IQBAL mendengar telefonnya berdering.Dia pun mengangkat telefon itu.
“ Aku nak jumpa kau. ” terdengar suara garau di situ.
Iqbal terus melihat telefonnya.
“ Ni siapa? ” Iqbal mengerut dahinya.
“ Fariz!Aku nak jumpa kau sekarang.Aku hantar location. ” ucap Fariz.
“ Untuk apa?Aku banyak kerjalah dari melayan kau yang tak ada faedah. ” ucap Iqbal.
Fariz menarik nafasnya.
“ Kalau kau nak tengok diri kau malu.Aku datang sana.Biar satu universiti tu tahu yang kau tu ada bini. ” ugut Fariz.
Iqbal terus bangun.
“ Kau nak apa hah?Aku tengah banyak kerja ni.Kau tak payah ganggu aku boleh! ” ucap Iqbal.
Fariz tertawa.
“ Kau takut ye orang tahu Zarif Iqbal sudah berkahwin.Kenapa? Takut jatuh market kau tu? ” ucap Fariz lagi.
“ Kau nak apa sebenarnya? ” soal Iqbal.
“ Aku nak kau datang sini.Kalau tak aku malukan kau. ” kata Fariz lalu menutup telefon bimbitnya itu.
“ Hello... ” Iqbal menggenggam tangannya.
Iqbal memandang sekelilingnya.Dia terus mencapai kunci keretanya.Di dalam kereta Iqbal memikirkan sesuatu.
Sampai sahaja di destinasi itu dia terus mencari Fariz.Dia terus mendekati Fariz.
“ Apa masalah kau sampai suruh aku datang sini?Aku banyak kerjalah dari melayan kau yang tak ada manfaat bagi aku. ” ucap Iqbal.
Fariz ketawa dengan kuat.Orang sekeliling memandang mereka.Iqbal berasa hairan.
“ Tak ada manfaat ya! ” Fariz terus merenung Iqbal.
“ Kau ingat aku bodoh ya Iqbal! ” ucap Fariz.
Iqbal mengerutkan dahinya.
“ Kau ni kenapa?Gila ke? ” soal Iqbal.
“ Aku?Gila?Atau kau yang gila sekarang ni?Irana gugur sebab kau.Kau puas hati tengok keadaan dia?Puas?Kau memang jantan tak guna. ” Fariz terus menumbuk muka Iqbal.
Keadaan menjadi kecoh.Orang ramai menahan mereka dari bergaduh.
“ Mana aku tahu dia gugur. ” ucap Iqbal.
“ Tak tahu?Kau tak tahu ke selama ini dia memang mengandung?Takkan kau tak tahu?Kau memang tak layak jadi suami.Kau selayaknya jadi binatang. ” kata Fariz.
“ Kenapa aku tak tahu tapi kau tahu? ” soal Iqbal memandang Fariz.
Fariz terdiam.
“ Kau scandle dengan bini aku ke?Ke anak tu anak kau?Kalau anak tu anak aku mesti aku tahu yang dia mengandung. ” ucap Iqbal memandang Fariz dengan senyuman sinis.Iqbal mengangkat keningnya.
Fariz mengerut dahinya.
“ Kau jangan nak menuduh aku.Aku tahu dia gugur sebab aku tengok dia kat rumah dah terbaring.Aku bawa dia ke hospital doktor sahkan dia keguguran.Tapi kau mana?Kau suami dia!Kau yang patut ada dengan dia waktu dia perlukan kau.Kau pergi mana?Kau abaikan dia.Kau layan dia macam binatang.Apa salah Irana tu pada kau Iqbal? ” soal Fariz.
“ Kau masuk rumah aku ya?Kau buat apa kat rumah aku.Jadi betullah itu anak kau?Aku layan dia baik je.Sebab aku kerja.Takkan aku nak bawa dia kat tempat kerja aku.Aku nak tanya kau?Apa hukum seorang lelaki Islam yang bukan muhrim berjumpa dengan isteri orang?Berjumpa pula di rumah ketika suaminya tiada di rumahnya? ” ucap Iqbal lalu memandang Fariz.
Fariz terdiam.
“ Kenapa kau tak jawab?Sebab kau tahu salah kau ganggu “ isteri orang ”.Kau dah dapat dia.Lepas tu dia mengandung kau suruh aku mengaku yang tu anak aku.Kau tahu bayi tu cacat semua sebab kau.Kau puncanya semua ni. ” Iqbal mengamuk.
“ Aku dah jalankan tanggung jawab aku sebagai suami.Tapi isteri aku curang belakang aku.Sakit kau tahu.Bila anak cacat salahkan aku.Sedangkan tu bukan anak aku.Itu anak kau.Kau punca semua ni Fariz. ” ucap Iqbal lagi.
Fariz terkejut.
“ Astaghfirullahalazim Iqbal.Kau jangan menuduh aku dengan perkara yang aku tak pernah buat.Aku tak pernah buat perkara yang bertentang dengan agama.Sikit pun aku tak pernah sentuh Irana sekalipun.Aku jaga dia dari dia.Sebab aku tahu dia tak ada mak ayah.Dia tiada sesiapa.Sampai dia berkahwin dengan kau.Aku masih waras.Aku tahu halal haram. ” ucap Fariz.
“ Kalau kau tahu halal haram.Kenapa kau masuk ke rumah aku waktu aku tak ada kat rumah.Kau jangan nak acah suci kat sini Fariz.Aku kenal kau.Buruk kau semua aku tahu.Tapi aku simpan sehingga kau buat macam ni kat aku.Sampai hati kau buat aku macam ni.Kau naya aku Fariz. ” ucap Iqbal.
Fariz menggelengkan kepalanya.
Iqbal menarik nafasnya perlahan.
“ Aku tak nak cakap banyak.Sebab orang takkan percaya apa yang aku cakap yang aku ni mangsa keadaan.Tapi kau dah melampau.Aku takkan lepaskan kau.Biarlah polis yang selesaikan masalah aku ni.Aku dah penat. ” ucap Iqbal dengan putus asa.
“ Iqbal,apa yang kau cuba buat ni? ” soal Fariz terkejut.
“ Aku tak nak cakap dengan kau.Kita jumpa kat balai.Aku dah penat dengan semua ni. ” ucap Iqbal terus meninggalkan Fariz yang terpinga-pinga di situ.
Fariz melihat dua orang pegawai polis menghampirinya.
“ Maaf encik.Encik di tahan.Sila ikut saya ke balai. ” ucap pegawai itu.
Fariz tidak percaya apa yang telah terjadi.Dia melihat Iqbal sudah berlalu pergi.
IRANA membuka matanya perlahan-lahan.Perutnya masih sakit.Irana memandang sekelilingnya.Irana mencuba untuk bangun.
“ Aduh.. ” ucap Irana.
“ Ira,jangan bangun.Kau masih sakit tu. ” Irana mendengar suara yang agak dia kenali.
Dia terus mencari suara itu.
“ Aisyah? ” ucap Irana.
“ Ya ni aku Aisyah.Kawan kau. ” ucap Aisyah.Matanya berkaca memandang keadaan sahabatnya.
“ Cah aku rindu kau.Kau dah balik ke? ” soal Irana dengan matanya bergenang airmata.
“ Aku dah balik dah Ira.Baru semalam aku balik.Mak ayah aku pun ikut balik sini sekali.Kitaorang pindah sini terus.Dah tak duduk sana dah. ” ucap Aisyah.
“ Kirim salam kat makcik dan pakcik ya. ” ucap Irana.
“ Ya nanti aku sampaikan pada diaorang. ”
” Ira,aku minta maaf ya.Aku dah lama tak balik sini.Aku tak tahu pun kau sampai jadi macam ni.Kenapa kau tak cerita kat aku?Aku sahabat kau cah.Sepatutnya kau cerita kat aku.Aku tak sangka abang Iqbal sanggup buat kau macam ni.Aku sedih bila dapat tahu apa yang kau hadap selama ini. ” ucap Aisyah sambil mengelap matanya.
“ Tak ada apa.Aku okay je.Kau jangan risau.Tapi macam mana kau tahu? ” ucap Irana.
“ Abang Fariz bagitahu aku.Aku lupa bagitahu kau.Abang Fariz jumpa abang Iqbal. ” Aisyah terlepas cakap.
“ Kenapa? ” Irana memandang Aisyah.
“ Tak ada apa.Tak payahlah fikir.Sekarang ni kau kena rehatkan diri kau.Aku teman kau. ” ucap Aisyah menenangkan sahabatnya itu.
Irana mengangguk perlahan.Irana termenung seketika.
“ Ira,kau okay ke?Kalau tak okay bagitahu aku. ” ucap Aisyah.
Irana memandang Aisyah.
“ Aku okay.Tak apa. ” Irana mengusap perutnya lalu dia menarik nafasnya.
“ Cah? ” Irana memanggil sahabatnya itu.
“ Ya.Kenapa Ira?Ada yang aku boleh tolong? ”
“ Aku ni tak layak ke hidup kat dunia? ” Irana memandang Aisyah.
“ Kenapa kau cakap macam tu? ” kata Aisyah.
“ Kadang aku tak kuat nak hadap semua ni.Aku tak tahu penghujung hidup aku ni macam mana?Mungkinkah bahagia atau derita?Aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku sekarang ni.Salah ke anak aku cacat sehingga seorang ayah tak mengaku itu anaknya?Sakit Cah bila aku dah sayang sepenuh hati tetapi anak aku mati.Aku gugur.Hari-hari aku menanti anak aku.Aku cakap kat anak aku.Aku tunggu anak aku lahir.Aku nak besarkan dia.Tapi aku diuji lagi.Dia tinggalkan aku.Jiwa aku hilang Cah. ” ucap Irana dengan wajah yang kosong.Aisyah memegang tangan sahabatnya itu
“ Ira,kau kena kuat.Kau tak boleh macam ni. ” ucap Aisyah.
“ Aku dah cuba untuk jadi kuat Cah.Aku dah cuba.Aku fikir apa salah aku sehingga aku diuji macam ni.Aku memang tak layak bahagia ke Cah?Hati aku sakit Cah.Sakit sangat.Sampaikan aku dah tak ada airmata untuk menangis Cah. ” ucap Irana lagi.
“ Ira,kalau aku di tempat kau.Keadaan aku tak macam ni.Aku boleh meroyan.Aku boleh gila.Tapi bila aku tengok kau.Kau masih tenang Ira.Kau masih ada iman dalam diri.Ya aku tak boleh nak suruh kau sabar.Sebab bukan terjadi pada diri aku.Kau kena bangkit Ira.Allah uji mesti ada sebab.Allah sayang kau.Dia tahu kau boleh hadap ujian yang Dia beri.Dia tahu kau tak akan mengalah.Mulai hari ini aku akan sentiasa ada dengan kau.Kau masih ada orang yang sayang kau.Kau ada aku.Kau ada abang Faris.Masih ada orang yang sayang kau.Kau jangan mengalah macam ni. ” ucap Aisyah.
“ Aku rasa kosong Cah.Perasaan ni banyak kali aku rasa.Tapi kali ni aku tak kuat.Aku perlukan masa. ” kata Irana.
“ Tak apa Ira.Setiap perkara perlukan waktu.Nak bangkit bukan mudah. ” ucap Aisyah.
Aisyah memegang tangan Irana.
“ Terima kasih Cah.Terima kasih sudi dengar luahan aku.Aku rasa lega sikit dari tadi. ”
“ Tak apa Ira.Kau jangan pendam dah lepas ni.Nanti kau lagi sakit. ” ucap Aisyah.
Irana mengangguk perlahan.
assalamualaikum hope enjoy
Share this novel