20

Thriller Completed 1859

SATU MALAM DI HUTAN.

AKU baru teringat satu kisah tentang adik kepada kawan satu tempat kerja ku. Dia pernah mengikuti latihan askar perempuan di Port Dickson kalau tak silap lah!

Sekiranya tersalah saya minta maaf awal-awal. Yang saya teringat, adik kepada kawan saya itu memang pernah mengikuti latihan mencabar diri tersebut.

Ada satu latihan ini yang memerlukan seorang demi seorang masuk ke hutan. Okay, aku akan berceritakan pada korang apa yang aku ingat.

Dugaan adik kawan ku sewaktu giliran dia pula masuk ke dalam hutan waktu malam. Sebelum acara ketua unit memang dah memberi pesanan pada semuanya.

Tak banyak yang aku boleh ingat lagipun input yang aku terima pun sedikit. So, aku cerita mana yang aku mampu ingat sajalah ya?

Bila tiba giliran Jat( bukn nm sbnar. Dia ala2 tomboy pun) masuk ke dalam hutan itu seorang diri. Di awalannya tidak ada apa-apa yang berlaku sehinggalah dia ternampak satu susuk tubuh menyerupai salah-seorang dari ahli kumpulan mereka.

Aku namakan sebagai Ray( bukan nm sbnar- perempuan). Jat pun panggillah Ray kerana ingin bertanya kenapa masuk sekali dengan dirinya tika itu. Bukankah seorang-seorang?

Tetapi Jat kata pada kawan aku, Ray tetap tegak dekat sebatang pokok agak rendang itu. Jat terus bergerak ke arah pokok tersebut tanpa ada sebarang rasa seram mahu pun sangsi.

Setibanya Jat di pokok tersebut. Baru saja dia mahu mengangkat tangan menyentuh belakang bahu Ray yang pada masa itu masih lagi berada di dalam keadaan membagi belakang. Merenung pokok secara mendongak.

Jat disapa oleh satu suara.

“Jat!”

Jat pun terus berpaling. Tetapi yang ada hanya kegelapan malam dan pokok-pokok merimbun saja. Suasana pula di saat itu memang sepi.

Kemudian Jat berpaling semula ke arah Ray. Sayangnya Ray sudah tiada. Lesap. Ghaib sebegitu saja. Mencengangkan juga Jat pada waktu itu, memaksa dirinya berkeliling mencari Ray tapi tetap tak nampak apa-apa pun.

Torchlight aku tak pasti dia ada pegang atau tak. Adalah kut kan? Kalau tak, macamana nak berjalan dalam hutan nan gelap. Berpandukan remang cahaya rembulan?

Jat beristighfar. Dia tetap ingat untuk membaca apa-apa ayat yang dia tahu. Lalu dia meneruskan perjalanan sehingga ke check point penamat.

Sekali lagi dia di duga dengan penampakan Ray. Kali ini, di meriahkan lagi dengan suara nyanyian hutan yang agak menyeramkan.

Jat pun terus memanggil Ray sambil berlari ke arah susuk tubuh yang langsung tak mahu berhenti daripada melangkah itu.

“Ray! Tunggulah aku! Ray!” Jat memekik dalam hutan yang ada suara tangisan pula. Jat sebenarnya di saat itu sudah kecut perut. Sudahlah check point pun tak sampai lagi.

Kawan aku bagitahu pada aku yang adiknya itu dengar macam-macam bunyi. Suara siamang pun ada. Suara desiran dedaun bila disapa bayu malam. Suara tangisan perempuan sayup-sayup tetapi tidak nampak orangnya malah berkeliling.

“Ray! Tunggu! Weh, aku takut ni!” Jat tetap memekik. Tapi Ray bukan saja enggan berpaling menyahut pun tak.

Entah macamana sewaktu Jat berlari mahu mengejar Ray. Mungkin keadaan gelap membuatkan dia tidak dapat melihat apakah yang ada di sebelah bawahnya. Kakinya terpelecok saat tersembam ke tanah.

Gangguan-gangguan suara itu semakin mengocah perasaan Jat. Apatah lagi, suara perempuan menangis itu bertukar ritmanya pula ke ketawa seakan hilaian.

Jat pening momentum tersungkur itu. Dia terasa sangat pening. Mata kian kuyu namun dia tetap dapat melihat Ray berubah rupa.

Jat bagitahu lagi, dalam keadaan matanya yang kuyu itu dia dapat melihat Ray berubah ke sesuatu yang menyeramkan yang membuatkan Jat terus gelap pandangan.

Jat dengar namanya dipanggil secara laungan. Mungkin kerana masa Jat berada di dalam hutan itu terlalu lama. Dia sepatutnya sudah berada di check point.

Begitulah ceritanya.

tq pd yg sudi mbaca nukilan ku ini...

tq sgt pd yg sudi bca...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience