Bab 7: Malam yang hilang

Fantasy Series 136

Pada malam hari ketujuh, jam 10.45 malam.

Suasana bilik rakaman senyap. Terlalu senyap sampai bunyi kipas usang berputar di siling pun terasa seperti jeritan kecil dalam kepala aku. Hanna duduk di tepi aku, memeluk lutut dan tak banyak bercakap sejak petang tadi. Aina masih di bilik bawah, rehat sejak pengsan tengah hari tadi. Fatin? Masih tak dapat dikesan.

Daniel dan Zaki duduk bersila depan laptop, ulang main balik rakaman dari kamera yang kami letakkan di koridor asrama perempuan dua hari lepas. Aku jalan dan berdiri belakang mereka, tangan peluh sejuk. Mata aku tertancap pada skrin—rakaman hitam putih yang bergoyang sedikit.

"Eh. Stop situ," kata Sofea tiba-tiba, jari menunjuk ke satu bahagian skrin.

Daniel pause. Semua diam.

Rakaman menunjukkan kamera sedang merakam koridor gelap, pintu-pintu bilik tertutup rapat. Tapi perlahan-lahan, kamera tu mula bergerak ke kiri... kemudian ke kanan… seolah-olah ada yang pegang dan laras lensanya.

"Tapi... mana boleh. Kamera tu static. Kita letak atas tripod," kata Zaki perlahan.

“Rakaman ni… tak logik. Tapi ini file yang korang ambil hari tu kan?” aku tanya, dada rasa makin sempit.

Daniel angguk. “Tak ada siapa pun sentuh kamera tu. Aku ingat aku yang letak sendiri. Aku yang rekod nama file pun.”

Kami saling berpandangan. Tak ada siapa bercakap, tapi aku tahu kami semua fikir benda yang sama—entiti tu dah mula ‘main’ dengan kami.

Jam 11.10 malam

Zaki ajak Daniel ke pejabat warden lama. Entah kenapa dia rasa nak buka semula laci meja usang yang dah berhabuk yang dia lihat ketika mencari Fatin tadi. Katanya tadi dia nampak sesuatu waktu lalu depan bilik tu petang tadi. Aku ikut dari belakang, bersama Sofea. Lia dan Hanna tinggal di bilik rakaman.

Bunyi pintu berkeriut buat bulu roma aku naik.

Dalam laci meja, terselit sekeping surat. Kertasnya kekuningan, ada kesan lipatan dan percikan hitam yang aku harap bukan darah. Tulisan tangan perempuan. Bergelut sedikit untuk dibaca, tapi bila Sofea sebut nama di hujung surat tu—aku rasa jantung aku berhenti sesaat.

"Nur Afiqah binti Sani."

Dia yang tulis surat tu. Suara aku tersekat.

> “Tolong. Hentikan ritual tu. Saya tak sanggup lagi. Saya tak nak jadi macam yang lain. Kalau cikgu terus paksa kami, ramai akan mati. Saya tahu mereka tak percaya saya, tapi benda tu masih ada dalam dinding ni...”

“Ada ritual?” tanya Daniel, muka berubah serius.

Zaki capai surat tu, matanya membulat. “Dia sebut pasal cikgu Rozita. Cikgu yang datang dengan Cikgu Nizam kan?”

Aku angguk perlahan. Nafas aku makin laju. Benda ni... lebih besar daripada apa yang kami jangka.

Jam 11.28 malam
Semasa mereka pulang semula ke bilik rakaman, tiba- tiba, satu jeritan kedengaran dari arah tangga.

Kami semua berlari ke arah tu. Lia jatuh terduduk, tangan menggigil, matanya terbuka luas tapi pandang kosong ke depan.

"Dia… dia ambil Hanna!" Lia menjerit. "Dia tarik dia masuk dinding!"

Daniel cuba tenangkan Lia, tapi dia terus meracau.

> “Seorang lagi cukup… seorang lagi cukup…”

Aku rasa nak lari, nak keluar dari tempat ni. Tapi kaki aku terkaku. Jantung aku berdetak macam nak pecah. Hanna hilang. Macam Fatin.

Dan Lia—apa yang dia cakap tadi? dan

Aina!

Mereka terus bergegas ke bilik Aina untuk memastikan dia selamat.
Legaㅡ Aina sedang duduk di atas katil sambil melipat selimutnya.

Jam 11.50 malam

Kami tinggal berenam. Aku, Daniel, Zaki, Lia , Sofea dan Aina.

Kami kembali ke bilik rakaman. Aku duduk di lantai, cuba susun balik semua benda dalam kepala. Dalam fail-fail lama sekolah, nama Nur Afiqah memang tak banyak disebut. Tapi sekarang, dia muncul dalam semua petunjuk yang kami jumpa.

Sofea berdiri dekat pintu, resah. Daniel pula memeriksa semula kamera. Dia buka bajunya sikit sebab rasa panas, tapi aku tersentak bila nampak tiga garisan panjang berwarna merah di belakang tengkuk dia. Macam bekas cakaran. Bekas yang segar.

“Daniel… belakang kau…,” aku bersuara perlahan.

Dia cuba rasa sendiri, tapi bila jari dia sentuh luka tu, dia terhentak dan terdiam.

“Aku tak sedar bila ni jadi…”

Aku telan air liur. Ini bukan gurauan.

Apa maksudnya ni?

Jam 12.03 pagi

Lampu bilik terpadam tiba-tiba.

Gelap. Total gelap.

Sofea menjerit kecil. Aku capai telefon bimbit dan nyalakan lampu suluh.

“Daniel?!”

Tak ada suara.

“Daniel?!”

Tak ada siapa jawab.

Aku suluh sekeliling. Sofea pun dah tak ada. Semua dah tak ada!

Aku seorang.

tengkyu supporter<3 i love you soo much!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience