Bab 3 ( wasiat )

Drama Series 8641

“ Sayang,papa you suruh kita putuskan relation kita.I tak tahu apa Irana buat sampai papa you tak nak you kahwin dengan I.Apa yang dia benci sangat dengan I?Irana tu dah lama berdendam dengan I ke? ” ucap Daiyan.

Kata-kata itu bermain di fikiran Iqbal.Iqbal terus keluar dari biliknya.Dia menuju ke kolam.Terlihat Dato Shahril berada di situ sambil membaca surat khabar.Iqbal menarik kerusi dan duduk di sebelah papanya.Dato Shahril mengerling Iqbal di sebelahnya.

“ Pa,Iq nak cakap boleh? ” ujar Iqbal.

” Cakaplah. ”

“ Iq tahu papa tak suka Daiyan.Tapi papa Iq sayang dia.Cinta Iq untuk Daiyan pa.Pa tolonglah faham Iq sekali je.Iq tetap takkan kahwin dengan Irana. ” ucap Iqbal dalam nada merayu.

Dato Shahril menarik nafasnya.Dia memandang Iqbal.

” Iq!Papa ada Iq dan Isya je.Iq pula seorang je anak lelaki papa.Papa harap sangat Iq faham.Papa tetap dengan pendirian papa.Iq kena kahwin dengan Irana.Bukan Daiyan. ” ucap Dato Shahril.Dato Shahril terus bangun lalu masuk ke dalam rumah.

Iqbal menghembus nafasnya berat.Iqbal termenung.Sudah dipujuk tidak diterima juga.Iqbal kehilangan kata-kata.

Iqbal melihat Irana yang sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah itu.

“ Dia ni jadi bini aku? ” Iqbal terus bangun.

Irana memandang Iqbal masuk ke dalam rumah itu.Irana melihat Iqbal menuju ke arah keretanya.

“ Benci sangat ke dia pada aku?Sampaikan kalau nampak aku mesti dia akan larikan diri. ” desis hati Irana.

Iqbal menjeling Irana sebelum keretanya keluar dari perkarangan rumah itu.Irana terus menuju ke dapur.Irana memberhentikan langkahnya.Dia terdengar perbualan Dato Shahril.

“ Saya tetap mahu Iqbal kahwin dengan Irana. " ucap Dato Shahril.

” Abang,kenapa sampai awak nak memaksa Iq?Awak tahukan Iq tu la satu-satunya anak lelaki kita.You sepatutnya support dia.Izinkan dia berkahwin dengan Daiyan.Dia tahu mana yang terbaik untuk diri dia. ” ucap Datin Zahirah.

“ Terbaik awak cakap?Awak tahu kalau dia kahwin dengan Daiyan tu jadi apa?Awak tak tahu.Saya yang tahu.Sebab dia anak saya. ” kata Dato Shahril.

“ Dia bukan anak sayalah?Anak awak seorang?Saya yang lahirkan dia.Jaga dia masa baby tu siapa?Awak?Saya tahu anak saya macam mana! ” jawab Datin Zahirah.

“ Kalau awak tahu anak awak macam mana,kenapa masa dia kecil dulu awak biarkan je dia?Dia sampai sakit.Saya yang uruskan seorang diri.Awak  sebagai mama dia tak ambil kisah pun.Bila dia dah besar.Baru awak nak ambil kisah.Sebab apa sebab dia berguna kan pada awak?Kalau dia kahwin dengan Daiyan hidup awak lagi senang.Awak ni selfish.Awak tak layak jadi mama dia. ” ujar Dato Shahril.

“ Saya selfish?Kalau saya selfish,saya dah tinggalkan semua ni lah.Dengan awak sekali saya tinggalkan. ”

“ Dari dulu sampai sekarang ayat yang sama awak cakap.Saya dah bosan.Saya ni selalu fikir mana silap saya pada awak.Tapi sekarang saya dah sedar.Yang awak tak boleh di ubah.Sampai bila awak nak gunakan Iq,Zahirah?Sampai matanya dah tertutup baru awak nak berubah.Awak jangan ingat saya tak tahu motif awak kalau Iq kahwin dengan Daiyan.Awak nak harta dia kan?Nanti bila dia dah jadi menantu awak,awak boleh ambil segala-galanya.Macam awak buat pada Irana. ” ucap Dato Shahril

“ Mulut awak jaga sikit ya.Saya tak ada ambil pun harta dia.Lagipun Tengku Ilyas yang bagi pada saya separuh dari harta dia.So saya ambil lah.Dah orang bagi. ” Datin Zahirah menjawab dengan selamba.

“ That's why saya nak Iq tu kahwin dengan Irana.Sebab nak bagi dia sedar.Harta semua ini hak milik Irana.Awak tahu tak kalau Irana tahu semua ni.Dia boleh halau kita.Saya dah jalankan macam Tengku Ilyas nak kan.Ya Tengku Ilyas nak saya jaga perniagaan dia.Dan harta dunia akhirat dia iaitu Irana.Iq jadi macam ni sebab kan awak yang hasut dia.Awak yang kenalkan dia dengan Daiyan.Sedangkan Iq tu tak suka Daiyan pun.Awak buat sebab nak berbesan dengan Dato Zahrain.Awak kena ingat Zahirah,apa pun awak buat saya akan halang.Saya akan pastikan Iq berkahwin dengan Irana.Awak jaga mulut awak.Irana bukan orang gaji kita..Dia tuan dalam rumah ini.Ini harta dia.Kalau awak buat hal pada Irana.Awak siap. ” kata Dato Shahril dan berlalu pergi.

Datin Zahirah memandang suaminya hingga hilang dari pandangannya.

Irana mendengar segalanya.Dia menyembunyikan dirinya.Irana cepat-cepat berlari menuju ke biliknya.Dia mengunci pintu biliknya.

******************
Sedang Iqbal sibuk mengajar itu dia mendapat satu panggilan.Iqbal melihat skrin telefonnya.Dia memandang pelajarnya.

“ Sekejap ya.Saya ada hal sikit. ” ucap Iqbal.

Iqbal keluar dari kelas.Dia menjawab telefonnya.Hazra memandang Iqbal.Ilya perasan akan temannya itu yang memandang jejaka pujaannya itu.

“ Lama sangat pandang Sir Iqbal tu.Dah sampai kahwin ke tu? ” Ilya mengusik.

Hazra memandangnya.

” Ya,dah sampai kahwin dekat Siam. ” jawab Hazra dengan selamba.

“ Amboi kat Siam ya kau?Kenapa sampai Siam? ” soal Ilya.

“ Biasalah kahwin lari memang macam ni. ” ucap Hazra.

Ilya tertawa apabila mendengar jawapan Hazra.

“ Kawan siapalah ni.Tinggi betul angan-angan dia nak kahwin dengan Sir Iqbal. ” ucap Ilya.

“ At least ada juga angan-angan aku.Dari kau. ” ujar Hazra.

Mereka terlihat Iqbal yang masuk ke dalam kelas semula.Wajah Iqbal sangat serius.Seperti ada yang tidak kena.

“ Kelas,saya kena balik rumah kejap.Saya ada hal.Kalau saya tak sempat masuk.Awak siapkan yang saya bagi tadi.Boleh? ” ucap Iqbal.

“ Baik Sir. ” jawab mereka.

Iqbal terus melajukan langkahnya.

“ Sir ada mengantuk betul aku.Bila dia tak ada.Segar terus biji mata aku ni. ” ucap Azam.

Ilya memandang Azam.

“ Kau tu memang.Masa sir masuk dah macam mat gian aku tengok.Bila sir dah keluar kau dengan jin pun aku tak kenal yang mana satu. ” ucap Ilya dengan selamba.

“ Ish kau ni. ” Azam ingin menarik tudung Ilya.

“ Kau tarik tudung aku.Benjol dahi kau nanti.Silap hari bulan duduk dalam hospital aku buat. ” ucap Ilya.

“ Dahlah diamlah kau.Kau tengok si Hazra tu.Dia menung apa? ” kata Azam.

Ilya memandang Hazra.

“ Biasalah abang kesayangan keluar tak tenanglah dia. ” kata Ilya.

“ Abang kesayangan?Siapa?Handsome tak?Ada sehandsome aku tak? ” soal Azam lagi.

“ Kau ni.Diamlah.Bising je. ”

“ Aku tanya je.Siapa abang kesayangan Hazra? ” soal Azam.

“ Kau nak tahu. ” ucap Ilya.Azam mengangguk kepalanya.

“ Biarlah rahsia.Tanya dia. " ucap Ilya.

“ Aku ke perempuan ni.Aku tengah semangat nak tau ni. Weh Ilya ceritalah kat aku. ” kata Azam.

Hazra menutup telinganya.Tidak mahu mendengar apa-apa.Dia tertanya-tanya apa yang telah terjadi pada Sir Iqbal.

Iqbal menuju ke hospital.Dia melihat Datin Zahirah sedang menunggu di luar wad.Iqbal mendekati mamanya.

“ Ma,apa yang jadi pada papa? ” ucap Iqbal.

“ Papa sesak nafas tadi.Dia pengsan mama terus call ambulans.Diaorang terus bawa papa ke sini.Mama panik.Mama tak tahu nak buat apa. ” ucap Datin Zahirah.

“ Tak apa ma.Yang penting papa cepat sembuh. ” ucap Iqbal menenangkan mamanya.

Seorang doktor lelaki berusia 40an mendekati mereka.

“ Awak ni anak kepada Dato Shahril ke? " ucap doktor itu.

“ Ya. ”

“ Ayah awak ni dah kritikal.Dia perlu menjalani pembedahan dengan segera.Jantung dia dah tersumbat.Akan menyebabkan sukar untuk pernafasan.Sebelum ni pihak kami dah minta dia untuk buat pembedahan tetapi dia tak mahu.Sekarang nak tak nak kami kena bedah juga ayah awak ni.Cuma pihak kami ingin ahli keluarga mengizinkan kami untuk membuat pembedahan padanya.Jika ahli keluarga berikan keizinan baru kami jalankan pembedahan ini. ” ucap doktor itu.

“ Saya ikut je doktor.Mana yang terbaik untuk ayah saya.Kalau pembedahan ini boleh berikan ayah saya sihat seperti semula saya izinkan. ” ucap Iqbal.

“ Puan?  ”

“ Saya ikut je.Mana yang terbaik untuk suami saya. ” ucap Datin Zahirah.

“ Baik.Kalau macam tu kami akan jalankan pembedahan ini.Saya minta diri dulu. " ucap doktor itu.

Iqbal mencuba menenangkan Datin Zahirah.

**********************

Iqbal menemani papanya.Dia melihat papanya yang berbaring itu.Papanya telah selesai dibedah.Pembedahan itu pun telah berjaya.Namun tubuh papanya semakin lemah.

Iqbal termenung seketika.Dia teringat ketika papanya membuka matanya.

Flashback

Iqbal memberikan air kepada papanya.Dia membantu papanya untuk menyandarkan badannya.Dato Shahril memandang Iqbal.

“ Iq kalau papa tak ada nanti.Iq kahwin dengan Irana.Iq jaga dia ya.Dia tak ada sesiapa Iq.Kalau papa tak ada.Dia tak ada tempat bergantung dah.Tolong jaga Irana.Irana budak yang baik Iq.Papa harap satu hari nanti Iq faham kenapa papa nak sangat Iq kahwin dengan dia. ” ucap Dato Shahril.

Iqbal menarik nafasnya.Berat rasanya.Hendak dilawan.Dia tiada kata-kata untuk diucapkan.Iqbal tertidur.

Keesokan harinya,suasana menjadi tegang.Datin Zahirah menangis di sisi Dato Shahril.Iqbal melihat adiknya memeluk papanya.Mata Iqbal menjadi merah kerana menahan air mata yang bakal keluar tidak lama lagi.

“ Papa kenapa tinggalkan Lya.Papa tak sayang Lya ke?Papa jawablah. ” Isya menangis sepuas-puasnya.

“ Pa,maafkan mama.Mama banyak salah pada papa.Mama minta maaf pa.Mama ego.Mama tak sangka papa tinggalkan mama.Mama tiada sesiapa pa. ” ucap Datin Zahirah.

Jenazah Dato Shahril telah pun dikafankan.Irana melihat Dato Shahril dari jauh.Orang ramai mengangkat jenazah Dato Shahril untuk dibawa ke tanah perkuburan.Setelah dikuburkan,mereka membaca Yassin.Seorang demi seorang berlalu pergi.Hanya Iqbal,Emilya,Irana dan Datin Zahirah sahaja yang berada di situ.

Iqbal memapah Datin Zahirah untuk bangun.Isya mengikuti mama serta abangnya.Irana memandang kubur itu.

“ Papa,Ira sayang papa.Ira tak ada sesiapa dah.Papa je yang anggap Ira macam keluarga papa.Papa terima kasih sebab banyak selalu ada dengan Ira.Lepas ayah,papa yang sentiasa dengan Ira.Ira tak ada sesiapa pa.Semua orang tak suka Ira. ” Irana mengelap pipinya.

Iqbal menoleh ke belakang.Dia melihat Irana masih di kubur arwah papanya.

“ Dia ni.Yang mati tu papa aku.Dia yang beria kenapa?Aku pun sedih juga.Tapi tak adalah macam dia.Over jela perempuan ni. ” ucap Iqbal perlahan.

Iqbal telah tiba di rumah.Ada seseorang menanti mereka di halaman rumah.

“ Siapa pula tu? " ucap Datin Zahirah.

“ Tak tahulah ma.Tak apalah.Kita keluar dulu. ” kata Iqbal.

Iqbal bersalaman dengan lelaki itu.

“ Saya peguam Dato Shahril. " ucap lelaki itu.

“ Ohh...Tak apalah jemput masuk dulu. ” ucap Iqbal.

“ Saya minta maaf kerana datang secara mengejut.Saya mempunyai tujuan datang ke sini.Macam yang datin tahu.Dato Shahril telah meninggalkan wasiat kepada saya. ” ucap lelaki itu lagi.

Datin Zahirah,Isya dan Iqbal berpandangan.

“ Wasiat?Wasiat apa? ” soal Iqbal.

“ Macam ni.Seperti yang datin dan encik tahu.Rumah ini ialah rumah Tengku Ilyas.Tengku Ilyas mempunyai anak perempuan tunggal iaitu Tengku Zara Irana.Tengku Zara Irana telah dijaga oleh Dato Shahril.Seperti yang dinyatakan di dalam ini.Tengku Ilyas dan Dato Shahril telah membuat perjanjian.Jika Dato Shahril menjaga anak perempuan Tengku Ilyas,dia akan mendapat sebahagian daripada harta yang diberikan.Sebagai balas budi kerana diberikan sebahagian harta kepadanya.Dato Shahril mewasiatkan Zara Irana  akan dikahwinkan dengan anak lelakinya iaitu Zarif Iqbal. " ucap peguam itu.

Iqbal tergamam seketika.Datin Zahirah memandang anaknya.

“ Encik kan Zarif Iqbal? ” soal peguam itu.

Iqbal mengangguk perlahan.

“ Seperti yang dinyatakan encik akan berkahwin dengan Zara Irana.Pemilik rumah ini.Dato Shahril jaga Zara Irana sangat baik.Ikutkan Dato Shahril mendapat ke semua harta Tengku Ilyas.Tetapi Dato Shahril menolak.Dia tidak tamak.Kerana itu memang milik Zara Irana.Rumah ini Dato Shahril telah buat atas nama Zara Irana serta syarikatnya sekali.Jika encik berkahwin dengan Zara Irana keluarga encik akan duduk sekali di sini.Jika tidak encik sekeluarga terpaksa angkat kaki dari sini.Ada lagi satu Dato Shahril beli  sebuah rumah banglo di Damanasara.Itu memang atas nama Zara Irana. ” ucap peguam itu lagi.

“ Rumah lagi satu untuk Zara Irana? ” soal Iqbal lagi.

“ Ya encik mungkin lagi satu ni untuk datin atau encik yang akan duduk di sana apabila encik sudah basah suami isteri dengan Zara Irana.Tetapi kedua-dua rumah ini memang atas nama Zara Irana. ” ucap peguam itu lagi.

Iqbal mengangguk tanda faham.

“ Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. ” ucap peguam itu lagi.

Iqbal mengangguk.Mereka bersalaman.

hye guys..bab 3 dah di update..so hope korang enjoy.jgn lupa baca dan komen...thank you..stay tune

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience