Bab 4 (derita seorang Zara Irana)

Drama Series 8641

Iqbal termenung melihat luar rumahnya.Dia teringat kata-kata peguam itu.Datin Zahirah memdekatinya.

" Iq termenung apa tu?Apa yang Iq fikirkan?Tentang Irana ke? " soal Datin Zahirah.

" Tak adalah ma. " jawab Iqbal.

Datin Zahirah masih memandang anaknya itu.Tekaannya tepat.Iqbal memikirkan tentang Irana.Sesekali Iqbal mengeluh.

" Ma,Iq nak tcakap something boleh? " soal Iqbal.

" Cakaplah.Iq nak cakp apa? "

" Kalau Iq terima Irana jadi isteri Iq,mama okay ke? " ucap Iqbal.

Datin Zahirah terdiam seketika.Dia memandang Iqbal.

" Iq dah fikir masak-masak ke nak kahwin dengan Irana?Mama tahu Iq terpaksa,tapi kita boleh elakkan perkara itu jadi terjadi.Lagi pun Iq kan dah berjanji nak kahwin dengan Daiyan.Iq dah lupa janji Iq? " ucap Datin Zahirah.

" Ma,Iq tak pernah lupa janji Iq pada Daiyan.Tapi Iq terkilan.Papa nak sangat Iq kahwin dengan Irana hingga saat-saat terakhir dia hidup pun  dia masih mahukan Iq kahwin dengan Irana.Papa tu sayangkan Irana macam anaknya sendiri.Ia rasa bersalah ma kalau Iq tak tunaikan permintaan terakir papa. " kata Iqbal.

" Ya mama tahu.Tapi Iq kalau Iq kahwin dengan Irana,Daiyan macam mana?Iq nak putuskan hubungan Iq dengan Daiyan macam tu je? "

" Ma,Iq masih lagi dengan Daiyan.Hal Daiyan mama jangan risau.Iq tahu nak buat macam mana.Cuma sekarang Iq kena tunaikan hajat terakhir papa.Ma,Iq harap sangat mama faham keadaan Iq.Iq terpaksa ma.Ikutkan Iq tak nak kahwin pun dengan Irana.Iq tak cintakan dia.Cintakan Iq hanya Daiyan sahaja. " ujar Iqbal lagi.

Datin Zahirah tidak berkata-kata.Iq memandang mamanya.

" Ma,please.Demi papa.Iq tak nak jadi anak yang derhaka. " ucap Iqbal dengan nada merayu.

Datin Zahirah menarik nafasnya.

" Baiklah.Kalau dah macam tu keputusan iq,mama ikut je.Mana yang terbaik buat anak mama. " Datin Zahirah menepuk bahu anaknya itu.

" Terima kasih mama.Ma,kalau boleh Iq nak cepatkan majlis ni.Iq nak buat kecil-kecil je ma.Mama boleh tolongkan? " kata Iqbal.

" Ya Iq.Mama ikut je apa yang iq nak. " ucap Datin Zahirah.

" Thanks ma. "

" Welcome. " Datin Zahirah mengangguk kepalanya.

" Ma,Iq masuk dalam dulu ya. "

Datin Zahirah mengangguk perlahan.Dia melihat anaknya itu hingga hilang dari pandangannya.

" Apa yang kau fikirkan Iq?Kau betul-betul ikhlas ke na jaga Irana tu? " kata-kata itu bermain di mindanya.

****************************

" Apa?Ira nak kahwin dah?Bila?Dengan siapa?Kenapa Ira nak kahwin?Ira kan muda lagi!Lagipun Ira kan dah cakap kat abang yang Ira nak sambung belajar.Ira lupa ke? " soal Fariz.

Irana menggaru kepalanya itu.

" Kenapa?Abang tak setuju ke kalau Ira kahwin?Lagipun Ira kan dah dewasa.Tak ada masalah kan kalau kahwin awal? " kata Irana.

" Ya,abang tahu yang adik abang ni dah dewasa.Tapi Ira nak kahwin dengan siapa?Ke Ira dah ada boyfriend dalam diam ni?Tak cakap kat abang eh? " soal Fariz.

" Ira kahwin dengan aku!Kenapa?Kau tak setuju aku jadi suami dia? "

Fariz dan Irana mencari pemilik suara itu.Terlihat Iqbal yang tidak jauh dari mereka.

" Oh!Kau yang jadi suami dia? " soal Fariz.

" Ya.Kau nampak ada yang boleh jaga dia ke selain aku? " ucap Iqbal dengan sombong.

Fariz tersenyum.

“ Ira pergi masuk dulu.Abang nak berbual dengan bakal suami Ira ni! ”sindir Fariz.Iqbal memandangnya.

“ Okay,nanti jumpa lagi. ” ucap Irana.

Fariz dan Iqbal memandang Irana yang berlalu pergi.

" Betul ke kau ikhlas kahwin dengan dia?Ataupun kau nak pergunakan dia? " Fariz memandang iqbal.

" Why?Kau jealous sebab tak dapat dia? " Iqbal tersenyum mengejek.

" Aku nak pesan pada kau.Sekali kau sakitkan dia,kau tahulah akibatnya.Kalau kau dah tak mahukan dia.Lepaskan dia.Dia sepatutnya jumpa dengan orang yang betul-betul sayangkan dia.Bukan untuk dipergunakan macam kau. "

" Kau memang sukakan ambil sisa orang.Kesian aku tengok kau ni.Tak apalah.Aku banyak lagi persiapan tak buat lagi ni.Jangan lupa datang tengok adik kau kahwin nanti dengan bakal suami dia. ' ucap Iqbal dan berlalu pergi.

Hari yang telah ditunggu telah pun tiba.Irana sudah siap dari tadi..Baju nikah berwarna putih itu menambahkan lagi serinya.Irana membetulkan tudungnya itu.Datin Zahirah mendekati Irana.

" Cantiknya anak mama ni.Manis je mama tengok. " ucap Datin Zahirah.

" Terima kasih untie. " ucap Irana.

" Apa ni panggil untie?Panggil mama je.Irana dah jadi family mama dah. " ucap Datin Zahirah.

" Ya mama. "

" Haa!Macam tula.Jom turun Iq dah sampai. " ucap Datin Zahirah.

Tok kadi sudah berada di sana.Majlis pun berlangsung.

" Aku terima nikahnya Tengku Zara Irana binti Tengku Ilyas dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai. " ucap Iqbal.

Dengan sekali lafaz,kini Zara Irana telah sah sebagai isteri Zarif Iqbal.Irana mencium tangan suaminya untuk acara pembatalan air sembahyang.Fariz hanya memandang dari jauh sahaja.Dia melihat wajah Irana yang bahagia itu.Iya,dia turut bahagia melihat Irana.Dia tersenyum sendiri.

Majlis telah pun selesai.Datin Zahirah mendekati Irana.

" Ira,lepas ni mama tak duduk sini.Mama dan Isya duduk dekat rumah lagi satu.Irana duduk sini dengan Iq ya.Jadi isteri yang dengar cakap suami.Mama percaya Ira. " ucap Datin Zahirah.

" Lya dah boleh panggil kak Ira kan?Tahniah kak.Semoga akak dan along bahagia hingga ke syurga.Nanti hari cuti Isya datang sini dengan mama ye. " ucap Emilya.

" Iya.Terima kasih doakan akak.Nanti hari cuti kita jumpa. " ucap Irana.

Iqbal melihat Irana.

" Cantik juga dia ni.Tapi aku tak ada perasaan pada dia.Ah,lantaklah dia.Malas aku fikir. "

*************************

Irana termenung sendiri.Dia teringat kata-kata yang dilemparkan oleh suaminya.

Flashback.

" Kau dengar sini.Aku kahwin dengan kau sebabkan papa je.Papa tinggalkan wasiatnya pada aku.Suruh aku jaga kau.Tapi kau kena ingat.Sikit pun aku tak cintakan kau.Kau buka telinga kau luas-luas.AKU TAK CINTAKAN KAU.Kau tu nothing bagi aku.Perkahwinan kita ni hanya di atas kertas sahaja.Kau jangan berangan yang aku kahwin dengan kau sebab cintakan kau. " ucap Iqbal.

" Tapi tak salahkan Ira cintakan abang.Ira isteri abang yang sah.Tak salah kalau kita perbaiki hubungan kita.Bagi Ira peluang untuk cintakan abang.Sekali je. " ucap Ira separuh merayu.

" Buang masa je.Kalau kau cintakan aku.Aku tak cintakan kau. "

" Kenapa abang kejam pada Ira?Apa salah Ira pada abang?Besar ke salah Ira pada abang? " soal Irana.

" Dah pandai kau menjawab ya?Sebelum ni tak ada pun kau macam ni.Ke sebab kau rasa kau dah jadi mem dalam rumah ini..Lagi satu,aku bagi amaran pada kau.Kalau kau jumpa Fariz,siap kau.Aku dapat tahu kau jumpa dia.Mati kau aku kerjakan." ujar Iqbal.

Iqbal meninggalkannya seorang diri.Irana menangis sendirian.Sedang dia termenung,Irana terdengar ketukan pintu rumahnya.Dia pun berlalu ke ruang tamu sambil mengelap wajahnya.Irana membuka pintu rumah.Terlihat Fariz di hadapannya.

" Assalamualaikum adik abang. " ucap Fariz.

" Waalaikumsalam abang. "

" Ira sihat?Ni mak masak sambal sotong kegemaran Ira.Nanti Ira makan tau. " ucap Fariz.

Fariz perasan mata Irana seakan kemerahan seperti dia baru sahaja menangis.Fariz terus memegang dagu Irana untuk melihat wajahnya.

" Ira,kenapa mata merah ni?Ira okay ke?Ke Ira demam?Meh abang hantar ke klinik.Iqbal kerja kan?Tak apa nanti abang beritahu dia,abang hantar Ira pergi klinik. " ucap Fariz.

" Eh,tak apa abang.Ira okay je.Ira tunggu abang Iq je. " ucap Irana.

" Tak apa.Biar abang hantar.Nak tunggu abang Iq lama.Nanti lain jadinya.Dah pergi siap,abang tunggu.Abang call abang Iq nanti. "

Irana menjadi serba salah.Dia pun mengikuti sahaja arahan Fariz.Fariz telah pun menghantar Irana ke klinik.Pulang sahaja dari klinik,Irana melihat di halaman rumahnya ada kereta milik suaminya,Iqbal.Irana menuruni kereta.

“ Nak abang hantar ke pintu rumah ke?” ucap Fariz.

“ Tak apa abang.Terima kasih hantar Ira.Ira masuk dulu. ” Irama melajukan langkahnya.

Dia masuk ke rumah perlahan-lahan.Iqbal sudah sedia di ruang tamu.Irana menutup pintu dengan perlahan-lahan.

“ Kau pergi mana? ” soal Iqbal.

Irama menelan air liurnya.Dia menundukkan wajahnya.

“ Aku tanya kau pergi mana? ” tegas suara Iqbal.

Irana masih menundukkan wajahnya.

“ Kau pekak ke perempuan?Aku tanya kau pergi mana? ” tengking Iqbal.

“ Ira pe... pergi klinik tadi. ” jawab Irana dengan gagap.

“ Kau pergi dengan siapa tadi? ”

“ De...dengan abang Fariz. ” jawab Irana perlahan.

“ Pergi ke klinik dengan Fariz?Aku pesan apa kat kau tadi? " nada suara Iqbal meninggi.

Irana masih diam membisu.

“ Kau pekak ke?Aku tanyakan?Kau jawablah.Kau jangan sampai tangan aku ni naik ke muka kau.Kau tak faham bahasa ke?Aku dah kata jangan jumpa Fariz!Kau degil.Kau nak juga jumpa dia.Ke sebab Fariz tu dah dapat kau,sebab tu kau dengar kata dia dari aku.Macam tu? ” Iqbal memandang Irana.

“ Astaghfirullah al-azim abang.Jangan tuduh Ira macam ni.Ira masih tahu lagi halal haram.Abang Fariz tolong hantar Ira ke klinik je.Lepas itu terus balik ke rumah.Ira tak ada buat yang bukan-bukan.Tolong percaya Ira cakap ni abang. ” ujar Irana.

“ Kau ingat aku percaya cakap kau.Aku suami kau pun kau menjawab.Inikan orang lain.Kau memang sukakan tengok aku mengamuk. ”

Iqbal menarik Irana dengan kasar.

" Abang,Ira minta maaf.Ira janji.Ira takkan buat lagi.Abang,maafkan Ira. " Irana merayu kepada Iqbal.

Iqbal tidak mengendahkan suara Irana.Dia menarik tali pinggangnya.Wajah Irana berubah.

“ Abang jangan.Ira minta maaf.Tolong jangan pukul Ira bang.Ira tahu ini salah Ira.Bagi Ira peluang sekali abang. ” Irana memeluk kaki suaminya.

“ Kau takut aku pukul kau.Tapi kau keluar juga dengan jantan lain.Kau ingat kau boleh lepas? ”

Irana mencuba melarikan dirinya.Belum sempat dia membuka pintu biliknya itu,Iqbal lebih tangkas darinya.Iqbal menarik rambut Irana dengan kasar.

“ Kau nak pergi mana perempuan?Kau duduk sini.Kalau tak mati kau. ” ucap Iqbal.

Irana menangis di pukul oleh suaminya.Keadaan agak sunyi.Irana membuka kelopak matanya.Dia tersedar dirinya berada di atas katilnya.Irana melihat keadaan bilik itu telah bersepah.Dia melihat di sebelahnya,tiada sesiapa.Suaminya sudah lama keluar.Kemudian Irana melihat dirinya.Dia menangis.Dia tidak menyangka suaminya melakukan tanpa kerelaannya.

“ Kenapa abang buat Ira macam ni?Ira ni tempat pemuas nafsu abang ke?Ira tak nak semua ni.Ira nak abang sayang Ira,jaga Ira dengan ikhlas.Bukan buat Ira macam ni.Ira tak layak ke untuk bahagia,walaupun sekali? ” ucap Irana sendiri.

Irana tidak berhenti menangis.Dia tidak menyangka perkahwinannya yang terlihat indah itu hancur sekelip mata apabila suaminya memarahi,memukuli tanpa belas kasihan.Dan dijadikan tempat pemuas untuk nafsunya.

Menangislah sepuas-puasnya Irana.Lepaskanlah yang terbuku dihatimu.Walau apapun yang terjadi,kau perlu kuat untuk hadapi semua ujian ini.

Sabarlah wahai hati,
Pasti akan adanya pelangi,
Walau malam silih berganti,
Kau perlu bangkit untuk tempuhi semua ini.

Assalamualaikum guys..Sory sis busy skit.baru sempat nak update..jgn lupa baca dan komen..tq for your support

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience