HOSTEL.
KALI ni, aku nak mengisahkan satu kisah seram yang berlaku pada kawan sekolah aku yang pernah mendiami satu asrama kolej kejururawatan di Melaka.
Mata kawan ni pun macam aku jugak. Bermasalah. Tak mampu nak beza real dan fake hahaha…
Ada banyak tapi aku cerita mana yang masih kekal dalam ingatan. Maklumlah, kisah ni we all story sebelum dia beranak-pinak. Now dia dekat Jb tak silap, posting hospital sana sekalilah dengan encik hubby merangkap M.A di hospital sana.
Gomen atau bukan, aku pun lupa.
Kisah ini terjadi sewaktu dia balik dari prep dan mahu mandi sebelum tidur.
Malam itu, dia lewat sampainya di dorm kerana mahu menghabisi beberapa tugasan.
Dia ke bilik macam biasa. Cumanya waktu itu, dua rakan sebiliknya dah tidur. Dia tengok jam menghampiri dua belas tengah malam pun.
Sebenarnya, dia agak malas juga nak ke bilik air. Jauh dari dorm mereka. Taklah jauh sangat tapi jika malam creepy dan sepi jugak lah…
Dia pergi juga sebabnya tidak selesa. Perempuan dan bulanan…
Aku namakan kawan aku ni sebagai Zira( bukn nm sbnar). Zira capai tuala serta bakul toilettries macam biasa.
Zira pun mulalah menyusun susunan langkah gontainya di laluan untuk ke bilik air. Pengcahayaan di laluan juga agak suram.
“Bila aku tiba je di depan muka pintu tu kan? Aik, aku rasa pelik. Aku memang baru je keluar dari bilik dan aku yakin Lili ( bukn nm sbnar) dah lena kut…”
Masih terngiang-ngiang lagi dialog kawan ku itu kala bercerita. Lily tu pula room mate dia.
Berbalik semula ke kisah asal, Zira pun abaikan sajalah sebabnya dia dah nak terkencing sangat.
Lily masa itu mencangkung, membagi belakang dan menggosok kain basuhannya. Tak silap Zira, Zira kata dia masuk kubikel mandi yang tengah.
So, still boleh dengar sebarang bunyi jugalah di luar. Gantung tuala apa semua. Zira pun membuanglah. Dan membasuh pad.
Tapikan Zira kata, saat dia mahu membuka paip air bawah time nak membasuh pad, dia adalah ternampak Lily. Lily tetap berada di dalam keadaan mencangkung namun Zira cakap, muka berpaling belakang.
Zira buat biasa jelah. Dia pun buka paip dan jirus. Zira dengar juga tau macam ada satu bunyi asing. Bunyi macam menghirup. Rasanyalah…
Itu yang Zira bagitahu pada aku. But Zira still jirus dan cuci pad macam biasa. Air memang melepa-lepalah kan. Pintu bawah agak singkat dan tiada bertebing even ada lubang air dalam setiap kubikel.
Cuci punya cuci. Dah sabun apa semuanya. Masuk dalam paper dan plastik. Gantung dahulu sebabnya nak mandi.
Semasa mandi. Zira kata, dia dengar bunyi gosokkan baju makin lama makin kuat tau. Macam bukan gosok atas kain tapi lantai.
Zira mandi juga. Dia cuba ignore walau hati mulai tidak sedap. Lain macam sungguh bunyi Lily menggosok baju. Kalau kain tu nipis dah koyak rasanya.
“Lily, why kau berus tu kuat sangat? Kau marah sekalipun janganlah kau lepaskan pada baju kau. Baju kau, tu yang!” Zira tegur.
Masa ni Zira kata dia dah tutup pili dan mahu sabun badan. Lily di …am je. Langsung tak merengak. A pun tak. B pun tak. Tapi gosok tetap gosok. Siap bunyi air locak lagi. Tu tandanya kuat.
Masa Zira tengah sabun badan. Zira bagitahu aku, dia ada terhidu satu bau. Dia pun tak pasti itu bau apa pada mulanya namun lama-kelamaan bau itu bertukar jadi bau busuk.
Busuk yang amat. Nak muntah. Zira memang dah teruwek-uwek juga tau dalam bilik mandi.
“Weh, Lily bau apa ni hah?” Zira tegur Lily. Tetap tak ada sahutan. Zira dalam kubikel punyalah sabun supaya dapat memudarkan bau busuk itu namun Lily boleh menyepi seribu bahasa.
Bunyi gosok tetap ada. Zira bagitahu aku sempat juga dia mengutuk si Lily. Masa itu, budak-budak kolej tahu Lily ada menjalinkan hubungannya dengan salah-seorang prof dekat situ.
Kerap juga bergaduhnya. Apa nak buat, tersuka hak orang. Fahamkan?
Berbalik semula kisah tadi Zira dah sabun dia pun terus mandi semula. Bunyi gosok baju plus lantai tetap ada. Tetap kuat.
Zira sebenarnya memang terasa lain. Dah kenapa dengan room mate dia tu kan? Marah benar nampaknya dengan dia, dia sekali tak bertegur. Padahal Zira bukannya ambil kisah sangatkan pasal perhubungan mereka tu.
Cuma yang Zira pelik sekarang ni adalah mengenai bau. Bunyi hirup tadi tu dia tak kisah sangat dia berfikir mungkin mainan ilusi semata. Diakan pelajar Sains. Bab-bab ni dia skeptikal jugak walau ‘mata kero’ macam penulis ni.
Tak kenal fake ke tak fake!
Lepas mengelap badan. Zira terus buka pintu. Lily tetap membasuh kain yang sama tetapi warna merah.
“Lily, kau ni kenapa hah? Takkan dengan aku pun nak marah? Eh, kejap… bukan ke tadi kau?”
Okay masa ni, Zira bagitahu aku dia memang, memang, memang terkejut gila.
Bayangkan kau mendekat. Kemudian susuk tubuh mencangkung dengan rambut hampir separuh menyerkup muka terus mendongak dan menatap muka kau dengan pandangan kosong tapi tajam!
Tiada beranak mata hitam sekadar putih. Lalu menyeringai.
Tapi Zira ni kira berani jugak. Dia tetap bergerak ke pintu sambil leher makhluk berwajah Lily versi seram itu mengikuti langkahnya sambil menyeringai.
Sampai saja pintu. Tak berlengah Zira terus berlari. Tak pandang belakang dah. Satu je Zira lupa dia bagitahu aku. Pad!
Aku dah menggeleng. Zira berlari sampai berpeluh semula. Sia-sia jelah mandinya tadi berpeluh balik.
Setibanya di bilik. Kelam-kabut pulas tombol dan masuk. Termengah-mengah Zira waktu itu. Jantung memang laju gila.
“Apa yang aku nampak tadi? Allah… tu hah, Lily nya…” Zira bergumam dalam hati. Memang pun dia masuk-masuk saja, katil Lily perkara perkara pertama matanya pandang.
Sah itu Lily. Lily masih lagi lena. Keesokkan harinya, tandas hebah ada bau darah. Jenuh jugalah cleaner mencucinya.
Perkara ni Zira tak bagitahu pada Lily pun dia tahu Lily tu pengecut sikit. Mahu nangis dia nanti. Jadinya Zira ceritakan pada aku saja, Zira dapat tahu dia macam aku selepas kes dia kena rasuk.
Nanti aku share…
Share this novel