BAB 12 - NADHIR!

Romance Series 1469

BAB 12

Setelah pulang dari kerja, Aqasha bersandar lelah di sofa bersama Nadhir. Hari itu terasa panjang, namun hatinya sedikit tenang apabila melihat wajah suaminya yang sentiasa ada di sisinya.

“Penat?” tanya Nadhir sambil menatap mata isterinya itu

Aqasha mengangguk sambil mengambil gelas itu. “Penat sikit, tapi hari ini kerja semua lancar.”

Nadhir duduk di sebelahnya, memandang wajah Aqasha yang masih kelihatan letih.

“Kalau macam tu, esok kita pergi kerja sama-sama lagi. Saya suka hantar awak, walaupun saya tau awak boleh pergi sendiri. Im more than happy to do everything for you sayang”

Aqasha tersenyum kecil, hatinya terasa hangat dengan perhatian suaminya. Walaupun sebelum ini dia masih meragui banyak perkara, Nadhir sentiasa berusaha memberikan keselesaan tanpa mendesaknya.

Keesokan paginya, Aqasha bangun lebih awal daripada biasa. Dia bersiap di bilik, mengenakan blouse berwarna biru pastel dengan tudung yang senada. Dia melihat pantulan dirinya di cermin sebelum menyembur sedikit wangian.

Nadhir masuk ke bilik sambil tersenyum.

Mulutnya terus laju mengeluarkan kata-kata sambil mempamerkan senyuman hangat buat Nadhir
"Cantik tak?"

Tercengang seketika Nadhir sebelum menjawab pertanyaan Isterinya
“Cantik sayang. Dah siap? Im making us some simple breakfast, makan dulu sikit baru kita gerak ke Office”

“Dah siap. Jom makan” jawab Aqasha sambil mengambil beg tangannya.

Mulakan hari dengan sarapan pagi serta kopi hangat bukan sahaja menyinari hari seorang Aqasha tapi juga ia menghangatkan rasa cinta pada suaminya itu.

Mereka keluar bersama selepas sarapan, dan sepanjang perjalanan ke pejabat, Nadhir sempat membicarakan beberapa perkara tentang urusan kerjanya.

“Saya ada meeting petang nanti, tapi sebelum tu kita lunch sama?”

Aqasha mengangguk. “Okay boleh, tapi saya yang pilih tempat.”

Nadhir ketawa kecil. “Saya ikut saja.”

Di pejabat, Aqasha bertemu dengan Sarah yang sudah menunggunya di meja kerja.

“Awal kau hari ni?” soal Sarah.

Aqasha tersenyum sambil menyusun beberapa dokumen.

“Nadhir yang hantar. Tu yang boleh datang awal.”

Sarah memandangnya penuh makna.

“Hmm... kau nampak lebih tenang and happy sekarang Qasha. Aku ingat lagi dulu kau takut sangat nak bagi dia peluang. Tapi sekarang, macam lain je. Dah macam ada udang disebalik Mee pulak.”

Aqasha menghela nafas perlahan. “Aku pun tak tahu macam mana nak jelaskan kat kau Sarah. Perasaan aku sekarang ni entahlah. Dia lain dari semua lelaki dan mungkin sebab dia tak pernah berhenti buat aku rasa selamat? Aku dah lama hidup dalam bayang-bayang trauma aku sendiri, tapi sekarang... aku rasa aku boleh cuba buka hati aku untuk dia.”

Sarah tersenyum. Dan beri semangat pada sahabat karibnya itu

“Baguslah kalau macam tu. Aku doakan kau betul-betul bahagia, Qasha. You know You deserve it Qasha, more than anyone else here.”

Waktu makan tengah hari, Nadhir menepati janjinya untuk bertemu Aqasha. Mereka memilih sebuah restoran yang agak tenang, jauh dari kesibukan kota.

“Saya ingat dulu waktu kita pertama kali jumpa,” kata Nadhir tiba-tiba sambil mengacau jusnya. “Awak tak pandang saya langsung.”

Aqasha ketawa kecil. “Mungkin sebab saya tak tahu pun awak siapa.”

“Tapi sekarang?” Nadhir mengangkat kening.

Aqasha berpura-pura berfikir. “Sekarang pun sama,” usiknya.

Nadhir tertawa sambil menggeleng. “Tak apalah. We have plenty more times and I'll make sure you will love me in no times, sayang.”

Aqasha hanya tersenyum, tetapi jauh di sudut hatinya, dia tahu kata-kata Nadhir itu tidak salah. Dan ya, hati nya sudah pun mula terbuka dan menyukai suaminya itu. Hanya mulutnya sahaja berdiam tak mahu suarakan kata hati nya.

Selepas tamat waktu kerja, Aqasha keluar dari pejabat dengan langkah perlahan. Angin petang menyapa lembut wajahnya, membawa sedikit ketenangan selepas seharian berhadapan dengan beban tugas. Nadhir sudah menunggunya di luar, bersandar pada keretanya dengan wajah tenang seperti biasa.

"Lama tunggu?" tanya Aqasha sambil tersenyum kecil.

"Tak lama pun. Saya suka tunggu awak," balas Nadhir, membuka pintu untuknya.

Perjalanan pulang mereka dipenuhi dengan perbualan ringan tentang hari masing-masing. Sesekali Nadhir mencuri pandang ke arah isterinya yang nampak sedikit letih, tetapi tetap cantik di matanya. Saat mereka berhenti di lampu isyarat, Nadhir menggenggam tangan Aqasha, membuatkan wanita itu tersentak sedikit sebelum tersenyum.

Sebelum pulang ke rumah, mereka singgah di sebuah restoran untuk makan malam. Restoran itu sederhana tetapi nyaman, dengan cahaya lampu yang malap mencipta suasana yang selesa. Nadhir memilih tempat duduk di sudut, sedikit tersorok dari pelanggan lain.

Selepas makan malam mereka, mereka pulang dan duduk berbual santai di ruang tamu. Aqasha bersandar di bahu Nadhir, menikmati saat tenang itu. Nadhir tersenyum. "Saya suka bila awak dah mula selesa dengan saya."

Aqasha tersipu malu tetapi tidak menolak kata-kata itu. Dia kini lebih terbuka menerima kehadiran Nadhir dalam hidupnya. Walaupun perasaan itu masih samar-samar, dia tahu Nadhir seorang lelaki yang bertanggungjawab dan ikhlas mencintainya.

Mereka berbual santai, berkongsi cerita tentang kerja masing-masing. Aqasha bercerita tentang projek reka bentuk barunya, manakala Nadhir berkongsi perancangan syarikatnya untuk mengembangkan perniagaan. Mereka ketawa kecil apabila mengimbas kembali detik-detik awal perkahwinan mereka yang penuh dengan salah faham.

Namun, tiba-tiba telefon Nadhir berbunyi. Wajahnya berubah serius setelah membaca mesej yang baru masuk.

“Kenapa?” tanya Aqasha, perasan perubahan pada wajah suaminya.

“Saya kena keluar sekejap. Ada sesuatu yang saya perlu uruskan.”

Aqasha mengerutkan dahi. “Apa yang penting sangat malam-malam macam ni?”

Nadhir bangun dan mencapai jaketnya. “Jangan risau, saya takkan lama. Tidur dulu, jangan tunggu saya”

Aqasha rasa tidak sedap hati. Nadhir tak pernah tinggal dia sendiri begini. Tetapi sebelum dia sempat bertanya lebih lanjut, Nadhir sudah melangkah keluar dari rumah.

Dia termenung sejenak. Perasaan resah menyelubungi dirinya. Seolah-olah sesuatu yang buruk akan berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience