“Ni keputusan papa.Iq kena dengar cakap papa.Muktamad.” ucap Dato Shahril.
“Pa,Iq bukan budak kecil lagi.Kenapa papa yang nak tentukan hidup Iq?” kata Iqbal.
“Because you are my son.Papa tak terima kalau Iq dengan Daiyan.”
“But why pa?Apa kurangnya Daiyan pada papa?Apa yang buat papa benci pada dia?Tell me right now!” ucap Iqbal.
“Sebab Daiyan tu sosial budaknya.Kaki clubbing.Papa tak berapa suka dia.Dia tak sesuai dengan kamu Iq.Irana jauh lebih baik dari dia.Dia sahaja yang boleh ubah Iq” kata Dato' Shahril lagi.
“Tak habis-habis Irana.Kenapa papa berkenan sangat dengan dia?Dia tu orang gaji je!” ujar Iqbal.
“Iq!!Papa tak ajar anak papa jadi kurang ajar macam ni.Kenapa sekarang Iq makin biadab?”
“Semua ni sebab papa.Kalau papa tak suruh Iq kahwin dengan dia.Hidup Iq tenteram pa.Trust me.Kalau papa nak sangat kan Irana tu, papa je yang kahwin dengan dia.”
Iqbal terus meninggalkan papanya sendirian.
“Iq!Iqbal!Papa belum habis cakap lagi!” laung Dato' Shahril.
Iqbal tidak mengendahkan panggilan papanya.
“Budak bertuah sorang ni!” Dato' Shahril menarik nafas.
“Kenapa ni bang jerit-jerit?” ucap Datin Zahirah.
Dato' Shahril memalingkan wajahnya.
“Anak awaklah.Saya panggil buat tak tahu je.”
“Abang berbual dengan dia tentang apa sampai dia tinggalkan abang sorang kat sini?” soal Datin Zahirah.
“Pasal dia dengan Daiyan.Abang tak nak Iq tu berkahwin dengan Daiyan.Daiyan tu sosial budaknya.Kaki clubbing.Takkan nak biarkan Iq dengan dia?”
“Bang kalau dah anak awak tu suka kat budak tu nak buat macam mana?Takkan nak halang?Lagipun dia tu satu-satunya anak tunggal Dato' Zahrain.Siapa je yang tak kenal Dato' Zahrain?CEO terkemuka.Bukan di Malaysia je.” ujar Datin Zahirah dengan panjang lebar.
Dato' Shahril menggelengkan kepalanya.
“Eloklah tu.Yang anak gilakan anaknya.Yang mak gilakan harta.Teruskanlah perangai awak tu.Malas nak layan.” kata Dato' Shahril.
Dato' Shahril meninggalkan isterinya seorang diri.Datin Zahirah terpinga-pinga melihat suaminya itu.
**************************
Iqbal sedang meneguk air.Teh ais yang dipesannya sudah tinggal separuh.Daiyan memandang wajah kekasihnya itu.Jelas wajah Iqbal yang sedang serabut.
“Biy,you kenapa ni?Dari tadi i tanya.You tak jawab pun.Air ni dah tinggal separuh dah.Come on la sayang.Cuba cerita kat I.I risau tau.U demam ke?” soal Daiyan bertubi-tubi.Risau akan keadaan kekasihnya itu.
“I okay je u.Cuma serabut sikit je.Pasal papa I.” jawab Iqbal.
“Kenapa dengan papa u?Cuba cerita.” Daiyan masih memujuk.
“Papa suruh I kahwin.” ucap Iqbal dengan pendek.
“Kahwin?U ni kan I ingat risau apalah tadi!Papa u tak sabarlah tu tengok kita kahwin nanti.Wahh!Mesti cantikkan pelamin tu.I nak pakai dress yang mahal.Lepas tu u pakai kemeja and blazer colour hitam.Matching dengan i.” ucap Daiyan dengan teruja.
Iqbal sudah mengurut kepalanya.
“Papa suruh I kahwin dengan Irana.” celah Iqbal.
Daiyan terus terdiam apabila mendengar nama Irana.
“What?Irana?Why?Sayang are you serious?” Daiyan memandang wajah Iqbal.Tangannya memegang tangan Iqbal.
“Ya.I kena kahwin dengan Irana.Bukan dengan u.Tu yang I serabut ni.”
“U terima ke sayang?” soal Daiyan lagi.
“Memang taklah I nak terima.I takkan terima dia tu jadi isteri I.Cuma I geram kenapa papa I tu nak sangat Irana tu jadi menantu dia?”
“U tak pelik ke?I rasa Irana tu dah guna-guna kat papa u.Irana kan yang masak untuk keluarga u kan?” kata Daiyan.
Iqbal mengangguk.
“I takut nanti u pula yang kena dengan dia.I tak mau.You kena siasat Irana tu sayang.” ucap Daiyan.
Iqbal terdiam seketika.Fikirannya terganggu dengan kata-kata yang diucapkan oleh Daiyan.
******************
Irana sedang membancuh kopi untuk sarapan pagi Iqbal.Iqbal sedang duduk di meja makan itu.
Tiba sahaja dia di meja makan itu, dengan tidak sengaja Irana terlanggar kaki kerusi lalu air kopi yang berada di tangan tertumpah ke baju Iqbal.Iqbal kepanasan.Wajahnya berubah menjadi merah.Dia memandang Irana.
“ Kau buta ke?Macam mana kau bawa air tu?Kau tahu tak panas? ” herdik Iqbal.
Irana menundukkan kepalanya.
“ Minta maaf Encik Iqbal.Saya tak sengaja.Saya tak perasan kerusi ni. ” terketar-ketar suaranya menjawab.
“ Buat hilang mood aku je pagi-pagi ni.Dahlah pergi sana. ” Iqbal terus menuju ke biliknya.
Pintu bilik itu di tutup dengan kuat.Irana tersentak.
Beberapa minit kemudian,Iqbal keluar dari biliknya.Dia telah menukar pakaian.Wajahnya masam mencuka.
Iqbal terpandang Irana yang sedang mengemas itu.Dia terus melajukan langkahnya.
Irana terkebil-kebil memandang Iqbal yang berlalu pergi.
Di dalam perjalanan Iqbal kelihatan sangat marah.Sampai sahaja di tempat kerjanya.Dia membetulkan tali lehernya itu supaya kemas.Iqbal mengambil laptop serta barang-barangnya.
Iqbal bergerak dengan pantas.Dia memandang sekelilingnya.Ada beberapa pelajar sedang memerhatikannya.Iqbal memandang mereka lalu memberikan senyuman.
Hazra terpandang Iqbal yang memberikan senyuman padanya.
“ Ya Allah weh,handsomenye Sir Iqbal.Kau nampak tak dia senyum kat aku tadi. ” ucap Hazra.
Ilya mengerutkan dahinya.
“ Eii perasan la kau ni.Sir Iqbal tu senyum dekat semua orang lah.Kau macam tak tau Sir Iqbal kan suka senyum. ” balas Ilya.
“ Kau ni.Tak support member betul.” rungut Hazra.
“ Malas aku layan kau.Kita ni dah lambat nak masuk kelas.Kau lupa lepas ni kelas siapa? ” soal Ilya.
“ Kelas siapa? ” kata Hazra dengan blur.
” Eh kelas Madam Azni.Weh cepat.Mati kita kalau lambat masuk kelas dia. ” Hazra sudah gelabah.
“ Ha tau pun kau.Dari tadi duk tengok Sir Iqbal.Baru kau ingat dunia.Kalau aku tak ingatkan Sir Iqballah kau sampai esok. ” bebel Ilya.
” Kau ni membebel pula.Dahlah jom masuk kelas.Nanti lambat kita. ” Hazra menarik tangan Ilya.
“ Tau pun kau cuak. ” Ilya tertawa kecil.
Iqbal melihat gelagat dua orang pelajarnya itu.
“ Hazra?Cantik tapi aku annoying bila nak mengajar dia.Suka tatap muka aku.Dia ingat aku apa?Cermin?Aku taulah aku handsome.Whatever.Malas aku fikir.Serabut otak je. ” Iqbal mengemaskan kemejanya dan berlalu pergi.
done update first chapter..hope korang enjoy..jgn Lupe baca n komen..thanksss
Share this novel