Bab 6 (suka duka seorang Zara Irana)

Drama Series 8641

DATIN ZAHIRAH sedang menuju ke arah keretanya.Sedang ia berjalan,sebuah kereta meluncur dengan laju ke arahnya.Datin Zahirah terus menoleh wajahnya memandang kereta itu.Dengan pantas kereta itu mengelak dari melanggar Datin Zahirah.

Kelihatan ada seseorang yang tidak dikenali di dalam kereta itu memandang Datin Zahirah.Lelaki itu tersenyum sinis.Dia membetulkan topi yang dipakainya itu.Kereta itu memecut laju lalu hilang dari pandangan Datin Zahirah.

Datin Zahirah terkejut.Wajahnya berubah pucat.Jantungnya berdegup laju dari kebiasaannya.Dia berdiri di sebelah keretanya.Dia mengerutkan dahinya.Pemandunya iaitu Pak Kasim meluru ke arahnya.

“ Datin okay ke?Muka datin pucat ni.Datin cuba tenangkan diri dulu.Tarik nafas,lepas. ” ucap Pak  Kasim.

Datin Zahirah cuba mengikuti kata Pak Kasim.Dia pun sudah kembali tenang.

“ Pak Kasim nampak tak nom plat kereta tu tadi? ” soal Datin Zahirah.

“ Tak sempat datin.Dia pandu dengan laju.Tapi yang saya perasan dia pakai topi hitam.Itu je. ” ucap Pak Kasim.

“ Pak Kasim nampak tak muka dia? " soal Datin Zahirah lagi.

“ Saya tak nampak datin.Maafkan saya. ” jawab Pak Kasim.

“ Tak apalah.Hantar saya balik.Saya rasa tak selamat saya kat luar ni. ” ucap Datin Zahirah.

“ Baik datin. ”

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,Datin Zahirah mendiamkan diri.Dia memikirkan sesuatu.Dia menutup mata lalu menarik nafasnya dalam-dalam.Kemudian dilepaskannya perlahan-lahan.

Sebelum keluar dari kereta Datin Zahirah berbual dengan pemandunya itu.

“ Pak Kasim tolong jangan beritahu sesiapa tentang kejadian tadi ya!Saya tak nak Iqbal tahu tentang kejadian tadi.Nanti dia risaukan saya. ” ucap Datin Zahirah.

“ Baik datin. ”

Datin Zahirah tidak boleh melelapkan matanya.Dia teringat akan kejadian tadi.Sudah beberapa kali dia hampir dilanggar sebegitu.Kali terakhir dia hampir dilanggar ketika majlis hari jadi anaknya Iqbal.Kejadian itu berlaku 10 tahun yang lalu.Namun ia berulang kembali dan beberapa kali.

IRANA mencuba menelefon Iqbal beberapa kali.Namun tidak diangkat oleh Iqbal.Irana memandang dirinya di cermin.

“ Engkau tak layak jadi isteri aku.Kau tengoklah diri kau.Kau ingat aku ni nak ke perempuan macam kau?Hah!Kau sedar diri kau.Kau sedar kat mana sepatutnya kau tu berada.Aku memang benci kau.Aku tak nak tengok muka kau.Tapi sebabkan papa,aku ikut kehendak dia. ” ucap Iqbal.

“ Kau punca semua masalah ni.Kenapa kau tak mati je.Ikut bapak kau.Oh aku lupa lagi satu perkara.Seronok ke jadi anak kepada seorang bekas penagih?Bukan bekas penagih tapi masih penagih.Cuba kau tengok diri kau,apa yang menarik pada diri kau?Nothing.Yang ada hanya hasad dengki yang bermain dalam hati kau.Kau dengar sini perempuan.Selagi aku ada kau ingat kau lepas.Takkan!Aku akan bagi hidup kau merana.Itu janji aku.Dasar anak penagih.Baik kau ikut je mak kau tu masuk lokap. ” kata Iqbal.

Sungguh kesat kata-kata yang dilemparkan olehnya.Irana menutup matanya menahan cacian,hinaan daripadanya.

“ Woi kau pekak ke? Perempuan ni berangan apa?Aku ni pantang betul orang tak dengar aku panggil. ” Irana masih mengelamun.

“ Zara Irana ! ” jerit Iqbal.

Irama tersedar dari lamunannya.

“ Iya.Ab..ang pang..gil saya ke? ” soal Irana.

“ Tak adalah aku panggil orang gila.Dah tahu nama kau je Zara Irana jawablah!Kau ingat aku apa?Tunggul? ” herdik Iqbal.

Irana menundukkan wajahnya.

“ Minta maaf bang.Ira tak sengaja. ” ucap Irana.

“ Itulah ayat kau.Minta maaf.Buat salah lagi minta maaf.Aku bosan tahu tak perempuan macam kau ni.Aku nak perempuan yang macam Daiyan.Sekarang ni Daiyan tak tahu kita dah kahwin tapi aku akan beritahu dia nanti.Kalau dia nak datang sini pun tak ada masalah.Kau jangan masuk campur.Kau kena ingat ya Daiyan kekasih aku.Kau jangan menimbulkan masalah bila datang sini nanti.  ” kata Iqbal.

Irana memandang suaminya.Matanya bergenang.

“ Abang,hina sangat ke Ira pada mata abang?Dosa apa yang Ira buat sampai abang buat macam ni?Hina sangat ke sampai dicaci maki seperti tak ada harga diri?Kenapa abang buat Ira macam ni?Abang siksa jiwa Ira.Kalau macam ni abang buat Ira,ceraikan Ira.Abang kahwinlah dengan Daiyan.Ira isteri abang yang sah tapi abang buat Ira macam perempuan simpanan abang.Ini ke kata-kata sebagai seorang ketua keluarga? ” ujar Irana.

Wajah Iqbal terus berubah.

” Kau nak sindir aku?Kau tengok diri kau tu.Kau cermin diri kau.Baru kau boleh nak sindir aku! ”

Irana menggelengkan kepalanya.

“ Ya!Ira sedar siapa diri Ira.Ira belajar pun tak habis.Ira sedar.Ira tak sepandai abang yang ada segulung ijazah.Tapi Ira ada hati dan harga diri apabila abang kata pada Ira macam ni.Ira hormat abang sebab abang suami Ira.Tapi ini ke balasan Ira sebagai seorang isteri abang? ”

Iqbal terdiam apabila disoal sebegitu oleh Irana.

“ Abang,Ira nak tanya abang sayang Ira tak? ” soal Irana.

Iqbal masih membatukan dirinya.

“ Tak apa.Ira faham.Abang tak perlu jawab.Ira sedar diri Ira. ” ucap Ira.

Iqbal terus bangun mengambil kunci kereta dan keluar meninggalkan Ira seorang diri di rumah.Ira menangis keseorangan.

IRANA terkaku.Seluruh tubuhnya menjadi lemah.Dia tiada kekuatan.Dia memegang perutnya.

Dia terimbas kata-kata yang diucapkan oleh Iqbal.

“ Kau mengandung anak siapa? ” soal Iqbal.

“ Abang,ni anak abang.Anak kita. ” jawab Irana.

“ Macam mana aku nak percaya itu anak aku ke tak?Muka macam kau ni boleh dipercayai ke?Entah-entah ni anak orang lain tapi kau cakap bapak budak ni aku? ” Iqbal merenung Irana lama.

“ Demi Allah bang,ni anak abang.Anak kita.Ira tak pernah bagi sesiapa sentuh Ira melainkan abang.Ini anak kita. ” jelas Irana.

Iqbal tertawa.Irana memandang suaminya.

“ Kenapa abang ketawa? ” kata Irana.

“ Kenapa kau gelabah bila aku cakap tu bukan anak aku?Kau pernah curang belakang aku ke sampai mengandung macam ni? ” soal Iqbal.

Irana menggelengkan kepalanya.

“ Bang,Ira tak pernah sesekali pun curang belakang abang.Tak pernah bang Ira tak buat pun perkara terkutuk macam tu.Ni anak abang.Abang percayalah Ira.Jangan buat Ira macam ni. ”

“ Aku kesah apa kau mengandung ke tak ke?Anak aku ke anak orang lain ke?Aku tak nak anak tu. ” ucap Iqbal.

Irana memandang Iqbal.

“ Apa maksud abang? ”

“ Aku tak nak anak tu.Aku tak percaya kau.Sikit pun aku tak percaya. ” Iqbal memusingkan badannya ingin meninggalkan Irana.

Irana terus memeluk kaki Iqbal.

“ Abang,tolong jangan terus hukum Ira sampai macam ni.Abang jangan seksa jiwa Ira bang.Ira mohon sangat.Jangan buat Ira macam ni. ” rayu Irana.

“ Kau lepaskan kaki aku. " Irana masih memeluk kaki Iqbal.

“ Aku kata lepaskan kaki aku.Kau tak faham bahasa ke? ” suara Iqbal mula bergetar.

“ Abang,Ira minta satu je.Kita jalani macam keluarga orang lain ya?Ira mengandung ni abang.Ira perlukan abang.Ira perlukan semangat dari abang.Ni anak abang.Bukan anak orang lain. ” ucap Ira sambil air mata mengalir di pipinya.

Iqbal sudah tidak tahan sabar lagi.Dia menendang Ira.Ira terbaring di lantai.Iqbal menjawab panggilan di telefonnya dan berlalu pergi dari situ.

Irana memegang perutnya.Air matanya mengalir tanpa henti.Dia mampu melihat sahaja suaminya keluar.

“ Aduhh..Ab..ang ja..ngan tinggal...kan Ira.Ira perlu..kan abang.. ” ucap Irana.

Fariz melihat pintu rumah terbuka.Dia memberi salam.

“ Assalamualaikum. ” Tiada jawapan.

Fariz terus masuk ke dalam rumah.Matanya terlopong apabila melihat Irana yang terbaring di lantai.

“ Ya Allah,Ira. ”

Fariz terus bergegas ke arah Irana.

“ Adik,kenapa ni ?Apa yang jadi ni?Macam mana boleh jadi macam ni? ” soal Fariz.

Irana tiada suara.Penglihatannua semakin lama semakin gelap.Akhirnya dia melihat sekelilingnya hanyalah hitam sahaja.

Fariz menunggu di luar wad.Dia termenung seorang diri.Dia terlihat ada seseorang keluar dari bilik wad itu.Doktor itu mendekati Fariz.

“ Awak ni suami puan Irana ke? ” soal doktor itu.

“ Tak.Saya abang dia.Kenapa doktor? ” ucap Fariz.

“ Puan Irana mengandung baru 4 minggu.Tetapi keadaan dia agak tidak normal.Kerana dia mengalami pertumpahan darah.Apabila terjadi pertumpahan darah akan risiko kepada bayinya.Puan Irana juga seperti terhempas ke lantai.Keadaan ini membuatkan badan dia menjadi sangat lemah.Dia memerlukan rehat yang secukupnya.Dan sokongan dari keluarga serta suaminya.Mungkin ini salah satu juga akan menyebabkan dia akan keguguran. ” jelas doktor itu.

Fariz terdiam tidak berkata.Fariz melawat Irana.Dia melihat Irana sedang tidur.Fariz mengurut dahinya.

“ Apa yang kau hadap sebenarnya Irana sampai kau jadi macam ni?Aku takkan maafkan kau Iqbal.Sikit pun aku takkan maafkan kau.Kau tunggu aku buat apa pada kau.Aku dah cakap jangan usik Irana.Tapi ni yang kau beri pada dia.Jantan tak berguna macam kau memang patut aku bunuh.Aku takkan lepaskan kau. ” Fariz mengetapkan giginya.

Hope enjoy

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience