Amelia menguap kecil sambil meneguk milo panas di ruang makan. Di sekelilingnya, teman-teman yang lain turut kelihatan lesu—masih lagi mengingati kejadian semalam.
"Hari ni kita habiskan semuanya," ujar Daniel dengan nada tekad sambil memeriksa bateri kamera.
"Kalau tak ada gangguan peliklah," seloroh Zaki dengan senyuman hambar. Lia menepuk bahunya ringan.
"Jangan nak panggil benda pelik tu datang pagi-pagi ni, ya."
Fatin tidak menyertai gurauan itu. Dia hanya duduk diam, jari-jarinya mencengkam kuat buku notanya. Amelia perasan Fatin beberapa kali melirik ke arah pintu dewan makan, seolah-olah menjangkakan seseorang akan muncul di situ.
Mereka bergerak ke bilik persediaan. Hari ini mereka dijadualkan untuk menemubual Cikgu Hajar, staf paling lama berkhidmat di sekolah. Menurut Cikgu Rozita, dia tahu banyak tentang sejarah asrama B, termasuk kejadian-kejadian lama yang jarang diceritakan.
Tengahari itu, mereka menyiapkan aktiviti seterusnya dengan temu bual.
Cikgu Hajar, wanita lewat 50-an itu duduk tenang di kerusi dengan wajah yang penuh pengalaman. Kamera mula merakam.
"Asrama B tu… dah lama. Dulu memang jadi tempat pelajar perempuan. Tapi lepas satu insiden, ia dikosongkan."
"Insiden apa, cikgu?" tanya Amelia.
"Ada seorang pelajar. Nama dia Nur Afiqah. Pandai orangnya. Tapi senyap. Satu hari… dia hilang. Dikatakan terjatuh dari tingkat atas, tapi mayatnya… tak pernah ditemui."
Semua diam. Bunyi mikrofon menangkap desiran angin dari luar tingkap.
"Lepas tu, makin ramai yang mula rasa tak sedap duduk. Barang hilang, bunyi orang menangis waktu malam, dan ada yang nampak... dia."
Daniel menelan liur. Kamera masih merakam. Tiba-tiba, bunyi DUMM kuat dari bilik sebelah. Semua tersentak. Lia melompat sedikit.
"Maaf… saya rasa kita berhenti sekejap," kata Daniel.
Dia berhenti rakaman dan cuba periksa bilik sebelah—kosong.
Cikgu Hajar tau apa yabg sedang berlaku. Dia cepat-cepat memutuskan untuk mengakhiri temu bual di situ.
" Cikgu rasa sampai sini sahaja cikgu dapat kongsi. Terima kasih semua"
Cikgu Hajar terus mengambil handbagnya untuk bergerak pulang.
"tapi cikguㅡ "
belum sempat Daniel membalas, Cikgu Hajar sudah keluar dari bilik dengan tergesa-gesa. Seperti lari dari sesuatu.
Amelia menggeleng memberi signal untuk tidak memaksa Cikgu.
Usai menyimpan bahan temu bual, mereka kembali ke ruang umum. Cikgu Nizam berdiri dengan fail di tangan.
"Saya tahu kamu semua bekerja keras untuk projek ni. Tapi pihak sekolah dah berbincang. Projek akan dilanjutkan tiga hari lagi, sampai hari ke-10."
"Apa?!" ujar Zaki spontan. "Tapi… hari ni sepatutnya hari terakhir."
"Betul. Tapi kamu semua telah menunjukkan potensi dan projek ni nampaknya lebih besar dari jangkaan awal."
Mereka saling berpandangan. Daniel dan Amelia nampak jelas tidak selesa.
"Aku rasa… kita tak patut lama di sini," bisik Lia pada Amelia.
Tanpa mereka perasan, Fatin kelihatan tersenyum buruk sambil melihat ke tingkap yang menghadap ke belakang asrama.
Di bilik multimedia, mereka menyemak rakaman Cikgu Hajar. Saat video blur sebelum ini diputar semula, satu kelibat muncul di belakang Cikgu Hajar.
Bayangan samar seorang perempuan—berdiri tegak dengan rambut panjang menutupi muka.
"Kau nampak tu?!" jerit Aina tiba-tiba.
Wajah perempuan dalam rakaman berubah—matanya tajam, senyumannya koyak ke pipi. Aina pengsan serta-merta.
Kekecohan berlaku. Fatin menjerit dengan nyaring sekali. Bukan suara dia! Lia cuba kejutkan Aina. Mereka bergegas ke bilik, menghantar Aina berehat. Tidak perasan dengan Fatin yang kelihatan pucat.
Beberapa jam kemudian, setelah suasana reda, mereka duduk di ruang tengah. Hujan mula turun renyai di luar.
Fatin mengeluarkan buku notanya, membuka satu halaman.
Terdapat satu lukisan—wajah perempuan yang amat menakutkan, mirip seperti dalam rakaman.
"Aku lukis ni malam tadi… sebelum kita rakam Cikgu Hajar," kata Fatin perlahan tanpa memandang Amelia yang sedang melihatnya.
Mereka memandangnya dengan wajah bingung dan takut.
"Dia muncul dalam mimpi aku lagi. Dan… dia marah. Dia tak nak kita tinggalkan tempat ni."
Suasana menjadi seram sejuk.
LANGIT mula redup, bayu petang membawa hawa lebih dingin dari biasa. Mereka semua sedang berehat di bilik utama. Daniel sedang menyemak rakaman video, sementara yang lain menulis catatan.
"Eh… Fatin mana?" tanya Sofea tiba-tiba.
Amelia memandang sekeliling. Memang Fatin tidak kelihatan.
"Tadi dia kata nak ambil sweater kat dorm. Tapi dah setengah jam tak balik," kata Lia
Zaki dan Daniel bangkit serentak. "Kita cari."
Mereka berpecah dalam kumpulan kecil, mencari ke seluruh kawasan asrama.
Amelia bersama dengan Daniel mencari di dorm Fatin. Manakala, Zaki, Lia dan Sofea bersama mencari Fatin di ruang stor. Aina pula masih rehat di biliknya. Dorm kosong. Bilik air kosong. Ruang stor yang dikunci masih tertutup.
"Cikgu Nizam?" panggil Amelia, harap dapat bantuan. Tapi Daniel kata bahawa Cikgu Nizam dan Cikgu Rozita telah keluar ke sekolah sebentar kerana urusan pentadbiran.
Hanya mereka yang berada di Asrama B waktu itu.
Suasana jadi tegang.
"Dia takkan ke mana-mana jauh. Kita teruskan cari," ujar Daniel.
Tiba-tiba, pintu utama asrama berbunyi. Seorang pelajar perempuan berdiri di situ. Rambut panjang, pakaian sekolah, dan wajah yang sangat mereka kenal.
"Hanna?!" Lia hampir menjerit.
"Aku... dah sihat. Doktor kata aku boleh balik," ujar Hanna perlahan, senyum nipis di wajahnya.
Tapi sesuatu tidak kena. Hanna kelihatan terlalu tenang. Matanya kosong. Wajahnya pucat, seolah-olah tidak ada darah mengalir di pipi. Dan kenapa dia pakai baju sekolah?
Lia berbisik kepada Amelia. "Kenapa tak ada sesiapa jemput dia? Hospital patut telefon dulu kan?"
"Kenapa kau pakai baju sekolah? Lusuh pulak tu?" Amelia kehairanan.
"Saja je"
Amelia mengangguk perlahan, jantungnya berdegup laju.
Hanna berjalan masuk ke dalam asrama tanpa berkata apa-apa lagi, terus ke tingkat atas.
"Itu… bukan Hanna," ujar Zaki perlahan. Semua memandang ke arah tangga. Suasana jadi sangat senyap, seolah-olah bangunan tua itu menahan nafas.
im sory for lack of scary scene. but i tried my best. pls leave a comment. <3tq.
Share this novel