RASUK 1
KALI ini, aku nak bercerita tentang hal kerasukan. Hari itu aku pernah berkongsikan kisah kerasukan di kilang mak aku bekerja dan kali ini kisah kawan setaman aku.
Kisah adik dia yang nombor tiga. Aku berikan nama dia sebagai El ( bukan nm sbnar).
Sebenarnya kawan setaman aku ini dulu pernah duduk menyewa satu jalan dengan rumah sewa aku di kampung emak. Dan tak sangka, dia pun berpindah di taman yang sama aku menetap ni.
Bertemu secara tak sengaja di kedai runcit. Di situlah kami bertanya serba-sedikit tentang hal masing-masing. Akan tetapi, hal kerasukan El aku tak bertanya aku akan bercerita mana aku ingat saja.
Berbalik semula. Ingat tak kisah aku buka pintu dan nampak sesuatu dari hutan belakang rumah tu?
Rumah El ni pun kalau malam seram jugak sekampung kan?
Kakak El yang sebaya aku tu pula, dia selalu je nampak dua biji mata merah selalu mengendap mereka tidur dari dalam kegelapan.
Aku tak tahu apakah ia. Aku nak bertanya lebih pun takut juga di buatnya benda tu ganggu aku pula. Yang ada di kawasan rumah sewa aku ni pun, aku tak larat dah…
El ni, mungkin special sikit. Itulah kut benda tu pun suka pada dia. Sampai nak masuk ke dalam sukma dan raganya.
Aku tak tahu sangat sejak bila dia terkena gangguan ini, tapi dulu-dulu hebah jugak jiran-jiran bercerita dan mak aku pun acapkali terdengar sama yang dia ni akan terpekik-terlolong bila azan maghrib.
Bapak dia pegang pun tak lepas. Dia lagi kuat. Apatah lagi, mak dan tiga lagi saudara perempuan El. Maknanya kakak dia yang sebaya aku, kakak atas El (bawah kepada yang sebaya aku) dan juga adik last.
Memang aku sekeluarga selalu dengar pun. Bila maghrib je mulalah. Kadang tu, seram juga aku. Yelah senja-senjakan?
Kakak El ni bagitahu pada aku, El ni langsung tak nak dengar azan. Jenuh kakak yang sebaya aku ni tarik tangan dari pekup telinga.
Kadang tu, kena jerkah jugaklah tapi kakak El yang sebaya aku ni, mungkin kuat semangat. Dia nak juga adik dia ni dengar azan dan keluar dari bawah katil.
Ya, El ni pasti berlari bawah katil bila dia tahu hari nak senja. Kadang tu, dia merepek-repek dengan mata-mata sekali terjegil.
Nak di jadikan cerita, aku pada petang itu sajalah datang jalan-jalan ke rumah El. Bukan jauh mana pun.
Nak diskus pasal study sikit maklumlah aku time ni form 5. Even kami tak satu sekolah tapi aliran tu sama. So, bolehlah sharing belajar.
El pada masa itu macam biasa lagi walau dia sangat-sangat jarang nak bercakap dengan orang semenjak dia jadi begitu. Nak kata tak bawa berubat, ada…
Aku pula saat itu, tak adalah terfikir El nak jadi semula. Lagipun aku cuba positifkan diri mungkin tak jadi apa-apa seandainya dia kena rasuk semula pun sebabnya dia berlari dan menyorok bawah katil.
Ulangkaji punya ulangkaji. Jarum jam pun kian melewati angka senja dan beduk masjid pun dah kedengaran. Aku tengok El di bangku ruangan tengah. Masa ini, aku dengan kakak El di meja depan.
Suara deraman kami berdua dah mula dengar. Aku dengan kakak El mula berpandangan. Aku gementar juga kala itu tapi kalau aku nak keluar pun seeloknya biarlah azan lepas. Dahlah aku pun rupa ini…
“Argh!!!” El memekik. Tercampak pen aku pegang. Kakak El dah mula berlari. Mak, adik nombor dua dan bongsu El pun sama. Bapa mereka tak balik lagi, dia pun macam bapak aku juga kadang lewat balik.
“Diam! Diam!” El memekik. Memarahi azan. Telinga mulai dipekup.
“Buka! Aku kata bukak!” Arah kakak El sebaya aku tu. Dia ni berani sikit dari yang lain. Dia tetap nak El dengar azan. Jangan nak jadi setan sangat!
Okay part ni aku sedikit seriau bila pandangan El tertumpu pada aku. Lama bukannya sekejap. Dia tersenyum tapi bukan macam selalu.
Aku cuba bertenang dan baca apa yang patut. Azan masih lagi kedengaran. Aku mula susun buku ke dalam beg. Aku nak balik. Mata El masih terpaku pada aku. Semua pun perasan.
“Ergh!!!” El menderam-deram. Tangan tegak terhala pada aku. Kakak El yang sebaya aku tu bagi isyarat mata pada aku. Dia arahkan aku balik bila dah lepas azan. Aku pun mengangguk.
“Dia! Dia! Suka!” El memekik sebelum mengilai. Makin kecut perut kami. Azan tak mahu dengar tapi mengilai. Aku memang rasa nak terbang balik pun ada.
Menyesal pun ada juga. Dah tahu ada yang kena macam ni tapi kau ke rumah dia petang.
El makin kasar rontaannya. Memang bingit dengan mereka yang minta El mengucap. Tapi ‘penumpang’ dalam jasad El mana mahunya mengucap. Dia lebih suka lagi mengilai.
Entah macam mana, El terlepas dan dia berlari ke arah aku. Kakak El sebaya aku tu memekik suruh aku balik sambil mereka berlari nak menangkap El semula.
Bapak El pun sampai. Dia yang tak tahu cerita tapi makin faham akan situasi tersebut terus mendapatkan El. Aku tak tahu macam mana bapak mereka lembutkan El kerana aku dah berlari balik.
Sampai saja rumah. Mak aku dah berwajah cuak dengan bapa di sebelahnya pula dah terjegil mata marah.
“Kakak, ok tak ni? Lainkali minta Awa study kat depan tu. Lagi selamat,” ujar mak lembut.
Aku terangguk-angguk. Bapa diam tapi masih terjegil marah. Ya, aku mana boleh nak lupa jegilan marah bapak, salah aku juga…
Ni saja perkongsian ku…
Share this novel