Bab 3

Short Story Series 469

Sejak kejadian tempoh hari, tidak pernah sekali pun sesi belajar mereka berlalu tanpa pertelingkahan. Kedua-duanya tidak mahu kalah. Arya memandang jam kelas yang dirasakannya berdenting lambat. Perutnya sudah tidak berhenti berkeroncong dari tadi.

“Baiklah hari ini cikgu akan berhenti awal. Oh ya, Arya! Jumpa saya di bilik guru waktu rehat nanti .”

Semua mata memandang ke arahnya. Arya hanya mengangguk. Kaki kerusinya ditendang kuat oleh gerangan yang menduduki meja belakangnya. Dia tidak menoleh.

“Kau buat kesalahan apa pulak kali ni ?”

Sontak Arya menoleh. “Sorry sikit, aku ni tak adalah nakal sangat pun ,” ulas Arya geram, ada saja si Ezra ni nak sakitkan hatinya. Dia bangun kasar, kaki terus dituju ke bilik guru. Apa pulak yang Cikgu Adli nak kata ni ?

Baru sahaja sampai di hadapan pintu bilik Cikgu Adli, kedengaran suara tua itu menyuruhnya masuk.

“Assalamualaikum cikgu, ada apa cikgu panggil nak jumpa saya ?”

“Oh Arya, fasal program sukan awak tu, minggu depan awak akan pergi. Tolong prepare apa yang patut, nanti cikgu bagi list apa yang wajib kena bawa .”

Minggu depan ?

.
. .

“Kenapa kau distracted sangat ni ?”

Arya tersentak dari lamunan. Dia memandang Ezra, lama.

“Kau okey tak ni? Macam orang depressed pun ada jugak aku tengok .”

Arya hanya menggeleng sebelum kembali memandang ke arah kertas di tangannya. Otaknya melayang ke lain.

Ezra bangun, dia menarik kerusi duduk di sisi gadis itu. “Kalau kau penat pergi rehatlah, nanti aku pandai-pandailah cakap dengan ayah kau .”

Kepala Arya menoleh ke sisi. Mata bertaut mata. Tiada yang mengalih mata walau debaran menggila. Jarak antara mereka sangat dekat.

Dup. Dap. Bunyi itu terus-menerus menerpa pendengaran. Arya tidak tahu itu miliknya atau bukan, begitu juga Ezra.

“Aku pergi minggu depan ,” perlahan saja suara Arya memberitahu.

“Mana? Athlete program ?”

Arya mengangguk.

“Good. At least aku tak perlu hadap muka kau dah ,” Ezra juga tidak tahu kenapa dia menuturkan perkataan sebegitu.

Arya mendecit. “Aku pun tak hadaplah muka kau ,” dia menendang kerusi Ezra. Lelaki itu ketawa.

“Nanti sampai sana kau jangan rindu aku pulak ,”

“Huh, like I want ,” balas Arya jengkel.

Suasana tiba-tiba terasa tegang. Ezra bangun menarik kerusi kembali ke tempatnya.

“Happy lah sikit, kau lupa ke azam kau nak jadi atlet negara tu? Jangan buat aku rasa aku buang masa jadi tutor kau ,” lambat-lambat Ezra bersuara.

Arya ketawa. “Aku tak lupa dan aku akan pastikan yang kau takkan pernah menyesal jadi tutor aku ,” nadanya serius.

“Prove it .”

.
. .

Hari demi hari berlalu pergi. Arya akan meninggalkan sekolah itu buat setahun. Tinggal beberapa jam lagi sebelum penerbangannya. Dia juga tidak tahu kenapa Ezra tidak meninggalkannya sejak daripada pagi tadi. Lelaki itu terus mengekorinya di sekolah.

Jam sudah menunjukkan nombor 2. Penerbangannya adalah pada pukul 5 petang, dia sudah perlu pergi bersiap sedia. Kelihatan kawan-kawannya yang lain yang juga menyertai program tersebut sudah mula meninggalkan perkarangan sekolah.

Arya menuju ke pagar sekolah kala melihat kereta Pak Liman sudah terparkir di pinggir jalan. Ezra di belakang masih mengikuti.

“Kau nak ikut aku sampai bila ni ?”

Lelaki ketawa lagi. Tapi nadanya tidak seperti biasa.

“Kenapa? Tak boleh ?”

Luna Arya hanya diam. Dia kemudiannya tersenyum kecil, “Kau tunggu aku, aku akan jadi someone yang tak terkalahkan ,” nada Arya tiada tanda bergurau.

“Let’s see .”

Mereka menarik bibir, menghadiahi senyuman sesama mereka. Ya, mereka ada matlamat untuk digapai.. dan mereka bertekad untuk menggapai matlamat itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience