dengan situasi kita Aqasha”
Kata-kata itu menusuk terus ke hatinya.
Dia takut?
Tapi apa yang sebenarnya dia takutkan?
Share this novel