BAB 6 - KENANGAN YANG KEMBALI
Usai pulang dari bertemu dengan Nadhir, Aqasha pulang dengan jiwa yang serabut, hatinya bagi ditusuk beribu bilah pisau, fikirannya? Usah di tanya, jika dibuka minda Aqasha mungkin mindanya umpama kaset lama yang rosak dan memutarkah semua cerita tanpa henti, yang mana satu betul yang mana satu mainan fikirannya— entah bagaimana dia mahu tenang dengan keaadaan ini.
Tengku Aqasha berdiri di hadapan cermin biliknya, merenung wajah sendiri yang tampak letih. Pipinya sedikit cengkung, matanya berkaca seolah-olah menyimpan seribu rahsia. Dia cuba mengingati sesuatu—seseorang tetapi memorinya kabur. Seakan ada ruang kosong dalam fikirannya, sesuatu yang sepatutnya dia ingat tetapi telah hilang begitu sahaja.
Di luar bilik, Nadhir Othman berdiri tegak, tangannya mengepal di sisi. Pandangan matanya redup memandang pintu yang tertutup rapat. Dia tahu, wanita yang berada di dalam itu adalah isterinya—wanita yang pernah mengisi setiap sudut hatinya. Namun, hari ini, Aqasha tidak lagi mengingatinya.
Ya, Nadhir turut pulang ke rumah Aqasha.
- Flashback - 6 Bulan Sebelumnya...
Aqasha dan Nadhir tidak pernah menjangka mereka akan berkahwin dalam keadaan seperti ini.
Aqasha masih ingat malam itu—malam yang mengubah segala-galanya. Dia dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sebuah majlis apabila keretanya diekori oleh seseorang. Jantungnya berdegup laju. Dia cuba mempercepatkan pemanduannya, tetapi kereta di belakang terus mengekori. Rasa takut menjalar ke seluruh tubuhnya.
Setibanya di sebuah jalan sunyi, kereta di belakangnya memintas dan menghalang laluannya. Seorang lelaki keluar dari kenderaan itu—seseorang yang dia kenali.
“Kenapa lari, Aqasha?” Suara itu masih bisa menghantui fikirannya.
Faris. Bekas tunangnya yang dahulu pernah mencederakannya. Lelaki yang obses dengannya.
Aqasha cuba membuka pintu dan melarikan diri, tetapi Faris lebih pantas. Dia merentap pergelangan tangan Aqasha dengan kasar.
“Kita belum selesai, sayang,” bisiknya, menyebabkan bulu roma Aqasha meremang.
Namun, sebelum Faris sempat berbuat sesuatu, sebuah kereta lain berhenti di tepi jalan. Dari dalam, seorang lelaki melangkah keluar dengan wajah yang penuh kemarahan.
Nadhir Othman.
Tanpa sepatah kata, Nadhir menerkam ke arah Faris menarik bajunya dari belakang dan menumbuk lelaki itu sekuat hati berkali-kali. “Kau tak ada hak sentuh dia!” suaranya garang, penuh ketegasan.
Aqasha masih menggigil ketakutan, tubuhnya lemah. Nadhir segera menariknya ke dalam pelukan, melindungi wanita itu dengan seluruh jiwanya. Trauma yang cukup hebat mencengkam mental dan fizikal seorang gadis bernama Tengku Aqasha.
Selepas kejadian itu, keluarga Aqasha membuat keputusan yang mengejutkan—mereka mahu Aqasha dikahwinkan dengan seseorang yang boleh melindunginya.
Dan lelaki itu adalah Nadhir Othman.
Pada awalnya, Aqasha menolak. Dia tidak mahu perkahwinannya terjadi atas dasar simpati atau perlindungan semata-mata. Tetapi entah bagaimana, Nadhir berjaya meyakinkannya bahawa dia bukan sekadar mahu melindungi Aqasha—dia mahu mencintainya, seperti mana dia telah lama mencintainya dalam diam. Ya, Nadhir adalah sosok lelaki yang dikenali keluarganya. Keluarga Nadhir dan keluarganya saling ziarah menziarahi ketika arwah ayah Nadhir masih hidup.
- Kembali ke Masa Sekarang -
Namun, selepas lima bulan perkahwinan mereka, semuanya berubah dalam sekelip mata.
Kemalangan itu…
Aqasha kehilangan sebahagian memorinya akibat hentakan kuat di kepala selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Dan ironinya, kenangan yang dia hilang adalah tentang Nadhir.
Dia tidak ingat perkahwinannya. Dia tidak ingat bagaimana dia jatuh cinta dengan lelaki itu.
Yang dia tahu, dia bangun sebagai seorang isteri kepada lelaki asing. Dan itupun dilupakan Aqasha.
Nadhir menutup matanya sejenak, menarik nafas dalam-dalam. Dia perlu kuat. Dia perlu buat Aqasha ingat kembali—bukan hanya tentang dirinya, tetapi tentang cinta mereka.
Dengan perlahan, dia mengetuk pintu bilik.
“Aqasha… boleh kita bercakap?” suaranya tenang, tetapi penuh harapan.
Aqasha hanya menatap pantulan dirinya di cermin, sebelum berpaling dan menarik nafas panjang.
Dia tidak pasti apa yang perlu dia lakukan. Tetapi jauh di sudut hatinya, ada sesuatu yang berbisik—bahawa lelaki itu bukanlah sekadar ‘seseorang’ dalam hidupnya.
Tetapi siapakah dia sebenarnya dalam hatinya?
Share this novel