Zahra's POV
SUASANA di bilik hotel diselubungi cahaya lampu malap, seolah-olah dunia luar tidak wujud. Nafas kami mendesah, terlalu jelas di dalam sunyi bilik. Dia terbaring di bawahku. Rambut hitamnya kusut, dada bidangnya naik dan turun dengan pantas, bunyi nafasnya seakan tercekik. Dean Adrian. Susuk tampan yang aku kenal semasa belajar di perantauan. Wajah yang terlalu tampan sehingga mampu meruntuhkan benteng yang pernah aku bina dari didekati para lelaki, kini merintih.
Merintih memanggil namaku.
Suara garau itu keluar dari bibirnya dengan serak pecah, menghancurkan jarak yang dulunya kami janjikan untuk tidak pernah langgar. Yang aku sendiri janji untuk tidak melampaui batasan. Tatapan matanya separuh terbuka, wajah memerah mendongak padaku, seakan aku satu-satunya wanita yang membuatkan egonya lembut. Sinar nafsu dan cinta di matanya membuatkan hati aku pedih. Tatapannya menyayat hati, menyedarkan aku bahawa dia seseorang yang sepatutnya aku jauhi.
Kulit kami saling bersentuhan. Suara desahan hangat memenuhi bilik, menenggelamkan akal, menenggelamkan kalam-kalam Allah yang dulunya hidup jelas di dada aku. Nafasku memberat. Rambutku terurai panjang menuruni bahu. Tudung shawl yang dahulunya labuh menutupi dada, kini terbuang di atas lantai. Di sisi timbunan pakaian kami yang mengingatkan aku bahawa tiada jalan kembali.
Dean menangkap nafas. Tangannya mencengkam kulitku erat. “Zahra…” Suaranya serak, garau sehingga dia mengerang lagi, lebih lantang. Namaku terburai dari kerongkongnya.
Kerana walau tubuhku ternoda, walau api asmara membakar di jiwa dan suara jeritan dari bibirku bergema, rasa bersalah itu menunggu. Rasa itu bersembunyi dalam bayang-bayang dosa, pada pakaian yang telah terbuang di atas lantai dan pada nama Allah yang tidak lagi aku berani bisikkan.
Apabila ia selesai, dadanya naik turun di bawah dadaku, tubuhku berlapik rata di atas tubuhnya. Bibir hangatnya menyentuh tulang dadaku. Baginya, malam ini pembuktian cinta. Bagiku, ini adalah kehancuran. Ini sebuah penyakit yang membuatkan hati dan iman aku sakit.
Aku perlahan-lahan bangun darinya. Badan menggigil tanpa henti. Jantung masih berdegup laju. Katil sedikit bergoyang ketika dia meraih tubuhku di dalam pelukan eratnya. Dia mengucup bibirnya di atas bahuku, seolah-olah itu mampu menenangkan rasa jijik dalam hati aku. Nafasnya hangat di kulit, suaranya garau ketika berbisik, “You're mine.”
Aku terdiam. Bibir terkunci rapat, menahan cairan jernih yang mulai hangat mengaburi pandangan mata. Kerongkongku terasa perit. Aku menundukkan wajah kembali ke bantal, air mata mengalir tanpa suara. 'Astaghfirullah… Astagfirullah... wa atubu ilaih... Lailahaillallah...' hatiku menjerit mengulanginya tanpa henti. Namun batinku terasa lelah, tenggelam dalam ingatan suara Dean yang merintih memanggil namaku tadi.
Tangan kekarnya melingkar kemas dipinggangku.
Dia akhirnya tertidur keletihan, tapi aku tidak mampu menutup mata pun. Tubuhku masih menggigil, jiwaku menjerit. Jijik. Ya Allah, jijiknya aku! Aku berdoa tanpa bergerak di dalam pelukannya. Bibir bergetar pilu. Setiap nafas adalah rayuanku untuk mendapat pengampunan dari-Nya. Namun wangian badan Dean masih melekat di tubuhku, bekas cengkaman kukunya menandai kulit aku dan tubuh aku sendiri mengkhianati diri aku dengan mendambakan sentuhannya itu.
Malam ini, iman aku lemah dan dinodai oleh nafsu aku sendiri.
Share this novel