Bab 2 ( Tengku Zara Irana? )

Drama Series 8641

Daiyan pergi ke pejabat Dato Shahril.Dia mengetuk pintu bilik Dato Shahril lalu masuk.Dia menuju mejanya.

“ Hye uncle.Sory sebab I ganggu waktu kerja uncle.I datang sini sebabkan Iqbal.Kenapa uncle nak sangat Iqbal berkahwin dengan Irana?Sedangkan I dan Iqbal bercinta.And kami dah rancang nak berkahwin.Uncle tak boleh nak tentukan hidup Iqbal.Iqbal dah besar uncle.And takkan uncle nak dia berkahwin dengan “ orang gaji ” dia sendiri?Low class lah uncle.Iqbal is mine.I takkan benarkan sesiapa ambil dia dari I. ” ucap Daiyan.

Dato Shahril membetulkan lengan bajunya.Dia terus bangun dari tempat duduknya.

“ Daiyan Amira anak tunggal Dato' Zahrain.Awak datang sini semata-mata kerana Iqbal?Untuk pengetahuan awak Daiyan.Awak tak ada hak dalam hal ni.Iqbal sekadar teman lelaki awak.Tapi dia anak kandung uncle.Darah daging uncle.So uncle ada hak nak tentukan hidup dia.Bukan perkara yang buruk.Perkara yang baik.Uncle minta maaf but uncle takkan restu hubungan kamu berdua.Ini keputusan uncle.Uncle harap Daiyan faham. ” ucap Dato Shahril.

” But why uncle?Uncle jangan cakap semua ini kerana takdir?No!Punca semua ni dari uncle.Kalau Iqbal tak nak terima Irana sebagai isteri dia,uncle tak boleh paksa. ” ucap Daiyan tak puas hati.

“ Takdir tak salah Daiyan.Ada sebab semua ini terjadi. ”

“ Tapi belum terjadi lagi uncle.Kita boleh berbincang.Uncle please I love him so much.Takkan I kena biarkan Iqbal tu berkahwin dengan Irana?And I macam mana pula uncle?I kena jadi orang bodoh.Biarkan je dia.No uncle!Uncle mesti tahu I dan Iqbal dah berkawan lama.Dari zaman kami study.Takkan I kena mengalah kerana Irana? ” Daiyan memandang Dato Shahril.

Dato Shahril mendekati Daiyan.

“ Daiyan,Iqbal anak uncle.Uncle nak yang terbaik untuk dia.I'm sorry. ”  Dato' Shahril berlalu keluar dari pejabatnya.

Daiyan memandang Dato Shahril yang meninggalkannya di situ.Dia terus mengambil beg tangannya dan keluar dari pejabat itu.Daiyan terus melangkah keluar dari bangunan itu.Dia menuju ke arah keretanya.Daiyan masuk ke dalam kereta dan membaling beg tangannya itu.

“ Iqbal is mine.Aku takkan biarkan sesiapa ambil dia dari aku.Kalau aku tak dapat dia.Irana pun takkan dapat dia.Takkan.Aku akan hancurkan semuanya. ” katanya.

Daiyan mencari telefonnya.Dia mendail nombor seseorang di telefonnya itu.Tertera nama Iqbal di situ.Daiyan terus menekan nombor itu.

“ Hello sayang.You busy ke? ” ucap Daiyan dengan nada suaranya dimanjakan.

“ Tak adalah busy.Kenapa? ” soal Iqbal pula.

“ I nak jumpa Yo,u sekejap.Please!Sekejap je.I rindu you! ” katanya lagi.

“ Now?Sayang,kejap lagi I ada kelas.” ucap Iqbal.

“ Ala.Sekejap je.I rindu you.Please sayang.Sekejap je. ” Daiyan merayu.

“ Okay.Kalau lepas habis kelas boleh tak?Kita makan kat cafe dalam ni je!Boleh kan? ” ujar Iqbal memujuk hati Daiyan.

“ Boleh-boleh.Okay sayang.I datang lepas habis kelas you tau. ”

“ Iya.Okay,I nak masuk kelas dulu.Jumpa lepas ni. ”

“ Okay..Love you. ” ucap Daiyan.

“ Love you too.. ”

Daiyan menutup telefonnya itu.Dia tersenyum.

“ Aku percaya Iqbal sayang aku.So dia akan dengar cakap aku. ” ucap Daiyan lalu tersenyum sinis.

***********************

Hazra tidak berkelip memandang Iqbal yang sedang mengajar itu.

“ Kalau lah aku dapat mengorat Sir Iqbal ni. ” ucap Hazra perlahan.

Ilya menggelengkan kepalanya.

“ Itu pun kalau dapat.Yang pastinya takkan dapat kau mengorat dia.Kau tengoklah Sir Iqbal tu macam mana.Dia terima ke cinta kau tu?Lagi pun dia handsome.Beratur orang nak kat dia.Jejaka idaman orang kata. ” celah Ilya.

Hazra terus mengerutkan keningnya.

“ Kau ni.Cubalah sesekali tu support aku.Kalau tak sakitkan hati aku tak sah. ” ucap Hazra.

“ Betullah aku cakap. ” ujar Ilya.

“ Dahlah.Malas aku layan kau. ” rajuk Hazra.

Iqbal memandang jamnya.Waktu pembelajarannya sudah tamat.Iqbal memandang pelajarnya.

“ Okay semua.Waktu saya dah habis.So ada apa-apa soalan ke? ” soal Iqbal.

Pelajarnya hanya menggelengkan kepala sahaja.

“ So,saya nak awak siapkan assignment yang saya bagi tu.Saya bagi masa dua minggu.Cukup? ” kata Iqbal lagi.

“ Cukup. ”

“ Baiklah.Terima kasih.Boleh bersurai. ” Iqbal terus keluar dari kelas itu.

Dia terus menuju ke cafe.Terlihat Daiyan sedang menunggunya.Mereka berdua membeli makanan di situ dan duduk bersama-sama.Hazra dan Ilya pergi ke cafe.

“ Weh,kau nak makan apa? ” soal Ilya kepada Hazra.

Hazra masih berdiam dari tadi.

“ Kau masih  terasa dengan aku lagi ke Haz?Sorry!Aku minta maaf! ” ucap Ilya.

Hazra masih berdiam.

“ Okay.Aku janji lepas ni aku takkan sakitkan hati  kau.Tapi tak bermakna aku support kau.Boleh? ” kata Ilya.

Hazra memalingkan badannya.

“ Yela.Tahu pun kau risau aku merajuk. ”

“ Of course la.Kau kalau dapat merajuk,tahun depan pun belum tentu habis merajuk kau tu. ” ucap Ilya.

Hazra tertawa.

“ Dahlah jom cari makanan.Aku dah lapar. ” ucap  Ilya.

“ Nak makan kat sini ke? ” soal Hazra pula.

“ Iyalah.Tak ada tempat lain yang buka.Sini pun bolehlah.Aku dah lapar. ” ujar Ilya.

Mereka terus memesan makanan di situ.Ilya terpandang seseorang.

“ Haz! ” Ilya memberikan isyarat kepada Hazra.

Hazra memandangnya.

“ Kenapa? ”

“ Kau tengok tu.Belakang tu.Bukan Sir Iqbal ke?Dengan siapa tu?Tak pernah nampak pun. ” ucap Ilya.

Hazra memusingkan badannya.Dia melihat Iqbal dengan seseorang yang tidak dikenalinya makan bersama.Hazra merenung mereka.

” Weh,jangan cakap tu girlfriend Sir Iqbal? ” ucap Ilya dengan tangan menutup mulutnya.

Wajah Hazra berubah.Jejaka idamannya sudah mempunyai kekasih hati.Hazra memerhati wanita itu.Tetapi wajah wanita itu tidak kelihatan terhalang kerana Iqbal yang membelakangi mereka.

Hazra berlagak biasa.Sedangkan di dalam hatinya kecewa apabila melihat seseorang yang
disukainya sudah mempunyai kekasih hati.

“ Itu adik dia kot.Abaikanlah.Kita makan. ” kata Hazra lalu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.

********************

Datin Zahirah dan Dato Shahril sedang menikmati suasana pagi yang tenang itu.Mereka  berdua melihat Iqbal yang menuju ke arah mereka.

“ Good morning papa,mama. ” tegur Iqbal lalu tersenyum.

“ Morning too.Tak ada kelas ke hari ni? ” soal Dato Shahril.

“ Hari ni tak ada papa.So Iq bolehlah rehat.Penatlah layan perangai pelajar. ” ucap Iqbal lagi.

Dato Shahril tersenyum.

“ Biasalah Iq.Nak jadi seorang pendidik ni bukan senang.Tambah-tambah dengan remaja zaman sekarang.Mencabar nak mengajar mereka. ” kata Dato Shahril.

“ Betul pa.Iq penat dengan sikap sesetengah pelajar.Nak buat macam mana kena juga hadap.Tapi alhamdulillah pelajar Iq semua dengar cakap. ”

“ Mestilah diaorang dengar cakap.Dah lecturer diaorang ni pandai ambil hati.Handsome pula tu.Betul kan? ” celah Datin Zahirah.

Iqbal tersenyum.

“ Tak adalah ma.Iq biasa je. ”

“ Mama tahu lah Iq.Ramai yang suka dekat anak mama ni.I know you.But Iq tak layankan.Beruntung tau siapa yang dapat Iq! ” ucap Datin Zahirah.

Dato Shahril berdehem.

“ Mestilah beruntung. ” ucap Dato Shahril.

“ Iq,papa nak cakap something. ” Dato Shahril menjadi serius.

“ Ya,papa. ”

“ Iq tolong putuskan hubungan Iq dengan Daiyan. ” ucap Dato Shahril.

Iqbal dan Datin Zahirah terus memandang wajah Dato Shahril.

“ Kenapa pa? ”

“ Papa nak Iq kahwin dengan Irana. ” ucap Dato Shahril.

“ Pa,kita dah bincang kan perkara ni.Iq takkan kahwin dengan Irana.Kenapa Iq kena putuskan hubungan Iq dengan Daiyan?Pa,Iq hanya sayang Daiyan seorang saja.Kalau papa paksa juga Iq kahwin dengan Irana.Hati Iq takkan ada Irana. ” kata Iqbal.

Iqbal terus bangun dari tempat duduknya.Dia masuk ke dalam rumah.Iqbal menaiki tangga menuju ke biliknya.Dia melihat Irana yang bertentangan dengannya.Irana ingin menuruni tangga.Iqbal memandang Irana dengan tajam.

Dia amat benci dengan Irana.Iqbal masuk ke dalam biliknya lalu mengambil kunci keretanya dan melangkah ke arah keretanya.Terdengar bunyi enjin kereta di hidupkan.

Dato Shahril menggelengkan kepalanya.Datin Zahirah memandang suaminya.Irana terdengar perbualan majikannya itu.

“ Abang,boleh tak kalau depan anak tu jangan cerita tentang Irana?Abang tahukan perangai anak kita macam mana?Dia tak nak kahwin dengan Irana.Abang suruh dia putuskan hubungan dia dengan Daiyan pula?Abang,apa semua ni?Takkanlah dia nak kahwin dengan orang gaji dia sendiri? ” Datin Zahirah menegur suaminya.Dato Shahril memandang isterinya itu.

“ Orang gaji?Siapa orang gaji?Irana?Irana bukan orang gaji.Awak lupa dah ke?Rumah ni atas nama siapa?Nama Tengku Zara Irana binti Tengku Ilyas. ” ucap Dato Shahril.

Datin Zahirah terdiam.

“ Awak lupa ke macam mana Tuan Ilyas tu tolong kita?Nak saya ungkit balik apa yang dah jadi dulu?Awak tak bersyukur Zahirah!Dulu kita susah.Tuan Ilyas yang tolong.Iqbal sakit dulu Tuan Ilyas yang tolong.Sebab tu saya berkeras nak Iqbal kahwin dengan Irana. ” kata Dato Shahril.

“ Awak nak gunakan anak kita pula untuk balas jasa Tuan Ilyas tu?Sampai sanggup hancurkan masa depan anak awak?Tuan Ilyas pun dah lama meninggal.Takkan awak nak ungkit kebaikan dia?Saya tahu dia yang tolong waktu dulu dan waktu Iqbal sakit.Tapi ni masa depan Iqbal.Takkan Iqbal kena berkorban hidup dia untuk berkahwin dengan Irana? ” ucap Datin Zahirah.

“ Ya.Dia kena korbankan hidup dia untuk Irana.Kerana dia juga hidup Irana merana.Saya tak nak bersuara sebabkan dia anak saya.Dia banyak sakitkan Irana.Saya tak nak kita gunakan harta anak yatim.Sampai bila kita nak gunakan Irana?Sampai Irana mati? Sekurangnya kalau Iqbal kahwin dengan Irana.Dapat selamatkan semua keadaan.Ini hak Irana.Irana dah semakin membesar. ” kata Dato Shahril.

“ Kalau Tuan Ilyas ada.Mesti dia sedih.Sebab dia percayakan kita.Dia percaya kita boleh jaga anak tunggalnya itu.Salah saya sebab tak didik anak isteri saya dengan betul.Tapi kali ni saya tetap dengan keputusan saya.Iqbal tetap akan berkahwin dengan Irana.Muktamad.Walau apa pun yang jadi. " ucap Dato Shahril lagi.

Datin Zahirah terdiam membisu.Dia hanya memerhatikan suaminya itu.Irana yang menjadi pendengar dari tadi terkejut dengan berita yang tidak diduganya.

Assalammualaikum guys..Sorry sis baru update chapter ke dua..hope korg suke..jgn Lupe baca n komen.. tqq

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience