Setelah semua selesai membersihkan diri dan bersiap, mereka turun ke ruang makan. Cikgu Nizam sudah menunggu bersama Encik Rahman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, yang baru tiba pagi itu. Wajah cikgu kelihatan lebih serius dari biasa.
Meja makan dipenuhi dengan nasi goreng kampung, telur mata, dan air kopi yang masih berasap. Tapi tiada siapa yang betul-betul makan.
Cikgu Nizam berdiri di hujung meja, suaranya tenang tetapi tegas.
“Saya tahu malam tadi… bukan malam yang mudah. Apa yang berlaku pada Hanna bukan perkara kecil. Tapi buat masa ini, doktor masih pantau keadaannya dan dia stabil. Kita harap dia cepat sembuh.”
Semua tunduk diam.
“Pihak sekolah juga telah dimaklumkan,” tambah Encik Rahman. “Dan buat masa ini, kami tak nampak keperluan untuk hentikan projek. Tapi saya nak tekankan, keselamatan kamu semua adalah keutamaan kami.”
Zaki angkat tangan perlahan. “Maksud cikgu… kami teruskan projek seperti biasa?”
Cikgu Nizam mengangguk. “Ya. Tapi kali ini dengan lebih berhati-hati. Kamu akan jalankan aktiviti dengan pengawasan. Tiada lagi eksplorasi seorang diri. Dan segala penemuan pelik atau mencurigakan—laporkan segera. Jangan simpan sendiri.”
Amelia berpaling pada yang lain. Mereka semua kelihatan ragu-ragu, tapi dalam mata mereka—tercetus satu kesepakatan yang diam.
“Kita teruskan,” kata Amelia akhirnya. “Kita tak boleh berhenti separuh jalan.”
Daniel menambah, “Kita belum ada footage cukup untuk dokumentari ni. Dan apa yang kita alami… mungkin sebahagian daripada kisah yang patut direkodkan.”
Aina angguk perlahan. “Asalkan kita semua sama-sama, aku setuju.”
Daniel akhirnya bersuara untuk mencairkan suasana, “Baiklah. Siapa nak pegang kamera hari ni?”
Zaki angkat tangan malas. “Aku. Tapi jangan suruh aku jadi host. Aku takut kamera rosak kalau muka aku masuk frame.”
Mereka ketawa kecil.
Amelia bangun dan menepuk tangan.
“Okay guys. Hari ni hari ke-6. Kita kerja betul-betul. Kita siapkan temubual. Kita rakam semuanya. Kalau kita jumpa benda pelik—kita hadap sama-sama. Kita jangan lari lagi.”
Dan semua mengangguk—bukan kerana yakin semuanya akan baik-baik saja, tapi kerana mereka tahu: kebenaran di sebalik Asrama B sedang menunggu untuk dibongkar.
“Kita mulakan dengan cikgu Halim dulu. Dia pernah jadi penyelia Asrama B sebelum ia ditutup,” kata Lia sambil semak semula senarai temubual.
“Cikgu yang garang tu?” tanya Aina, sengaja buat muka takut.
“Dia tak garang sangat... tapi ya, suara dia kuat macam petir,” Sofea menjawab sambil ketawa kecil.
Mereka berkumpul di bilik rakaman yang telah disediakan di bilik tayangan lama. Mikrofon dihidupkan, kamera telah dipasang. Amelia berdiri di belakang tripod, mengatur fokus.
Cikgu Halim melangkah masuk. Lelaki itu bertubuh tinggi, berambut hampir putih seluruhnya, tapi wajahnya masih tegas.
“Siap?” soalnya dengan nada datar.
Lia angguk. “Ya cikgu. Kami cuma nak tanya beberapa soalan tentang sejarah asrama lama.”
Rakaman bermula. Lia mengacara.
“Cikgu Halim, boleh ceritakan serba sedikit tentang Asrama B sebelum ia ditutup?”
Cikgu Halim diam sebentar, menatap kamera. Nafasnya berat.
“Asrama B… pernah jadi tempat tinggal paling penuh di sekolah ni. Tapi lepas satu kejadian, ia ditutup secara rasmi. Sampai hari ni, tak dibuka semula.”
“Apa kejadian tu, cikgu?” tanya Amelia dari belakang kamera.
Cikgu Halim tunduk.
“Ada pelajar hilang. Tapi... bukan hilang biasa. Dia tidur malam... esoknya tak pernah dijumpai lagi. Macam ditelan bangunan ni.”
Suasana jadi senyap. Kamera berdengung perlahan.
Tiba-tiba—bunyi rakaman berdecit. Seperti pita digores kasar. Semua terdiam.
Lia cepat-cepat pause.
Amelia memandang skrin.
Rakaman gelap. Tapi di hujung screen… ada bayangan kabur berdiri di belakang Cikgu Halim.
Dia menoleh. Tiada sesiapa.
Selesai sahaja temubual dengan Cikgu Halim, mereka berkumpul semula di ruang kerja di bilik tayangan. Amelia sedang periksa footage tadi.
“Rakaman tu okay ke?” tanya Daniel sambil buka bungkusan roti.
Amelia mengangguk perlahan. “Okay… tapi masa cikgu Halim cerita pasal pelajar hilang tu, ada bunyi pelik. Dan… bayangan.”
“Bayangan apa?” tanya Fatin. Wajahnya pucat sejak pagi.
“Macam… orang berdiri belakang dia. Tapi bila aku tengok balik, tak ada sesiapa pun tadi,” Amelia menjawab, mata masih fokus pada skrin.
“Ish, tak payah takut sangatlah. Mungkin glitch je,” celah Zaki, cuba tenangkan keadaan walaupun dia sendiri nampak tak yakin.
Lia bangun sambil pegang kamera.
“Okey, next—kita explore bilik stor lama dekat hujung koridor. Cikgu Halim cakap kat situ tempat simpan barang-barang lama asrama sebelum ditutup.”
“Wait… bukan ke stor tu terkunci?” tanya Sofea.
“Cikgu Nizam dah bagi kunci semalam,” jawab Lia sambil mengangkat keychain kecil. “Let’s go.”
Pintu stor tua itu berkeriut kuat bila dibuka. Debu tebal menyerbu keluar, buat semua terbatuk kecil.
Di dalam, rak-rak kayu berdebu memegang almari lama, fail lusuh, dan beberapa beg kain lusuh berlabel nama pelajar. Bau hapak menyesakkan.
“Woah… macam muzium zaman hantu,” bisik Faris.
Fatin berjalan perlahan ke satu rak. Tangannya berhenti di atas satu fail keras berkulit hitam. Dia tarik perlahan.
“Fail nama-nama pelajar tahun 1984...,” gumamnya.
Sofea menjenguk. “Buka lah.”
Fatin buka. Di dalamnya ada helaian nama dan gambar hitam putih. Salah satunya, wajah seorang pelajar perempuan… dengan nama yang diserlahkan: Nur Afiqah Binti Sani.
Amelia memandang gambar itu.
“Nama dia sama macam yang muncul dalam mimpi aku…” katanya perlahan.
Semua berpandangan.
Dan tiba-tiba—rak di hujung jatuh sendiri. Bunyi dentuman kuat menggegarkan bilik kecil itu.
Mereka terkejut. Zaki terus melompat ke belakang. “WHAT THE—”
“Tak ada angin… tak ada apa…,” Aina bisik, suara bergetar.
Amelia menoleh ke rak itu. Fail yang jatuh berselerak… tapi satu daripadanya terbuka, dan tertera tulisan tangan lusuh: ‘Maafkan aku, Afiqah…’
Petang.
“Okay, semua footage dari pagi dah aku pindahkan ke laptop,” kata Lia sambil duduk bersila depan meja. Di sebelahnya, Daniel menyambung kabel dari kamera ke hard drive.
Zaki duduk bersandar di dinding, matanya separuh tertutup. “Korang je lah buat editing. Aku tolong moral support.”
“Pakai suara garau kau tu nanti untuk narator video,” Aina menyakat, disambut ketawa kecil semua.
Amelia, Fatin, dan Sofea pula duduk di kerusi tayangan, menonton bersama. Suasana mula terasa ringan semula—sehinggalah...
Lia tekan play.
Rakaman mula berjalan—temubual bersama Cikgu Halim, kemudian footage bilik stor. Suara semua jelas. Tapi tiba-tiba, rakaman menjadi kabur. Gambar bergoyang. Audio bertukar serak.
krkkk…kkkkk…
Kemudian—suara lain muncul. Bukan suara mana-mana dari mereka.
"...kenapa kamu datang balik...?"
Amelia ternganga. “Pause! Korang dengar tak tadi?”
“Aku dengar. Itu… bukan suara kita,” kata Fatin perlahan.
Lia ulang semula klip tersebut. Tapi kali kedua, suara itu tiada. Hanya sunyi dan bunyi background asal.
“Mungkin glitch kot…” Daniel cuba bersuara, walaupun dia sendiri nampak resah.
Amelia bangun perlahan. Dia buka satu lagi rakaman—yang dirakam semasa mereka menjumpai gambar Nur Afiqah.
Sesuatu membuatkan darah mereka berderau.
Dalam rakaman itu, waktu kamera terhala pada wajah Amelia—bayangan hitam melintas di belakangnya, terlalu cepat, terlalu senyap… tapi nyata.
Semua diam membatu.
“Ada benda dalam rakaman kita,” bisik Sofea.
Zaki bangun, berjalan ke arah skrin. Dia ulang beberapa kali, frame by frame. Bayangan itu muncul semula, dan kali ini—ia menoleh.
Wajah kabur. Mata hitam legam. Rambut menutup separuh muka. Tapi bibirnya tersenyum nipis.
“Mungkin… mungkin kita dah ganggu sesuatu,” Aina bersuara perlahan.
Lia menekan pause. Skrin jadi hitam.
Tak ada siapa yang bercakap selepas itu.
Malam itu, angin bertiup lebih kencang dari biasa. Langsir nipis di ruang rehat berkibar perlahan, seolah-olah ada sesuatu di luar… sedang memerhati.
Amelia duduk dengan lutut dipeluk, matanya menatap kosong ke arah laptop yang kini terlipat. Fatin berada di sebelahnya, diam sejak mereka menonton rakaman petang tadi.
“Dari tadi aku rasa macam... tak sedap hati,” Fatin berbisik.
Aina dan Sofea tengah berbincang tentang naratif dokumentari mereka. Suara mereka perlahan, seperti tak mahu ganggu sunyi yang mencengkam.
Lia dan Daniel pula masih di bilik sebelah, cuba transfer footage terakhir dari stor. Zaki menghilang sekejap ke tandas.
Tiba-tiba—bunyi cakaran halus di tingkap.
Crrrk. Crrrkk.
Fatin dan Amelia menoleh serentak. Perlahan-lahan, Amelia bangun dan menghampiri tingkap itu.
Dia tarik langsir.
Kosong.
Cuma bayang pokok bergoyang dalam gelap.
“Burung kot,” Amelia cuba memujuk diri sendiri.
Namun bila dia berpaling semula—sebuah bayangan berdiri di hujung koridor.
Warna bajunya lusuh. Rambutnya panjang menutup wajah. Badannya kaku.
Amelia tak dapat bersuara.
Fatin perasan arah pandangan Amelia. “Amelia…?”
Bayangan itu berundur ke belakang, perlahan-lahan, dan hilang dalam gelap.
Jeritan Amelia pecah memecah sunyi malam.
Semua berlari keluar dari bilik. Lia, Daniel, Aina, Sofea—masing-masing terkejut.
“Ada… ada benda berdiri dekat sana. Aku nampak!” Amelia tunjuk ke arah koridor.
Zaki baru kembali dari tandas, terpinga-pinga. “Apa jadi?!”
“Something was here. Bukan mimpi. Bukan rakaman. Dia dekat sini… dan dia tahu kita semua,” kata Amelia, suaranya bergetar.
Lia menggenggam lengan Amelia. “Kita tak boleh teruskan malam ni. Kita kena berkumpul satu bilik. Tak boleh berpisah.”
Daniel angguk. “Aku rasa kita dah buka sesuatu yang tak patut kita buka.”
Kesemua mereka tidur dalam bilik yang sama malam itu. Tilam ditarik, beg disusun rapat, dan semua tidur berteman cahaya lampu kecil.
Tapi tidur mereka bukan nyenyak.
Aina menggeliat dalam tidur. Nafasnya laju. “Jangan… jangan masuk…”
Sofea juga menggeliat, peluh membasahi dahinya walau cuaca dingin.
Amelia pula terjaga jam 2.47 pagi. Dia terdengar bunyi sesuatu dari dinding.
Tok. Tok. Tok.
Tiga ketukan perlahan… berulang. Dia bangun, perlahan-lahan, dan berjalan ke arah dinding.
Letakkan telinga.
Sunyi.
Tiba-tiba—ketukan bertukar kepada hentakan. Kuat.
BAM! BAM! BAM!
Semua terjaga serentak.
“Dari mana bunyi tu?!” Zaki bersuara.
Daniel terus capai lampu suluh.
Amelia tunjuk ke arah dinding yang bersambung dengan bilik kosong sebelah. “Dari sana…”
Mereka pandang satu sama lain. Tak perlu bercakap.
Malam itu, tak ada siapa tidur semula.
---
Matahari baru menyinar di celah-celah daun rumbia yang melambai perlahan. Tapi pagi itu tidak terasa seperti biasa.
Semua bangun dengan mata sembab, kurang tidur, dan wajah tegang.
“Tak ada bunyi lagi…,” kata Zaki perlahan, sambil duduk di tepi tingkap memandang keluar.
Daniel keluar lebih awal ke bilik stor bersama Lia—niat mereka untuk pastikan semua rakaman semalam masih selamat.
Beberapa minit kemudian, jeritan Lia memecah kesunyian.
mereka berlari menuju ke bilik stor.
Mereka menemui Lia berdiri di muka pintu bilik stor—terkaku, wajah pucat.
Pintu stor yang mereka tutup rapat malam tadi—ternganga luas.
Dan lantainya—dipenuhi kesan tapak kaki berlumpur.
Bukan satu. Tapi banyak. Saiz yang sama. Kecil. Tak beralas.
Menuju ke rak fail yang mereka buka semalam.
Rak itu kini kosong. Fail yang mengandungi gambar Nur Afiqah—hilang.
Daniel memeriksa laptop.
Rakaman petang semalam—satu video hilang. Klip yang merakam wajah kabur bayangan di belakang Amelia… lenyap begitu saja.
“Aku backup semua. Aku save dalam tiga tempat. Tapi satu ni—” Daniel menunjukkan folder kosong, “—dia hilang sendiri.”
Semua terdiam.
Aina, dengan suara perlahan, seolah berbisik sendiri, berkata:
“Dia tahu kita tahu pasal dia.”
Amelia memandang ke arah rak kosong.
Dalam hati, dia tahu… ini baru permulaan.
---
Share this novel