12.07 pagi
Aku terkaku di tengah bilik gelap, hanya berpandukan cahaya telefon. Nafas aku sesak. Jantung aku berdetak laju macam baru lepas lari pecut seratus meter.
"Daniel... Sof..." aku tergagap memanggil mereka, tapi hanya gema suara aku sendiri yang menjawab.
Aku seorang. Yang tinggal.
Langkah aku perlahan, menuju me suis lampu.Tangan aku menggigil masa cuba buka suis.
Krek... krek... statik...
Tiba-tiba telefonnya berbunyiㅡ
> “Me... lia… ja...ngan... bi...lik... ja...”
Suara Zaki. Lemah. Terganggu. Tapi aku kenal suara tu.
"Zaki?! ZAKI?!"
> “Jangan... masuk...”
Dan senyap. Bunyi tu mati sendiri. Skrinnya gelap, macam kehabisan bateri. Tapi… lampu masih terpasang.
Aku terjelepuk duduk. Lutut aku longgar. Seluruh badan aku rasa sejuk macam dalam peti ais.
---
12.22 pagi
Aku kembali ke bilik rakaman. Satu-satunya tempat yang ada cahaya—dari laptop yang masih terpasang dan telefonnya. Skrinnya laptop menyala, dan… ada folder baru di desktop.
“Apa ni…” bisik aku perlahan.
Folder tu bertajuk "AKHIR". Aku tak pernah buat folder ni. Tak ada siapa pernah buka folder baru tadi.
Dengan jari yang menggigil, aku klik. Satu video dalamnya. Tajuk: "REKOD 2007 - Nur Afiqah."
Aku tekan play.
Rakaman itu kabur, tapi cukup jelas untuk aku nampak seorang gadis muda—Nur Afiqah. Dia duduk di tengah bulatan lilin, matanya bengkak, mukanya penuh ketakutan.
“Jangan paksa saya…” suara dia bergetar. “Tolong…”
Di belakangnya, berdiri beberapa orang dewasa. Aku tak nampak muka jelas, tapi satu dari mereka pakai rantai tanda nama cikgu. Aku nampak huruf pertama: C. R.
Cikgu Rozita…?
Video terus berjalan. Lilin-lilin padam satu persatu. Wajah Nur Afiqah bergetar, mata terbeliak. Tiba-tiba, dalam rakaman itu, dia pusing dan pandang tepat ke arah kamera.
Wajahnya… berubah. Perlahan-lahan, garis wajah tu bertukar.
Bertukar jadi… aku.
Aku jerit dan tolak laptop ke lantai. Skrinnya padam serta-merta. Nafas aku tercungap-cungap, tangan aku berpeluh sejuk.
"Aku kena keluar dari sini..."
---
12.40 pagi
Aku lari keluar dari bilik rakaman. Hati aku rasa macam nak meletup. Setiap langkah macam berat gila, tapi aku paksa kaki aku gerak.
Tapi bila aku turun tangga dan buka pintu ke arah luar…
Aku kembali ke bilik rakaman.
“Apa…?!”
Aku cuba lagi. Turun semula. Pusing arah lain. Cari laluan belakang. Tapi setiap kali aku buka mana-mana pintu—
Aku tetap kembali ke bilik rakaman.
Aku dah masuk loop. Perangkap. Bangunan ni tak bagi aku keluar.
Aku peluk diri sendiri, duduk di tepi dinding. Aku tak tahu nak nangis, nak menjerit, atau nak pengsan.
1.02 pagi
Aku capai keberanian dan kembali ke bilik stor lama. Tempat aku pernah nampak nama-nama pelajar tertulis di dinding. Termasuk nama aku sendiri.
Kali ni aku perhati betul-betul. Ada kotak kayu kecil di penjuru bilik.
Aku buka.
Dalamnya ada sebuah jurnal usang.
Jurnal Nur Afiqah.
1.08 pagi
Jurnal tu… penuh dengan coretan yang tak sepatutnya ditulis oleh mana-mana pelajar. Tentang ritual, tentang darah, tentang ‘penebusan’.
Dan satu ayat terakhir yang buat aku hampir pitam:
> “Aku dah pilih pengganti. Dia akan datang sendiri ke tempat ni satu hari nanti. Seorang pelajar yang sama macam aku. Sunyi. Terasing. Senyap. Tapi dia akan buka semuanya… dan habiskan apa yang aku tak sempat habiskan.
Namanya Amelia Irina.”
Tangan aku terketar-ketar.
“Tak mungkin…”
Aku tak kenal Nur Afiqah. Aku tak pernah dengar pasal dia sebelum projek ni. Tapi macam mana dia tahu pasal aku?
1.15 pagi
Aku dengar suara Daniel menjerit.
Jelas. Dari arah bilik kosong hujung koridor.
Tanpa fikir panjang, aku lari ke sana dan buka pintu.
"BANG!"
Pintu terhempas balik terbuka luas, dan aku terdorong ke belakang.
Dalam bilik gelap tu, hanya ada satu bayang hitam.
Tinggi. Berambut panjang. Mata merah. Tangan berselirat dengan rambut.
Bayang tu melangkah keluar ke arah aku.
"Amelia…" dia berbisik.
"Aku dah tunggu kau."
Aku melangkah ke belakang sedikit demi sedikit.
Aku tak tahu aku lari ke mana. Yang aku tahu, aku mesti jauh dari makhluk tu.
Tanpa berfikir panjang, aku lari dengan sekuat hati. Nafas aku tercungap-cungap, dada macam nak pecah. Jantung aku macam nak terkeluar dari dada. Bayang hitam tadi… dia tengok aku. Dia sebut nama aku.
“Amelia…”
Aku masih terngiang bisikan tu dalam kepala aku.
Aku lencong masuk ke koridor kanan, kaki aku tersadung karpet koyak di lantai. Hampir terjatuh. Aku pandang ke belakang. Tak nampak apa-apa. Tapi rasa macam… ada sesuatu ikut aku.
Setiap kali aku berhenti, aku dengar bunyi langkah… ikut sekali. Perlahan. Tapi cukup jelas.
Tap… tap… tap…
Aku cuba buka satu pintu bilik, terkunci. Yang kedua pun sama. Yang ketiga… Alhamdulillah, terbuka. Aku masuk dan tutup pintu, cepat-cepat kunci dari dalam.
Gelap. Hanya cahaya dari skrin telefon aku. Aku duduk bawah meja belajar yang usang. Mulut aku terkatup rapat, tangan aku genggam kuat.
Dari balik pintu, aku dengar… ketukan.
Satu kali.
Aku tutup mulut lebih rapat. Air mata aku mula jatuh. Bukan sebab sedih.
Sebab takut.
Ketukan tu datang lagi.
KETUK. KETUK.
Kemudian senyap. Aku tak berani bergerak walaupun satu inci.
Tiba-tiba, lampu dalam bilik menyala sendiri.
Katil dan alamari mula bergerak, berderak macam diseret. Kipas di atas berpusing laju walaupun tak dipasang. Whiteboard dorm jatuh sendiri dari dinding.
Dan di cermin tingkap—aku nampak refleksi makhluk tu.
Dia tak ada dalam bilik. Tapi refleksi dia ada.
Dia berdiri di atas meja yang aku guna untuk lindung diri.
Aku terus lari ke arah bilik air tanpa melihat makhluk itu.
Aku menyorok dalam bilik air selepas nampak entiti tu dan kunci diri dalam salah satu tandas, duduk sambil tutup mulut dari menangis kuat.
Tapi kemudian, aku dengar bunyi titisan air dari dinding belakang.
Titis… titis… titis…
aku suluh lampu ke arah dinding—dan nampak air merah pekat mengalir keluar dari rekahan jubin. Tiba-tiba, tulisan mula terbentuk sendiri dari darah tu:
> "KAU TAK BOLEH LARI, AMELIA"
Aku jerit dan keluar dari tandas, tapi entiti tu… sedang berdiri dekat cermin tandas, senyum.
Amelia akhirnya terdesak dan lari ke bilik kawalan keselamatan sekolah. Dia cuba buka rakaman CCTV.
Satu-persatu waktu rakaman dia pusing. Dia nampak Daniel, Lia, Sofea, Zaki dan Aina… hilang secara sama—setiap seorang ditarik oleh bayang hitam ke dalam bilik yang sama. Tapi Hanna,
dia merenung ke arah rakaman dan jalan sendiri ke arah dinding yang sama. Menyerah diri? Amelia gumam sendiri.
Tiba-tiba ada yang menghentakkan kepala aku dengan sesuatu dan aku pingsan.
Aku tiba-tiba berada di sesuatu kawasan yang lapangㅡ Padang? Aku nampak Fatin berdiri di tengah padang sekolah.
Tapi Fatin dalam keadaan pucat, mata kosong.
> “Aku dah nampak semuanya, Amelia… Tapi kau boleh tamatkan. Kau yang terakhir…”
Sebelum aku sempat tanya apa maksudnya, Fatin hancur jadi serpihan hitam dan entiti bayang tu muncul dari belakangnya.
Amelia tersedar dalam jeritan.
Aku bertekad untuk patah balik ke tingkat paling atas. Tapi kali ni, ada satu bilik baru muncul di hujung koridor. Dindingnya macam terbakar, pintunya separuh reput… tapi tertulis besar:
> “PENGHUJUNG SEGALANYA”
Bilik tu tak pernah wujud sebelum ni. Dia tahu, semua jawapan ada di dalam. Tapi… dia juga tahu dia mungkin takkan keluar kalau masuk.
Share this novel