GAMBAR.
KORANG pernah tak selfie atau just nak ambil gambar pemandangan sesuatu tempat itu, tetapi tanpa di duga terlekat sesuatu?
Kisah ni berlaku pada aku sebelum kovid melanda. Di masa ni, aku balik kampung. Aku memang kaki selfie. Di mana saja ada port cantik, pasti aku selfie. Mall punya toilet pun jadi lawa kut kalau kat Suria klcc tu… hihihi…
Masa aku bergambar ni tak silap aku, memang dah petang. Kami lepak minum kopi dengan sepupu-sepapat. Menyembang soal dunia dan retis.
Mak dan bapak dalam rumahlah sembang dengan sedara-sedara lain dan opah. Atok masa ni dah takde dah.
Masa ni kami saja buat makan-makan di kampung. Masak gotong-royong. Time pokok durian tengah berbuah. So, dah pastinya ada sambal tempoyak.
Masa ni, aku duduk di bangku batu luar dari laman rumah Mak Su. Sembang dari situlah dengan sepupu lain sambil main henfon. Yang selfie, selfie lah.
Biasalah kalau dah jumpa kroni. Dapat menyembang langsung tak ingat dunia, apatah lagi waktu dah masuk pukul berapa.
Kawasan dah sememengnya redup banyak pokok-pokokkan? So, senja ke, petang ke lebih kurang sama ja…
Aku pulak time tu, henfon baru. So, memang try lah kecanggihan kamera. Henfon apa aku lupa tapi time tu, tengah top lah. Bukan sekarang.
Selain berswafoto a.k.a selfie, aku adalah juga ambil gambar pokok-pokok, rumah opah dan Mak Su. Serta rumah jiran belakang, sedikit jauh dari rumah opah.
Okay nak dijadikan cerita, aku snap lah gambar banyak-banyak termasuklah gambar pemandangan pokok-pokok yang ada di laluan kecil untuk ke sungai.
Belakang rumah opah ada sungai. Sg p3r4k.
Aku pilih beberapa gambar selfie dan pemandangan kampung untuk upload ke fac dan instagram ( akaun lama tak boleh akses dah).
Sembang punya sembang. Malam pun menjelang dan parents aku pun nak beransur pulang ke Ipoh. Masa ni, gambar dah up tapi line tak cun sangat. So, aku tunggu sampai Ipoh, baru nak tengok.
Setibanya di rumah iaitu Ipoh. Aku caj dahulu phone aku. Mandi, solat apa semua. Sebelum nak makan sikit lagi sebab lapar lah pula. Aku tengok fac aku.
Berderau darah aku, bila notifikasi naik tentang komen gambar yang aku baru up tu.
Mostly banyak komen seram.
“Kau tangkap gambar apa tu weh?”
“ Wei, apsal seram gila gambar kau?”
“ Weh, perempuan?”
“ Ada benda bertenggek tu?”
“Macam bayangan putih lah! Tu…”
“Kak limah ke tu? Cahaya kut?”
Tak kurang juga komen kecaman.
Ya, masih ingat lagi komen-komen tu walau tak semualah.
Aku terkaku. Speechless. Aku zoom in. Perbesarkan. Even tak berapa jelas sangat tapi aku masih boleh nampak figura itu dalam wujud bayangan putih. Berlekuk tubuh seorang perempuan. Rambutnya panjang tapi sebak semuanya ke tepi. Duduk dia walau bertenggek tapi gaya perempuan dolu2.
Ya, aku ingat lagi. First time benda ni berlaku. Dan masa aku snap tu pun, nak dekat bunga senja.
Aku sent pada maksu aku, kawan dari grup mistik aku yang dahululah. Mereka ni boleh tahan juga bab-bab nikan?
Nak minta pendapat diaorang. Macam-macamlah pendapat. Nak senaraikan pun, lupa dah.
Mak su aku pun siap sent gambar lokasi asal, lalu dia cuba bandingkan. Dia kata, memang nampak macam perempuan. Tapi, tak perlulah nak takut sangat.
Aku pun, abaikan ajelah. Aku ada tunjuk gambar tu pada mak. Mak aku pun kata, memang bayangan putih seorang perempuan. Pada abah je tak.
Tapi nasiblah tak terbawa dalam mimpi. Walau beberapa jam juga aku malam tu, meremang dan rasa diperhatikan. Tapi perkara ini, aku tak beritahu pada sesiapa pun.
Itu sajalah perkongsian ku. Itu je yang aku dapat ingat pun. Percaya atau tak, terpulang pada budi bicara masing-masing.
Gambar aku baru terjumpa. Bernasib baik jugaklah. Grup mistik tu masih ada walau tak aktif. Aku ada up kisah ni di Grup Mistik Alam Ghaib sekali dengan gambar. Yang rasa nak tengok, kena lawati grup ini.
Share this novel