12

Thriller Completed 1859

PUTIH SIAPAKAH KAMU?

CERITA ni perkongsian lewat dm instagram. Rakan instagram ku yang agak rapat dan selalu berkongsi cerita.

Dia selalu bercerita pada aku mengenai jin asyik. Dan dia juga yakin apa yang dia alami itu adalah makhluk tersebut. Allahualam…

Tetapi setelah aku google mengenai tanda-tanda diganggu jin tersebut, memang ada beberapa pada cerita rakan ku ini.

Antaranya adalah mimpi dan dia juga seorang introvert. Dia seringkali bermimpi bertemu dengan seorang lelaki berpakaian putih. Kawan ku kata, wajahnya berseri-seri umpama ada aura sahaja.

Boleh dikatakan terlalu kerap mimpinya, semenjak dia berusia enam belas tahun lagi.

Baru-baru ini, dia ada dm padaku dan bercerita bahawa mereka sudah bercinta di alam tidak berdinding a.k.a mimpi.

Aku namakan kawan ku ini sebagai Mira ( bukn nm sbnar).

Mira pernah berkata, bila berlakunya sebarang persentuhan dan sebagai contohnya pegang tangan. Mesti dia terasa seakan betul-betul.

Dalam mimpi dia itu lagi, lelaki yang suka memakai pakaian serba putih dan beraura itu ada memberikan kawan ku cincin dengan janji akan menjaga dia buat selamanya.

Mira juga pernah bagitahu pada aku pernah alami mimpi ‘bersama’ dengan si lelaki serba putih itu di alam mimpi tersebut.

Tak banyak Mira dm di instagram jadi aku pun hanya dapat tulis setakat ini sahaja.

Tapi yang pastinya, dia pernah berpesan padaku sekiranya aku tahu siapa-siapa yang boleh mengenalpasti siapakah si ‘dia’ ini. Apakah benar jin asyik atau apa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience