BAB 11 - CINTA?

Romance Series 1469

BAB 11

Pagi itu, Aqasha terjaga dari tidurnya dengan cahaya matahari yang menembusi langsir biliknya. Dia mengerling ke sebelah, melihat Nadhir yang masih lena di sofa. Walaupun mereka sudah semakin rapat, Nadhir masih menghormati batasannya. Perlahan-lahan, Aqasha bangun dan menuju ke bilik air untuk bersiap ke tempat kerja.

Dengan langkah perlahan, Aqasha menuju ke bilik air, membasuh wajahnya dengan air sejuk yang menyegarkan. Selepas mengenakan pakaian kerja yang kemas—blouse satin lembut dan skirt labuh berwarna pastel. Setelah selesai mengenakan tudung dengan kemas, dia melangkah ke dapur untuk menyediakan sarapan. Tidak lama kemudian, langkah kaki Nadhir kedengaran di belakangnya.

"Awal bangun hari ni?" suara serak Nadhir memecah kesunyian.

Aqasha menoleh sekilas dan tersenyum kecil. "Saya kena masuk awal hari ini. Ada projek yang perlu saya siapkan dalam minggu ni."

Nadhir mengangguk. "Awak siap lepastu saya hantar awak ke pejabat, lepas tu baru saya ke office."

Aqasha ingin menolak, tetapi dia tahu Nadhir tidak akan menerima jawapan selain daripada 'ya'. Maka, dia hanya mengangguk tanpa membantah.

Sebaik tiba di pejabat, Aqasha disambut oleh Sarah yang sudah menunggunya di ruang kerja.

"Kau okay ke hari ni?" Sarah bertanya sambil meletakkan secawan kopi di meja Aqasha.

Aqasha tersenyum dan mengangguk. "Okay je sarah. Cuma penat sikit."

Sarah menjungkit kening dengan senyum nakal. "Penat sebab kerja atau sebab Nadhir?"

Aqasha menjeling tajam. "Sarah."

Sarah ketawa kecil. "Aku nampak cara dia pandang kau, Qasha. Dia sayang kau. Aku yakin dia akan buat apa saja untuk kau."

Aqasha menghela nafas perlahan. Dia tahu semua itu. Cuma hatinya masih lagi belajar untuk menerima semua yang berlaku dalam hidupnya.

Beberapa jam berlalu dengan kesibukan kerja. Ketika Aqasha sedang meneliti beberapa lukisan reka bentuk, telefon bimbitnya bergetar. Mesej daripada Nadhir.

Nadhir: Hi sayang, I'll see you at Lunch? I'll take yes as your answer.

Aqasha tersenyum kecil sebelum membalas ringkas, "Okay Nadhir, will do. See u at Lunch."

Setibanya di sana, Nadhir menarikkan kerusi untuk Aqasha sebelum duduk di hadapannya. Pelayan datang mengambil pesanan, dan tidak lama selepas itu, hidangan mereka dihidangkan. Suasana restoran yang elegan dengan alunan muzik jazz lembut membuatkan perbualan mereka lebih santai.

"Saya tak sangka awak masih sudi keluar makan dengan saya," ujar Nadhir, matanya tidak lepas dari memandang Aqasha.

Aqasha mengangkat kening. “Kenapa pula? Saya tak ada alasan untuk tolak.”

Nadhir tersenyum, kemudian bersandar sedikit. “Mungkin sebab dulu awak pernah tak selesa dengan saya. Sekarang awak nampak lebih tenang.”

Aqasha mengacau jus di dalam gelasnya. “Saya… Saya rasa saya mula faham yang awak betul-betul ikhlas.”

Nadhir mencapai tangan Aqasha di atas meja dan menggenggamnya perlahan. “Saya tak pernah main-main, Aqasha.”

Aqasha tidak menarik tangannya. Untuk kesekian kalinya, dia membiarkan diri merasai kehangatan genggaman itu. Hatinya berbisik, mungkin ini permulaan untuk sesuatu yang lebih indah.

"Macam mana kerja hari ni?" tanya Nadhir sambil menghulurkan tisu kepada Aqasha.

"Sibuk, tapi saya suka apa yang saya buat."

Nadhir mengangguk. "Saya suka tengok awak senyum masa cakap pasal kerja. Awak nampak betul-betul bahagia."

Aqasha terkedu seketika. Nadhir sentiasa tahu bagaimana untuk membuatkan dia merasa dihargai.

Selesai makan, mereka berjalan keluar dari restoran. Nadhir tiba-tiba menarik tangan Aqasha dengan lembut, membuatkan Aqasha terhenti.

"Apa?" Aqasha memandangnya dengan dahi berkerut.

"Saya cuma nak awak tahu... saya ada untuk awak. Bila-bila masa, dalam apa keadaan sekalipun." Nadhir menggenggam jari jemari Aqasha dengan erat.

Aqasha mengangguk perlahan. Mungkin, perlahan-lahan dia boleh belajar untuk mempercayai cinta lagi.

Seusai makan, Nadhir memandu pulang ke pejabat mereka. Namun, sebelum Aqasha turun, Nadhir sempat mengusap lembut pipinya. “Saya akan jemput awak balik nanti.”

Aqasha hanya mengangguk, tapi kali ini, dia tidak mengelak dari tatapan mata suaminya.

Hii, Sorry for late updates readerss :( Comment la your thoughts about this novel, sis first time tulis novel..harap maafkan la kalau tiba2 mabuk cerita ni ya hehe...thank you for reading!! <3

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience