NYARIS & DI IKUT NENEK.
KALI ini, aku ada dua kisah. Yang pertama mengenai keluargaku. Zaman aku kanak-kanak, kami memang duduk tak menetap maklumlah rumah sewa, kan. Macam-macam fiil kami kena hadap.
Nak dijadikan cerita, kawan kepada mak aku ada bagitahu mak aku mengenai rumah sewa di satu kampung ni, rumah sewa itu terletak di jalan paling utama.
Maksudnya kampung ini ada banyak jalan serta nama jalanlah. Dan rumah sewa yang baru dikosongkan itu pula berada di Jalan Seroja. ( Bukn nm asal)
Kampung dan pasal jalan ni, aku rasa kalau orang Ipoh mungkin ada yang tahu. Kalau aku sebut Kampung C4t F4ri3h. Tapi dia jalan mana, aku tak pastilah tapi yang pasti bukan jalan yang ingin aku ceritakan ini.
So, mak dan bapak aku pun bermotorlah nak bertemu dengan tuan rumahnya. Pada mulanya, mak dan bapak aku tak nampak dan suspek apa-apa yang pelik, mahu pun creepy.
Mak dan bapak pergi ke kampung itu, pada waktu lewat petang. Bila mak dan bapak dah tiba. Tuan rumahnya pun hadirlah dengan motor Honda.
Pada mulanya, mak dan bapak tak dapat menangkap apa yang cuba makcik tu perkatakan, makcik tu cuma kata pada mak…
“Kamu berani ke? Aku bukanlah apa kan… takut malam-malam jelah… tu…” Ujarnya dengan mulut muncung ke arah lalang-lalang.
Agak jenuh juga mak dan bapak pandang arah yang dia nyatakan itu. Tetapi tak nampak apa-apa yang mencurigakan pun.
“Kenapa ni makcik? Cakap ajelah. Rumah ni kami tengok ok ajelah. Sewa pun harga mampu milik.” Kata bapak.
Bapak pada mulanya rasa suka. Suasana pun aman je. Jarak dari satu rumah ke rumah yang lain pun agak jauh jugalah. Kampungkan?
Mak cik tu, di pandangan mata mak aku, dia nampak macam serba-salah nak bagitahu perkara sebenar.
Mak aku cakap, makcik tu tergaru-garu juga kepala dan menyengih. Mak dengan bapak makin sangsi.
“Rumah ni dah ramai penyewanya. Tapi semuanya tak tahan. Itu…” Ujarnya lagi yang masih nak bermain jigsaw puzzle pula.
Bapak dah suspek sesuatu. Dia pun bergerak ke depan. Mak aku pula masih lagi dengan tuan rumah yang berkeadaan serba tak kena. Reaksi dia tetap sama, keserbasalahan.
Bapak berjalan sambil tertunduk-tunduk dalam lalang yang agak tinggi itu. Dia mahu melihat apakah ada sesuatu, kerana dia tertanya-tanya pada bicara makcik itu tadi pada mereka.
Dan waktu itu pula, petang makin nak ke senja.
Bapak aku bagitahu pada aku sedang dia berjalan-jalan dalam lalang tu, dia terasa seperti tersepak sesuatu. Lalu dia pun menunduk. Dan dia dia lihat ada batu besar.
Lalu dia menunduk kembali saat tersebut. Terjegil matanya kala melihat secara dekat. Posisi bapak memang betul-betul membongkok habis pada masa itu.
Dia cuba angkat tapi tak mahu. Batu itu tertanam dalam tanah. Bapak bagitahu aku lagi, dia pun menyapu-yapu permukaannya.
“Ya Allah!” Kata bapak kala dia melihat tulisan jawi dengan tarikhnya. Dia pun apalagi…
Dia terus bangun. Dia tarik tangan mak dan terus ke motor. Mak tanya kenapa pun, bapak tak mahu jawab.
Bapak cerita pada aku, dia berderas bawa motor. Mak aku pula sahut, rasa nak tercampak waktu jadi pembonceng itu.
Bila dah sampai rumah, barulah bapak buka mulut pada mak.
“Patutlah, penyewa cabut lari… yang. Ada batu nisan lama. Memang tak nampak sebab lalang tinggi. Allah… banyak yang! Idak ler teman. Bior ler kita duduk dulu sini…”
“Tapi bang, Wawan kan takut nak lalu rel keretapi tu…”
Wawan (bukn nm sbnar) adik bongsuku.
“Abang tahu. Nanti kita cari lain…”
Itulah antara dialog-dialog di antara mak dengan bapak waktu itu. Ya, rumah yang sedang kami duduki itu pula juga ada kisah seram kerana belakang ada rel keretapi.
Pernah ada kes kematian di situ yang membabitkan sebuah kereta keluarga Myanmar. Puncanya degil, tak bagi lalu nak lalu juga. Kemudian itulah padahnya kereta terbelah dua disodok keretapi.
Aku dengar dari cerita-cerita orang kampung situ tak ada yang hidup. Meninggal di situ juga. Dengan kepala, kaki dan anggota lain berkecaian.
Darah usah ditanyalah!
Pun, ada yang bagitahu pada kami dekat tepi-tepi rel masih ada sisa-sisa daging dan anggota yang sukar ditemui memandangkan tepi rel itu rumput tebal.
Itulah di antara punca kami nak pindah. Hari-hari kejadian itu pun bila malam… takpelah. Aku pun takut nak ingat semula ni. Apatah lagi nak menulis. Bagaikan terdengar-dengar je lagi…
Dan rumah tepi kubur lama yang nyaris kami nak sewa itu pun, tak pastilah masih ada lagi atau tidak.
Harap janganlah ada. Tak sangka juga ada nisan-nisan lama. Mungkin penduduk mula-mula kampung itu. Siapa tahukan?
Tidak terbayang jugak aku kalau sehingga kami berpindah, kami tak tahu tentang kewujudan nisan-nisan lama berbentuk batu itu.
Mungkin macam-macam gangguan. Yelah, nak menguji semangat.
Ada juga orang pertikaikan setiap kali aku karangkan pengalaman aku. Tapi apa nak buat, aku senyum saja. Dah yang Atas nak bagi aku merasa ujian dia.
Kisah kedua pula mengenai rakan fac aku. Kisah ini, rakan aku pada mulanya tak tahu-menahu langsung sehinggalah ada seorang rakan dia, aku pun tak kenal siapa dan seorang pesilat. Dan dialah yang menegur gambar kawan instagram aku ni, di fac.
Dia kata, dia nampak muka kawan aku ni macam wanita tua. Gambar mana tak pula kawan insta aku ni bagitahu. Sedangkan kawan aku lihat, ok saja.
Aku tak tahulah seram atau tak kisah kedua atau pertama aku. Aku sekadar nak berkongsi saja. Apa yang aku tahu dan ingat.
Berbalik semula pada kisah kawan aku ini. Hampir nak bergaduh juga mereka di mesenger. Itu yang kawan aku beritahu. Sampailah rakan dia yang pesilat ni, ajak jumpa.
So, diaorang pun berjumpa di rumah rakan ku ini. Aku namakan sebagai Zeti( bukn nm sbnar).
Kawan pesilat dia itu datang berdua dengan seorang lagi kawan. Katanya serumah dan juga pesilat senior.
Zeti bagitahu pada aku, kawan dia tu cakap rumah dia tampak suram sangat. Macam rumah usang yang lama ditinggalkan. Zeti pun terkejutlah kan. Zeti pertikaikan juga kenapa dorang cakap macam itu sedangkan di mata dia, ok saja.
Kemudian Zeti cakap lagi pada aku, Boy (bukn nm sbnar) ada kebolehan untuk nampak. Boy bagitahu pada Zeti, ada seorang nenek bongkok tiga selalu ikuti Zeti.
Zeti memang cuak gila pada masa itu. Zeti terus terbangun dari bangku batu bila mendengarnya. Nasiblah pada masa itu dorang sembang kat laman rumah bukan dalam. Risau parents Zeti dengar pula.
Macam itulah suasana Zeti bagitahu pada aku dalam dm nya. Aku membaca dm dia pun meremang juga. Dahlah kitaorang dm waktu malam.
Actually aku pun tak sangka, perkongsian kisah-kisah seram tak seberapa dari aku di satu, dua grup mistik dan juga satu platform penulisan novel online ni membuatkan ada yang terbuka hati nak share kisah mereka pada aku.
Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi kongsi.
Sambung semula kisah Zeti tadi. Zeti tanya siapa nenek itu? Asal mana? Apa dia mahukan dari Zeti? Apa kaitan rumah dia yang mereka kata nampak usang tu dengan nenek ni? Apa kaitan pula dengan gambar dia di mata Boy nampak tua itu? Apakah kesemuanya saling terkait dengan nenek bongkok tiga ni?
Kemudian kedua-dua budak pesilat tu pandang kiri Zeti dengan lama sekali. Zeti bagitahu aku, dia memang rasa nak cabut lari saja bila Boy dengan kawan dia itu, macam sedang berkomunikasi dengan sesuatu yang Zeti sendiri tidak ada kemampuan untuk nampak.
Zeti bagitahu aku, Boy cakap nenek tu suka pada Zeti tapi tak bagitahu asalnya mana. Nenek tu yang buat keadaan rumah Zeti nampak suram serta usang. Motif apa kawan aku pun tak tahu.
Mengenai gambar pula Boy bagitahu pada Zeti ada dua kemungkinan. Zeti tak pula bagitahu apakah dia.
Zeti cuma bagitahu pada aku, tiapkali dia dengan kawan-kawan dia itu nak berjumpa dengan seorang ustaz ni, pasti ada halangan. Tak kena kejar dengan ‘benda-benda’ pasti akan kematian enjin kereta.
Sehinggalah sekarang. Zeti ni pula, jenis tak nak bagitahu parents dia. So, dia tetap juga pergi cari rawatan sendiri.
Jika dia ada dm barulah aku boleh tahu apakah perkembangannya. Harap dia tak apa-apa. Dia model part time sebenarnya. Soal gambar ni tu, bagi akulah mungkin ada yang nak uji ilmu. Allahualam.
Manakala soal nenek tu pula. Aku pun tak pasti. Apakah ia saka keturunan atau yang dihantar.
Itu sajalah perkongsian aku lewat dm instagram dan juga Fac.
Share this novel