Bab 1 Mereka Yang Terpilih

Fantasy Series 136

Aku tak suka bila nama aku dipanggil dalam perhimpunan.
Biasanya itu bermaksud dua benda—sama ada aku buat salah yang aku tak ingat, atau aku bakal jadi mangsa kepada sesuatu yang aku tak minta.

Dan pagi tu, dalam perhimpunan mingguan yang panas dan membosankan, nama aku dilaungkan kuat oleh Penolong Kanan.

“Amelia Irina Luya.”

Aku bangun, perlahan. Mata pelajar lain automatik melekat padaku macam aku tengah jadi gadis Unduk Ngadau. Ada yang berbisik. Ada yang tengok dengan senyum simpati. Dan ada juga yang langsung tak peduli. Biasalah.

Di atas pentas, aku disambut dengan lima wajah yang aku pernah nampak, tapi tak pernah ambil tahu.

“Enam pelajar terpilih untuk menyertai Projek Khas Dokumentari Sekolah,” kata guru itu dengan senyuman plastik. “Kamu semua akan diberi tugasan istimewa yang akan menjadi rekod sejarah sekolah ini.”

Aku tengok barisan muka yang berdiri bersama aku.
Lima orang lain. Setiap seorang ada aura mereka sendiri. Dan dari cara mereka berdiri pun, aku tahu kami tak sama langsung.

Orang pertama yang menarik perhatian aku ialah Lia Aisyah.
Dia berdiri agak jauh, seperti tak mahu disentuh sesiapa. Rambutnya diikat longgar, matanya tenggelam dalam pandangan kosong. Dia kelihatan... macam sedang mendengar suara yang orang lain tak boleh dengar.
Tak tau lah.

Aku pernah nampak dia di perpustakaan, duduk paling hujung, baca buku tebal tanpa tajuk di kulit. Dia jenis yang jarang bersuara, tapi bila kau tengok betul-betul—mata dia macam tahu terlalu banyak.

Di sebelahnya pula, ada seorang pelajar lelaki yang tinggi lampai dan... nampak macam baru keluar dari YouTube prank channel. Daniel Harris. Orang selalu panggil dia Daniel.

Blonde pudar sikit, gaya jalan selamba, dan tangan dia sentiasa sibuk dengan kamera. Aku pernah tengok dia edit video sekolah—bagus, tapi pelik. Bila cikgu umum nama dia, dia buat gaya peace macam artis Korea.

Tapi aku perasan sesuatu—bila dia tak pegang kamera, mata dia jadi kosong. Seolah-olah, kamera tu satu-satunya benda yang buat dia rasa hidup.

Sebelah Daniel, ada Fatin Aulia.
Baju kurung dia nampak lebih kemas dari biasa, tudung lilit stylo, dan kasut dia... well, berkilat macam baru polish. Dia tengah belek-belek phone—mungkin update story.

Fatin ni anak Cikgu Rohana, guru kimia. Ramai orang fikir dia manja. Tapi aku pernah dengar sendiri suara dia dalam tandas, menangis sorang-sorang sambil ulang ayat, “aku penat jadi orang lain.”

Di hujung barisan, berdiri Zaki Azman. Muka serius, mata fokus, dan tangan dia tak lepas dari buku. Ya, buku—bukan phone, bukan tablet. Buku sebenar. Aku tahu dia jenis kaki sejarah sebab dia pernah bentang teori pasal sekolah ni dibina atas tanah berhantu masa presentation Sejarah.

Dia tak bercakap banyak, tapi bila dia bersuara, semua orang akan dengar. Sebab dia cakap benda yang orang tak sangka nak dengar.

Dan akhir sekali, pelajar perempuan dengan postur paling tenang atas pentas—Sofea Nadira.
Dia tak banyak gerak. Senyum dia jenis senyum PR—profesional, tapi tak betul-betul ikhlas. Tapi apa yang buat aku rasa tak sedap, mata dia. Mata dia seolah-olah sedang analisis semua orang di pentas, termasuk aku.

Aku pernah dengar dia PRS. Tapi orang kata, dia lebih suka 'observe' pelajar dari tolong mereka. Macam dia tengah cari sesuatu—atau seseorang.

Bila aku berdiri sebaris dengan mereka, aku rasa macam aku baru masuk satu dunia baru. Enam orang—termasuk aku—berlainan latar belakang, perangai, dan niat. Tapi entah kenapa, aku tahu ini bukan pilihan rawak.

Masa kami turun pentas, semua cikgu senyum.
Tapi aku sempat tangkap pandangan satu guru—Cikgu Nizam, guru sejarah. Senyuman dia lain macam. Bukan senyuman bangga. Tapi senyuman yang penuh dengan sesuatu yang disembunyikan.

---

Selepas perhimpunan, kami dibawa ke Bilik Mesyuarat Kecil.
Fail-fail tebal sudah tersedia di atas meja, satu untuk setiap seorang. Cikgu Nizam berdiri di hujung meja, tangan bersilang.

“Terima kasih kerana hadir,” katanya. “Apa yang akan kamu semua lalui bukan sekadar tugasan dokumentari. Ia lebih dari itu.”

Aku belek fail yang ada nama aku di hadapan. Dalamnya ada jadual, borang persetujuan, dan satu helaian gambar bangunan tua.

Bangunan itu... aku kenal.
Tiga tingkat. Cat mengelupas. Tingkap berhabuk.
Asrama B!

Tiba-tiba aku rasa sejuk.

“Projek ini akan bermula minggu hadapan,” kata Cikgu Nizam sambil pusing ke papan putih, tulis perkataan ASRAMA B dengan marker hitam. “Kamu semua akan berada di sana selama tujuh hari.”

Daniel senyum nipis. “Macam reality show, ya cikgu?”

Tiada siapa ketawa.

Sofea angkat kening. Fatin terus letak phone dalam beg. Zaki mula mencatat sesuatu. Lia tunduk, pejam mata. Dan aku?

Aku hanya tengok gambar bangunan tua itu.
Ada sesuatu tentangnya... yang membuatkan jantung aku berdetak tak sekata.

Dan untuk pertama kali dalam hidup aku, aku rasa—
aku mungkin tak keluar dari projek ini dengan selamat.

“Jadi, kami semua akan… bermalam kat sana?” suara Fatin akhirnya kedengaran, tinggi sedikit dari biasa, mungkin cuba menutup getar dalam nada dia.

Cikgu Nizam mengangguk. “Hanya lima malam. Sekolah akan sediakan keperluan asas. Dan kamu tak akan bersendirian. Saya dan dua guru pengiring akan sertai.”

Daniel bersiul perlahan, “Macam camp haunted la ni…”

Aku tengok Fatin yang dah duduk bersilang kaki, pegang phone tapi tak buka screen. Zaki masih mencatat dalam buku nota kecil yang entah bila dia keluarkan. Lia… diam. Macam biasa. Tapi kali ni dia pandang ke arah tingkap, seolah-olah fikirannya dah lama tinggalkan bilik ni.

Sofea pula… tenang. Tapi aku perasan tangan dia mencengkam sisi kerusi.

“Apa tujuan dokumentari ni sebenarnya, cikgu?” soal Zaki tiba-tiba, matanya tak lepas dari Cikgu Nizam.

Cikgu Nizam senyum kecil. “Kami mahu membuka semula rekod sejarah sekolah. Merekodkan tempat-tempat lama, menggali kisah-kisah yang mungkin dilupakan. Asrama B ialah sebahagian besar daripadanya.”

“Termasuk… insiden tu?” tanya Lia perlahan, suara dia buat semua orang senyap.

Cikgu Nizam terdiam sejenak. “Insiden lama itu… sudah diselesaikan. Tak perlu dibangkitkan lagi.”

Tapi ayat dia kedengaran terlalu defensif. Macam... ada sesuatu yang masih belum selesai.

Selepas mesyuarat, kami berenam berjalan keluar dari bilik. Macam tak tahu nak terus ke kelas atau duduk di bangku dan fikir pasal apa yang baru berlaku.

“Okay. This is creepy,” kata Daniel. “Tapi aku suka.”

Fatin mencebik. “Kau suka sebab kau ada kamera. Kami yang lain kena hidup dalam bangunan buruk tu lima malam. Without aircond!”

Aku hanya diam, berjalan perlahan di belakang mereka.

Lia tiba-tiba rapat di sebelah aku. “Kau percaya benda macam ni?”

Aku pandang dia. “Benda macam mana?”

“Tempat tinggal yang pernah kosong bertahun-tahun, tiba-tiba dibuka balik. Untuk pelajar. Tanpa sebarang pembaikan.”

Nada dia rendah. Tapi maksud dia tajam.

Aku angkat bahu. “Entah. Tapi aku tak rasa benda ni rawak.”

Lia senyum nipis. “Aku pun.”

Dia tinggalkan aku dan jalan lebih laju, ikut arah perpustakaan.
Aku biarkan sahaja.

Malam itu, aku baring atas katil dengan fail projek di tangan. Gambar bangunan Asrama B terlekat kuat dalam kepala aku. Bukan sebab rupanya, tapi sebab perasaan yang aku rasa bila aku pandang gambar tu.

Perasaan... seperti bangunan itu tengah tengok balik.

Aku belek lagi fail tu. Di helaian terakhir, ada satu nota kecil yang seakan ditulis tangan.

“Enam pelajar. Satu sejarah yang tak mahu dibongkar. Jangan biarkan dia bangun.”

Nota tu tak ditandatangani.

Aku tutup fail perlahan. Dada aku rasa berat.
Kalau projek ini hanya sekadar dokumentari, kenapa perlu nota macam ni?

Dan kenapa… kenapa aku rasa nama aku tak dipilih, tapi dipanggil?

Keesokan harinya, semasa waktu rehat, kami berenam disuruh berkumpul di bilik kelab Media. Kali ini bukan guru yang panggil—tapi Daniel. Katanya dia nak rancang pembahagian tugas.

Bilik tu agak sempit. Tapi penuh dengan peralatan—kamera, tripod, laptop, mikrofon. Daniel macam budak kecil dalam kedai mainan.

“Aku akan handle rakaman. Fatin, kau boleh jadi host. Muka kau laku,” katanya sambil senyum separuh ikhlas.

“Excuse me?” Fatin angkat kening. Tapi dia senyum juga. Dia tahu dia suka spotlight.

“Sofea boleh handle logistics—jadual, tempat tidur, makanan. Kau jenis teratur.”

Sofea angguk, tanpa bantahan.

“Zaki?” Daniel pandang ke arah budak teori konspirasi tu. “Kau cari info pasal sejarah bangunan tu. Kita perlukan fakta sebelum kita jejak kaki sana.”

Zaki tersenyum puas. “On. Aku dah mula kumpul dah pun.”

“Aku dan Lia…” Aku menyoal Daniel kerana risau dengan jenis tugas yang diberi nanti. Daniel pandang kami. “Kita jadi pasukan ground-check. Masuk dulu, survey, rakam suasana sebenar.”

Lia dan aku berpandangan sekejap. Dia angkat kening, aku angguk perlahan. Aku tak kisah. Sebab aku memang nak tahu tempat tu… dari dalam.

Tapi ada satu soalan belum dijawab.

“Kenapa kita?” Aku bersuara akhirnya. “Kenapa kita berenam?”

Semua senyap. Daniel pun berhenti senyum.

“Aku… tak pasti. Tapi masa cikgu bagi list nama, aku rasa macam... benda ni dah dipilih lama,” katanya perlahan. “Macam dah ditentukan.”

Tiada siapa balas. Masing-masing simpan soalan dalam kepala sendiri.

Beberapa hari berikutnya kami mula sibuk. Sesi latihan, persiapan barang, pembahagian bilik. Pelajar lain mula dengar khabar angin. Ada yang gelakkan kami. Ada yang takutkan kami. Tapi tak ada siapa yang nak tukar tempat dengan kami.

Setiap kali aku lalu dekat bangunan lama tu—walaupun dari jauh—aku rasa bulu roma aku menegak. Bangunan tu... tak pernah betul-betul sunyi.

Dan bila aku pandang cermin tingkapnya yang retak, aku rasa macam ada mata yang memandang balik.

say in the komen if u have any thoughts

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience