Bab 4

Short Story Series 469

Luna Arya mengetap bibir. Baru dua hari dia di sekolah elit tetapi hari-harinya tidak pernah tenang. Mata-mata memandangnya seakan dia alien, mendabik tinggi dada mereka. Mungkin sebab dia budak baru, mungkin juga sebab dia bukan orang yang begitu kaya seperti kebanyakan mereka.

Tapi kesah apa dia, bukannya tujuan Arya datang ke sini untuk buat kawan, tetapi untuk jadi yang terbaik.

Hari ini, latihan renang yang meletihkan akhirnya berakhir. Arya berjalan ke loker dengan hoodie basah melekat di badan. Kakinya mula melangkah perlahan saat bisikan-bisikan mula kedengaran menyapa gegendang telinga.

“Aku tak faham kenapa dia terpilih ?”

“Budak kampung je kot .”

“Pakai kabel ni, mesti punya !”

Rahang dikeras. Arya menahan sabar, dia panas tapi dia tahu tiada faedah untuk dia melayan bualan-bualan seperti itu. Arya menyambung langkah.

Bang!
Tubuhnya terdorong ke depan saat bahunya ditolak kasar. Hampir sahaja Arya terjatuh tetapi dia sempat menstabilkan badannya kembali. Kepala ditoleh, tiga orang atlet perempuan dari pasukan lawan berdiri di belakang. Gadis berambut perang yang berada di tengah-tengah kawannya menyilang tangan sambil bibir tersenyum sinis.

“Oops, sorry. Tangan aku licin tadi ,” katanya dengan nada mengejek.

“Tangan kau licin? Berminyak sangat ke ?” balasnya, tertawa kecil menutup amarah.

Luna Arya tahu, mereka menjadi tumpuan orang sekeliling sekarang. Kala ini, kepalanya sudah kosong. Hati sudah mengambil alih tugas otaknya.

Gadis perang itu menyentuh dagu, berpura-pura berfikir buat seketika. “Kau rasa hebat sangat ke sebab terpilih masuk program ni ?”

Arya mengangkat bahu. “Aku tak rasa. Aku memang hebat .”

Tawa sinis kedengaran. “Kau hebat? Baik! Kalau kau rasa hebat, aku cabar kau one-on-one dalam ring .”

Arya menaikkan kening. Tinju? Dia bukan fighter, dia atlet larian. Ilmu apa dia nak guna dalam ring nanti? Tapi Arya tahu satu benda, dia takkan lari dari cabaran.

“Fine ,” suaranya kedengaran tenang walau hanya Tuhan yang tahu hujan badai melanda jiwanya.

“Jangan nangis, hahahaha .”

Tawa itu sakit mencubit hati. Arya menggigit bibir, dia akan pastikan gadis perang itu malu nanti.

.
. .

Dewan tinju sekolah bingit dengan sorakan. Luna Arya tahu dia tiada sokongan, mungkin hanya satu dua dari kawan-kawan sekolahnya yang dihantar ke sini juga. Semua mata mundar-mandir dari Arya ke Natasha Selene, gadis berambut perang.

Jurulatih tidak kelihatan di mana-mana, menjadikan pertarungan ini adalah ‘bawah tanah’. Arya tahu ini bukan sekadar perlawanan fizikal, tetapi perlawanan maruah.

Bunyi loceng bergema nyaring. Sorakan mula membingit.

Natasha maju, dia cuba menumbuk ke arah rahang Arya. Namun tindakannya berjaya ditepis dan Arya mengundur pantas. Tindakan refleksnya adalah kelebihan yang luar biasa bagi seseorang yang kosong pengalaman dalam gelanggang.

Serangan demi serangan cuba dikenakan tetapi Arya lincah mengelak. Mungkin antara sebabnya dulu dia biasa berlawan dengan abangnya sebelum lelaki itu mula berubah. Dia menarik bibir, menghadiahkan senyuman sinis. “Ini ke lawan yang hebat sangat? Yang nak buat aku menangis ?”

Orang ramai bersorak, menambah minyak tanah ke atas baraan hati Natasha.

Kali ini Arya menyerang, dia meluru laju memberi tumbukan padu tepat ke bahu Natasha. Sontak gadis itu terdorong ke belakang.

Natasha mengerang. Dia bangkit menyerang semula, tetapi malangnya Arya sudah berada di depan mata. Buk! Dia terduduk lagi. Arya menekan bahu lawannya dan membisik halus.

“Lemah…”

Thud! Arya menumbuk sekali lagi. Gadis perang itu terkulai layu di atas gelanggang.

Senyap. Pap. Pap. Satu-satu tepukan bertaut sebelum dewan digemakan dengan tepukan.

Arya menunduk sedikit, menyapu peluh di dahi. Dia tahu selepas ini tiada lagi yang berani memperlekehkannya.

Malam itu, Arya membuka telefonnya.

Kelihatan notifikasi terpapar. ‘Serigala dah tunjuk taring ?’

Arya tersenyum kecil. ‘Tunggu sampai kau tengok sendiri.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience