10

Thriller Completed 1859

RASUK 2

MASIH berkisarkan kisah zaman sekolah menengah. Apa nak buat sekolah menengah ku ini, sekolah baru tapi tapaknya aku tahu kisahnya.

Sebab tu, ada satu pokok tua di tengah-tengah padang sekolah. Dan penampakan che pon di dewan tarian lama belakang sekolah.

Tapi kisah ni kawan sekolah nampak dari atas kereta dia je sewaktu nak pulang dari tempat kerjanya. Stay back tak silap.

Tapi sekarang ini, aku nak recall semula kisah kawan sekelas ku. Dia diganggu dan dirasuk. Dari apa yang aku dengar, cikgu-cikgu kata harimau.

Jelmaan harimau. Kisahnya bermula begini. Kawanku Sara ( bukn nm sbnar) berasal dari broken family. Rumahnya dekat dengan sekolah tak seperti aku jauh.

Dia terlalu stress. Jadi dia mengambil keputusan untuk bercamping seorang diri di kawasan air terjun. Air terjun mana aku lupa.

Ada juga aku dengar benda yang seringkali ikuti dia ni, dari keturunan dia juga. Allahualam.

Kami tahu dia sakit teruk selepas seminggu tak datang sekolah. Dia kawan sekelas.

Apa yang aku dengar, parents dia memang ada bawa dia ke hospital. Tapi kalau rawatan alternatif aku pun tak berapa pasti sebabnya dalam kelas berapa kali jugak dia meracau semula.

Lintang-pukang mana- mana yang takut tu keluar kelas. Yang lelaki je tunggu. Cikgu arahkan kami jangan berlari hanya menjauh sedikit.

Hari mula Sara ni masuk ke kelas semula, aku dan yang lain memang dah creepy. Sebab muka dia. Pipi dia penuh kesan cakar. Tangan dia pun. And mata dia… mata dia bukan mata Sara yang aku kenal.

Orang kata, jangan terlalu merenung orang kena rasuk. Pernah dengar tak? Aku pun orang bagitahu, kalau tak, tak tahu juga.

Hari mula dia masuk. Sebelah pagi tu okay tapi nak dekat balik. Ikutkan siang lagi. Tapi nak dekat zohor lah time nak balik sekolah. Sara meracau!

Sara ni tak duduk grup meja aku tapi tengah. Bila dia buat perangai kami memang terbangun semua, pakat ke dinding.

Cikgu memekik tolong panggilkan ustaz dan ustazah. Nak tak nak, pelajar lelaki kena lah tolong cuba pegang Sara. Kalau tak dia nak lari, paling sadis nak terjun dari tebing koridor.

Masa ni kelas aku aras dua. Ni kisah aku form 5 lagi. Mata dia menjadi sangat tajam dan liar macam mata harimau.

Cikgu arahkan jangan lawan pandangan dia. Aku pula masa tu, tergamam bila Sara merenung ku. Aku terlawan juga. Tapi nasiblah kawan aku senggol tangan aku.

Pandangan Sara tu lain macam sangat. Serius aku masih ingat lagi. Ia macam memanggil-manggil.

Sara memang mengamuk habis. Segala buku habis dia campak. Pelajar lelaki pun teragak-agak juga nak mengawal dia.

Awalan dia nak jadi tu, ada deraman. Dia tak memekik macam kerasukan lain tapi lebih kepada deraman. Tangan dia agak laju.

Sampailah ustaz dan ustazah sampai. Nak tak nak, ustaz lah yang meredakan sedikit rasukan dan amukan si Sara ni.

Aku pula waktu itu menggigil dan terasa lain. Tapi aku lawan dengan Ayatul Qursi. Ulang-ulang baca. Resah juga aku pada saat itu.

Aku dan kawan-kawan barulah ada keberanian mendekat. Aku dengar segala ayat yang ustaz dan ustazah baca. Cikgu Bi aku pun baca sama gak, aku nampak mulutnya terkumat-kamit.

Ya, aku ingat lagi. Jenuh gak recall benda dah bertahun. Sara tu pun aku dah lost contact. Dah kahwin kut, aku rasa.

Bukan closed friend sangat. Tapi tegur-tegur lah jugakkan dah sekelas.

Sambung balik masa ustaz baca ayat ruqyah tu. Sara melawan. Dia punya jegil, Tuhan jelah yang tahu betapa kecutnya perut kami. Dahlah mata dia asyik nak terhala ke arah aku je. Aku lah… nak nangis pun ada.

Aku baca je Ayatul Qursi selagi keadaan tak mereda. Pelajar lelaki tetap bertahan seakan benteng mana nak tahu kan, dibuatnya Sara tu bangun dan dapat lari keluar.

“Kita bawa dia balik. Dia tak boleh macam ini.”

Macam tulah apa yang aku dengar ustaz tu cakap. Kitaorang pun sebenarnya memang ada terfikir juga kenapa parents Sara ni setakat bawa rawatan cara moden saja sedangkan dia kerasukan tapi mengenangkan parents dia pun macam itu jadi kitaorang tengok sajalah.

Sara pengsan akhirnya. Penat kut menggelupur. Meronta. Menderam-deram serta mahu cuba cakar pipi ustaz.

Cikgu BI bantu dua orang ustazah pimpin Sara ke parkir nasiblah jarak rumah dia dengan sekolah tak sejauh aku. Jalan kaki pun dah sampai.

Keluar saja mereka. Kami pun mengemaslah balik kelas yang lintang-pukang sambil bercakap sesama sendiri.

Minggu seterusnya Sara ke kelas semula. Aku dengar masa ni dia dalam rawatan kampung. Aku tengok pun macam ada perubahanlah sedikitkan.

Tapikan yang membuat aku menjadi sedikit pelik. Dia menjadi rapat dengan aku. Bukan aku tak suka tapi yelah pelik. Dia selama ni geng dengan kroni dia je.

Aku time ni skema tapi bukan pandai. Skema. Pakai spek bingkai hitam tu…

Bila dia bercerita tentang diri dia, aku memang menjadi pendengar walau tak mampu nak membantu. Cuma ada beberapa perkara buatkan aku menjadi sedikit seriau. Apa dia biar aku saja yang tahu.

Aku ada juga tanya pendapat kawan yang lain. Mereka kata cuba jangan rapat sangat. Khasnya ada seorang ni, macam aku ada masalah di pandangan batin kami. Dia minta aku baca apa yang aku tahu. Dia dapat rasa benda tu nak ikut aku. Aku lagilah takut. Tapi aku kuatkan semangat fikir nak Spm.

Sara pun macam tahu aku seakan cuba nak renggang tapi nasiblah dia memahami, mungkin.

Masa pun berlalu. Tarikh Spm pun bermula. Habis saja Spm masing-masing banyak yang aku dah lost contact.

Masih contact sehingga ke saat ini pun yang mana tinggal di Ipoh jela. Kisah ni, kisah pengalaman aku. Nak percaya atau tak tu… terpulang pada budi bicara masing-masing.

Yang ada masalah macam aku, mungkin anda memahami…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience