Jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.Tiba masanya untuk pulang ke rumah.Iqbal berhenti menulis.Dia mengeliat untuk membetulkan otot-otot badannya itu.Iqbal menutup laptopnya lalu mengemas barang-barangnya.
Iqbal melangkah dengan laju menuju ke keretanya.Tiba-tiba ada seseorang memanggilnya.
“ Sir! ”
Iqbal memalingkan wajahnya.Dia terlihat Hazra yang sedang memanggilnya.Iqbal menghentikan perjalanannya.Hazra mendekati Iqbal.
“ Sir,boleh tak saya nak tumpang sir? ” ucap Hazra.
Iqbal mengerutkan dahinya.
“ Nak tumpang?Boleh je tapi mana kawan awak lagi sorang tu.Bukan selalu awak dengan dia ke? ” soal Iqbal.
Hazra menggaru kepalanya yang tidak gatal itu untuk mencari jawapan.
“ Ilya dia kena balik awal.Sebab dia cakap abang dia masuk hospital.Kalau tak saya tumpang dia je.Ni sebab dia tak ada saya terpaksa tumpang sir. ” jawab Hazra.
“ Baiklah.Jom saya hantar awak balik. ” ucap Iqbal.
Hazra terus membuka pintu sebelah pemandu.Dia duduk sebelah Iqbal.Iqbal terkejut tetapi dia berlagak biasa.
Di dalam perjalanan Hazra tidak melepaskan peluang dari memandang wajah Iqbal.Iqbal yang perasan akan pandangan Hazra hanya memandang ke arah jalan sahaja.
Kereta Mercedez berwarna hitam itu tiba di satu buah rumah banglo.
“ Sir hantar sini je.Terima kasih. ” ucap Hazra dengan senyuman yang menawan.
“ Sama-sama.” Iqbal mengangguk.
Iqbal melihat rumah banglo itu lalu meninggalkan perkarangan rumah itu.
Iqbal pun menuju ke rumahnya.Hazra memandang kereta itu sehingga hilang dari pandangannya.
***********************
Irana mundar mandir di biliknya.Dia ingin meminta maaf kepada Iqbal tentang hal yang terjadi pagi tadi.
“ Perlu ke aku minta maaf kat dia?Atau aku buat tak tahu je?Kalau aku buat tak tahu nanti dia lagi benci aku! Sekurang-kurangnya kalau aku minta maaf dia tak adalah nak marah aku lagi. ” Irana berfikir.
“ Tak boleh jadi ni Aku kena minta maaf juga kat dia. ” tekad Irana.
Irana terus menuju ke bilik Iqbal.Dia ingin mengetuk pintu bilik itu.Irana perasan pintu bilik Iqbal terbuka.Irana tidak memikir panjang dia terus menolak pintu bilik Iqbal.
Iqbal yang baru keluar dari bilik airr itu terus mengelap badannya.Irana tergamam melihat Iqbal yang hanya berbalut dengan tuala sahaja.Irana melihat dada bidang Iqbal yang tegap itu.
Iqbal baru sahaja ingin menanggalkan tuala itu untuk mengelap badannya.Irana yang nampak akan kejadian itu terus menjerit.
Iqbal yang terdengar jeritan itu terus mencari suara jeritan itu.Dia terus memandang Irana yang berada di situ.Tanpa sengaja tuala itu jatuh ke lantai.Iqbal menjadi cuak.Dia tidak fikir panjang.Iqbal terus menarik selimut pada katilnya itu lalu dia menutup badannya menggunakan selimut..Irana terlopong.Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.
“ Datin!!! ” jerit Irana.
“ Woi,kau panggil datin buat apa?Kau buat apa masuk bilik aku ni?Kau keluar!Kau keluar sekarang. ” jerit Iqbal.
Iqbal mengetatkan lagi badannya dengan selimut itu.
“ Tapi saya..saya.. ” tergagap-gagap Irana bercakap.
“ Tapi apa?Kau keluar sekarang.Kau masuk bilik aku buat apa? ” jerit Iqbal lagi.
“ Saya...saya nak minta maaf je Encik Iqbal tentang pagi tadi.Saya..Saya tak sengaja masuk bilik Encik Iqbal.Saya minta maaf. ” terketar-ketar Irana menjawab.
“ Dah habis kan?Dah keluar. ” kata Iqbal.
“ Saya harap Encik Iqbal maafkan saya.Saya tak tenang selagi tak minta maaf pada Encik Iqbal. ” ucap Irana.
“ Aku dah maafkan.Dah kau keluar. ” Iqbal memejamkan matanya.
“ Betul ke Encik Iqbal dah maafkan saya?Terima kasih Encik Iqbal. ” ucap Irana dengan bendulnya.
Iqbal mengangguk perlahan.Iqbal berfikir Irana sudah keluar dari biliknya.Dia pun memusingkan badannya.Irana masih tercegat di situ.
“ Kau buat apa lagi kat sini mangkuk?Aku suruh keluarkan ? ” nada suara Iqbal semakin tinggi.
“ Encik Iqbal tak cakap pun sama-sama.Tu yang saya tunggu kat sini. ” jawab Irana dengan lurus bendulnya itu.
Iqbal menepuk dahinya.
Kalau sehari dia tak bendul tak boleh ke?Stresnya aku.Bisik Iqbal sendiri.
“ Sama-sama Zara Irana.Dah puas hati?Keluar! ” tegas suara Iqbal.
Irana terus keluar dari biliknya itu.Iqbal menarik nafasnya lega.Iqbal ingin menutup pintu biliknya.Ada seseorang menolak pintu biliknya.
“ Along,kenapa jerit? ” soal Emilya.
Iqbal terkejut.
“ Tak ada apa.Ada lipas tadi.” nafi Iqbal.
“ Along ni okay tak? Siap berselubung dengan selimut? ” soal Emilya.
“ Along okay je.Jangan risau. ” kata Iqbal.
Emilya mengerutkan dahinya.
“ Pelik-pelik je perangai along ni.Dahla tutuplah pintu tu. ” ucap Emilya.
Iqbal hanya tersengih.
Iqbal menutup lalu mengunci pintu biliknya.Iqbal termenung seketika.
“ Kenapa Irana masuk bilik aku?Kenapa dia tak ketuk je pintu tu? Dahlah dia masuk tu aku tak perasan.Agak-agak dia ingat tak apa yang dia nampak tadi? ” Iqbal menggaru kepalanya.
“ Dia dahlah bendul.Aduh.Streslah aku.Lantaklah malas aku fikir. ” ucap Iqbal.
**********************
Irana masuk ke dalam biliknya.Dia mengunci pintu biliknya.Irana termenung.Dia cuba mengingati kejadian tadi.
“ Apa aku nampak tadi?Irana kau lupa je.Sepatutnya aku ketuk dulu pintu bilik tu.Bukan terus masuk je.Habislah aku kena marah dengan Encik Iqbal. ” Irana menelan air liurnya.
Irana teringat kejadian tadi lalu dia menggelengkan kepalanya.
“ Jangan ingat Irana.Mesti Encik Iqbal fikir aku nak mengintai dia.Aku tak sengaja.Macam mana aku nak jelaskan kat dia. ” ucap Irana.
Irana bingung.Sedang dia termenung ada suara memanggilnya.Irana cepat-cepat membuka pintu biliknya lalu keluar dari bilik.Dia melihat Datin Zahirah bersama tetamu.
Dengan cepat Irana ke dapur untuk membancuh air.Iqbal melihat Irana yang ke dapur.Dia mengekori Irana.Ketika itu Datin Zahirah memanggilnya.
“ Ni lah anak sulung saya.Iqbal namanya.Iqbal sini kejap.Mama nak kenalkan. ” ucap Datin Zahirah.
Iqbal bersalaman.
” Handsome anak awak ni Zahirah.Ni kalau jadi menantu saya.Saya terima je. ”
Iqbal tersenyum.
“ Iqbal kerja kat mana sekarang? ” soal Datin Alda.
“ Saya lecturer kat area sini je aunty. ” jawab Iqbal.
“ Oh lecturer.Kat mana? ” soal Datin Alda lagi.
“ Kat UM je aunty. ” ucap Iqbal.
“ UM?Oh dekat je.Anak aunty pun kat UM juga.Dia study kat situ. ” ucap Datin Alda lagi.
“ Oh yeke?Siapa anak aunty?Manalah tahu saya kenal ke? ” ucap Iqbal.
“ Apa ke nama dia!Hazra?Kenal tak? ” ucap Datin Alda.
“ Hazra?Macam pernah dengar. " balas Iqbal.
“ Hazra Nadhirah.Kenal? ” kata Datin Alda lagi.
“ Hazra Nadhirah binti Dato Zayril? ” ucap Iqbal.
“ Ya betul.Iqbal kenal ke? ” ujar Datin Alda.
“ Memang saya kenallah aunty.Itu student saya. " kata Iqbal.
“ Iya ke?Aunty tak tahu.Kecil dunia ni.Pusing-pusing jumpa juga. ” kata Datin Alda.
Datin Zahirah tertawa kecil.
“ Tau tak apa.Saya tak tahu pula anak awak tu student anak saya. ” kata Datin Zahirah.
Kedua-duanya tertawa.Irana yang dari dapur membawa sedulang air.Dia meletakkan cawan satu persatu di meja itu.Datin Alda melihatnya.
“ Ni siapa?Anak yang bongsu tu ke? ” soal Datin Alda.
“ Ni bukan.Ni pembantu rumah saya. ” ucap Datin Zahirah.
Datin Alda terkejut.
“ Pembantu rumah?Umur berapa?Macam muda je lagi. ” ucap datin Alda.
“ Baru 21. ” jawab Irana.
” Mudanya.Nama siapa? ” soal Datin Alda lagi.
“ Irana. ” jawab Irana sepatah.
” Sedap namanya macam tuannya. ” kata Datin Alda.
Iqbal yang sedang meneguk air terus tersedak lalu terbatuk-batuk.Datin Zahirah,Datin Alda dan Irana memandangnya.
“ Along okay tak?Sampai batuk-batuk ni. ” soal Datin Zahirah.
“ Okay mama.Ada orang sebut nama alonglah tu. ” ucap Iqbal.
Irana terus membawa dulang menuju ke dapur.
“ Ma,along nak pergi dapur kejap. ” ucap Iqbal.Datin Zahirah mengangguk.Datin Alda memandang Iqbal.
“ Kenapa kau tak bagitahu aku kau ada anak lelaki.Handsome betul anak kau.Boleh aku kenalkan dengan anak aku. ” kata Datin Alda.
“ Amboi,gedik ya kau.Nasib tu anak aku kalau bukan mesti kau yang nak kat dia kan? ” ucap Datin Zahirah.
Datin Alda tertawa.
“ Ikutkan hati aku memang ya.Tapi nasib aku ni dah tua.Kalau muda lagi.Boleh lagi jadi menantu kau. ” usik Datin Alda.
“ Kemain kau. ”
Mereka berdua tertawa.
Iqbal menuju ke dapur.
“ Cantik?Irana cantik?Macam mana orang boleh cakap dia cantik?Aku tak boleh betul.Apa yang cantiknya.Dahlah bendul. ” kutuk Iqbal.
Iqbal terdengar seperti ada seseorang di dapur.Dia mengesyaki Irana di situ.Tepat tekaannya.Dia mengintai Irana yang sedang membasuh pinggan.
Sesekali Iqbal memerhati wajah Irana.
“ Cantik jugalah dari tak ada.Tapi tak secantik Daiyan. ” sempat Iqbal mengutuk Irana.
Iqbal masih memerhati Irana.Dia tidak perasan di sebelahnya ialah pemanas air.Irana panaskan untuk membancuh air tadi.Tanpa sedar Iqbal terpegang pemanas air itu.
“ Aduhh.. ” Iqbal menggelupur.
Irana terdengar suara.Dia terus mencari.Dia terlihat Iqbal terduduk di lantai.
“ Encik Iqbal kenapa ni?Okay tak? ” soal Irana.
Irana ingin menolongnya tetapi ditolak oleh Iqbal.
“ Tak payah.Aku buat sendiri je.Yang kau pergi letak pemanas air kat situ buat apa?Benda tu dah lah panas.Buat aku badmood je. ” ucap Iqbal kasar.
Iqbal bangun lalu masuk ke dalam biliknya.
Irana memandang pemanas air itu.
“ Memang pemanas air ni kat sini.Mana ada datin ubah.Dah situ tempatnya. ” kata Irana perlahan.
Irana termenung sendiri.Dia menarik nafasnya.Irana menyambung kembali kerjanya.
Malam guys.sis update utk Bukan Kerana Sayang bab 1.hope Korang suka.jgn lupa baca n komen..tq
Share this novel