Bab 7

Short Story Series 469

Sinar lampu neon menusuk matanya yang kabur. Luna Arya cuba bergerak, tapi ada sesuatu yang berat membelenggu tangannya. Besi sejuk menggigit kulitnya, rantai besi yang mengikat pergelangan tangannya ke belakang kerusi.

Derap tapak kaki menggema di ruang itu. Perlahan, bunyinya mendekat-santai, tapi penuh ancaman.

Kelibat seorang wanita muncul dari bayangan gelap. Rambut panjangnya diikat tinggi, menampakkan wajah tajam dengan senyuman sinis yang mengundang darah ke kepala Arya.

Noira.

Tangan kasar mencengkam dagunya, memaksa kepalanya mendongak. Mata mereka bertemu. Arya merentap kasar.

"Heh, well... tenanglah sikit." Suara itu bernada ejekan.

Arya meronta, cuba melepaskan diri.

PANG!

Pipi kirinya terasa pijar. Rasa besi menyelinap ke lidah, darahnya.

"Aku dah suruh kau tenang, yang kau nak buat perangai kenapa?" Noira menarik rambut Arya ke belakang, ketawa kecil sebelum mengheret wajah gadis itu ke sisinya.

Noira menunjuk ke satu sudut bilik.

Arya mengerling ke arah yang ditunjukkan.

Dan darahnya serta-merta membeku.

Kakak.

Terlantar di lantai simen, wajahnya pucat, pergelangan tangannya berbekas merah. Nafasnya perlahan, seolah lah berada di hujung nyawa. Mata itu terkatup rapat.

Arya menahan nafas, jantungnya berdegup kencang.

"Kau ingat dia siapa?" Noira menyoal, nada suaranya lucu. "Atau kau dah lupa sebab kena tibai dengan kayu baseball?"

Ketawa kecil menyusul.

Arya memejamkan mata, cuba menahan api yang sedang marak dalam dadanya. Dia mendongak, menatap Noira dengan renungan tajam.

"Kau siapa sebenarnya?" suara Arya bergetar, bukan kerana takut tetapi amarah.

Noira tersengih, tangannya memegang pipinya perlahan.

"Aku? Noira. Bawahan ayah kau."

Darah Arya mendidih.

"Kau!"

"Tsk, tsk. Tenang, Arya." Noira mengelus pipinya dengan hujung jari, kemudian menariknya kasar. "Aku dah bunuh mak kau. Aku boleh bunuh ayah kau, keluarga kau bahkan si kesayangan kau dalam sekelip mata."

Arya menggertap gigi. "Kau yakin?"

"Kau yakin aku tak boleh?" Noira menyeringai.

"Arya... aku ada tawaran menarik untuk kau."

Arya mendengus. "Apa kau nak?"

Noira bersandar pada kerusi di hadapar Arya, menyilangkan kaki. Matanya berkilat penuh muslihat.

"Kau jadi tebusan."

Arya terdiam.

"Aku akan lepaskan kakak kau dan aku takkan kacau ayah kau," Noira menyambung, matanya tidak beralih dari wajah Arya.

Gadis itu menggigit bibir. Dia mengerling ke arah kakaknya yang masih tidak sedarkan diri.

"Kau buat apa dekat dia?"

"Oh... tak banyak." Noira menjentik jarinya, seolah-olah perkara itu tidak penting. "Hanya sedikit ubat tidur. Untuk menenangkan keadaan."

Arya mengepal tangan.

"Sekarang, buat pilihan kau. Setuju atau tidak?"

Arya mengetap rahang. Matanya bertemu dengan mata Noira.

Dan dia membuat keputusan.

"Aku setuju."

Noira tersenyum. Kemenangan jelas terpampang di wajahnya.

Arya tahu ini tindakan bodoh tetapi dia juga tahu keluarganya takkan biarkan dia hilang begitu saja. Arya bukan tahu tetapi dia yakin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience