Habis sahaja sesi persekolahan hari itu, Luna Arya menunggu kenderaan yang dipandu oleh pembantu ayahnya datang untuk menghantarnya ke kelas tambahan.
Mata coklatnya menangkap Ezra yang santai membaca di bangku penjuru sekolah. Akalnya tiba-tiba merancang sesuatu, dia teringat mendengar dari gosip kawan-kawannya yang Ezra paling pantang dikacau ketika dia sedang membaca.
Lancar saja kakinya menapak mendekati figura tegap itu. Dia kemudiannya merampas buku di tangan Ezra sebelum menyembunyikannya di belakang. Bibir tersenyum nakal. Geram tak? Hatinya menyoal.
Namun reaksi Ezra langsung tidak seperti yang dijangkakannya. Wajah itu langsung tidak menunjukkan amarah malah merenungnya dengan bersahaja. Arya cuba menyembunyikan rasa malunya bila usikannya tidak menjadi.
“What’s up shariki ?”
“Shariki ?”
“My partner ,”
“Hey !” Arya membuntangkan mata. “Are you out of your mind ?”
“Asal? Kau memang partner speaking aku pun .”
Arya menghempas buku lelaki itu kembali ke tuannya. “Whatever, yang aku tahu aku takkan jumpa kau setahun nanti. Hah, lega aku. Bye !”
“Kau pergi mana ?”
“Next Gen Athlete ni boss !” Arya ketawa lagi. Dia sudah beberapa tapak jauh dari Ezra.
Next Gen Athlete Program? Kiranya Arya akan dihantar ke sekolah elite buat setahun untuk memantapkan sukannya. Ezra menatap belakang Arya yang semakin hilang dari pandangan.
.
.
.
Luna Arya menghempaskan badan ke atas katil. Dia menggeliat malas. Tangan kanan mencapai telefon bimbit di birai katil, dia membuka safari. Lincah jari-jemarinya menaip ‘shariki’.
Shariki - my partner (arabic)
What the… Arya ingatkan Ezra melawak saja tadi. Baru sahaja jari-jemarinya ingin mencari akaun sosial media lelaki itu, suara Pak Liman mencucuk gegendang telinga.
“Sekejap !”
Arya memakai cardigan cuba menutupi bajunya yang sleeveless lalu mengikat toncang satu rambutnya. Dia turun ke bawah, sudah menjadi rutin hariannya makan bersama- sama keluarga.
Dia benci. Semua mengunci mulut yang membuatkan suasana terasa amat tegang. Hanya bunyi sudu garpu berlaga dengan pinggan kaca memecah suasana.
“Ehemm ,” ayahnya berdehem kecil.
“Luna, about your scholarship. Get first place in the form first then I’ll let you go .”
Arya menelan liur. Mati dia, dah lah lawannya nanti Ezra si budak nerd!
“As for that, Luna tak perlu risau. Ayah dah hire personal teacher buat Luna. Ayah dah pilih umur sebaya dengan Luna so don’t give me false hope ,”
“Personal teacher? Siapa? Bila start ?”
“From today ,” ringkas ayahnya menjawab.
Ting! Bunyi loceng rumah berdenting kuat.
“Dah sampai tu, pergilah sapa tu .”
Arya bangun, adik-beradiknya yang lain kekal diam mengunyah tanpa mengeluarkan sepatah suara. Dia meluru ke arah pintu utama sebelum membuka teruja pintu.
“Welco…”
Mata berbalas mata. Otak terlalu lambat memproses impuls saraf.
“What?! Ezra ?!!!” Arya merasakan dunianya gelap seketika.
Share this novel