TERKUNCI.
INI kisah kawan ku yang bernama Zack( bukan nm sbnar). Mengapa namanya Zack?
Dia seorang tomboy dan suka berkonvoi motor dengan grup sepasukannya.
Dia merupakan rakan sekerja ku. Biar pun dia begitu, dia peramah dan baik budaknya. Dia ada sebuah kisah seram yang ingin dikongsikan pada aku.
Begini kisahnya…
Zack memang pernah bagitahu pada aku pada hari cuti tahunan dia, nanti.
Dia dengan beberapa lagi orang rakannya, akan mengadakan satu ekspedisi bermotor ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Dan mengambil salah-sebuah hotel yang namanya agak top juga sebagai tempat penginapan mereka untuk dua hari.
Hotel apa dan di mana lokasinya, maaf aku benar-benar lupa. Yang pasti, di Melaka lah.
Zack sebelum memulakan cerita seramnya pada aku, dia ada juga berkata yang dia sendiri pun, tak dapat nak memastikan sama ada itu permainan ilusi atau pun bukan.
Perkara seram pertama yang Zack lalui, adalah penampakan seseorang sedang menghisap rokok di depan katil dia saat lampu terpadam.
Mereka sewa bilik katil Queen kut. Aku pun tak pastilah. Dia tak bercerita pun so aku assume saja, ya…
Zack bingkas bangun dan nak menegur kenapa merokok dalam suite, sedangkan tak boleh. Rakan-rakan yang sama spesis dengan dia ini ada dari kalangan smoker.
Okay, konvoi itu ada lelaki dan geng-geng spesis Zack. Berbalik semula kisah Zack, setelah bangkit dari katil. Dia pun laju saja berjalan ke arah bangku tepi dinding berdekatan pintu.
“Woi, apahal kau slumber badak ‘spam’ kat dalam? Tadi masa kat luar, kau tak nak ‘spam’ siap-siap? Aku nak tidurlah!”
Tapi Zack kata, kawan dia tu langsung tak menyahut. Zack pun tegurlah lagi. Bau asap memang kuat sebab agak banyak, Zack kata. Berkepul-kepul.
Zack bengang, lalu dia meraba dinding nak cari suis lampu. Terbuka saja lampu. Zack bagitahu pada aku, dia terngadah. Bangku tu tak ada sesiapa.
Habis tu, lembaga hitam yang merokok itu tadi siapa?
Zack ni jenis berani. Dia bila dah jadi macam itu, dia tidak cepat gelabah dan tetap tenang. Lalu, dia pun padamkan lampu semula dan terus naik ke katil dan tidur.
Kemudian entah pukul berapa, Zack bangun semula. Dalam keadaan mamai dengan mata dalam bukaan kecil, Zack nampak salah-seorang rakan yang tadi memang tidur dan tidak tahu-menahu pun tentang kisah seram lembaga hitam itu, pula bangun.
Dia bukan saja bangun dari katil, malah ke arah pintu lalu membukanya lantas keluar tanpa memberitahu pada dia nak ke mana.
Barulah Zack perasan, yang kawan dia kaki smoker dia tegur tadi tu, bukannya sebilik dengan dia pun. Zack pun bangunlah semula dan ingin menuruti rakannya yang lagi satu, itu pula.
Setibanya di depan pintu, Zack memulas-mulas tombol macam biasa, setelah dia meleretkan kad akses yang jatuh di lantai.
Zack sebenarnya di serang rasa pelik. Macam mana kawan dia tahu di mana dia simpan kad akses ni, sedangkan dia saja yang tahu sebab dia pemegang.
Dia simpan dalam beg dia pun. Zack yakin, memang tak ada sesiapa pun yang nampak masa dia menyimpan.
Oleh kerana itulah, Zack bagitahu pada aku dia ingin mengekori Jaa (bukn nm sbnar).
Tapi yang menjadi masalahnya sekarang ini, kenapa pintu tak boleh nak buka?
Jenuh Zack pulas-pulas namun ia bagaikan sudah disapukan dengan gam. Terlekat kuat.
Zack cuba lagi dan lagi. Dalam masa dia masih memulas-mulas depan pintu tu. Zack bagitahu pada aku, dia terasa ada hembusan di leher dia.
Zack tetap berbuat tidak tahu saja. Dia terasa lagi hembusan yang sama. Zack kekal tenang.
Namun pulasan pada tombol kian laju. Berkeriut-keriut bunyinya macam nak tercabut tapi haram nak terbuka.
“Pehal pulak ni? Semaklah! Bangang sungguhlah. Jaa! Kau kunci dari luar ke, hah? Kau ke mana?” Zack sound juga si Jaa.
Tapi, berkemungkinan si Jaa dah turun ke lobi sebabnya tak ada sebarang jawapan. Zack cuba lagi. Hembusan misteri tu sudah tiada.
Zack anggap ia angin dari air cond je waktu tu. Dia lagi fikirkan pasal tombol dan pintu tak boleh dibuka-buka. Dia pulas dan pulas sampai lenguh tangan.
“Pintu tak boleh bukak ke?” Suara Jaa menegur. Zack memang yakin itu suara Jaa, lalu dia berpaling. Kosong dan gelap.
Zack berfikir-fikir semula. Memang sekarang ni, dia saja yang tinggal dalam suite tersebut. Zack tetap berbuat biasa dan memulas lagi.
Kemudian, secara tiba-tiba Zack teringat tingkap, dia terus berlari ke arah tingkap dengan tujuan mahu membukanya dan melihat bawah, sama ada boleh nampak Jaa dengan geng motor lain atau pun tidak.
“Lah! Tingkap pun tak boleh bukak ke?” Zack mendengus.
“Hah, eloklah. Tingkap dan pintu tak boleh bukak!”
Sebenarnya dalam suite itu tak bertingkap. Mungkin ceiling to the floor kut tapi di mata Zack menyerupai tingkap. Itu pun setelah jenuh kawan-kawan dia bagitahu.
Sambung semula kisah Zack sedang mengomel-omel itu. Suara Jaa menegur lagi. Waktu ini, Zack bagitahu padaku dia dah terdiam.
“Bukan tadi, Jaa ke yang keluar? Lagi satu aku pelik ni, macam mana Jaa tahu mana aku simpan kad akses?” Zack berkata pada dirinya sendiri.
“Tak boleh keluar ke? Tak boleh nak buka pintu? Terkunci ke?” Soal suara persis Jaa seperti mengejek. Zack berkata padaku, dia dah semakin panas hati.
Zack memang baran sikit orangnya. Awal-awal aku bekerja di situ, acapkali berselisih pendapat juga tapi lama-lama, kami berdua makin ok.
“Tak boleh bukak pintu ye… Zack?” Soal suara persis Jaa itu lagi. Zack dah kemam bibir. Sudahlah dia tak dapat nak lena, ada pula gangguan sebegini. Manalah tak hangin satu badan.
“Tak boleh buka pintu, ye…”
Zack terus berpaling. Memang tak ada sesiapa. Zack memang tak tahu itu suara siapa. Aku pula bermulut takde saham pergi tanya, kau ada taken apa-apa tak?
Mana nak tahu. Dia marah aku balik. Dia tak ambil semua itu walau ada merokok. Ya, aku pun akui itu tapi di tempat kerja tidak. Jarang-jarang pun dia mengambilnya, rakan-rakan dia saja yang agak kuat merokok.
Then, aku tanya apa jadi selepas itu. Zack pun bercerita yang dia soal balik suara misteri itu. Aku tanya Zack tak takut?
“Aku takut juga. Tapi tak boleh juga nak tunjukkan sangatkan?”
Betullah tu.
Selepas saja Zack bersuara. Suara Jaa makin berulangan secara kuat diiringi pula suara ketawa. Macam kanak-kanak pun ada. Zack lah yang berkata aku tulis je, ya…
Zack sungguhpun macam itu, dia memang kuat semangat. Bila dia rasa suasana makin lain. Dengan lampu yang dia dah buka pun tak semena-mena, kelip-kelip
dia terus baca apa saja ayat yang dia tahu.
Naik bingit telinga dia. Suara-suara tu semua seolah-olah, dekat saja dengan dia. Lagi dia baca, lagi kuat suara persis Jaa tu menyoal pasal pintu.
Kemudian Zack kata pada aku. Bahu dia terasa berat sangat-sangat. Dia kesakitan sebenarnya tapi dia terpaksa berlawan juga.
Dahlah dua lagi rakan dia tak masuk-masuk. Jaa pun tak tahu ke mana. Zack baca lagi dan lagi. Dia tetap melawan suara-suara ejekan tersebut.
Sampailah Zack rasa belakang dia ditepuk dengan begitu kuat sekali. Masa ni, Zack bagitahu dia dah terduduk macam menyorok tepi dinding yang sempit itulah posisinya di saat itu.
Sebabnya dia rasa bahu dia semakin berat. Dengan gangguan bau pula. Hembusan pada leher pun sama hadir, sewaktu Zack membaca ayat-ayat dalam keadaan mata yang terpejam.
“Hoi, Zack! Buat apa kau duduk dekat sini? Apsal kau tak ikut, kami? Kau ikut siapa ni, weh? Kita bukan duduk hotel ni lah. Kau tak tau kisah ke? Hotel kita lagi satu tu, lah?” Jaa dan beberapa lagi rakan motor Zack terkejut, melihat keadaan Zack setelah jenuh mencari dalam tengah-tengah malam tersebut.
“Hah? Aku ikut koranglah!” Jawab Zack pula. Nadanya jelas marah. Sudahlah dia terpaksa hadap gangguan-gangguan tadi.
Enggan mahu memanjangkan cerita lagi. Salah-seorang rakan bermotor mereka minta angkat Zack dan naik kereta kawan mereka terus ke hotel sebetulnya.
Itulah ceritanya. Zack pun tak tahu nak jawab apa pada persoalan geng-geng dan juga aku.
Apakah matanya sudah ‘dipersilapkan’?
Kisah hotel tu pun kawannya yang tahu, tak pun bercerita pada Zack. So, Zack pun tak ada idea nak bagitahu aku macam mana.
Tapi Zack bermatian kata pada aku yang dia memang ikut mereka. Dia cam kut muka masing-masing!
Allahualam…
Share this novel