Bab 5 (harapan

Drama Series 8641

IRANA sedang membancuh air untuk suaminya.Dia menghidangkan air itu di atas meja makan.Irana melihat suaminya yang sudah memakai kemeja.Irana ingin membantu suaminya  membutangkan bajunya.

“ Tak payah.Aku boleh buat sendiri.Kau tak payah nak acah-acah jadi isteri mithali konon. ” ucap Iqbal.

Irana menundukkan kepalanya.Iqbal perasan Irana yang tercegat sahaja di situ.

“ Kau buat apa tercegat kat situ?Pergilah ambil makanan.Aku lapar.Takkan kau nak bagi aku minum je.Ke kau sabotaj aku? ” soal Iqbal.

Irama menggelengkan kepalanya.

“ Dah tu?Pergilah ambil nasi kat dapur.Takkan aku nak marah baru kau nak ambil. ” Iqbal sudah tidak sabar.

“ Sehari tak bagi aku marah tak boleh ke? ” bebel Iqbal seorang diri.

Irana membawa nasi lalu dihidangkan di atas meja.Dia mencedokkan nasi itu lalu di letakkan di dalam pinggan suaminya.Selesai sahaja menjamu makanan,Iqbal terus bangun dari kerusinya lalu menuju ke pintu.Irana mengekori suaminya.

“ Abang balik pukul berapa hari ni? ” soal Irana.

Iqbal memusingkan badannya memandang Irana.

" Kenapa kau tanya? " soal Iqbal.

“ Ira nak tahu je abang balik awal ke lambat.Tu je. ” jawab Irana.

Iqbal merasa curiga dengan isterinya.

“ Kau tanya sebab senang nak keluar dengan Farizkan?Sebab kau nak menjalang dengan dia.Betulkan? ” kata Iqbal.

Irana memandang wajah Iqbal.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.

“ Tak abang.Ira tanya sebab nak tahu abang balik awal ke lambat.Itu je.Ira tak ada niat pun nak keluar dengan abang Fariz. ” ucap Irana.

“ Kau ingat aku percaya apa yang kau cakap ni?Sikit pun tak.Tapi kalau aku dapat kau keluar dengan dia.Kau siap ya?Mati kau aku kerjakan.Kalau kau rasa nak tengok dunia ni kau buat perangai yang elok-elok.Kalau tak kau tunggu apa aku akan buat. ” ucap Iqbal lalu meninggalkan Irana.

Irana menundukkan wajahnya.Air matanya sudah mengalir di pipinya itu.Iqbal meluncur keretanya dengan laju.Dia tidak sesekali memandang Irana.

DAIYAN memandang jam di tangannya.Hampir setengah jam dia menunggu di cafe itu.Daiyan terus bangun dan ingin keluar dari cafe tersebut.Dengan tiba-tiba tangannya ditarik oleh seseorang.Daiyan terus memandang.Iqbal menarik tangan Daiyan.

" You nak ke mana?I dah sampai.Sorry I busy sikit.Baru balik kerja. " ucap Iqbal.

Daiyan tidak memberi sebarang reaksi.Iqbal melihat wajah buah hatinya itu.

" Sayang please,biy minta maaf ya?Biy baru je habis kelas and terus ke sini.Tengok baju pun tak sempat tukar tau.Sorry buat you tunggu. " Iqbal memujuk.

Daiyan masih lgi dengan rajuknya itu.

“ Okay.Biy belanja makan nak? ” soal Iqbal.

Daiyan masih membatukan dirinya.Iqbal tersenyum melihat gelagat teman wanitanya itu yang masih dengan rajuknya.

Iqbal mencapai tangan Daiyan.Dia mengucup lembut tangan Daiyan lalu memandang wajah Daiyan.

“ Sorry sayang!Biy minta maaf buat sayang menunggu.Biy salah.Sebabkan biy salah,biy belanja sayang.Sayang pilih je biy bayar. ” ucap Iqbal.

Wajah Daiyan yang muram tadi terus berubah teruja.

“ Betul ni?Biy tak tipu? ” ucap Daiyan.

“ Ya sayang.Biy tak tipu.Ambil je sayang nak makan apa! ” ucap Iqbal.

“ Thank you biy.Okay sayang tak jadi nak merajuk.Sayang geram tau dah tunggu lama tapi tak sampai-sampai lagi.Siapa je tak marah? ” ucap Daiyan.

“ Sory sayang.Jangan merajuk lagi tau.Tak comellah sayang biy ni. ” ucap Iqbal memegang dagu Daiyan.

Daiyan memuncungkan bibirnya.

“ Tengok tu.Muncung macam itik. ” usik Iqbal.

Daiyan menjeling Iqbal.Iqbal tertawa.Hatinya tercuit melihat perilaku Daiyan.

“ Benci.Tak nak kawan! ” ucap Daiyan.

“ Merajuk pula dia.Meh sini kat biy.Kuat merajuk.Dapat muncung tu macam itik. ” usik Iqbal lagi.

Daiyan mengerutkan dahinya.

“ Biy!Jahat tau samakan sayang dengan itik.Lari nanti baru tau.Tinggal sini sorang-sorang. ” ugut Daiyan.

“ Okay.Biy gurau je sayang.Okay jom kita pergi makan nak?Biy lapar.Tak sempat nak makan tadi. ” kata Iqbal.

“ Tak nak.Makan sorang-sorang.Dah kenyang tengok muka biy. ” ucap Daiyan.

Iqbal tertawa kecil.

“ Okay jom kita pergi makan.Lepastu kita pergi beli barang.Sayang nak apa cakap je. ”

“ Betul?Okay sayang nak beg tangan.Tengok beg tangan sayang dah kotor.Sayang nak warna putih bolehkan? ” ucap Daiyan.

“ Sayang punya hal tak ada masalah.Semua boleh. ”

“ Thank you biy. ” Daiyan memeluk lengan Iqbal sambil menuju ke dalam cafe itu.

Mereka tidak sedar ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka berdua.

IRANA tertidur di sofa.Sedang dia nyenyak dia terdengar bunyi ketukan di pintu.Dengan segera dia bangun.Irana membuka pintu.Iqbal memandangnya.

“ Kau kunci pintu ni tak nak bagi aku masuk ke apa? ” herdik Iqbal.

Irana menundukkan wajahnya.

Iqbal menarik nafasnya.

“ Dahlah tepi.Aku nak masuk bilik.Semak otak aku tengok kau. ” kata Iqbal.

Iqbal terus menuju ke biliknya.

“ Abang dah makan ke?Ira ada masak untuk abang.Kita makan nak? ” ucap Irana.

“ Aku dah makan.Kau pergilah makan sorang-sorang. ” jawab Iqbal tanpa memandang Irana.

“ Abang dah makan?Makan dengan siapa?Lambat hari ni abang balik mesti abang letih siapkan kerja kan?Ira ingat abang balik awal hari ni.Sebab itu Ira masak untuk abang.Tak tahu pula abang dah makan.Tapi abang tak nak rasa ke masakan Ira?Sedap tau Ira masak makanan favourite abang udang sambal petai.Abang suka kan? ” kata Irana.

“ Kau makan jela.Aku dah kenyang. ”

“ Tapi abang ni makanan favourite abang... ”

“ Engkau ni berapa banyak kali aku nak cakap?Kau nak makan tu makan sorang-sorang.Aku dah kenyang.Kau pekak ke perempuan?Kau memang sengaja cari pasal dengan aku ke?Aku ni penat.Nak balik rehat.Bukan nak dengar kau bising.Esok aku nak kerja.Kau tu senang duduk kat rumah je.Tak kerja.Kerja menyusahkan aku je. ” tengking Iqbal.

“ Ab...ang Ira minta maaf.Ira bersalah.Maafkan Ira ye bang. ” ucap Irana.

“ Berambus sana.Jangan kacau aku.Aku nak tidur. ”

Irana terus mengambil makanan itu.Dia makan seorang diri di meja.Air matanya mengalir tanpa henti.

Irama menarik nafasnya.

“ Ira jangan menangis ya.Kau kan kuat.Kau kan dah biasa kena marah.Kau anggap je dia marah kau sebab dia sayangkan kau. ” ucap Irana sendiri.

Irana terus mengemas meja itu.Kemudian dia menuju ke bilik.Dia melihat suaminya yang sedang nyenyak tidur tanpa menukar pakaiannya.Dia menatap wajah suaminya itu.

“ Abang walaupun abang bencikan Ira.Ira tetap cintakan abang.Ira takut hilang abang.Ira tahu abang tak suka tengok muka Ira.Ira tahu abang bencikan Ira.Tapi Ira terharu abang sanggup kahwin dengan Ira sebabkan papa.Abang masih sayangkan papa.Ira tahu abang stres.Sebab abang cintakan Daiyan tetapi kerana abang lebih sayangkan papa,abang terima untuk kahwin dengan Ira.Ira percaya satu hari nanti abang akan berubah.Ira percaya abang akan cinta Ira.Sayangkan Ira macam mana abang sayangkan Daiyan. ” kata hati Irana.

Tanpa sedar Irana pun tertidur.Irana berharap impiannya untuk melihat Iqbal berubah menjadi kenyataan.Walaupun dia berasa ianya tidak akan terjadi.Namun dia yakin bahawa suatu saatnya Iqbal akan sedar semua ini.

hope korg enjoy.sory sis baru ad mse nak update..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience